Tuesday, November 30, 2021

SIRI "SUPER ROBOT WARS" BANDAI NAMCO ENTERTAINMENT SAMBUT ULANG TAHUN KE-30, JUMLAH JUALAN SIRI MELEPASI 19 JUTA

TOKYO, 29 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--


- 274 Tajuk Dihasilkan melalui Siri untuk Menandakan Kebanyakan Lesen IP Yang Pernah Muncul dalam Siri Permainan Video pelakuan peranan –
 
BANDAI NAMCO Entertainment Inc. yang berpangkalan di Tokyo telah mengumumkan bahawa siri “Super Robot Wars” telah mencapai ulang tahunnya ke-30. Siri itu telah pertama kali dikeluarkan pada tahun 1991 sebagai RPG simulasi di mana robot daripada pelbagai lesen berkumpul dalam pertempuran. Siri itu muncul di pelbagai platform permainan, seperti GAME BOY (R), dengan menawarkan hiburan kepada pelanggan di seluruh dunia. Lebih daripada 90 tajuk telah muncul di bawah jenama siri itu (termasuk variasi keluaran semula), dan siri itu kini telah melepasi jualan 19 juta (*1).

(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163454/_prw_PI2fl_X7mC7gxi.jpg
)
 
 
(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106357/202111163454/_prw_PI1fl_bCH7MUma.jpg
)
 
 
Dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman perniagaan Kumpulan BANDAI NAMCO, 274 lesen berbeza (*2) telah muncul merentasi legasi jenama itu, sekali gus menjadikannya satu siri dengan lesen IP yang paling banyak pernah muncul dalam mana-mana siri permainan video pelakuan peranan.

- “Super Robot Wars 30” menandakan ulang tahun ke-30 bagi siri itu
Sebagai memperingati ulang tahun ke-30 siri itu, “Super Robot Wars 30” telah dikeluarkan pada sistem konsol rumah (Nintendo Switch (TM) /PlayStation (R) 4 /STEAM (R)) pada 28 Oktober, 2021 (Khamis).
 
Sebagai tindak balas kepada komen dan permintaan daripada peminat siri itu, permainan itu menampilkan satu sistem permainan baharu, “Pemilihan Kawasan Taktikal” di mana pemain boleh memilih susunan cerita, robot dan watak yang boleh diperolehi. Untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati permainan itu di seluruh dunia, permainan itu tersedia di STEAM (R) untuk rantau Amerika Syarikat dan Eropah buat pertama kalinya. Di samping itu, permainan itu tersedia dalam lima bahasa, termasuk bahasa Cina dipermudah, yang pertama untuk siri itu, yang mempunyai seramai mungkin pelanggan menikmatinya. Sila menikmati versi terkini bagi permainan itu, yang menawarkan lebih banyak cara untuk memperoleh keseronokan.

Nota:
(*1) Termasuk versi yang boleh dimuat turun dan versi STEAM yang boleh dimuat turun.
(*2) Nombor “274” itu mewakili bilangan lesen IP setakat Jun 2021.
 
Nama kandungan: Super Robot Wars 30
Genre: Simulasi RPG
Platform: Nintendo Switch (TM) /PlayStation (R) 4 /STEAM (R)
Tarikh keluaran: 28 Oktober, 2021 (Khamis)
Laman web rasmi: https://srw30-thirty.suparobo.jp/en/
Akaun Twitter rasmi: https://twitter.com/srw_game
 
Hak Cipta: https://kyodonewsprwire.jp/attach
/202111163454-O1-DZ80o5B0.pdf

 
*Maklumat di sini mewakili maklumat mengikut tarikh siaran akhbar itu. Maklumat boleh dikemas kini tanpa notis selepas ia dikeluarkan.

*Sila guna hak cipta dan perlindungan undang-undang tertentu yang dinyatakan di sini apabila menggunakan logo dan imej.

*”PlayStation” dan “PS4” ialah tanda perniagaan berdaftar bagi Sony Interactive Entertainment Inc.

*Nintendo Switch adalah tanda perniagaan bagi Nintendo.
 
*(C) 2021 Valve Corporation. Steam dan logo Steam adalah tanda perniagaan dan/atau tanda perniagaan berdaftar bagi Valve Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.

BANDAI NAMCO Entertainment mematuhi sepenuhnya slogan korporatnya -- lebih menyeronokkan untuk semua orang. BANDAI NAMCO Entertainment akan berusaha untuk membawa keseronokan kepada semua orang di seluruh dunia.
 
Sumber: BANDAI NAMCO Entertainment Inc.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15299

TOSHIBA MENGELUARKAN PENGGANDING FOTO ARUS OUTPUT PUNCAK TINGGI DALAM PAKEJ NIPIS UNTUK MEMACUKAN GERBANG IGBT/MOSFET

Toshiba: Pengganding foto arus output puncak tinggi dalam pakej nipis untuk memacukan gerbang IGBT/MOSFET. (Grafik: Business Wire)

KAWASAKI, Jepun, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memperkenalkan dua pengganding foto, “TLP5705H” dan “TLP5702H,” yang ditempatkan dalam sebuah pakej SO6L nipis, untuk digunakan sebagai pemacu gerbang tertebat bagi IGBT/MOSFET berkapasiti kecil hingga sederhana. Penghantaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005274/en/

TLP5705H adalah produk pertama Toshiba yang menyampaikan satu penarafan arus output puncak ±5.0A dalam sebuah pakej nipis (SO6L) yang ketinggiannya hanya 2.3mm (maksimum). Akibatnya, peranti seperti penyongsang berkapasiti kecil hingga sederhana dan amplifier servo yang menggunakan sebuah litar penimbal untuk penguatan arus kini boleh memacukan IGBT/MOSFET mereka secara terus daripada pengganding foto, tanpa memerlukan litar penimbal itu. Ini akan menyumbang kepada pengurangan bahagian dan pengecilan set.

TLP5702H mempunyai satu penarafan arus output puncak ±2.5A. Sebuah pakej SO6L yang boleh dipasang pada corak tanah bagi pakej[₁] SDIP6 konvensional Toshiba memudahkan penggantian yang mudah bagi produk[₂] semasa Toshiba. SO6L itu adalah lebih nipis daripada SDIP6, yang membawa kelenturan yang lebih besar kepada susun atur komponen pada papan, dan juga membolehkan ia dipasang di belakang sebuah papan atau digunakan di mana reka bentuk litar baharu mengenakan had pada ketinggian yang tersedia.

Kedua-dua pengganding foto mempunyai penarafan suhu pengendalian maksimum 125ºC (Ta=-40 hingga 125ºC), menjadikannya lebih mudah untuk direka bentuk dan mengekalkan margin suhu.

Barisan Toshiba juga termasuk TLP5702H(LF4) dan TLP5705H(LF4), yang ditempatkan di dalam sebuah pakej SO6L(LF4) sebagai satu pilihan yang membentuk plumbum.

