Tuesday, November 16, 2021

SANDBOX MEMPEROLEH SYARIKAT-SYARIKAT PERMAINAN PENDIDIKAN MUDAH ALIH SEPANYOL EDUJOY DAN TELLMEWOW

Tambahan Baharu untuk Menyertai Permainan Vertikel Sandbox

LONDON, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sandbox & Co, satu suit produk dan perkhidmatan pembelajaran digital, telah mengumumkan pemerolehan ke atas syarikat-syarikat permainan pendidikan yang berpangkalan di Sepanyol, Edujoy dan Tellmewow.

Diwujudkan pada tahun 2011, Edujoy memberi tumpuan kepada menyediakan permainan pendidikan untuk bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak sehingga umur 8 tahun. Ia telah membangunkan lebih 100 permainan yang telah dimuat turun lebih 500 juta kali di seluruh dunia dan telah bekerjasama dengan beberapa jenama kanak-kanak terbesar seperti Masha and Bear dan Hello Kitty.

Syarikat seinduk Edujoy, Tellmewow, memberi tumpuan kepada mereka bentuk permainan dan teka-teki berkualiti tinggi untuk orang dewasa. Produk mereka telah dimuat turun daripada App Store dan Google Play lebih 100 juta kali dan termasuk permainan popular seperti Hangman, carian perkataan dan permainan latihan otak.

Edujoy dan Tellmewow akan menyertai Permainan Vertikel Sandbox yang termasuk Poptropica, CoolMathGames dan tambahan terbaharu, Code Kingdoms. Syarikat-syarikat yang baharu turut serta itu akan kekal diterajui oleh Urtzi Jaureguibeitia dan Isabel Liébana (pengasas bersama Tellmewow) yang melapor kepada Abhi Arya, Presiden Permainan Sandbox.

Bhav Singh, pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sandbox berkata: “Kami teruja untuk mengalu-alukan Edujoy dan Tellmewow ke keluarga Permainan kami. Kami kagum dengan skala dan keupayaan yang mereka telah bina sehingga ini dan teruja untuk bekerjasama bagi menjadikan pembelajaran menyeronokkan bagi keluarga di seluruh dunia.”

Alberto Iglesias, pengasas bagi Edujoy dan pengasas bersama bagi Tellmewow berkata: “Saya percaya terdapat kesalinglengkapan yang tulen di antara produk kami oleh itu saya teruja untuk menyertai Kumpulan Sandbox dan bekerjasama rapat dengan pasukan itu dalam inisiatif strategik baharu di peringkat Kumpulan.”

Portfolio Sandbox yang semakin berkembang kini termasuk 15 produk dan perkhidmatan pembelajaran digital yang memenangi anugerah yang menjangkau lebih 55 juta keluarga milenium dan guru setiap bulan.

- AKHIR -

Maklumat mengenai Sandbox dan Sandbox & Co - https://www.sandboxandco.com
Sandbox adalah sebuah syarikat pendidikan milenium yang berpangkalan di London dengan produk dan perkhidmatan dalam talian yang menarik yang menjadikan pembelajaran menyeronokkan. Pada persimpangan industri digital, pembelajaran dan media, jenama Sandbox menerima kemajuan teknologi, memberi tumpuan kepada subjek teras yang relevan di peringkat global yang berpusat kepada minat keluarga dan membantu membangunkan kemahiran abad ke-21. Sandbox & Co mewakili dan mengendalikan secara strategik entiti yang dikawal dan dilabur oleh Sandbox – satu suit terdiri daripada 13 jenama, yang kebanyakannya adalah peneraju di dalam segmen mereka sendiri dan telah memenangi beberapa anugerah. Jenama ini diselaraskan dengan tiga puncak; Permainan Sandbox, Sandbox Kids dan Sandbox Learning. Jenama Sandbox termasuk CoolMathGames, Poptropica, Code Kingdoms, Tinybop, Curious World, Hopster, Family Education, TeacherVision, Teachit, Fact Monster, InfoPlease dan Funbrain. Sandbox komited untuk menyediakan sebuah ekosistem bagi produk didik hibur yang tiada tandingan, dan pada masa ini mencapai lebih 55 juta kanak-kanak, ibu bapa dan guru milenium mereka.
 
Maklumat mengenai Edujoy - https://edujoygames.com
Edujoy menyediakan permainan pendidikan untuk kanak-kanak dengan lebih daripada 100 permainan dan lebih 500 juta muat turun di seluruh dunia.
 
Maklumat mengenai Tellmewow - https://tellmewow.com
Tellmewow mencipta permainan rangsangan kognitif untuk semua peringkat umur, ia mempunyai lebih daripada 30 permainan dan lebih 100 juta muat turun. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15228

No comments:

Post a Comment