Thursday, November 11, 2021

KEMENTERIAN ALAM SEKITAR MENGADAKAN PAMERAN DAN SEMINAR DI PAVILION JEPUN PADA COP 26

TOKYO, 9 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Kementerian Alam Sekitar, Jepun (MOEJ), telah mewujudkan Pavilion Jepun di tempat COP 26 (Persidangan ke-26 bagi Parti-parti ke Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim), yang sedang berlangsung di Glasgow, United Kingdom, dari 31 Oktober hingga 12 November, 2021. Pavilion itu menyediakan peluang bagi pihak berkepentingan Jepun termasuk syarikat-syarikat untuk menganjurkan pameran dan seminar. MOEJ juga menganjurkan Pavilion Jepun Maya untuk mempamerkan teknologi dan tindakan secara dalam talian.

- Gambaran keseluruhan bagi Pavilion Jepun pada COP 26
Semasa COP 26, MOEJ mengendalikan Pavilion Jepun untuk mengadakan pameran dan seminar, serta Pavilion Jepun secara Maya, yang mempamerkan teknologi dan tindakan, bagi memperkenalkan inisiatif dan teknologi alam sekitar Jepun untuk mencapai penyahkarbonan global dan domestik.
 
Pada 20 Julai, 2021, MOEJ mengeluarkan satu gesaan bagi permohonan untuk mempamerkan teknologi penyahkarbonan lanjutan di Pavilion Jepun, dan memilih 12 di lokasi pameran serta 33 pameran maya (seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1).

Selain itu, seminar yang disenaraikan dalam Lampiran 2 sedang diadakan di Pavilion Jepun.

Maklumat terperinci untuk pameran dan seminar itu telah disiarkan di laman web berikut.

- Laman web Pavilion Jepun COP 26:
http://copjapan.env.go.jp/cop/cop26/en/index.html 
 
Lampiran 1: Senarai pameran Pavilion
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202111022694-O1-QeC4v9P7.pdf
 
Lampiran 2: Jadual sementara seminar
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202111022694-O2-30sBDuM5.pdf
 
Sumber: Kementerian Alam Sekitar 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment