Saturday, February 29, 2020

ELECTRA AKAN MELANCARKAN KENDERAAN ELEKTRIK PERTAMANYA

Kereta elektrik ini akan merevolusikan perniagaan ini dan bersaing dengan semua syarikat lain dalam pengguna berbajet sederhana

LEBANON, Beirut, 28 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Electra bercadang untuk mengungguli, menewaskan harga dan mengatasi pasaran EV semasa dengan membina kereta super mesra alam yang sesuai untuk pengguna berbajet sederhana. Simbol kekuatan dan pembaharuan yang mutlak, Electra dibina dengan teknologi EV terbaik yang tersedia.

Keutamaan bagi Electra adalah untuk menggantikan pasaran kereta ICE (Enjin Pembakaran dalaman) sedia ada kepada Kenderaan Elektrik sebanyak 50%, dan dengan itu mempunyai impak yang lebih besar pada Persekitaran dan bukannya keuntungan besar untuk syarikat.

“Semasa memerhatikan pasaran untuk kenderaan elektrik, kami mendapati kereta EV sama ada sangat mahal atau tidak menarik dari segi rupa kepada pangkalan pelanggan, untuk meningkatkan minat pelanggan, kami memutuskan untuk mereka bentuk dan membina kereta yang akan diberikan kedudukan sebagai kereta super, tetapi masih berpatutan untuk klien berbajet sederhana;”
En. J Mohammad, Pengasas EV ELECTRA LTD.

EV Electra Limited dalam misi untuk menyokong dan mempercepat peralihan dunia kepada tenaga mampan, pada masa yang sama tidak berkompromi pada reka bentuk, prestasi dan kemampuan.

Penampilan pertama dirancang pada suku kedua tahun 2020, tempatan akan tersedia tidak lama selepas itu.

Coretan Media berserta pengumuman ini akan tersedia dengan mengklik pada imej atau pautan di bawah:

https://ml.globenewswire.com/1.0/snippet/401/zhs#lg=1&slide=0
Kereta pertama Electra, QUDS 1; Kereta pertama Electra, QUDS 2; Kereta pertama Electra, QUDS 3

Untuk editor yang inginkan maklumat lanjut tentang EV Electra Ltd. dan produknya, sila klik di sini

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.evelectra.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13132

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MERAIKAN KETIBAAN MUSIM BUNGA DAN BUNGA SAKURA DENGAN GUBAHAN BUNGA YANG CANTIK, MAKANAN YANG LAZAT DAN SENI SAKURA DIGITAL

TOKYO, 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu acara istimewa  untuk meraikan kedatangan musim bunga dan bunga "Sakura" dengan item-item menu istimewa yang disediakan dalam tema bunga sakura oleh tukang masak eksekutif kami yang akan dihidangkan di lapan restoran kami di antara 1 Mac hingga 30 April, 2020. Selain bunga sakura yang berkembang mekar, musim bunga juga merupakan satu musim yang sibuk bagi ramai orang yang meraikan pelbagai acara seperti kemasukan ke sekolah dan penyampaian ijazah, dan bermulanya pekerjaan baharu oleh pelajar yang telah menamatkan pengajian.

Semasa acara ini, pelbagai gubahan seni bunga yang indah yang dibuat oleh artis gubahan bunga “Ikebana” Jepun yang terkenal, Hiroki Maeno akan dipaparkan di lobi tingkat tiga dan kawasan koridor tingkat dua restoran di Hotel kami. Sebilangan besar pengunjung dari luar negara melancong ke Jepun pada musim bunga untuk melihat bunga sakura yang indah. Dan kerana bunga sakura hanya kekal mekar untuk satu jangka masa yang pendek kira-kira satu minggu, gubahan bunga dan makanan istimewa itu bagi acara kami direka untuk melanjutkan tempoh itu di mana tetamu boleh menikmati bunga sakura dan mengambil gambar-gambar kenangan.

Di Restoran All Day Dining “Jurin” kami, NAKED Inc., satu pengalaman manusia, reka bentuk ruang dan syarikat penerbitan kreatif, akan mengambil bahagian di dalam acara musim bunga ini dengan mencipta sebuah video pemetaan unjuran baharu yang akan ditunjukkan bersama-sama dengan makanan dan minuman yang disediakan khas itu. Video baharu itu akan menggambarkan detik-detik itu buat seketika dan kehalusan bunga sakura dan musim bunga.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota negara itu Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 15 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimono, upacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kami, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13130

Friday, February 28, 2020

RAWATAN BAHARU KANSER DIBANGUNKAN DI NTHU



HSINCHU, Taiwan, 27 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Yunching Chen dan Tsai-Te Lu dari Universiti Nasional Tsing Hua baru-baru ini telah membangunkan satu rawatan baharu untuk kanser, di mana pembuluh darah di dalam tumor malignan dipulihkan seperti biasa dengan menyuntikkan sebuah sistem penghantaran nano yang dibangunkan khusus untuk nitrik oksida (NanoNO), yang juga memudahkan penghantaran bagi ubat-ubatan kanser dan imunosit ke dalam tumor itu. Penyelidikan mereka yang berinovatif itu baru-baru ini telah diterbitkan di dalam jurnal berprestij Nature Nanotechnology.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200226005036/en/

Chen menyamakan struktur bagi badan manusia itu kepada sebuah bandar raya, dan sel-sel kanser kepada sekumpulan samseng yang menduduki sebuah kawasan kejiranan tertentu. Melepaskan faktor-faktor angiogenesis mencetuskan pembuluh darah di sekeliling untuk menyediakan nutrien yang mengembang sendiri, mencegah nekrosis hipoksik bagi sel-sel kanser. Bentuk bagi rawatan kanser yang digunakan pada masa ini, seperti kemoterapi dan ubat-ubatan sasaran, terutamanya berfungsi dengan membunuh sel-sel kanser atau pembuluh darah yang mempunyai tumor itu, tetapi menyebabkan ketaknormalan di dalam fungsi dan struktur bagi pembuluh darah; lebih-lebih lagi, jika mana-mana daripada sel-sel kanser itu kekal hidup dalam rawatan itu, mereka menjadi degil, seperti samseng tegar, sekali gus meningkatkan peluang bagi kambuh atau metastasis.

Apa yang menjadikan rawatan inovatif ini terutamanya menarik adalah penggunaan saluran tumor, yang telah sehingga sekarang dianggap sebagai rakan bagi sel-sel kanser. Chen menjelaskan bahawa selepas pembuluh darah yang mempunyai tumor itu dipulihkan, mereka dapat membantu meningkatkan fungsi bagi ubat anti kanser dan sel-sel imun.

