Wednesday, November 17, 2021

ADAGIO THERAPEUTICS MEMBERIKAN KEMAS KINI PROGRAM ANTIBODI ADG20 COVID-19 DAN MELAPORKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2021

Maklum Balas FDA Menyokong Penyerahan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) Terancang ADG20 untuk Pencegahan COVID-19; Pakej Data Klinikal Interim daripada Ujian Pencegahan EVADE akan Menyokong Penyerahan EUA yang Dijangkakan pada Suku Kedua 2022

Pendaftaran Ujian STAMP ADG20 untuk Rawatan COVID-19 Sedang Berjalan Dengan Baik; Analisis Keberkesanan Interim Terancang Dijangka Dikeluarkan pada Suku Kedua 2022 untuk Menyokong Potensi Penyerahan EUA

WALTHAM, Massachusetts, 17 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Adagio Therapeutics, Inc., (Nasdaq: ADGI) sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang tertumpu pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian berasaskan antibodi untuk penyakit berjangkit dengan potensi pandemik, hari ini mengumumkan perkembangan terkini tentang program antibodi COVID-19 utamanya iaitu ADG20 dan melaporkan keputusan kewangan suku ketiga tahun 2021. ADG20 ialah calon produk antibodi monoklon percubaan yang direka cipta untuk menghasilkan aktiviti peneutralan yang meluas dan kuat terhadap SARS-CoV-2, termasuk varian membimbangkan untuk pencegahan dan rawatan COVID-19.

ADAGIO THERAPEUTICS MEMBERIKAN KEMAS KINI PROGRAM ANTIBODI ADG20 COVID-19 DAN MELAPORKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KETIGA 2021

No comments:

Post a Comment