PENCERAMAH PERINGKAT TINGGI DIUMUMKAN UNTUK FORUM PERNIAGAAN GLOBAL ASEAN YANG PERTAMA DI DUBAI

T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Dubai (Foto: AETOSWire)


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tiga menteri kerajaan UAE akan menyertai menteri-menteri dari Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Forum Perniagaan Global ASEAN yang pertama, yang berlangsung di Ekspo 2020 Dubai pada 8 hingga 9 Disember.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211129005531/en/

Dianjurkan oleh Dewan Dubai dengan kerjasama Ekspo 2020 Dubai, GBF ASEAN akan diadakan di bawah tema Perbatasan Baharu. Forum itu, yang menampilkan lebih 40 orang penceramah dan 25 panel perbincangan, akan meneroka perubahan dinamik bagi negara-negara ASEAN dan peluang-peluang untuk meningkatkan hubungan perdagangan, perniagaan dan pelaburan dua hala di antara kedua-dua rantau itu.

Mewakili UAE di GBF ASEAN ialah T.Y.T. Reem Al Hashemi, Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa dan Ketua Pengarah bagi Ekspo 2020 Dubai; T.Y.T. Omar Sultan Al Olama, Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Jarak Jauh; dan T.Y.T. Dr Thani Al Zeyoudi, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar Negeri.

Tiga orang menteri UAE itu akan berucap pada acara itu bersama-sama dengan T.Y.T. Abdul Aziz Al Ghurair, Pengerusi bagi Lembaga Dewan Dubai dan T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dewan Dubai.

Menteri-menteri kerajaan dari rantau ASEAN yang menyertai forum itu termasuk T.Y.T. Ramon Lopez, Setiausaha (Menteri), Jabatan Perdagangan & Industri, Republik Filipina; T.Y.T. William Dar, Setiausaha (Menteri), Jabatan Pertanian, Republik Filipina; T.Y.T. Fortunato De La Pena, Setiausaha (Menteri), Setiausaha Sains dan Teknologi, Naib Pengerusi, Majlis Angkasa Filipina, Republik Filipina; T.Y.T. Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung, Sekretariat ASEAN; dan Mohmed Razip Haji Hasan, Ketua Pengarah, Pusat Pelancongan Islam.

PAMERAN PENYUMBERAN GAYA HIDUP HKTDC DIBUKA PADA 1 DISEMBER

Pameran Penyumberan Gaya Hidup HKTDC (Foto: Business Wire)


Pameran dalam talian dan fizikal menyoroti produk gaya hidup

Membantu perniagaan merebut peluang-peluang baharu
 
HONG KONG, 30 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan penyumberan global menjadi semakin digital di tengah-tengah pandemik itu, Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) sedang mengadakan Pameran Penyumberan Gaya Hidup HKTDC | Fizikal + Dalam Talian, satu pameran perdagangan yang diadakan dalam kedua-dua format dalam talian dan fizikal, untuk membantu perniagaan menyesuaikan diri dengan model penyumberan baharu dan mengatasi cabaran yang dihasilkan daripada persekitaran perniagaan semasa.

BAISE YIHAO: BERMULA DARI BAISE, BERPANGKALAN DI GUANGXI, MENCAKUPI SELURUH NEGARA DAN MENGHUBUNGKAN ASEAN




BAISE, China, 29 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Baru-baru ini, majlis pelancaran kereta api khas “Baise Yihao” bagi talian khas logistik rantaian sejuk Baise-Shenzhen telah diadakan di Pusat Dagangan Produk Pertanian China-ASEAN, yang menandakan bahawa produk pertanian Baise secara rasmi memasuki pasaran Shenzhen melalui kereta api khas logistik rantaian sejuk dan menjadi satu lagi cara yang berkesan bagi Baise untuk menyepadukan secara mendalam ke dalam pembinaan Kawasan Greater Bay (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau, menurut Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Baise.

Bandar raya Baise adalah sebuah pangkalan yang terkenal untuk “mengangkut sayur-sayuran dari selatan ke utara”, di mana lebih daripada 3 juta mu sayur-sayuran ekologi ditanam setiap tahun. Sejak pembukaan rasminya pada 11 Disember, 2013, kereta api khas rantaian sejuk “Baise Yihao”, sebagai projek nasional yang memberi manfaat kepada rakyat dengan “mengangkut sayur-sayuran dari selatan ke utara dan buah-buahan dari utara ke selatan”, bukan sahaja berterusan mengangkut buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan di Baise ke lebih 100 bandar raya besar dan sederhana, 23 wilayah dan kawasan autonomi seperti Beijing, Shanghai dan Guangzhou, tetapi juga menyelesaikan masalah penjualan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dengan harga yang tidak boleh dijual rendah di Baise, meningkatkan pendapatan petani. Lebih-lebih lagi, ia telah membawa perubahan yang revolusioner dalam pengangkutan produk pertanian, dan memberi sumbangan besar kepada pembasmian kemiskinan dan pencergasan semula luar bandar.

Sementara itu, dengan kelebihan geografi “Baise Yihao” yang unik, satu sistem pengangkutan pelbagai mod untuk pengangkutan rentas sempadan bagi kereta api laut Baise Yihao dan rel awam telah ditubuhkan melalui pelabuhan termasuk Longbang, Pingxiang dan Fangchenggang, sekali gus menjadikan kereta api domestik khas buah-buahan dan sayur-sayuran Baise Yihao dan kereta api pengangkutan langsung rentas sempadan Sino-Vietnam Baise Yihao menghubungkan secara organik dengan bandar raya nod bagi Ekspres Kereta Api China-Eropah seperti Chongqing, Chengdu, Wuhan, Zhengzhou dan Beijing, serta bandar raya nod bagi laluan arah selatan di Sichuan, Guizhou dan Guangxi, memperluaskan pengaruh bagi “Baise Yihao” ke seluruh negara dan juga dunia. Projek “Baise Yihao” telah disenaraikan oleh Kementerian Pengangkutan sebagai projek demonstrasi nasional pertama bagi pembinaan saluran logistik rantaian sejuk di seluruh Eurasia. Selain itu, sistem logistik rantaian sejuk Baise Yihao telah berjaya disepadukan ke dalam Inisiatif Belt and Road.

Pada masa ini, Baise Yihao telah menubuhkan pusat pengedaran logistik khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran di Baise, Nanning, Fangchenggang, Pingxiang, Shenzhen, Beijing, Langfang, Tianjin, Shenyang, Zhengzhou, Wuhan, Chongqing, Chengdu, Bandar raya Ho Chi Minh, Hanoi, Phnom Penh, Bangkok, dsb. Bergantung kepada rangkaiannya yang luas, Baise Yihao pada dasarnya telah mencapai matlamat untuk bermula dari Baise, yang berpangkalan di Guangxi, mempengaruhi seluruh negara dan menghubungkan ASEAN.