Chen mendekati Lu ketika beliau sedang mempertimbangkan cara-cara untuk meneutralkan pembuluh darah yang mempunyai tumor itu. Lu berkata bahawa nitrik oksida dapat menggalakkan pemvasodilatan bagi pembuluh darah dan meningkatkan peredaran darah, dan dengan itu digunakan untuk merawat keadaan seperti infarksi miokardium dan hipertensi pulmonari. Walau bagaimanapun, oleh kerana jangka hayat nitrik oksida yang pendek, ia kebanyakannya digunakan untuk merawat gejala akut, dan tidak berkesan untuk penyakit kronik seperti kanser.

Pasukan itu telah membangunkan sebuah sistem penghantaran nano berasaskan polimer yang terdiri daripada asid laktik dan asid glikolik untuk menstabilkan kompleks besi dinitrosil biomimetik (DNIC) yang mengeluarkan nitrik oksida, dengan itu melanjutkan masa di mana molekul nitrik oksida dikeluarkan secara berkesan dari beberapa minit sehingga kepada beberapa hari, sekali gus membolehkan mereka untuk berkumpul di dalam tisu-tisu tumor, dan memulihkan pembuluh darah yang tidak normal. Pada ketika ini, ubat-ubatan anti-kanser dan sel-sel imun boleh menembusi ke dalam tumor itu, dan memusnahkan sel-sel kanser dalam sekali gus.

Imunoterapi telah menjadi satu topik utama di dalam penyelidikan rawatan kanser dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi untuk mendapatkan imunosit ke lokasi bagi sel-sel kanser itu telah menimbulkan masalah. Chen berkata bahawa pasukan beliau telah menggunakan pembawa nano nitrik oksida yang digabungkan dengan imunoterapi untuk menghapuskan tumor hati pada tikus.

Lu berkata bahawa pembawa baharu untuk nitrik oksida, DNIC biomimetik, boleh disintesiskan dengan mudah dalam tiga langkah, dan perumusan itu dapat diselesaikan dengan satu langkah tambahan, menjadikannya sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran. Pasukan itu telah memohon paten di Taiwan dan Amerika Syarikat untuk pembawa nano nitrik oksida yang telah dibangunkan, dan mereka pada masa ini sedang menyiasat kemungkinan untuk bekerjasama dengan hospital-hospital domestik dan syarikat-syarikat farmaseutikal antarabangsa.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13122

ADVANCED ENERGY MENGUMUMKAN KEMUDAHAN PEMBUATAN SERBA CANGGIH MEREKA YANG BAHARU DI ASIA TENGGARA KINI BEROPERASI


Table

Advanced Energy  sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian kuasa  memperluaskan jejak global dengan kemudahan baharu di Pulau Pinang, Malaysia untuk berkhidmat kepada pelanggan semikonduktor dan perindustrian di sebuah wilayah yang terkenal dengan komunitinya yang kaya dengan pakar-pakar pembuatan berteknologi tinggi. Kemudahan pembuatan yang serba canggih itu, yang merangkumi 178,000 kaki persegi (16,500 meter persegi), akan menghasilkan pelbagai bekalan kuasa berketepatan dan produk penjana. Apabila kilang itu disiapkan, ia dijangka mengambil kira kira-kira 550 syarikat bersekutu di tapak termasuk peranan utama di dalam operasi, pembuatan elektronik, kejuruteraan ujian dan pengenalan produk baharu. (Foto: Business Wire)


Pemimpin dunia di dalam penyelesaian kuasa memperluaskan jejak dengan kemudahan baharu di Pulau Pinang, Malaysia untuk berkhidmat kepada pelanggan semikonduktor dan perindustrian di sebuah wilayah yang terkenal dengan komunitinya yang kaya dengan pakar-pakar pembuatan berteknologi tinggi

FORT COLLINS, Colo., 28 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Advanced Energy Industries, Inc. (Nasdaq: AEIS) – sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian kejuruteraan, penukaran kuasa berketepatan, pengukuran dan kawalan – mengumumkan bahawa kemudahan terbaharu mereka di Pulau Pinang, Malaysia telah memulakan operasi komersial dan mula menghantar produk kepada pelanggan kami. Terletak di tengah-tengah Asia Tenggara di pantai barat laut negara itu di pinggir Selat Melaka, negeri Pulau Pinang itu telah lama menjadi sebuah pusat perniagaan utama bagi pasaran Eropah dan Timur Tengah, menjadikannya sebuah lokasi yang ideal untuk kemudahan pembuatan Advanced Energy yang canggih.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200227005302/en/ 

“Ini adalah masa yang menarik bagi kami ketika kami berkembang di Asia Tenggara untuk memenuhi kehadiran yang meningkat di rantau itu di dalam pengeluaran teknologi,” kata Neil Brinker, naib presiden eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi bagi Advanced Energy. “Dengan pangkalan pelanggan global kami dan portfolio yang luas bagi produk kuasa berketepatan, kami sentiasa menilai cara-cara untuk mengoptimumkan jejak pengeluaran kami dan cara terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kemudahan baharu itu di Pulau Pinang bukan sahaja membolehkan kami untuk lebih dekat secara fizikal dengan sebahagian besar daripada pelanggan kami di rantau itu tetapi juga menyediakan kesinambungan dan kelewahan perniagaan yang lebih besar.”

Kemudahan Advanced Energy berkeluasan 178,000 kaki persegi yang baharu itu akan menghasilkan pelbagai bekalan kuasa berketepatan dan produk penjana. Apabila kilang itu siap, ia dijangka mengambil kira-kira 550 syarikat bersekutu di tapak termasuk peranan utama di dalam operasi, pembuatan elektronik, kejuruteraan ujian dan pengenalan produk baharu (NPI), dengan anggaran 35 peratus terdiri daripada kakitangan teknikal.

Kemudahan Advanced Energy Pulau Pinang itu terletak di: PMT 1112, Jalan Perindustrian Bukit Minyak 8; Taman Perindustrian Bukit Minyak; 14100 Simpang Ampat; Pulau Pinang, Malaysia.

