Friday, November 19, 2021

KUMPULAN HTEC MENGAMBIL ALIH MOMENTUM DESIGN LAB - MELANGKAUI 1,000 ORANG PEKERJA, HTEC MENGGABUNGKAN STUDIO REKA BENTUK PRODUK DIGITAL TERBAIK SILICON VALLEY DENGAN BAKAT KEJURUTERAAN TERBAIKNYA

SAN FRANCISCO, 19 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- HTEC Group, sebuah syarikat perundingan, kejuruteraan perisian dan pembangunan produk digital global yang diasaskan di Serbia, hari ini mengumumkan pengambilalihan Momentum Design Lab, sebuah studio reka bentuk produk Silicon Valley yang memenangi anugerah.

Pengambilalihan ini, yang akan mengukuhkan lagi keupayaan reka bentuk produk HTEC di samping tawaran kejuruteraan utamanya, menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah menggaji lebih 1,000 orang pekerja di seluruh dunia pada masa ini merangkumi seluruh pejabat di AS, UK, Belanda, Sweden dan Slovenia. Sejak penubuhannya pada tahun 2008 dan sebagai syarikat pemula dalam Inkubator Teknologi Perniagaan di University of Belgrade, syarikat ini telah berkembang dari 250 orang pekerja di empat buah pusat pembangunan pada awal tahun 2020, hingga melangkaui 1,000 orang pekerja sepenuh masa yang kini bertebaran di dua belas lokasi di enam buah negara di seluruh Eropah Tenggara.

Momentum akan membantu HTEC membangunkan produk digital yang mengubah industri dan perniagaan serta meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Senarai pelanggan Momentum terdiri daripada 40 buah syarikat Fortune 500 serta syarikat pemula yang menarik. Syarikat tersebut telah mendorong pelanggan teknologi mereka untuk menjana lebih USD 41 bilion sama ada secara pengambilalihan atau penilaian.

KUMPULAN HTEC MENGAMBIL ALIH MOMENTUM DESIGN LAB - MELANGKAUI 1,000 ORANG PEKERJA, HTEC MENGGABUNGKAN STUDIO REKA BENTUK PRODUK DIGITAL TERBAIK SILICON VALLEY DENGAN BAKAT KEJURUTERAAN TERBAIKNYA

No comments:

Post a Comment