Sejak pembukaannya pada penghujung tahun 2013, kereta api khas domestik “Baise Yihao” telah beroperasi sebanyak 233 kali, dengan jumlah volum pengangkutan kira-kira 116,000 tan; sejak pembukaan kereta api pengangkutan langsung rentas sempadan Sino-Vietnam Baise Yihao pada 28 November, 2017, 164 perjalanan telah dikendalikan dengan jumlah volum kargo sebanyak 69,000 tan.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Baise 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15298

Monday, November 29, 2021

NIKKISO CRYOGENIC INDUSTRIES DILANTIK RAKAN NIAGA SAH PASARAN ALAT GANTI BAGI TATSUNO DI AMERIKA UTARA

TEMECULA, California, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (“Nikkiso”) mengumumkan Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan dimeterai dengan Tatsuno North America, Inc. ("Tatsuno") untuk memulakan kerjasama sebagai Rakan Niaga Sah Pasaran Alat Ganti bagi Pam Hidrogen syarikat itu di Amerika Utara untuk menubuhkan sebuah rangka kerja untuk kerjasama itu.

Di bawah terma perjanjian persefahaman itu, Nikkiso akan menyediakan alat ganti, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan untuk Pam Hidrogen Tatsuno daripada rangkaian kemudahan Nikkiso di Amerika Utara yang berdekatan dengan stesen-stesen pengisian hidrogen untuk pengguna akhir. Selain itu, Nikkiso akan memasang dan menyerahkan pam baharu, termasuk perbekalan kejuruteraan dan sokongan prapasang untuk sistem pengurusan pengecasan dan armada Tatsuno.

Pam hidrogen merupakan pasaran baharu dan sedang membangun yang merupakan komponen penting dalam penyelesaian stesen pengisian bahan api Hidrogen. Pam ini menyediakan bahan bakar yang selamat dan cepat diisi bagi kenderaan berat dan ringan berkapasiti 350 barg dan 700 barg.

"Kerjasama yang baru terjalin dengan Nikkiso Cryogenic Industries dan Tatsuno memperkukuh kewujudan kami dalam industri Hidrogen dan membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik di pasaran Amerika Utara," menurut Teru Murakami, Pengurus Besar Cryogenic Business Department, Nikkiso Co., Ltd. "Kami bersedia untuk memberikan layanan dan sokongan bermutu tinggi kepada pelanggan Tatsuno." 

FORUM INOVASI UNTUK BUMI SEJUK (ICEF) MENGUMUMKAN PELAN HALA TUJU DI COP26 UNTUK MEMANFAATKAN POTENSI PEMINERALAN KARBON YANG TIDAK DIGUNAKAN

TOKYO, 29 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

Pelan hala tuju ICEF telah dibentangkan pada satu acara sampingan rasmi pada Persidangan Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) dan ia membincangkan “Laluan kepada Neutraliti Karbon menjelang 2050” dengan organisasi yang dihoskan bersama: Institut Antarabangsa untuk Analisis Sistem Gunaan (IIASA), Institut Tenaga dan Sumber (TERI) dan Institut Kebangsaan bagi Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (RIVM).
https://www.youtube.com/watch?v=Wc5TrR6PI58
 
Pada Pavilion Jepun bagi sesi ke-26 Persidangan bagi Pihak-pihak kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP26), acara pelancaran pelan hala tuju telah diadakan, di mana “Inisiatif perindustrian, kerajaan dan akademik untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050” telah dibincangkan dengan penceramah dari Inisiatif CEM CCUS, Universiti Columbia dan Hitachi.
https://www.youtube.com/watch?v=E1mkwmBL09o
 
-Pelan hala tuju ICEF “Pemineralan Karbon”
Setiap tahun, ICEF (*) memberi tumpuan kepada satu teknologi yang dijangka menyumbang dengan ketara kepada pelepasan sifar bersih jangka panjang dan mewujudkan sebuah pelan hala tuju.


FORUM INOVASI UNTUK BUMI SEJUK (ICEF) MENGUMUMKAN PELAN HALA TUJU DI COP26 UNTUK MEMANFAATKAN POTENSI PEMINERALAN KARBON YANG TIDAK DIGUNAKAN

EKONOMI MARIN BAKAL BERKEMBANG PESAT DI XIAMEN SEMASA TEMPOH RANCANGAN LIMA TAHUN KE-14

XIAMEN, China, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekonomi marin di Xiamen dijangka menerima pembangunan berkualiti tinggi semasa tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-14 (2021-25) memandangkan ia telah baru-baru ini dijamin status sebuah bandar raya utama dalam membangunkan sektor marin di wilayah Fujian di China Timur.

Kerajaan perbandaran itu telah mengeluarkan dua rancangan pembangunan, yang menyatakan bahawa usaha perlu dibuat untuk meningkatkan peranan mereka dalam memperkukuhkan ekonomi marin wilayah itu.

Menurut rancangan itu, Xiamen akan menubuhkan kelompok strategik industri marin yang baru muncul dengan mempromosikan pengkomersilan bagi pencapaian saintifik dan teknologi.

EKONOMI MARIN BAKAL BERKEMBANG PESAT DI XIAMEN SEMASA TEMPOH RANCANGAN LIMA TAHUN KE-14

PCG MEMPELOPORI PENDIDIKAN PLASTIK ANTARA GURU DAN PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGARA

Memacu Agenda Ekonomi Plastik Baharu ke Arah Ekonomi Sirkular di Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) baru-baru ini mengadakan siri webinar Plastik, Kelestarian dan Anda bagi guru dan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendidik lebih ramai individu mengenai kelestarian, pengasingan sisa di sumber dan pengurusan plastik yang bertanggungjawab.
 
Kandungan webinar tersebut adalah berdasarkan modul tambahan Plastik, Kelestarian dan Anda yang dibangunkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Air Pepejal (SWCorp) dan Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) pada tahun 2019. Modul ini telah diedarkan kepada lebih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara.
 
Webinar yang telah meraih lebih daripada 130,000 tontonan itu diadakan secara langsung di saluran YouTube dan Facebook Pusat STEM Negara melalui tiga sesi. Sesi pertama adalah untuk guru-guru bagi memudahkan mereka mengajar modul tersebut dengan berkesan, manakala sesi kedua dan ketiga masing-masing disasarkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Pelajar diajar tentang cara terbaik untuk mengakses modul tersebut dan digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang lestari sambil berkongsi pengetahuan yang dipelajari dengan keluarga dan rakan-rakan.
 
Ketika berucap di webinar kepada guru dan pelajar, Ketua Komunikasi Strategik dan Pentadbiran Norfaila Hassan berkata, "Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk memastikan bahawa amalan perniagaan kami adalah selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global untuk Alam Sekitar, Ekonomi, Sosial & Tadbir Urus (EESG), modul Plastik, Kelestarian dan Anda adalah salah satu usaha kami untuk mendidik masyarakat mengenai plastik, pengurusan sisa yang betul dan peranan individu terutamanya pendidik dan pelajar ke arah masa hadapan yang lebih lestari."
 