Advanced Energy telah menumpukan lebih daripada tiga dekad untuk menyempurnakan kuasa berketepatan, membolehkan penemuan reka bentuk dan memacukan pertumbuhan untuk pelanggan semikonduktor dan perindustrian terkemuka di dunia. Syarikat multinasional itu, dengan operasi di seluruh dunia, menyediakan teknologi kuasa yang membolehkan pembuatan bagi produk harian di dalam pelbagai industri, termasuk perubatan, automotif, elektronik pengguna, kaca, keluli dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.advancedenergy.com

Maklumat mengenai Advanced Energy

Advanced Energy (Nasdaq: AEIS) sebuah pemimpin dunia di dalam reka bentu dan pembuatan bagi penyelesaian kejuruteraan, penukaran kuasa ketepatan, pengukuran dan kawalan yang tinggi untuk aplikasi dan proses misi kritikal. Penyelesaian kuasa AE membolehkan inovasi pelanggan di dalam aplikasi yang rumit untuk pelbagai industri termasuk peralatan semikonduktor, industri, pembuatan, telekomunikasi, pengkomputeran pusat data dan penjagaan kesihatan. Dengan pengetahuan kejuruteraan dan perkhidmatan an sokongan yang responsif di seluruh dunia, syarikat itu membangunkan perkongsian kerjasama untuk memenuhi kemajuan teknologi, memacukan pertumbuhan bagi pelanggan mereka dan memperkenalkan masa depan bagi kuasa. Advanced Energy telah menumpukan lebih dari tiga dekad untuk menyempurnakan kuasa bagi pelanggan global mereka dan beribu pejabat di Fort Collins, Colorado, Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.advancedenergy.com.

Advanced Energy | Berketepatan. Kuasa. Prestasi.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200227005302/en/

Hubungi

Lora Wilson / Valerie Christopherson
Global Results Communications bagi pihak Advanced Energy Industries, Inc.
aei@globalresultspr.com
+1 949.306.0276

Sumber : Advanced Energy

Thursday, February 27, 2020

PACIFIC RIM DITAMPILKAN DALAM PENERBITAN YANG MEMBINCANGKAN STRATEGI INDONESIA UNTUK MENINGKATKAN BEKALAN NIKEL

NEW YORK, 26 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- Pacific Rim Cobalt Corp. (CSE:BOLT) (OTCQB:PCRCF) (XFRA:NXFE) hari ini mengumumkan kedudukannya dalam editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), salah satu daripada 40+ jenama dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), sebuah syarikat berita kewangan dan penerbitan berbilang aspek untuk entiti persendirian dan awam.

Untuk melihat penerbitan penuh yang bertajuk “Indonesia Consolidates Nickel Production to Feed Growing EV Battery Market,” lawati: http://nnw.fm/9DkyR

Dengan sokongan yang kerajaan Indonesia berikan untuk pengeluaran nikel, dan kilang sedang diwujudkan untuk memproses bahan kimia ini, Indonesia bukan sahaja akan menjadi sumber bagi bijih mengandungi nikel — negara ini juga akan menjadi pasaran utama untuk logam asas ini.

Pelan yang bercita-cita tinggi untuk industri EV negara ini oleh kerajaan Indonesia adalah selaras dengan cita-cita syarikat yang beroperasi di rantau tersebut. Untuk Pacific Rim Cobalt Corp. (CSE:BOLT) (OTCQB:PCRCF) (XFRA:NXFE), cita-cita ini disokong oleh kejayaan penerokaan yang cemerlang syarikat pada tahun 2019. Ujian pada tapak yang dimiliki sepenuhnya syarikat mendedahkan pemineralan nikel dan kobalt yang ketara berdekatan permukaan. Kesimpulan ini adalah berdasarkan beberapa operasi yang berjaya pada separuh kedua tahun 2019.

Wednesday, February 26, 2020

KUMPULAN APTORUM MENERUSKAN PENGKOMERSILAN TABLET DIOSCOREA OPPOSITA BIOACTIVE NUTRACEUTICAL DAN PERJANJIAN PENGEDARAN JUALAN TERMETERAI DI HONG KONG

NEW YORK, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat farmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan global yang tidak dipenuhi, mengumumkan pengkomersilan tambahan diet untuk wanita yang sedang menopaus dan mengalami gejala-gejala berkaitan.  Tambahan diet ini diperbuat daripada bahan bioaktif yang diekstrak daripada tepung keledek Cina mengandungi “DOI”, yang merupakan pendekatan bukan-hormon Kumpulan Aptorum bertujuan memenuhi trend dan menangani kebimbangan nutrisi para pengguna yang semakin banyak.  Dianggarkan 1.2 bilion wanita di seluruh dunia akan mengalami menopaus atau pasca menopaus menjelang 20301. Pasaran tambahan diet kesihatan wanita global untuk gejala-gejala menopaus dijangka mencapai lebih ASD$50bn menjelang 2025 dengan kadar CAGR 16.4% (2016-2025)2. Buat permulaan, tambahan diet ini akan dikomersilkan dan dijual di Hong Kong; Syarikat sedang mendapatkan kelulusan kawal selia untuk memasarkan produk ini di lokasi-lokasi utama yang lain.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13112

Tuesday, February 25, 2020

PROGRAM HUBUNGAN PERSAHABATAN JEPUN JENESYS 2019 PROGRAM MASUK ASEAN KUMPULAN KE-26

Tema; Pertukaran Sukan (Bola sepak)
Negara: 4 Negara ASEAN (Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar) dan Timor-Leste
TOKYO, 24 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) — 115 perwakilan belia yang merupakan ahli pasukan Remaja Kebangsaan (U-19) dan para pegawai Persatuan Bola Sepak empat negara ASEAN (Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar) dan Timor-Leste, dijadualkan melawat Jepun bermula 24 Februari sehingga 4 Mac, 2020 sebagai sebahagian daripada Program Hubungan Persahabatan Jepun, “JENESYS 2019”, yang dipromosikan oleh Kementerian Hal-Ehwal Luar Jepun (MOFA).
Para peserta akan melawat Wilayah Kagoshima untuk perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa.  Mereka juga akan menyertai sebuah program untuk berinteraksi dengan para pelajar sekolah menengah Jepun, menghadiri kuliah berkaitan tema tersebut dan melawat fasiliti yang berkaitan dengan tema seperti Muzium Bola Sepak Jepun.
Melalui program ini, kami berharap jalinan persahabatan di antara negara Jepun, 4 negara ASEAN dan Timor-Leste akan diperkukuhkan dan para peserta akan berkongsi secara proaktif tarikan negara Jepun yang mereka alami selepas pulang ke negara masing-masing.
[Untuk rujukan] Program Hubungan Persahabatan Jepun JENESYS 2019
Program ini bertujuan mempromosikan pertukaran manusia-kepada-manusia di antara Jepun dan pelbagai negara dan rantau Asia Pasifik, dan untuk menggalakkan pemahaman terhadap ekonomi, masyarakat, sejarah, kepelbagaian budaya dan hubungan diplomatik Jepun dalam kalangan para peserta.  Pemahaman yang lebih baik dalam bidang-bidang ini akan mewujudkan penyokong untuk Jepun dan penyebaran proaktif akan maklumat mengenai polisi diplomatik Jepun dan faktor-faktor menarik negara akan memperkukuhkan perhubungan awam kami.
(Itinerari)
24 Februari (Isnin)
[Ketibaan] Tiba di lapangan terbang Narita/ Haneda
[Bergerak] Bergerak ke Kagoshima
[Orientasi]
25 Februari (Selasa)
[Pertukaran sukan] Latihan (Setiap negara)
[Kuliah] Persatuan Bola Sepak Jepun, Sumbangan Jepun untuk Bola Sepak di Asia
26 Februari (Rabu)
[Pertukaran sukan] Perlawanan persahabatan
– Myanmar
[Pertukaran dengan rakyat tempatan] Muzium Arkeologi Ibusuki, Jiyucan COCCO Hashimure
27 Februari (Khamis)
[Pertukaran sukan] Perlawanan persahabatan
– Timor-Leste, Laos
[Pertukaran dengan rakyat tempatan] Muzium Arkeologi Ibusuki, Jiyucan COCCO Hashimure
28 Februari (Jumaat)
[Pertukaran sukan] Perlawanan persahabatan
– Malaysia Kemboja
[Pertukaran dengan rakyat tempatan] Muzium Arkeologi Ibusuki, Jiyucan COCCO Hashimure
29 Februari (Sabtu)
[Pertukaran sukan] Perlawanan persahabatan
[Pertukaran Belia] YAMAKAWA-TSUMABENI Dram Jepun
[Makan Malam Pertukaran]
1 Mac (Ahad)
[Pengalaman Budaya] Temomi-cha (Chiran-cha), Sunamushi Buro
[Pemerhatian] Chiran Samurai Residence Garden
2 Mac (Isnin)
[Bergerak] Dari Kagoshima ke Tokyo
[Bengkel]
3 Mac (Selasa)
[Sesi Laporan]
[Pemerhatian] Muzium Bola Sepak Jepun/ Muzium Olimpik Jepun
4 Mac (Rabu)
[Berlepas] Berlepas dari Lapangan Terbang Narita/ Haneda
Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200221005175/en/
Hubungi
Pertanyaan mengenai program
JENESYS 2019 ASEAN + Agensi Pelaksanaan Projek Timor-Leste

Jabatan Operasi JTB Kasumigaseki
Kakitangan yang boleh dihubungi: Junji Mise (Encik), Yutaka Shintani (Encik)
Naoaki Kageyama (Encik), Emi Sendoda (Cik)
TEL: +81 3-6737-9447
Hari Bekerja: 9:00-18:00 (Tutup pada hujung minggu dan hari cuti)
Sumber : JTB Corp.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

SIMPOSIUM KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR (SIKAS) 2020 PADA 24 & 25 MAC 2020, PULLMAN BANGSAR




KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysian Structural Steel Association (MSSA) bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM) akan menganjurkan Simposium Kejuruteraan Awam Dan Struktur (SiKAS) 2020 pada 24 & 25 Mac 2020 bertempat di Pullman Kuala Lumpur.
 
Menteri Kerja Raya Malaysia, Yang Berhormat Tuan Baru Bian akan menyampaikan ucaptama dan bakal merasmikan majlis tersebut.

Simposium ini bermatlamat meningkatkan pemahaman jurutera awam dan penggiat industri terhadap penggunaan teknologi terkini kejuruteraan seperti Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) termasuk penggunaan keluli ke arah Revolusi Industri 4.0; mewujudkan kesedaran kepada jurutera awam dan penggiat industri terhadap amalan terbaik kejuruteraan terkini seperti garis panduan, spesifikasi, bahan rujukan dan sebagainya; menjadi pentas perkongsian ilmu, kepakaran dan sesi perbincangan teknikal di antara semua pihak berkepentingan.

Simposium bakal menampilkan sebelas (11) kertas pembentangan oleh pembuat dasar, pakar penyelidik dan penggiat industri dan terdapat lebih daripada 30 pameran kejuruteraan awam dan struktur untuk dilawati.

Kami menjemput orang ramai serta penggiat industri pembinaan dan rangkaian untuk turut serta menyertai simposium tersebut. Yuran penyertaan adalah seperti berikut :-

Agensi Kerajaan           : RM600
Agensi Swasta             : RM700

Pendaftaran boleh dibuat di melalui https://tinyurl.com/RegSiKAS2020.
Tarikh tutup pada 10 Mac 2020.

Sebarang pertanyaaan boleh berhubung dengan sekretariat di talian
Surati Sujor                  : 013-2660207
Mohd Badrun Arshad : 019-4050395

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13094

Saturday, February 22, 2020

​KAJIAN HKBU MENDEDAHKAN BAGAIMANA EMOTIKON MEMBENTUK PERSEPSI BAGI PERKHIDMATAN PELANGGAN




HONG KONG, 20 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan populariti mereka yang semakin melonjak, tidak dapat dielakkan bahawa emotikon kini mendapati diri mereka tersebar ke dalam domain komersial, tetapi adakah emotikon di dalam perhubungan komersial dialu-alukan oleh pengguna? Dalam satu kertas penyelidikan baharu, Dr. Shirley Xueni Li dan Prof. Kimmy Wa Chan dari School of Business di Hong Kong Baptist University (HKBU) menyiasat bagaimana emotikon di dalam perbincangan perkhidmatan komersial membentuk persepsi pelanggan terhadap perniagaan.

