Wednesday, November 10, 2021

​OREN MANIS LIPU TERKENAL DI CHINA -- LIPU MENGGALAKKAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI DAN PENINGKATAN INDUSTRI OREN MANIS




LIPU, China, 9 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Pada Januari dan Februari setiap tahun, oren manis di Bandar raya Lipu, Guangxi, dijual ke seluruh negara itu dengan warnanya yang cerah, yang membayangkan rasanya yang manis. Pada tahun 2021, kawasan penanaman oren manis di Lipu mencecah 302,000 mu, dengan jangkaan keluaran sebanyak 620,000 tan dan nilai keluaran kira-kira RMB 2.48 bilion. Bandar raya itu kini mempunyai 2 zon demonstrasi teras peringkat wilayah, 1 zon demonstrasi peringkat daerah dan 15 taman demonstrasi peringkat bandar untuk oren manis, yang secara berkesan memacukan peningkatan kualiti dan menaik taraf pengeluaran pertanian di seluruh bandar raya itu dan seterusnya meningkatkan nilai tambah bagi hasil pertanian.

Bagi memastikan kualiti buah-buahan itu, Bandar raya Lipu mempromosikan teknologi perlindungan tumbuhan hijau dalam satu cara yang berkesan dan bersepadu serta menjalankan pensijilan bagi oren manis hijau. Setakat Oktober 2021, empat koperasi dan syarikat di Bandar raya Lipu telah memenangi pensijilan kebangsaan bagi “Sijil Produk Gred A Makanan Hijau”, dengan keluasan pensijilan bagi 4,710 mu, yang dijangka mencecah 180,000 mu di seluruh bandar raya itu pada tahun 2023. Pada masa yang sama, konsortium pengeluaran dan pemasaran oren manis berkualiti diusahakan melalui sokongan teknikal dan pembangunan pasaran untuk mengukuhkan demonstrasi dan peranan utama bagi entiti perniagaan dan meningkatkan pembangunan bagi industri oren manis. Pada masa ini, terdapat 19 perusahaan terkemuka, 515 koperasi profesional peladang dan 81 ladang keluarga di bandar raya itu, menurut Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Lipu.

Setiap tahun, Bandar raya Lipu kerap mengadakan Pesta Kebudayaan Oren Manis Lipu dan Pertandingan "Raja Oren”. Pakar-pakar dan cendekiawan dalam semua lapisan masyarakat dijemput untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti ini, dan penanam dan perusahaan jualan utama dianjurkan untuk mengambil bahagian di dalam pameran buah-buahan tempatan dan acara promosi, agar dapat meningkatkan populariti jenama itu dan pengaruh bagi oren manis.

Terletak di timur laut Guangxi dan selatan Bandar raya Guilin, Bandar raya Lipu terletak di zon kelebihan oren Jiangxi Selatan-Guangxi Utara yang dirancang oleh negara itu, dan ia merupakan satu-satunya kawasan kelebihan produk pertanian yang berciri oren manis di China. Oren manis Lipu memperoleh pensijilan petunjuk geografi kebangsaan pada tahun 2017, dan telah dipilih ke dalam Senarai Nasional bagi Produk Pertanian Baharu yang Terkenal, Istimewa dan Cemerlang pada tahun 2015 dan 2017. Bandar Xiuren di Bandar raya Lipu juga telah dianugerahkan dengan gelaran “Bandar Oren Manis di Guangxi”, dan beberapa tanda perniagaan berdaftar seperti "Lizhou" dan “Silver Garden” telah dianugerahkan dengan gelaran "Produk Jenama Terkenal Guangxi" dan “Produk Pertanian Berkualiti Guangxi”.

Buah oren manis Lipu itu mempunyai saiz yang sederhana dan seragam, kulitnya licin, nipis, dan mudah untuk dikupas, dan pulpanya lembut dan banyak airnya dengan rasa yang enak dan manis. Tambahan pula, oren manis Lipu mengandungi pelbagai jenis vitamin dan protein serta kalsium, fosforus, magnesium, natrium dan unsur-unsur lain yang diperlukan oleh tubuh manusia, yang sesuai untuk semua peringkat umur. Pada masa ini, oren manis menjadi satu daripada industri tonggak bagi pembangunan ekonomi pertanian di Bandar raya Lipu.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Bandar raya Lipu
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=406755
 
   Kapsyen: Memetik oren manis Lipu
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=406767
 
   Kapsyen: Mengisih oren manis Lipu  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15194

No comments:

Post a Comment