Thursday, November 11, 2021

DIGITALBRIDGE MENGUMUMKAN PELABURAN DARIPADA IFC UNTUK MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR DAN KETERSAMBUNGAN DIGITAL DI AMERIKA LATIN DAN ASIA TENGGARA

BOCA RATON, Fla., 10 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DigitalBridge Group, Inc. (NYSE: DBRG) (“DigitalBridge” atau “Syarikat” itu) hari ini mengumumkan bahawa International Finance Corporation (“IFC”) akan melabur $100 juta dalam aset infrastruktur digital yang diuruskan oleh DigitalBridge di Brazil, Indonesia dan Malaysia untuk mengembangkan akses digital dan ketersambungan.

Pelaburan $100 juta IFC termasuk $75 juta yang telah dilakukan dalam tiga syarikat portfolio DigitalBridge:
  • Scala Data Centers (“Scala”), sebuah pengendali pusat data berskala hiper berskala terkemuka di Brazil;
  • EdgePoint Infrastructure (“EdgePoint”), sebuah pembekal persendirian bagi infrastruktur komunikasi wayarles dengan operasi di Indonesia dan Malaysia; dan
  • Highline do Brasil (“Highline”), sebuah pembekal persendirian bagi infrastruktur komunikasi wayarles dengan mempunyai operasi di Brazil.
 
IFC akan melabur tambahan $25 juta dalam aset infrastruktur digital yang lain dalam pasaran baru muncul yang diuruskan oleh DigitalBridge pada masa hadapan.

Modal IFC akan membolehkan pengembangan perniagaan infrastruktur digital bagi Scala, EdgePoint dan Highline serta meningkatkan akses kepada ketersambungan digital berkualiti dan kapasiti pusat data bagi kedua-dua individu dan perusahaan di wilayah ini. Pelaburan IFC mengesah dan memajukan strategi pertumbuhan DigitalBridge dalam pasaran baru muncul, di mana infrastruktur digital yang berkualiti dan boleh dipercayai sedang menetapkan suasana untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang, inklusif dan sebuah masa depan yang lebih mapan.

“Pelaburan daripada IFC menyediakan Scala dengan sumber tambahan, termasuk kepakaran dan bimbingan mereka, yang membolehkan kami untuk mempercepatkan pertumbuhan dan kemajuan kami di negara-negara Amerika Latin melalui pembangunan infrastruktur digital, serta berkongsi prinsip kukuh mengenai ESG,” kata Marcos Peigo, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Scala. “Ketika kami terus meningkatkan platform kami, Scala akan kekal di barisan hadapan dalam pendigitalan, menyokong aktiviti ekonomi dalam komuniti yang kami layani.”

“Dengan sokongan DigitalBridge, EdgePoint telah membina syarikat infrastruktur telekomunikasi terkemuka di Asia Pasifik,” kata Suresh Sidhu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi EdgePoint. “Infrastruktur telekomunikasi adalah penting kepada pembangunan ekonomi dan sosial, dan sokongan IFC akan membolehkan pengembangan kami yang berterusan bagi penyelesaian ketersambungan generasi akan datang merentasi rantau ASEAN.”
 
“Highline komited untuk meningkatkan liputan telekomunikasi di seluruh Brazil – ketersambungan adalah satu pemboleh utama bagi pembangunan, inovasi dan kemajuan,” kata Fernando Viotti, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Highline. “Kami gembira untuk menerima sumber tambahan ini daripada IFC ketika kami mencari peluang-peluang baharu untuk mencipta nilai dalam satu cara yang berterusan dan mapan.”

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan DigitalBridge, sebuah peneraju yang mantap di dalam infrastruktur digital dengan satu visi untuk sebuah masa depan yang menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dengan impak sosial dan alam sekitar yang positif,” kata Lance Crist, Ketua bagi Ekuiti Global untuk Infrastruktur di IFC. “Infrastruktur digital menguatkan setiap aspek masyarakat dan ekonomi, daripada bandar raya pintar dan e-kerajaan kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, daripada e-dagang, perkhidmatan kewangan, dan pembuatan kepada penyelidikan dan pembangunan dan banyak lagi. Pelaburan ini memberi keutamaan kepada kami untuk merapatkan jurang digital dengan menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan digital, meningkatkan ketersambungan luar bandar, dan mempercepatkan pelancaran teknologi komunikasi digital 4G dan 5G di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai DigitalBridge

DigitalBridge (NYSE: DBRG) adalah sebuah REIT infrastruktur digital global yang terkemuka. Dengan warisan lebih 25 tahun melabur di dalam dan mengendalikan perniagaan merentas ekosistem digital termasuk menara, pusat data, gentian, sel kecil dan infrastruktur tepi, pasukan DigitalBridge menguruskan portfolio aset infrastruktur digital bernilai $38 bilion bagi pihak rakan kongsi terhad dan pemegang saham mereka. Beribu pejabat di Boca Raton, DigitalBridge mempunyai pejabat penting di Los Angeles, New York, London dan Singapura. Untuk maklumat lanjut mengenai DigitalBridge, sila layari  www.digitalbridge.com.

Kenyataan Amaran Berkenaan Kenyataan yang Berpandangan Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan berkaitan dengan jangkaan, kepercayaan, unjuran, rancangan dan strategi masa depan, peristiwa atau arah aliran yang dijangkakan dan ungkapan yang serupa berkenaan dengan perkara yang bukan merupakan fakta sejarah. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan penggunaan istilah yang berpandangan ke hadapan seperti “boleh,” “akan,” “sepatutnya,” “jangka,” “berhasrat,” “rancangan,” “menjangka,” “percaya,” “anggaran,” “meramal,” atau “berpotensi” atau kata negatif bagi perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa serupa yang merupakan ramalan atau menunjukkan peristiwa atau arah aliran masa depan dan yang tidak berkaitan kepada perkara berkaitan sejarah semata-mata. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, andaian dan luar jangkaan, kebanyakannya di luar kawalan kami, dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Faktor yang mungkin menyebabkan perbezaan sedemikian termasuk, tanpa had, keupayaan Syarikat untuk mengumpulkan modal tambahan untuk membiayai pertumbuhan dalam pasaran baru muncul dan risiko dan ketidaktentuan lain, termasuk yang diperincikan dalam Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020, Laporan Suku Tahun pada Borang 10-Q untuk suku tahun berakhir 31 Mac, 2021 dan 30 Jun, 2021, dan laporan lain yang difailkan oleh DigitalBridge Group, Inc. (“Syarikat” itu) dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan mencerminkan kepercayaan, andaian dan jangkaan baik Syarikat, tetapi ia bukan jaminan bagi prestasi masa hadapan. Syarikat itu memberi amaran kepada pelabur supaya tidak terlalu bergantung kepada sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan hanya berkaitan tarikh siaran akhbar ini. Syarikat tidak berkewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan selepas tarikh siaran akhbar ini, atau untuk mematuhi kenyataan terdahulu dengan keputusan sebenar atau jangkaan yang disemak semula, dan Syarikat tidak bercadang untuk berbuat demikian. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15203

No comments:

Post a Comment