Penyedia perkhidmatan yang menggunakan emotikon dianggap lebih mesra, tetapi kurang cekap

Kajian itu mendapati bahawa penggunaan emotikon oleh seorang pekerja perkhidmatan pelanggan mempunyai kesan yang bercanggah. Menurut peserta yang ditinjau, pekerja perkhidmatan pelanggan yang menggunakan emotikon kelihatan lebih mesra, tetapi juga kurang cekap berbanding dengan mereka yang mengelakkan diri daripada menggunakan emotikon. Pandangan ini adalah benar tanpa mengira sama ada seorang pekerja perkhidmatan pelanggan menggunakan emotikon yang bergambar atau berasaskan teks (misalnya :)), menunjukkan bahawa kuasa emotikon tidak semata-mata didorong oleh grafik dan warna yang menarik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13095

Thursday, February 20, 2020

SEMINAR PERCUKAIAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA DAN PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA 2020

SUBANG JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) akan menganjurkan Seminar Percukaian yang bermula pada hari ini di Hotel Dorsett Grand, Subang Jaya dan dijangka berakhir pada 15 April 2020 di 14 lokasi di seluruh negara.

Tujuan dan objektif seminar ini dianjurkan adalah untuk:

1. Meningkatkan kesedaran majikan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam hal ehwal percukaian.
2. Mendidik majikan mengenai liabiliti cukai dan hutang di bawah Akta-Akta yang berkaitan.
3. Membimbing dan membincangkan isu-isu berkenaan Potongan Cukai Bulanan (PCB).
4. Membina jaringan hubungan dalam kalangan peserta dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.


Antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti yang berikut:

1. Belanjawan 2020: Kesannya Terhadap Majikan dan Pekerja
2. Potongan Cukai Bulanan (PCB): Tanggungjawab Majikan dan Pekerja
3. Kesilapan yang lazim dilakukan oleh majikan dan pekerja dalam urusan cukai pendapatan.


Majlis perasmian seminar pada 19 Februari 2020 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Azman Shah Haron, Presiden MEF.

Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada MEF atas sokongan yang diberikan kepada LHDNM melalui penganjuran seminar sebegini dalam memastikan pendidikan dan kesedaran cukai dalam kalangan majikan serta pekerja dapat terus ditingkatkan. Selain itu beliau turut berharap agar setiap majikan dapat memastikan Penyata Oleh Majikan untuk saraan Tahun 2019 (Borang E 2019) dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh yang telah ditetapkan menurut Subseksyen 83(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), iaitu selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020. Majikan yang mempunyai masalah dalam menyediakan Borang E ini boleh mendapatkan khidmat nasihat LHDNM untuk memastikan semua maklumat yang diisytiharkan adalah tepat dan teratur.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13089

CRADLEPOINT SYARIKAT PERTAMA YANG MENAWARKAN PORTFOLIO PENYELESAIAN PINGGIR WAYARLES 5G YANG MENYELURUH UNTUK PERNIAGAAN

Telstra memilih Cradlepoint sebagai penyelesaian 5G untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaannya


BOISE, Idaho, 20 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, pemimpin global dalam penyelesaian pinggir wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan, hari ini mengumumkan portfolio penyelesaian 5G paling menyeluruh dalam industri yang dikuasakan oleh Perkhidmatan NetCloud syarikat itu dan dibina secara eksklusif untuk memenuhi imperatif perniagaan seperti ketersediaan, saling kendali, keselamatan dan kebolehurusan. Portfolio penyelesaian “5G untuk Perniagaan” baharu membolehkan pelanggan mengerahkan Internet perniagaan wayarles dan rangkaian kawasan luas (WAN) yang pantas dan boleh diharap.

Telstra Memilih Cradlepoint untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaan

Telstra ialah rakan pelancaran untuk penyelesaian Cradlepoint 5G pertama yang bakal dipasarkan ke pasaran — Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000, iaitu penyelesaian pinggir wayarles 5G untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaan oleh Telstra. Percubaan pelanggan dijadualkan akan bermula pada April 2020.

“Matlamat kami untuk menyampaikan penyelesaian 5G terbaik yang tersedia kepada perniagaan di Australia telah membawa kami kepada NetCloud oleh Cradlepoint dan Penyesuai Wayarles 5G Siri W2000 yang baharu,” komen Eksekutif Mobiliti Telstra Andrew Stormont.

“Kami tahu bahawa keperluan rangkaian untuk pelanggan perniagaan dan perusahaan kami amat berbeza dengan keperluan pengguna, dan ini menjadi faktor penentu dalam keputusan kami untuk bekerjasama dengan Cradlepoint untuk penyelesaian 5G Wayarles Perusahaan kami. Pendekatan menyeluruh mereka serta kepimpinan dan kepakaran rangkaian Telstra, memudahkan pelanggan perniagaan untuk menggunakan 5G sambil menyediakan alat pengurusan hebat yang penuh.”

Syarikat Pertama Dengan Penyelesaian Rangkaian 5G Paling Komprehensif untuk Perniagaan

Dengan menggabungkan platform NetCloud dengan reka bentuk serba baharu untuk modem 5G dan sistem antena, Cradlepoint ialah syarikat pertama dalam industri ini untuk menangani imperatif perniagaan yang kritikal seperti ketersediaan, keselamatan, dan kebolehurusan rangkaian dan menyediakan laluan yang lancar ke arah 5G untuk pelanggan perniagaan. Kebolehan khusus termasuklah: menggabungkan LTE, LTE Kelas Gigabit dan 5G dalam WAN wayarles tunggal; sokongan untuk semua varian 5G – jalur rendah dan jalur pertengahan (Sub-6Ghz) dan jalur tinggi (gelombang milimeter) – merentasi operator wayarles besar; saling kendali dengan SD-WAN pelanggan dan infrastruktur penghala sedia ada, dan menyampaikan kitaran hayat pengurusan rangkaian keseluruhan – daripada kemudahan pengerahan sehinggalah operasi yang dipermudah dan penyelesaian masalah.

“Portfolio baharu penyelesaian pinggir wayarles 5G kami yang dikuasakan oleh NetCloud ini membuktikan satu lagi pencapaian pertama dalam industri buat Cradlepoint,” jelas George Mulhern, pengerusi dan CEO Cradlepoint. “Kami teruja adanya Telstra – operator mudah alih terkemuka Australia – sebagai rakan pelancaran sedunia untuk Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000 kami yang baharu. Mereka berkongsi kepercayaan yang sama dengan kita bahawa pelanggan perniagaan semakin menerima 5G untuk mendapatkan aplikasi dan kebolehan perniagaan yang baharu dan disruptif, tetapi bukan sehingga menjejaskan ketersediaan, keselamatan, dan kebolehurusan rangkaian.”

