Saturday, November 13, 2021

AJC AKAN MENJADI HOS KEPADA SIRI SIMPOSIUM MAYA BIMP-EAGA

“Peluang-peluang Perniagaan Baharu dan Mewujudkan Landskap Sosio-Ekonomi Lestari dalam BIMP-EAGA” pada 18 Nov, 25 Nov, 2 Dis dan 9 Dis.

TOKYO, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan satu siri simposium maya mengenai Kawasan Pertumbuhan Brunei Indonesia Malaysia Filipina ASEAN Timur atau BIMP-EAGA pada 18 dan 25 November, dan 2 dan 9 Disember, 2021. Tema bagi siri simposium maya itu ialah “Peluang-peluang Perniagaan Baharu dan Mewujudkan Landskap Sosio-Ekonomi Lestari dalam BIMP-EAGA”.

BIMP-EAGA telah dilancarkan pada tahun 1994 untuk memacukan pembangunan di kawasan terpencil dan kurang membangun di empat negara Asia Tenggara yang mengambil bahagian. Kawasan ini secara geografi adalah jauh dari ibu-ibu negara, namun secara strategik berdekatan di antara satu sama lain. Negara dan wilayah ini merangkumi lebih 60% daripada keluasan tanah bagi negara-negara BIMP-EAGA; namun mereka membentuk kurang daripada 20% daripada populasi mereka dan 18% daripada tenaga buruh.

Siri simposium itu akan memberikan tumpuan kepada empat daripada lima tonggak strategik bagi BIMP-EAGA WAWASAN 2025 iaitu, Ketersambungan, Bakul Makanan, Alam Sekitar, dan Sosiobudaya dan Pendidikan*. Berdasarkan kepada perspektif bagi Indo-Pasifik yang Bebas dan Terbuka dan Pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik yang berkongsi banyak prinsip asas yang relevan, siri simposium itu bertujuan untuk memberi peluang kepada BIMP-EAGA dan pihak berkepentingan Jepun untuk berbincang dan memahami dengan lebih baik cabaran serta peluang perniagaan di rantau itu. Siri simposium itu juga berharap dapat membentangkan bidang kerjasama yang mungkin untuk Jepun-BIMP-EAGA dan mengubah cabaran bagi pembangunan sosio-ekonomi kepada peluang-peluang perniagaan baharu.

Sesi pertama bagi siri itu akan diadakan pada Khamis, 18 November 2021 seperti di bawah. Butiran bagi sesi seterusnya akan diumumkan dalam masa terdekat di laman web AJC. (https://www.asean.or.jp/en/)

*Satu simposium untuk membincangkan Pelancongan BIMP-EAGA dijadual akan diadakan selain daripada siri simposium ini. Butiran akan diumumkan di laman web AJC dalam masa terdekat.

Sesi Pertama bagi “Peluang-peluang Perniagaan Baharu dan Mewujudkan Landskap Sosio-Ekonomi Lestari di BIMP-EAGA”
- Tonggak Ketersambungan -

Tarikh/Masa:

Khamis, 18 November 2021, 10:50 PAGI - 02:10 PETANG (waktu Jepun)

Tempat:

Zoom Dalam Talian

Program:

• 
Majlis Perasmian
Ucapan Aluan
  Dr. HIRABAYASHI, Kunihiko, Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun
Mesej
  Encik MIYAKE, Shingo, Naib Menteri Parlimen bagi Hal Ehwal Luar, Jepun
Ucaptama
  Dr Airlanga Hartarto, Menteri, Kementerian Penyelarasan bagi Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia

• Pembentangan mengenai Tonggak Ketersambungan –Perkembangan, Cabaran dan Peluang Terkini
Penghubungan Pengangkutan (Penyampai: Malaysia)
ICT (Penyampai: Malaysia)
Tenaga (Penyampai: Indonesia)
Perdagangan & Pelaburan (Penyampai: Filipina)
Ketersambungan BIMP-EAGA dan Jepun – Satu kes bagi kerjasama infrastruktur oleh Tobishima Construction

Penganjur:

Pusat ASEAN-Jepun

Penganjur bersama:

Sekretariat BIMP-EAGA

Kapasiti:

300 orang

Bahasa:

Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun (Terjemahan serentak)

Pendaftaran:

Percuma
Sila daftar daripada pautan di bawah untuk mengambil bahagian:
https://data.asean.or.jp/form/seminar/app_seminar.aspx?id=34373260
(Klik pada “Bahasa Inggeris” di sudut kanan atas pada laman web itu)
Bagi peserta di luar Jepun, daripada nombor telefon anda sila gunakan 0000000000 untuk mengisi borang pendaftaran. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15214

No comments:

Post a Comment