Tuesday, November 16, 2021

KUMPULAN YILI MELAPORKAN HASIL OPERASI SEBANYAK RMB 85 BILION DALAM TIGA SUKU PERTAMA 2021, DENGAN SATU PERTUMBUHAN KEUNTUNGAN BERSIH MELEBIHI 30%




HOHHOT, China, 15 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada 28 Oktober, 2021, Kumpulan Yili telah mengeluarkan keputusan kewangan mereka untuk tiga suku pertama 2021. Dalam tempoh tersebut, Yili mencapai jumlah hasil operasi sebanyak RMB 85.007 bilion dan satu keuntungan bersih RMB 7.967 bilion, yang mewakili peningkatan tahun ke tahun masing-masing sebanyak 15.23% dan 31.82%. Kedua-dua penunjuk mencapai rekod paling tinggi, dan pertumbuhan keuntungan lebih daripada 30% jauh melebihi jangkaan.

Keuntungan bersih Yili dalam tiga suku pertama telah melebihi pencapaian pada tahun lepas, menandakan satu prospek pertumbuhan baharu bagi syarikat itu. Prestasi itu juga menunjukkan bahawa Yili kini dijangka menjadi syarikat tenusu pertama di Asia yang melebihi RMB 100 bilion dalam hasil.

Pan Gang, Pengerusi bagi Kumpulan Yili, berkata, “Kami akan melabur lebih banyak di dalam landasan yang tertumpu kepada arah aliran penggunaan baharu dan berhasrat untuk melakukan yang terbaik dalam setiap daripadanya. Kami akan juga mempercepatkan transformasi digital kami untuk meningkatkan keseluruhan kecekapan operasi bagi Kumpulan itu, dalam usaha untuk mencapai objektif strategik kami.”

Produk teras mengekalkan pertumbuhan yang stabil, manakala pemacu pertumbuhan baharu muncul

Yili terus menonjol sebagai peneraju pasaran dalam susu cair, ais krim dan produk lain. Susu Organik Satine Yili, AMBPOMIAL, dan Changqing telah merangkul tempat pertama dalam segmen  pasaran mereka masing-masing.

Jualan produk baharu telah meningkat dengan kukuh, dengan potensi jenama mula untuk muncul sebagai kuasa baharu yang menyokong pertumbuhan prestasi Yili. Kategori pertumbuhan tinggi, termasuk keju, air mineral, susu suhu rendah, dan rumusan bayi, telah kesemuanya mengekalkan pertumbuhan pesat.

Susu tepung dewasa Xinhuo Yili telah mendahului segmen pasaran dalam volum jualan, manakala Jinlingguan telah menjadi jenama rumusan bayi yang menyaksikan pertumbuhan paling pesat dalam pasaran China. Sepanjang tiga suku pertama 2021, kategori rumusan bayi Yili telah mencapai satu kadar pertumbuhan yang melebihi 30% tahun ke tahun.

Yili kini telah merangkumi senario penggunaan utama bagi keju. Tiga suku pertama itu menyaksikan satu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 180% dalam jumlah jualan runcit bagi perniagaan keju Yili.

Memperkukuhkan kepimpinan rumusan bayi dan memasuki pasaran produk pemakanan

Yili telah secara proaktif memperkayakan kategori dan kerjasama strategik mereka sejak awal tahun 2021.

Pada 27 Oktober, 2021, Yili telah berganding bahu dengan peneraju susu kambing Ausnutria Dairy dan menjadi pemegang saham terbesar. Ausnutria juga mempunyai satu ciri susun atur yang komprehensif dalam produk pemakanan dan telah dilesenkan dengan tanda kualiti China untuk produk penjagaan kesihatan. Ini dengan ketara akan memudahkan pengembangan masa depan Yili di dalam pasaran makanan kesihatan.

Pendigitalan memperkasakan industri itu untuk meningkatkan kecekapan operasi

Yili telah mewujudkan sebuah pasukan berdedikasi yang bekerja dalam pendigitalan sejak 2019 dan telah membangunkan strategi transformasi berorientasikan pendigitalan mereka untuk dekad akan datang, membentangkan satu pelan hala tuju untuk pemasaran, produk dan rantaian bekalan.

“Transformasi digital harus dipercepatkan untuk memastikan amalan berorientasikan pengguna kami dari segi pembinaan jenama dan inovasi produk. Itu adalah tugas utama bagi Yili dalam tahun 2021,” menurut Pan Gang.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=407321
 
   Kapsyen: Kumpulan Yili melaporkan hasil operasi sebanyak RMB 85 bilion dalam tiga suku pertama tahun 2021, dengan satu pertumbuhan keuntungan bersih melebihi 30%. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15223

No comments:

Post a Comment