Elemen penyelesaian perniagaan 5G oleh Cradlepoint termasuklah:

Penyesuai dan Modem Jalur Lebar 5G

Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W yang bakal dilancarkan ini dikawal dan diurus oleh Perkhidmatan NetCloud oleh Cradlepoint dan adalah berdasarkan teknologi modem syarikat yang dikhususkan perisian. Siri-W ini direka bentuk untuk menyokong pelbagai pengerahan 5G oleh operator wayarles di seluruh dunia berdasarkan jalur rendah, jalur pertengahan, dan spektrum gelombang milimeter, dan boleh disambungkan dari jauh dengan penghala premis pengguna yang menggunakan Ethernet 1Gbps atau 2.5Gbps atau sambungan fiber. Wi-Fi 6 bersepadu menyokong konfigurasi setempat dan keadaan penggunaan masa hadapan. Versi 5G baharu Cradlepoint untuk modem penghala modular medan yang boleh dinaik taraf juga dirancang. Model khusus termasuklah:
  • Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000 untuk mengerahkan jalur rendah dan jalur pertengahan (Sub-6Ghz) hadir dengan kedua-dua unit dalam bangunan (IDU) dan unit luar bangunan (ODU) yang tahan lasak. Percubaan pengguna Telstra untuk model ini dijadualkan bermula April 2020 dan untuk operator wayarles lain bermula pertengahan 2020.
     
  • Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W4000 untuk rangkaian selular gelombang milimeter dengan reka bentuk unit luar bangunan (ODU) yang tahan lasak dan boleh dipasangkan terus pada dinding luaran, tiang dan atap. Siri-W4000 dijangka akan tersedia pada suku ketiga tahun 2020.
     
  • Modem Modular 5G (Sub-6Ghz) memberikan laluan dengan medan yang boleh dinaik taraf untuk 5G untuk penghala modem berganda Sedia 5G Cradlepoint. Ketersediaan dirancang untuk lewat 2020.

Dibina untuk Perniagaan, Dikuasakan oleh NetCloud

Perkhidmatan NetCloud menguasakan setiap penyelesaian pinggir wayarles Cradlepoint, termasuklah penawaran 5G yang baharu. Ini membolehkan pelanggan membina dan mengurus WAN wayarles dengan pengurusan kitaran hayat yang lengkap, pengerahan sifar sentuhan yang sebenar, keselamatan yang kukuh, dan pengurusan trafik SD-WAN untuk prestasi aplikasi dan kebolehharapan yang optimum. Berikut ialah beberapa ciri NetCloud baharu yang menyokong penyelesaian pinggir 5G Cradlepoint yang baharu:
  • Mod Kaptif: Apabila berpasangan dengan penghala Cradlepoint 5G Ready, modem Siri-W yang jauh muncul dan berfungsi dalam Pengurus NetCloud seperti modem bersepadu, memudahkan pengerahan dan pengurusan sambil mengurangkan kos pelesenan bagi pasangan tersebut. Ciri ini tersedia hari ini.
     
  • Aplikasi Mudah Alih Cradlepoint Verify™: Aplikasi mudah alih peneman untuk membantu pemasang mencari lokasi dan kedudukan yang ideal untuk melekapkan unit IDU atau ODU Siri-W untuk penerimaan isyarat 5G yang maksimum. Aplikasi mudah alih ini direka bentuk untuk membantu pekerja atau pemasang pihak ketiga memasang Penyesuai Jalur Lebar 5G dengan cepat dan tepat sambil menghantar semua data pemasangan penting kepada Pengurus NetCloud, memastikan prestasi isyarat 5G optimum dan menyingkirkan gulungan trak kemudiannya. Kedua-dua Android dan iPhone disokong dengan penyiaran beta yang dirancang untuk suku kedua tahun 2020.

Perihal Telstra

Telstra ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan maklumat yang terkemuka. Kami menawarkan perkhidmatan penuh dan bersaing dalam semua pasaran telekomunikasi di Australia, mengendalikan rangkaian mudah alih dan Wi-Fi terbesar. Di peringkat global, kami menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung, termasuklah perkhidmatan rangkaian terurus, ketersambungan global, awan, suara, kolokasi, persidangan, dan penyelesaian satelit. Kami mempunyai lesen di Asia, Eropah, dan di Amerika Syarikat dan menawarkan akses kepada lebih daripada 2,000 titik yang wujud di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.telstra.com.

Perihal Cradlepoint

Cradlepoint ialah pemimpin global dalam penyelesaian pinggir rangkaian wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan untuk rangkaian cawangan, mudah alih, dan IoT. Seni bina Elastic Edge kami dikuasakan oleh Cradlepoint NetCloud, satu perkhidmatan berasaskan langganan yang – berserta peringkat akhir kami yang dibina dengan tujuan – menyampaikan WAN wayarles menyeluruh dan selamat yang ditakrifkan oleh perisian untuk menghubungkan orang ramai, tempat, dan perkara lain dengan rangkaian selular LTE dan 5G. Lebih 20,000 perusahaan dan organisasi kerajaan di seluruh dunia, termasuklah 75 peratus peruncit terkemuka dunia, 50 peratus Fortune 100, dan agensi petindak pertama di 25 bandar besar di AS, bergantung pada Cradlepoint untuk memastikan cawangan kritikal, titik perdagangan, daya medan, dan peranti IoT sentiasa tersambung dan dilindungi. Pembekal perkhidmatan besar menggunakan penyelesaian pinggir wayarles Cradlepoint sebagai asas perkhidmatan inovatif yang diurus. Diasaskan pada 2006, Cradlepoint ialah syarikat persendirian yang beribu pejabat di Boise, Idaho, dengan pusat pembangunan di Silicon Valley dan pejabat antarabangsa di UK dan Australia.

Pertanyaan Media Cradlepoint

HOLLY LANGBEIN
Highwire PR
cradlepoint@highwirepr.com
+1 (916) 769-2199

SUMBER : Cradlepoint

KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENGGALAKKAN PELANCONG UNTUK MEMETIK STRAWBERI, TERMASUK CHI-BA+ BERRY, DI LADANG-LADANG TEMPATAN

CHIBA, Jepun, 19 Feb., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Sebagai sebahagian daripada kempen penggalakan pelancongan musim bunga mereka, Kerajaan Wilayah Chiba sedang menggalakkan pelancong untuk melawat ladang-ladang strawberi tempatan untuk memetik dan memakan strawberi yang ditanam di tempat itu, termasuk daripada jenis “CHI-BA+BERRY”, sejenis spesies asal yang dibangunkan di Wilayah Chiba dan dipasarkan sejak Januari 2017. Ia boleh dimakan hanya di wilayah itu.