Dr Hajah Roziah Abdullah, Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapan perasmiannya bercakap mengenai kepentingan pengetahuan yang diperoleh daripada webinar ini ketika negara sedang menghadapi isu sisa plastik yang tidak terurus. "Ia amat penting untuk mendidik generasi muda. Laporan Tabung Hidupan Liar Sedunia menganggarkan bahawa penggunaan pembungkusan makanan plastik di Malaysia mencecah 148,000 tan metrik sepanjang tahun lalu dengan satu kajian menganggarkan bahawa negara menghasilkan 0.94 juta tan sisa plastik tidak terurus dan kemungkinan 0.14 hingga 0.37 juta tan telah memasuki lautan," katanya.
 
Webinar ini dimulakan tahun lalu dengan penyertaan 1,300 guru di seluruh negara. Ia turut diadakan untuk pelbagai pihak berkepentingan lain termasuk kakitangan dan jabatan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan gaya hidup yang lestari. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada agenda Ekonomi Plastik Baharu PCG yang menyokong agenda ekonomi sirkular negara, yang akhirnya membentuk masa depan yang lebih lestari.
 
 
Maklumat lanjut tentang PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com.my
 
Sumber: PETRONAS Chemicals Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Yogeswari Thangavelu
Media Relations, Corporate Affairs & Administration Department
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: +(603) 2331 5000 (GL), +(603) 23926434 (DL), (6) 017 2000919 (M)
E-mel: yogeswari.thangavel@petronas.com
 
--BERNAMA

Sunday, November 28, 2021

KUMPULAN NIKKISO CLEAN ENERGY & INDUSTRIAL GASES MENGUMUMKAN PEMBENTUKAN KEMUDAHAN MARIN YANG DIPERKEMBANG DI KOREA

TEMECULA, Calif., 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases (Kumpulan), sebuah syarikat subsidiari Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbangga untuk mengumumkan pengembangan kemudahan kami di Busan, Korea bagi menyokong Pusat Marin mereka yang baharu. Pengembangan ini menunjukkan komitmen dan sokongan mereka terhadap perkembangan industri pembinaan kapal Korea.

Kemudahan yang baharu dan lebih besar ini memberikan penyelesaian Marin bersistem penuh dan akan bertindak sebagai pangkalan Kumpulan untuk semua aktiviti marin di Korea. Sebagai kemudahan Nikkiso yang bersepadu, mereka akan memberikan penyelesaian marin termasuk kelincir pam, pengewap, kawalan, kelincir gas bahan api bertekanan tinggi, perkhidmatan dan banyak lagi. Kemudahan ini menyertakan keupayaan pengujian kriogenik penuh dan pertambahan pekerja termasuk jurutera reka bentuk, pengeluaran dan pengurus projek.

Marin merupakan tumpuan besar Kumpulan dan pengembangan ini memberikan struktur sokongan yang kukuh untuk pertumbuhan akan datang. Kemudahan baharu ini ditempatkan secara ideal di dalam rantau bagi menyokong pelanggan utama mereka dan memberikan perkembangan dijangka dalam industri Marin yang tertumpu kepada tenaga bersih. Berukuran lebih kurang 4,000 meter persegi, kemudahan ini lengkap untuk menghasilkan dan memasang pam kriogenik, kelincir Pengewap FGSS, kelincir stesen LH2, kelincir proses dan akan menempatkan kemudahan pengujian kelincir pam LN2 terbaharu. Kemudahan ini juga menyertakan pusat perkhidmatan seluas 342 meter persegi.

Menurut Daryl Lamy, Presiden Pam Kriogenik Nikkiso, “Nikkiso ACD telah menjadi pembekal pilihan bagi kelincir Gas Bahan Api untuk industri pembinaan kapal Korea selama lebih dari 20 tahun! Dengan pembungkusan kelincir baharu dan kemudahan pengujian kami yang terletak berhampiran limbungan kapal di Korea, kami kini mempunyai kapasiti yang lebih besar dan sokongan tempatan untuk memenuhi peningkatan dan keperluan global yang semakin meningkat untuk binaan kargo dan kapal pengangkutan dengan bahan api LNG yang baharu.

Menurut Peter Wagner, CEO Industri Kriogenik dan Presiden Kumpulan, “Ini merupakan langkah seterusnya yang mengujakan dan peristiwa penting untuk Kumpulan kami serta pasaran Marin yang dikuasakan LNG dan merupakan manfaat yang besar untuk pelanggan Marin kami. Nikkiso CE&IG kini mampu memberikan sistem dan sokongan lengkap kepada pelanggan kami menerusi penyelesaian disokong kilang lengkap.” 

Maklumat Hubungan:

Nikkiso Clean Energy and Industrial Gases - Korea
Ibu pejabat & Kilang  : 83, Nosan sanup jung-ro, Gangseo-gu, Busan, 46752, Korea
Pejabat cawangan     : #1912, 170 Ganggyo jungang-ro, Yeongtong-gu, Suwon,
Gyuenggi 16614 Korea
info@NikkisoCEIG-Korea.com 

PERIHAL CRYOGENIC INDUSTRIES
Cryogenic Industries, Inc. (kini merupakan ahli kumpulan Nikkiso Co., Ltd.) ialah ahli kumpulan syarikat yang menghasilkan peralatan pemprosesan gas kriogenik tereka bentuk dan loji proses berskala kecil untuk gas asli cecair (LNG), perkhidmatan telaga dan industri gas industri. Ditubuhkan pada lebih daripada 50 tahun lalu, Cryogenic Industries ialah syarikat induk ACD, Cosmodyne dan Cryoquip serta kumpulan terkawal yang pada kebiasaannya terdiri daripada lebih kurang 20 entiti pengendalian.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.nikkisoCEIG.com dan www.nikkiso.com. 


ORANG HUBUNGAN MEDIA:
Anna Quigley
+1,951,383.3314
aquigley@cryoind.com 

Sumber: Cryogenic Industries

--BERNAMA

Saturday, November 27, 2021

SATU JAHITAN DALAM SATU WAKTU: TAIWAN DAN JEPUN BERGANDING TENAGA DALAM MENYEDIAKAN PENJAGAAN KRITIKAL

 


HSINCHU, Taiwan, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jepun telah menderma lima kelompok vaksin AZ COVID-19 kepada Taiwan, dan Taiwan telah membalasnya dengan menyediakan rawatan di Pusat Terapi Menangkap Neutron Boron (BNCTC) NTHU untuk seorang wanita Jepun berusia 20 tahun yang menghidap tumor otak malignan. Rawatan itu berjaya, dan beliau kini telah kembali ke sekolah.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20211125005795/en/

Doktor yang bertanggungjawab bagi rawatan itu ialah Yi-Wei Chen dari Jabatan Onkologi di Hospital Besar Veteran Taipei (TVGH). Beliau berkata, hanya Taiwan dan Jepun sahaja yang mempunyai pusat perubatan yang menggunakan terapi menangkap neutron boron (BNCT) untuk merawat kanser. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun masih belum meluluskan BNCT untuk merawat tumor otak malignan, menjadikan Taiwan sebagai sumber tunggal bagi rawatan untuk tumor otak malignan yang sukar dirawat melalui pembedahan.

