Friday, November 12, 2021

25 TAHUN DALAM MENJADIKAN DUNIA SEBUAH TEMPAT YANG LEBIH BAIK UNTUK WANITA: YAYASAN MARY KAY ASH℠ MERAIKAN ULANG TAHUN PENCAPAIAN




Pertubuhan Amal Memperkenalkan Nama, Logo, Laman Web Baharu, Penjenamaan Semula dan Laporan Tahunan Yayasan Yang Pertama

DALLAS, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan sambutan ulang tahunnya ke-25 dan dipandu oleh impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia, Yayasan Mary Kay AshSM telah mengeluarkan Laporan Tahunan Yayasan itu yang pertama, serta sebuah nama, laman web logo baharu dan penjenamaan semula. Sejak tahun 1996, Yayasan itu telah menyumbang lebih daripada $80 juta kepada organisasi yang selari dengan misi dua matlamat mereka: membiayai penyelidikan untuk kanser yang menjejaskan wanita dan menamatkan keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan jantina terhadap wanita dan gadis.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211110005237/en/

Selama lebih dua dekad, Yayasan itu terus berinovasi sebagai sebuah pemimpin amal global yang memberi tumpuan kepada wanita. Untuk memperingati ulang tahun pencapaian mereka, organisasi itu membuat sedikit perubahan kepada nama daripada Yayasan Mary KaySM kepada Yayasan Mary Kay AshSM untuk meningkatkan pengoptimuman enjin carian. Di samping itu, Yayasan itu memperkenalkan sebuah logo dan laman web baharu, penjenamaan semula dan Laporan Tahunan Yayasan Mary Kay AshSM yang pertama. Laporan itu memberikan satu gambaran keseluruhan berhubung inisiatif 2020 di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia. Penemuan utama dalam laporan itu termasuk:
  • Pada tahun 2020, Yayasan Mary Kay AshSM telah menganugerahkan geran berjumlah $1,825,000 kepada usaha di Amerika Syarikat dan mereka yang akan membuat satu perubahan di seluruh dunia melalui Geran Penyelidikan Kanser Inovatif/Translasi dan Program Penyelidikan Kanser Fellowship Pasca Kedoktoran Antarabangsa. Sejak tahun 1996, Yayasan Mary Kay AshSM telah menyokong penyelidikan kanser yang berinovatif dan ujian klinikal untuk mencari penawar bagi kanser yang menjejaskan wanita dengan menganugerahkan lebih $25 juta untuk lebih 250 projek termaju di sekolah-sekolah perubatan dan institusi penyelidikan terkemuka di seluruh dunia.
     
  • Disebabkan oleh pandemik COVID-19, satu peningkatan yang teruk telah dilaporkan di dalam keganasan rumah tangga di seluruh dunia pada tahun 2020. Pandemik ini di dalam satu pandemik telah menyebabkan rumah perlindungan keganasan rumah tangga berusaha keras sehingga ke tahap optimum mereka. Yayasan Mary Kay AshSM telah menganugerahkan geran kecemasan berjumlah $1,000,000 untuk menyokong pekerja barisan hadapan keganasan rumah tangga – responden pertama untuk wanita dan kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengembangkan satu komitmen global bagi menghapuskan keganasan rumah tangga berasaskan jantina, Mary Kay Inc. dan Yayasan Mary Kay AshSM telah bergabung tenaga dengan Tabung Amanah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Menamatkan Keganasan Terhadap Wanita dan CARE USA, pemimpin global kemanusiaan. Sejak tahun 2000, Yayasan itu telah menyumbang lebih $58 juta untuk menamatkan keganasan berasaskan jantina. Usaha itu telah menyokong lebih enam juta wanita dan gadis yang mencari perlindungan dan perkhidmatan daripada penderaan.
 
“Dua puluh lima tahun yang lalu, nenda saya, Mary Kay Ash, mewujudkan Yayasan itu yang terus kekal di tengah-tengah Mary Kay Inc., pekerja syarikat dan perunding kecantikan bebas yang berusaha untuk menegakkan visi beliau untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik bagi wanita dan keluarga mereka,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Pelaburan dan Naib Presiden bagi Lembaga Pengarah Yayasan Mary Kay AshSM. “Sementara Yayasan Mary Kay AshSM berakar umbi di Texas dan melihatnya tersebar ke seluruh Amerika Syarikat, sama seperti syarikat itu sendiri, usaha Yayasan itu tidak mengenal sempadan. Kami membayangkan sebuah dunia di mana wanita diberi kuasa, sihat dan selamat. Pada ulang tahun pencapaian ini, kami meneruskan komitmen teguh kami kepada wanita di seluruh dunia dan diingatkan betapa kami benar-benar berbesar hati untuk terus melakukan usaha nenda saya.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari marykayashfoundation.org.

Maklumat mengenai Yayasan Mary Kay Ash℠

Dengan berpandukan impian Mary Kay Ash untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana jua, Yayasan Mary Kay Ash℠ mengumpul dan mengagihkan dana untuk melabur dalam penemuan penyelidikan kanser untuk mencari penawar bagi kanser yang berkaitan dengan wanita dan menghentikan keganasan rumah tangga terhadap wanita. Sejak tahun 1996, Yayasan Mary Kay Ash℠ telah menyumbang lebih daripada $80 juta kepada organisasi yang selari dengan misi dua matlamat mereka. Selain itu, Yayasan itu menyokong inisiatif kesedaran, program jangkauan komuniti, dan menyokong undang-undang untuk memastikan wanita sihat dan selamat. Bersama-sama, kita dapat menjadikan dunia lebih baik untuk kaum wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk mendidik, menyokong, menjadi sukarelawan dan menyumbang, dan menyertai usaha yang menyelamatkan nyawa untuk menyokong dan memperkasakan wanita, sila layari marykayashfoundation.org, temui kami di Facebook dan Instagram, atau ikuti kami di Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15207

No comments:

Post a Comment