Di kebanyakan daripada lebih 100 ladang strawberi di wilayah itu, pelbagai jenis strawberi sedang ditanam, yang membolehkan pelawat untuk merasai pelbagai jenis strawberi. Di antaranya, CHI-BA+BERRY mempunyai saiz yang besar dan penampilan yang cantik serta rasanya yang manis dan lazat.

Wilayah Chiba sangat mudah diakses bagi pelancong dari negara asing oleh kerana ia menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, sebuah gerbang utama ke Jepun, dan mempunyai iklim yang panas. Wilayah itu berharap agar seramai mungkin orang akan datang untuk menikmati CHI-BA+BERRY pada musim bunga itu ketika pelbagai bunga mekar tidak lama lagi.

Imej: Logo bagi “CHI-BA+BERRY”
Maskot popular bagi Wilayah Chiba “CHI-BA+KUN” berfungsi sebagai sebuah mercu tanda.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/
202002176849/_prw_PI1fl_iJc9u0G2.jpg


Foto 1: Dua orang wanita dilihat memakan strawberi yang mereka petik di sebuah ladang di Wilayah Chiba.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202002176849/
_prw_PI2fl_tu9FRe4b.jpg


Foto 2: Sebiji CHI-BA+BERRY yang besar dan lazat.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102229/202002176849
/_prw_PI3fl_3pxH63WV.jpg


Maklumat mengenai memetik strawberi di Wilayah Chiba
Terdapat lebih daripada 100 ladang di mana pengunjung boleh memilih untuk memetik strawberi di Wilayah Chiba, kira-kira 50 daripadanya sedang membesar dan menjual CHI-BA+BERRY.

URL: https://chiba-ichigo.jp/kennailist
- Musim memetik strawberi berlarutan dari Januari hingga sekitar Mei.

SUMBER: Kerajaan Wilayah Chiba
 
--BERNAMA

Wednesday, February 19, 2020

PASUKAN PENYELIDIKAN NTHU MEMBANGUNKAN BAHAN PAPARAN BAHARU

HSINCHU, Taiwan, 19 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Hsueh-Shih (Sean) Chen dari Universiti Nasional Tsing Hua telah baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan sebuah bahan titik kuantum baharu yang lebih stabil dan memberikan warna yang lebih realistik. Pembatasan utama bagi bahan paparan titik kuantum sekarang adalah bahawa ia tidak stabil dan mudah rosak, dan pasukan itu telah memperbaikinya dengan mengembangkan “pengadang” dengan kira-kira 1-nanometer pada segi kristal bagi setiap titik kuantum. Bahan baharu itu mempunyai julat aplikasi yang lebih luas, termasuk skrin yang digunakan di televisyen, komputer, telefon bimbit, dan kamera.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200219005017/en/

Dengan sokongan dari NTHU, pasukan itu telah memohon paten bagi bahan baharu itu dan telah menubuhkan HsinLight Inc. untuk menghasilkannya pada skala komersial. Adalah diharapkan bahawa skrin titik kuantum yang pertama akan mula dihasilkan pada tahun 2020.
 
Kebanyakan daripada paparan yang berada di pasaran pada masa ini adalah paparan kristal cecair (LCD), yang mempunyai penggredan warna dan ketepuan dan hanya boleh memaparkan kira-kira satu pertiga daripada warna yang dapat dilihat oleh mata manusia, dan juga apa yang dipanggil paparan OLED “gred retina” yang digunakan di dalam peranti sedemikian seperti iPhone 11 hanya boleh memaparkan kira-kira separuh daripada warna yang boleh dilihat oleh mata manusia. Paparan yang dilengkapi dengan bahan QD baharu (TV QLED) akan memaparkan hampir 90% daripada warna yang boleh dilihat oleh mata manusia.

Walau bagaimanapun, masih ada beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum bahan titik kuantum itu digunakan secara meluas. Chen menjelaskan bahawa titik kuantum adalah kristal sfera yang mempunyai saiz kira-kira tiga nanometer, dan mudah rosak oleh molekul air dan oksigen, yang mengurangkan kilauan mereka. Pada masa ini, pengeluar utama seperti Samsung mengawal masalah ini dengan melapiskan titik-titik kuantum dalam satu lapisan filem pelindung, tetapi ia tidak kos efektif dan mudah hilang fungsi pelindung itu jika terdapat sebuah lubang pin kecil.

Diilhamkan oleh pengadang yang digunakan oleh adi wira buku komik Kapten Amerika di dalam siri Avengers, Chen mendapat idea untuk memberikan setiap titik kuantum dengan pengadangnya sendiri yang kira-kira satu nanometer dalam saiz, yang berkesan menentang air dan pengoksidaan dan juga meningkatkan kestabilan bahan dan jangka hayat paparan itu.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu beberapa buah syarikat telah mula menjual televisyen dengan teknologi titik kuantum, tetapi disebabkan oleh sifat bahan kuantum yang rapuh, mereka sukar untuk menghasilkannya secara besar-besaran, dan harganya agak tinggi. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi pengadang Chen yang unik untuk melindungi titik kuantum akan mengurangkan kos pengeluaran dengan ketara.

Sebuah skrin titik kuantum yang lazim yang berukuran 55 inci terdiri daripada lebih daripada 100 juta trilion (10 hingga kuasa ke-20 ) kristal kuantum, dan pasukan penyelidikan Chen telah membangunkan satu teknik untuk dengan tepat mengawal saiz bagi setiap titik kuantum, supaya setiap kristal kuantum berbeza dari segi saiz dengan tidak melebihi 0.5 nanometer. Secara tepat mengawal saiz bagi titik kuantum dan pengadang membolehkan mereka untuk dengan tepat mengeluarkan warna biru, hijau, kuning, oren, merah, inframerah dan warna lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200219005017/en/

Hubungi

Media:
Holly Hsueh
Universiti Nasional Tsing Hua
Tel: (886)3-5162006
E-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw

Sumber : NTHU

MARY KAY TURUT SERTA DALAM SIMPOSIUM DERMATOLOGI GENERASI PALM SPRINGS 2020




DALLAS 17 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., sebuah syarikat kecantikan global dan pemimpin di dalam inovasi penjagaan kulit, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi komuniti kecantikan dan saintifik dengan baru-baru ini menyokong Simposium Dermatologi Generasi Palm Springs 2020 dari 14 hingga 16 Februari.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200214005108/en/

Dermatologi Generasi, yang diasaskan oleh Dr. Wendy E. Roberts, mengambil satu pendekatan pelbagai dekad kepada pesakit berusia yang berkembang, termasuk dermatologi perubatan, pembedahan dan estetik. Simposium ini disasarkan kepada ahli dermatologi dan pakar teras yang lain di semua peringkat kerjaya mereka. Peserta menyertai fakulti luar biasa dan pemimpin-pemimpin pendapat utama di Omni Rancho Las Palmas, Rancho Mirage.