Chen berkata, pesakit Jepun itu pada asalnya didiagnosis sebagai menghidap rabdomiosarkoma di saluran telinga kanan pada usia enam tahun. Selepas pembedahan dan kemoterapi, keadaan itu telah stabil untuk seketika. Tanpa diduga, tumor itu berulang pada tahun 2018, dan tumor itu metastasaiz ke belakang otak. Selepas ia ditentukan bahawa ia ternyata tumor sarung saraf periferal yang malignan, beliau telah menerima zarah berat dan rawatan CyberKnife di Jepun, tetapi tumor itu masih berulang.

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk datang ke Taiwan bagi BNCT, dan tiba pada April 2021. Pada masa itu saiz tumor adalah 6–7 sm, tetapi selepas penyinaran pusingan pertama di Pusat Kanser THOR BNCT, ia mengecut sebanyak 80%, dan mampatan pada leher beliau agak lega, yang mencetuskan kegembiraan di kalangan pasukan perubatan, dan beliau kembali ke Jepun. Walau bagaimanapun, pada penghujung Julai, beberapa tanda perulangan telah ditemui, dan beliau dinasihatkan untuk kembali ke Taiwan bagi pusingan kedua penyinaran.

MARY KAY INC. DAN YAYASAN MARY KAY ASH MENERUSKAN KOMITMEN DALAM PENCEGAHAN DAN PENGHAPUSAN KEGANASAN GLOBAL BERASASKAN JANTINA

 

Vesna Jaric, Pegawai Bertanggungjawab, Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita (Foto: Mary Kay Inc.)

Komitmen kepada Gabungan Tindakan Kesaksamaan Generasi mengenai Keganasan Berasaskan Jantina dan Perkongsian Diperbaharui dengan Tabung Amanah PBB untuk Menamatkan Keganasan terhadap Wanita dan CARE Menggariskan Misi Jenama itu untuk Melindungi Wanita dan Gadis di seluruh Dunia

DALLAS, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai pengiktirafan kepada Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Keganasan terhadap Wanita yang akan datang yang memulakan 16 Hari bagi Aktivisme Terhadap Keganasan Berasaskan Jantina, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay Ash hari ini mengumumkan satu komitmen bersama yang diperbaharui untuk pencegahan dan penghapusan keganasan berasaskan jantina dengan menyertai Gabungan Tindakan Kesaksamaan Generasi mengenai Keganasan Berasaskan Jantina. Komitmen itu—yang didedahkan oleh organisasi itu semasa Forum Kesaksamaan Generasi Wanita PBB di Paris baru-baru ini— hanyalah langkah terbaharu yang dilakukan oleh jenama kecantikan terkenal itu dan badan amalnya demi kepentingan meningkatkan kehidupan wanita di mana sahaja.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15284

Thursday, November 25, 2021

KOMITMEN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN

CYBERJAYA, 24 Nov (Bernama) -- Sebagai sebuah agensi kerajaan yang berfungsi sebagai tulang belakang dalam menjayakan setiap inisiatif yang terkandung dalam belanjawan dan rancangan pembangunan negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan khususnya pembayar cukai.
 
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh HASiL sentiasa memenuhi harapan setiap pelanggan, kami sangat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan yang konstruktif daripada semua pihak. Setiap maklum balas dan cadangan akan diteliti dan dipertimbangkan pelaksanaannya mengikut kesesuaian serta keperluan semasa.
 
Dalam hal ini, kami turut terbuka untuk menerima sebarang aduan yang melibatkan perkhidmatan yang kami tawarkan sekiranya perkhidmatan tersebut dirasakan tidak adil, lewat diambil tindakan, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Semua maklum balas, cadangan dan aduan berkenaan hendaklah dilaporkan terus kepada HASiL melalui Borang Maklum Balas Pelanggan yang boleh dicapai di Portal Rasmi kami (www.hasil.gov.my) atau pautan pantas seperti yang berikut:
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
 
Tindakan melaporkan secara terus kepada HASiL bagi setiap maklum balas, cadangan dan aduan ini bukan sahaja akan dapat mengelakkan data sulit pembayar cukai terdedah dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, malah ia juga akan membantu kami dalam mengambil tindakan segera serta menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi oleh pelanggan dengan cekap.
 
Selain itu, melalui kaedah pelaporan terus kepada HASiL juga akan menjamin pelanggan mendapat jawapan yang tepat dalam menjawab sebarang kemusykilan berkaitan percukaian dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang kami tawarkan. Hal ini kerana, penyelesaian sesuatu kes yang dirujuk atau diadukan adalah berbeza dengan kes-kes lain disebabkan oleh perbezaan fakta-fakta yang wujud antara kes-kes berkenaan.
 
Ketahui Hak dan Tanggungjawab Pembayar Cukai
 
HASiL juga ingin memaklumkan bahawa setiap pembayar cukai mempunyai hak dan tanggungjawab yang mana semua hak dan tanggungjawab ini juga boleh dirujuk dalam Piagam Pelanggan kami di www.hasil.gov.my > Profil Korporat > Piagam Pelanggan.
 
Di antara hak pembayar cukai yang termaktub dalam Piagam Pelanggan tersebut ialah Hak membuat rayuan atas taksiran yang dibangkitkan oleh HASiL. Hak untuk merayu ini boleh digunakan seandainya pembayar cukai mendapati berlaku situasi-situasi seperti yang berikut:
i. Pelepasan cukai yang dituntut tidak dibenarkan dengan sewajarnya;
ii. Terlupa untuk menuntut apa-apa bayaran dan perbelanjaan tertentu; atau
iii. Tidak berpuas hati dengan taksiran pendapatan oleh HASiL
 
Penerangan lanjut berhubung rayuan cukai ini boleh dirujuk dalam Ketetapan Umum No.7/2020 melalui Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Perundangan > Ketetapan Umum > Rayuan Terhadap Sesuatu Taksiran dan Permohonan Relif.
 
