Thursday, November 18, 2021

ENVIVA DAN J-POWER MENYERTAI USAHA UNTUK MENYAHKARBON PENJANAAN KUASA DI JEPUN







Enviva akan bekerjasama dengan J-Power untuk membangunkan satu rantaian bekalan global sehingga 5 juta tan metrik biojisim kayu mapan untuk menggantikan arang batu dalam loji janakuasa J-Power


BETHESDA, Md. & TOKYO, 17 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Enviva Partners, LP (NYSE:EVA) (“Enviva”), sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui global yang khusus dalam biotenaga kayu mapan, dan utiliti Electric Power Development Co., Ltd. (TYO:9513) (“J-Power”) yang berpangkalan di Tokyo, telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) untuk bekalan jangka panjang berskala besar bagi biojisim kayu mapan daripada kilang pembuatan Enviva di Tenggara Amerika Syarikat kepada loji janakuasa arang batu J-Power di Jepun. Perjanjian itu direka bentuk untuk membangunkan satu pelan boleh laksana dan boleh dilabur di mana Enviva akan membina infrastruktur baharu untuk menghasil dan menyampaikan sehingga 5 juta tan metrik pelet kayu mapan untuk menggantikan arang batu secara kekal dalam loji janakuasa arang batu sedia ada J-Power, dengan ketara mengekang pelepasan gas rumah hijau bagi utiliti itu. MOU itu menyediakan satu rangka kerja untuk memajukan peranan biojisim sebagai satu sumber tenaga boleh diperbaharui dan mapan serta membantu J-Power memenuhi matlamat “Misi Biru” mereka untuk menjadi neutral karbon menjelang tahun 2050.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211116006425/en/

“Perubahan iklim adalah satu cabaran global yang memerlukan satu penyelesaian global. Enviva mempunyai satu rekod prestasi yang mantap dalam menyampaikan sebuah produk yang boleh dipercayai, berskala dan mapan, yang pada hari ini menyampaikan penyahkarbonan tenaga yang besar dan mendalam kepada penjana dan industri di seluruh dunia,” kata Thomas Meth, pengasas bersama dan naib presiden eksekutif bagi jualan dan pemasaran di Enviva. “Kami gembira kerana perkongsian kami dengan J-Power dapat membantu utiliti terkemuka di Jepun ini mencapai matlamat iklim mereka dengan tenaga beban asas yang boleh dipercayai yang melengkapkan kesan berselang-seli bagi angin dan solar.”

Pada April, Jepun, ekonomi ketiga terbesar di dunia, hampir menggandakan sasaran 2030 mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40%, meningkat daripada 26% pada 2013, menyertai negara lain yang beralih daripada arang batu dan bahan api fosil lain untuk mempercepatkan usaha menangani perubahan iklim. Untuk terus menyelaraskan dengan dasar penyahkarbonan kerajaan, J-Power, yang mempunyai sejumlah 8.4 gigawatt kapasiti kuasa arang batu, baru-baru ini mengumumkan pelbagai rancangan, termasuk menghentikan secara berperingkat loji janakuasa terma lama dan pembakaran bersama bagi biojisim atau ammonia.

Di bawah perjanjian itu, pihak-pihak itu akan bersama-sama menilai cara yang paling mapan dan menjimatkan kos untuk menyampaikan potensi bagi projek penukaran arang batu kepada biojisim, seperti keselamatan bekalan, penerimaan pelabuhan, penghantaran dan logistik penyimpanan, langkah-langkah keselamatan, dan ekonomi projek. Pelaburan itu akan memanfaatkan loji janakuasa arang batu J-Power sedia ada dengan menggunakannya semula melalui penukaran, yang berpotensi menghasilkan dalam kedua-dua loji biojisim yang khusus dan juga yang digerakkan bersama.

Menukar loji janakuasa arang batu sedia ada kepada penggunaan biojisim yang mapan adalah satu daripada cara yang paling cepat dan paling menjimatkan kos untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kitaran hayat bagi sesebuah loji sebanyak lebih 80 peratus sambil mengekalkan pekerjaan sepanjang rantaian bekalan itu. Projek penukaran arang batu kepada biojisim membolehkan bekas loji arang batu untuk terus beroperasi dengan menjimatkan kos dengan bekalan, penjanaan dan infrastruktur grid mereka yang sedia ada. Tidak seperti tenaga angin dan solar, biojisim tidak bergantung pada pengembangan grid.

“Kami yakin bahawa perkongsian kami dengan Enviva, yang mempunyai rekod prestasi yang mapan dan boleh dipercayai dalam membekalkan biojisim, akan menyokong usaha J-Power dalam merealisasikan keneutralan karbon. Dengan menggabungkan teknologi J-Power yang sangat cekap untuk menggunakan bahan api pepejal dan keupayaan bekalan global Enviva, kami memenuhi jangkaan sosial untuk mencapai keneutralan karbon ditambah dengan bekalan tenaga yang stabil,” kata Shinsuke Suzuki, Pegawai Eksekutif, Pengarah bagi Jabatan Tenaga Terma & Penciptaan Nilai di J-Power.

Biojisim yang pada akhirnya disediakan oleh Enviva di bawah perjanjian itu akan diperakui di bawah kriteria kemapanan semasa Kesatuan Eropah (EU), yang mengekal dan meningkatkan kesihatan, pertumbuhan dan kapasiti hutan jangka panjang. Standard kelestarian EU menjamin biojisim hanya diperoleh daripada hutan yang diuruskan secara mapan yang dijana semula, sekali gus memastikan stok karbon adalah stabil atau berkembang, dan penuaian hutan adalah sah, dan menghalang penyumberan daripada kawasan perlindungan alam semula jadi, dengan mengambil kira kualiti tanah dan kepelbagaian biologi.

Awal tahun ini, Enviva mengumumkan Komitmen Sifar Bersih mereka sendiri yang akan mengurang, menghapus atau mengimbangi semua pelepasan langsung mereka menjelang tahun 2030. Enviva bersetuju untuk menerima pakai proses pelepasan rendah yang berinovatif dan dipertingkatkan melalui pelaburan di dalam projek yang menghasilkan pengurangan karbon bersih yang nyata, tambahan, dan disahkan pihak ketiga sebagai sebahagian daripada rancangan bercita-cita tinggi ini untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada bahan api fosil dan meningkatkan kecekapan tenaga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rancangan dan matlamat sifar bersih 2030 Enviva, klik di sini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Misi Biru 2050 J-Power, klik di sini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15241



No comments:

Post a Comment