Selaku agensi barisan hadapan, HASiL mengulangi komitmen untuk terus menyediakan perkhidmatan percukaian profesional berlandaskan nilai integriti dan berpaksikan prinsip mesra, adil dan cekap.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15277

PAPARAN PERTAMA BAGI KIRA-KIRA 180 PRODUK BAHARU DARIPADA TAMASHII NATIONS DI ACARA DALAM TALIAN PADA 19-21 NOV: BANDAI SPIRITS, BANDAI NAMCO ENTERTAINMENT

TOKYO, 25 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
-TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021: Studio MIRAIKEN, Dilengkapi dengan Peralatan Terkini di Jepun, untuk Menyampaikan Persembahan Langsung xR-

Di bawah jenama perdana bagi koleksi khalayak sasaran dewasa, “TAMASHII NATIONS,” BANDAI SPIRITS CO., LTD. Tokyo akan mengadakan acara dalam talian “TAMASHII NATION DALAM TALIAN 2021” dari 19 November (Jumaat) hingga 21 November (Ahad).

PAPARAN PERTAMA BAGI KIRA-KIRA 180 PRODUK BAHARU DARIPADA TAMASHII NATIONS DI ACARA DALAM TALIAN PADA 19-21 NOV: BANDAI SPIRITS, BANDAI NAMCO ENTERTAINMENT

METRICSTREAM DIANUGERAHKAN PENYELESAIAN PENGENDALIAN RISIKO TERBAIK TAHUN INI DI ASIA OLEH RISK.NET

SINGAPURA, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran dunia di dalam pengurusan risiko bersepadu dan penyelesaian tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan dengan Penyelesaian Pengendalian Risiko Terbaik Tahun Ini, sebagai sebahagian daripada Anugerah Risiko dan Anugerah Teknologi Asia Risk.net 2021.

Menurut Risk.net, “Apa yang membuatkan penyelesaian ini menonjol adalah ia menyediakan keterlihatan yang mendalam bagi pengguna terhadap risiko, kawalan dan kerugian bagi sesebuah pengendalian organisasi, sekali gus membolehkan mereka dengan berkesan mengukuhkan daya ketahanan, membuat keputusan dan ketangkasan perniagaan. Ini membantu pelanggan MetricStream merealisasikan kecekapan operasi mereka sendiri dengan pengurangan 66% dalam masa untuk menyiapkan penilaian risiko penuh.”

“Kami berada pada tahap termaju, dengan menyampaikan teknologi baharu dan berinovatif yang memacukan nilai untuk pelanggan kami, yang perlu melindungi diri mereka daripada ketidakpastian, meminimumkan kerugian, dan meningkatkan proses membuat keputusan,” kata Aravind Varadharajan, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, APAC, MetricStream. “Adalah menjadi satu penghormatan untuk menerima anugerah ini, dan pengesahan bahawa kami membantu pelanggan kami di Asia-Pasifik untuk mengubah risiko menjadi satu kelebihan yang strategik.”

METRICSTREAM DIANUGERAHKAN PENYELESAIAN PENGENDALIAN RISIKO TERBAIK TAHUN INI DI ASIA OLEH RISK.NET

Wednesday, November 24, 2021

WEBINAR 'LIBERALISME DAN PENYEMPITAN AGAMA: APAKAH PANDUAN ISLAM'

YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merasmikan Webinar "Liberalisme dan Penyempitan Agama : Apa Panduan Islam?"

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Liberalisme dan Penyempitan Agama: Apakah Panduan Islam?’ secara dalam talian, bagi membincangkan dua aliran pemikiran dan pentafsiran terhadap agama yang tersasar dari prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) yang menjadi teras kepada tradisi keilmuwan Islam sejak awal.

Aliran pemikiran liberal yang dipengaruhi oleh falsafah sekular Barat  mengandaikan bahawa ajaran Islam perlu disesuaikan dan diubah selari dengan perkembangan zaman. Pada satu ekstrem yang lain, terdapat kecenderungan  melampau dalam kalangan sebahagian kelompok masyarakat Islam yang memberikan tafsiran sempit dan keras terhadap sumber agama dengan menekankan kepada perkara-perkara furu’, tafsiran-tafsiran literal, serta mengetepikan tafsiran berwibawa ulama-ulama Islam yang muktabar.

Tuesday, November 23, 2021

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MELANCARKAN PENGAMBILAN GLOBAL DALAM TALIAN

CHONGQING, China, 22 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 20-21 November, di sepanjang Sungai Jialing, Persidangan Bakat Chongqing 2021 telah diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Yuelai. Acara khas pengambilan dalam talian global Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang turut dilancarkan, dengan kira-kira 70 perusahaan menyediakan lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan dengan gaji tahunan paling tinggi sebanyak satu juta yuan. Ini bukan sahaja sebahagian daripada aktiviti tarikan bakat dalam talian bagi Persidangan Bakat Chongqing 2021, tetapi juga satu daripada langkah tetap bagi Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang untuk melaksanakan inisiatif “tarikan bakat awan”, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah melaksanakan strategi mencergaskan semula negara itu melalui pembangunan sumber manusia secara menyeluruh, berpegang teguh kepada dua matlamat pembangunan bandar utama iaitu membina sebuah pintu masuk pedalaman untuk pembukaan dan sebuah bandar raya pintar, dan telah mencapai matlamat bagi pembangunan berkualiti tinggi dan kehidupan berkualiti tinggi, berusaha untuk mewujudkan sebuah ekologi bagi “menarik bakat dari dekat dan jauh”, dan berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah tanah tinggi pengumpulan bakat peringkat tinggi dan menggunakan sepenuhnya kepakaran mereka.

Pada masa ini, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah mengumpulkan lebih 500,000 bakat keusahawanan dan berinovatif serta 346 bakat peringkat tinggi daripada pelbagai jenis.

Luo Fei, yang bertanggungjawab dalam pengkomputeran hiperspektral dan teknologi pengimejan di Pusat Inovasi Chongqing di bawah Institut Teknologi Beijing, memilih untuk tinggal di Chongqing selepas menghadiri Persidangan Bakat Chongqing dan telah bekerja dan tinggal di Liangjiang selama lebih satu tahun.

Penginapan Luo memerlukan perhatian segera dengan Pusat Inovasi Chongqing, yang telah dianggap sebagai satu daripada “sarang” yang dibina untuk menarik “phoenix,” seperti menurut satu simpulan bahasa Cina. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Zon Inovasi Kolaboratif Liangjiang telah memperkenalkan 38 institusi R&D terbuka dan antarabangsa peringkat tinggi, termasuk Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Chongqing bagi Universiti Politeknik Barat Laut, Pusat Inovasi Chongqing bagi Institut Teknologi Beijing dan Institut Penyelidikan Chongqing bagi Universiti Normal China Timur. Terdapat lebih daripada 110 pasukan penyelidikan saintifik, dan lebih 1,100 bakat inovatif yang telah menetap, termasuk lebih daripada 500 orang doktor dan 164 dengan gelaran profesional kanan. Zon itu telah menjadi satu model untuk Kawasan Baharu Liangjiang dan juga seluruh bandar raya itu untuk mengumpulkan bakat melalui pembinaan platform.

Pembangunan bagi platform inovatif seperti Zon Inovasi Kolaboratif Liangjiang, Taman Pintar Lijia Yuelai Chongqing dan Taman Perindustrian Ekonomi Digital Liangjiang, platform terbuka seperti Pelabuhan Guoyuan, Zon Terikat Komprehensif Lianglu Cuntan, Bandar raya Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai dan Pusat Kewangan Antarabangsa Jiangbeizui,  serta sebagai sebilangan besar platform bandar, platform kerjasama antarabangsa dan zon fungsian perindustrian telah mempromosikan Kawasan Baharu Liangjiang untuk menjadi sebuah tempat yang mendambakan bakat global.

Di Kawasan Baharu Liangjiang, seluruh kitaran hayat keperluan bagi bakat, seperti pertumbuhan, pendidikan, pekerjaan, penjagaan perubatan dan penjagaan hari tua, semuanya boleh dipenuhi. Sebuah bandar raya yang sesuai untuk bekerja, menetap dan hiburan secara beransur-ansur terbentuk. Bakat-bakat di Liangjiang bukan sahaja dapat merealisasikan aspirasi mereka, tetapi juga mempunyai semangat kekitaan, perolehan dan kebahagiaan.

“Kawasan Baharu Liangjiang menyediakan kepada kami dengan satu siri sumber sokongan termasuk dasar, bakat, pejabat dan kehidupan, yang menyediakan keadaan yang baik untuk penyelidikan saintifik kami,” kata Luo, sambil menambah bahawa Kawasan Baharu Liangjiang telah menyediakan sebuah platform inovasi peringkat tinggi, dan berharap lebih ramai bakat tinggi dari dalam dan luar negara boleh datang ke Liangjiang untuk pembangunan.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15267

FESTIVAL PELANCONGAN ANTARABANGSA LALUAN SUTERA MARITIM (FUZHOU) KE-7 BERMULA



Taman Desa Fushan, Bandar raya Fuzhou, Wilayah Fujian, China

FUZHOU, China, 23 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Festival Pelancongan Antarabangsa Laluan Sutera Maritim (Fuzhou) Ke-7 bermula pada 23 November. Festival itu dihoskan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian dan dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Fujian bagi Kebudayaan dan Pelancongan dan Kerajaan Rakyat Fuzhou. Festival itu, yang bertemakan Kerjasama Laluan Sutera Maritim untuk Kebudayaan dan Pelancongan yang Berkembang, akan diadakan secara dalam talian dan luar talian, dengan menonjolkan statusnya sebagai sebuah acara antarabangsa bagi kebudayaan dan pelancongan di sepanjang Laluan Sutera Maritim.

USCELLULAR KINI MENAWARKAN PENYELESAIAN CONTENT TRANSFER SYNCHRONOSS UNTUK MEMPERCEPAT PENGAKTIFAN PERANTI DALAM STOR

Penyelesaian membolehkan pemindahan data digital dengan cepat dan selamat ke peranti mudah alih yang baharu

BRIDGEWATER, N.J., 22 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Menjangkakan musim cuti yang sibuk untuk jualan telefon mudah alih baharu, UScellular, pembawa wayarles perkhidmatan penuh yang ke-empat terbesar di Amerika Syarikat, kini menawarkan Synchronoss Content Transfer, satu penyelesaian yang memberikan sekutu stor UScellular yang berkeupayaan untuk memindahkan kandungan dengan mudah dan cepat daripada peranti mudah alih lama pelanggan kepada yang baharu tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Content Transfer dari Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pengguna inovasi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, direka khusus untuk menyelaraskan pemasangan peranti baharu dengan menyediakan cara untuk kandungan digital – termasuk foto, video, kenalan, log panggilan, muzik, dokumen, mesej dan tetapan – untuk dipindahkan dengan mudah antara telefon mudah alih dan tablet.

Chris Hill, Ketua Pegawai Komersial untuk Synchronoss, berkata akses yang sentiasa aktif kepada kandungan digital bukan lagi sesuatu yang "mudah untuk dimiliki" tetapi "mesti ada" kerana pengguna semakin menyepadukan peranti mudah alih ke dalam kehidupan seharian mereka.

“Pengguna mempunyai dua jangkaan semasa membeli peranti baharu: Salah satunya adalah mereka tidak akan kehilangan mana-mana data digital yang penting apabila menukar perkakasan. Kedua adalah mereka akan mempunyai akses kepada data mereka sebaik sahaja peranti mudah alih baharu disambungkan kepada rangkaian. Aplikasi platform silang kami memenuhi kedua-dua keperluan tersebut dengan menjadikan pengaktifan peranti baharu boleh dikatakan lancar untuk pelanggan,” katanya.

Penyelesaian Content Transfer ialah aplikasi yang mudah diguna yang merangkumi peranti dan sistem pengendalian serta menggantikan keperluan untuk peralatan dalam stor. Penyelesaian ini juga boleh mengurangkan dengan ketara jumlah masa yang diluangkan oleh pelanggan di stor apabila mengaktifkan peranti baharu.

"Sepanjang kami terus mencari cara baharu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami, kami melihat penyelesaian Synchronoss sebagai tambahan yang penting pada kotak alat perkhidmatan pelanggan kami," kata Eric Jagher, Naib Presiden Kanan Jualan dan Operasi Pengguna di UScellular. “Content Transfer menyediakan cara yang cepat dan mudah bagi memastikan pelanggan dapat menyimpan foto, video dan data penting yang lain apabila membeli telefon baharu, yang membawa kepada kurang masa yang dihabiskan di stor dan lebih banyak masa dihabiskan bersama rakan dan keluarga mereka semasa musim cuti ini. ”

Hill menambah bahawa ramalan juruanalisis untuk lonjakan perbelanjaan percutian tahun ke tahun bersama-sama tarikan model telefon pintar baharu yang dikeluarkan tahun ini merupakan salah satu sebab UScellular beralih kepada Synchronoss untuk membantu rakan sekutu stor untuk memastikan mereka boleh memindahkan kandungan pelanggan dengan mudah dan cepat ke peranti baharu.

“Penambahan penyelesaian Content Transfer kami kepada sumber perkhidmatan pelanggan UScellular akan membantunya terus memberikan pengalaman dalam gedung yang sangat baik,” katanya.

Content Transfer adalah salah satu daripada kumpulan penyelesaian Synchronoss onboardX – satu set alatan yang membolehkan operator mudah alih menyediakan pengalaman pelanggan yang pelanggan inginkan dan mendorong pengambilan perkhidmatan. Penyelesaian onboardX tambahan termasuk Backup & Restore, perkhidmatan awan yang memberikan pelanggan tempat yang selamat untuk membuat sandaran, melihat dan memulihkan kandungan merentasi sistem pengendalian dan peranti; Out of Box Experience (OOBE), penyelesaian yang menyelaraskan pengaktifan pelanggan, perkhidmatan dan peranti baharu; dan Digital Experience Platform (DXP), yang memudahkan penciptaan, orkestrasi dan pengurusan pengalaman dalam talian dan perjalanan.

Laman web  Synchronoss menyediakan maklumat tambahan mengenai Content Transfer dan alatan Synchronoss onboardX lain yang membolehkan operator mudah alih memacu pengambilan perkhidmatan dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang pelanggan inginkan.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk membayangkan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com.

Hubungan

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
synchronoss@ccgrouppr.com
Investors
Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc.
investor@synchronoss.com 

Sumber: Synchronoss Technologies, Inc. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15268

Monday, November 22, 2021

​GRADIANT MENGUMPULKAN LEBIH $100 JUTA DALAM PEMBIAYAAN BAHARU UNTUK PERTUMBUHAN AIR BERTEKNOLOGI BERSIH

· Warburg Pincus dan Schlumberger New Energy mendahului pusingan pembiayaan
· Pembiayaan akan digunakan untuk peluang-peluang pertumbuhan strategik, pembiayaan peringkat projek, penggunaan teknologi dan pemerolehan oportunistik
· Gradiant adalah sebuah penyedia penyelesaian global dan pembangun bagi projek air berteknologi bersih

BOSTON, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian rawatan air berteknologi bersih hujung ke hujung global terkemuka dan pembangun projek, hari ini mengumumkan ia telah mengumpulkan lebih $100 juta dalam pembiayaan Siri C. Pusingan itu diketuai oleh rakan kewangan dan strategik Warburg Pincus dan Schlumberger New Energy dan telah terlebih langgan daripada sasaran awal mereka sebanyak $65 juta. Pusingan itu menjadikan jumlah pembiayaan Gradiant setakat ini kepada lebih $200 juta sejak penubuhannya.

GRADIANT MENGUMPULKAN LEBIH $100 JUTA DALAM PEMBIAYAAN BAHARU UNTUK PERTUMBUHAN AIR BERTEKNOLOGI BERSIH

ZENAS BIOPHARMA MEMPEROLEH HAK SEDUNIA EKSKLUSIF KEPADA OBEXELIMAB DARIPADA XENCOR

Xencor menerima hak kepada ekuiti tambahan dalam Zenas sebagai pembayaran pendahuluan dan layak untuk hingga $480 juta dalam kemungkinan bayaran pencapaian dan royalti pada jualan bersih produk yang dikomersialkan

Obexelimab ialah antibodi dwikhusus baru dengan potensi pertama dalam kelasnya untuk merawat penyakit autoimun

MONROVIA, Calif., HONG KONG dan BOSTON, 22 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Xencor, Inc. (NASDAQ: XNCR), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan antibodi monoklon dan sitokin yang dijuruterakan untuk rawatan penyakit kanser dan autoimun, dan Zenas BioPharma (“Zenas”), sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang berpangkalan di AS dan China komited kepada pembangunan dan penyampaian terapi berasaskan imun, hari ini mengumumkan bahawa Zenas telah memperoleh Xencor hak sedunia eksklusif untuk membangunkan, mengeluarkan, mengkomersialkan obexelimab antibodi percubaan.

ZENAS BIOPHARMA MEMPEROLEH HAK SEDUNIA EKSKLUSIF KEPADA OBEXELIMAB DARIPADA XENCOR

OKUMA CORPORATION MELANCARKAN PUSAT PEMESINAN MENDATAR BAHARU MA-8000H

OGUCHI, Jepun, 22 Nov., 2021 / Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Okuma Corporation telah membangunkan Pusat Pemesinan Mendatar MA-8000H baharu dengan saiz palet berukuran 800 x 800 mm. Dilengkapi dengan fungsi penjimatan kuasa yang meluas dan teknologi yang mesra alam yang beroperasi secara berautonomi tanpa campur tangan manusia, produk baharu ini sangat menyokong usaha pengguna untuk menyahkarbon.

OKUMA CORPORATION MELANCARKAN PUSAT PEMESINAN MENDATAR BAHARU MA-8000H

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA BEKERJASAMA DENGAN CABARAN WE EMPOWER SDG PBB UNTUK MEMAKSIMUMKAN IMPAK PEMBANGUNAN BAGI USAHAWAN WANITA

Logo Pemecut Keusahawanan Wanita (Grafik: WEA)

Cabaran WE Empower, sebuah Program yang diketuai bersama oleh Vital Voices & Global Futures Laboratory di Universiti Arizona State, adalah satu Pertandingan yang Pertama Seumpamanya untuk Usahawan Sosial Wanita

NEW YORK, 22 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA), satu perkongsian pelbagai strategi yang merangkumi 5 agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Mary Kay, Inc., bagi menyokong Minggu Keusahawanan Global minggu lalu dan Hari Keusahawanan Wanita, mengumumkan satu perkongsian dengan cabaran WE Empower SDG PBB, satu pertandingan yang pertama seumpamanya untuk usahawan sosial wanita di seluruh dunia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211120005125/en/

WEA direka untuk memaksimumkan impak pembangunan bagi keusahawanan wanita dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB dengan mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita yang memupuk pertumbuhan, kelestarian dan daya ketahanan. Rakan PBB bagi WEA termasuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) PBB Global Compact (UNGC), Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Wanita PBB.

PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA BEKERJASAMA DENGAN CABARAN WE EMPOWER SDG PBB UNTUK MEMAKSIMUMKAN IMPAK PEMBANGUNAN BAGI USAHAWAN WANITA

Saturday, November 20, 2021

SIARAN GAMBAR - AMBANK SUMBANG PERANTI 'TABLET' DAN BANTUAN MAKANAN UNTUK PARA PELAJAR DARI GOLONGAN B40 DI PULAU PINANG


Tuan Syed Anuar Syed Ali, Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank (2 dari kiri) dan Ong Gaik Leng, Pengarah Wilayah Utara, Kumpulan AmBank (paling kanan) menyempurnakan penyerahan sumbangan peranti tablet dan keperluan asas kepada ibu bapa serta para pelajar dari golongan B40 di SMK Sg Ara, Pulau Pinang pada 16 November 2021.



KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- 
Kumpulan AmBank telah menyumbang sebanyak 69 peranti ‘tablet’ berserta langganan internet selama setahun dan bantuan makanan yang terdiri dari keperluan asas untuk tempoh 3 bulan bermula dari Oktober sehingga Disember 2021 kepada sejumlah 69 pelajar dari keluarga B40 di Pulau Pinang.
 
Inisiatif ini adalah sebahagian dari usaha tanggungjawab sosial korporat Kumpulan AmBank dalam mendekati golongan komuniti yang kurang berkemampuan dan pada masa yang sama, meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.
 
Sumbangan peranti ‘tablet’ dan bantuan makanan diberikan kepada para pelajar dari SMK Sungai Ara dan SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Tuan Syed Anuar Syed Ali, bersama warga kerja ibu pejabat serta cawangan AmBank dari Pulau Pinang.

Sumber: Kumpulan AmBank 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15255