“Komitmen kami terhadap sains penjagaan kulit bukan hanya untuk membuat produk-produk Mary Kay yang baharu,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay. “Penglibatan kami dengan acara-acara seperti Dermatologi Generasi membolehkan kami untuk bertukar-tukar idea dan penemuan yang berinovatif dengan ahli-ahli dermatologi dan terus menyokong kemajuan di dalam kesihatan kulit. Pertemuan ini juga istimewa kepada kami kerana ia menyokong rakan-rakan kami di dalam bidang dermatologi sepanjang keseluruhan kerjaya mereka.”

Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay didedikasikan kepada menemui trend dan teknologi yang membolehkan syarikat itu menghasilkan produk yang sangat menarik yang menyampaikan faedah kecantikan yang inovatif kepada pengguna. Diketuai oleh Dr. Lucy Gildea, pasukan Penyelidikan & Pembangunan itu termasuk ahli-ahli saintis terkenal dari seluruh dunia, yang memegang ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain di dalam pelbagai disiplin: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi.

Dermatologi Generasi adalah hanya acara terbaharu yang ditaja oleh Mary Kay pada tahun 2020 dengan komuniti saintifik dan akademik yang mengukuhkan lagi komitmen yang lama oleh jenama itu kepada memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Setiap tahun, Mary Kay menjalankan ratusan ribu ujian saintifik ke atas produk dan bahan-bahan untuk memastikan standard keselamatan, kualiti dan prestasi yang paling tinggi. Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Pada tahun 2018, syarikat itu mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan pembuatan dan R&D yang serba canggih yang menelan belanja lebih $100 juta di Lewisville, Texas.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200214005108/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN COAST AUTONOMOUS DI AV20 SILICON VALLEY DARI 26-28 FEBRUARI 2020 UNTUK MEMBENTANGKAN DAN MENDEMONSTRASIKAN PERANAN LIDAR DALAM ADAS DAN APLIKASI PEMANDUAN BERAUTONOMI

QUEBEC CITY, 18 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR paling serba boleh dan boleh skala di pasaran, akan kembali ke California untuk mempamerkan teknologi LiDAR yang telah memenangi anugerah di Autonomous Vehicles Conference 2020 dari 26-28hb Februari, reruai #5, di Pullman San Francisco Bay.

AV20 menyediakan peluang untuk pemimpin mobiliti dari seluruh dunia untuk berhubung, menginspirasi, mendidik dan bekerjasama dalam pembangunan inovatif dan trend masa depan dalam pemanduan berautonomi dan mobiliti.  Tahun ini kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Frantz Saintellemy, Presiden & COO LeddarTech akan menyertai Pierre Lefevre, CTO COAST Autonomous untuk pembentangan mereka, “Paving the Road From ADAS to Autonomy” yang meneroka cara penyelesaian LiDAR 3D keadaan pejal seperti Leddar™ Pixell merupakan “Masa Depan” untuk pemanduan berautonomi.  Pembentangan ini akan diadakan pada 27hb Februari pada pukul 11.30 AM.  LeddarTech juga akan mempamerkan teknologi LiDAR yang telah memenangi anugerah di tingkat pameran di reruai #5 dari 26-28hb Februari.

Klik DI SINI untuk meminta demonstrasi dan bertemu dengan pasukan kami di AV20 di reruai #5

“Kerjasama dalam ruangan mobiliti seperti yang antara LeddarTech dan COAST Autonomous menyerlahkan kepentingan kerjasama dalam industri ini dan AV20 menekankan etos ini kerana mencabar status quo dalam sektor automotif dan meluaskan ekosistem yang kita kendalikan”, kata Frantz Saintellemy dari LeddarTech.  “Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada AV20 sebagai pengucap dan pempamer kerana ini membolehkan kami berkongsi ilmu dan wawasan, untuk bekerjasama dan saling bertukar idea dan konsep yang akan membentuk masa depan industri ini”.

“Di COAST Autonomous, kami memahami kepentingan mempunyai penglihatan yang sempurna dan menyeluruh berkaitan kenderaan kami, dan dengan menyepadukan penyelesaian LiDAR keadaan pejal Leddar Pixell 3D ke dalam kenderaan, kami menyediakan penyelesaian yang mengutamakan pejalan kaki dan memulangkan semula bandar kepada orang ramai”, kata CTO COAST Autonomous, Pierre Lefevre.  “Sekali lagi kami teruja untuk berkongsi pentas dengan LeddarTech dan untuk menyertai AV20”.

AV20 Silicon Valley 2020 akan mengumpulkan 300+ pakar mobiliti, daripada Ketua Pegawai Produk, Ketua Jurutera, CEO, sehinggalah Ketua Keselamatan bagi Platform Berautonomi, ADAS dan Teknologi Berautonomi.

Perihal COAST Autonomous

COAST Autonomous ialah syarikat perisian dan teknologi yang menumpukan pada penyampaian penyelesaian AV pada kelajuan yang wajar untuk persekitaran bandar dan kampus. Misi COAST adalah untuk membina komuniti dengan menghubungkan orang ramai dengan penyelesaian mobiliti yang mengutamakan pejalan kaki dan memulangkan semula bandar kepada orang ramai. Dalam gangguan paling laju dan parah yang telah memberikan impak kepada industri pengangkutan dan logistik, COAST telah membangunkan perisian Kenderaan Berautonomi (AV) bertindan penuh yang merangkumi pemetaan dan penyetempatan, robotik dan kecerdasan buatan (AI), pengurusan armada dan sistem penyeliaan. Bekerjasama dengan pengilang yang terbukti, COAST boleh menyediakan pelbagai kenderaan yang dilengkapi dengan perisian terbaik dalam kelasnya untuk menawarkan penyelesaian Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) kepada bandar, taman tema, kampus, lapangan terbang, dan persekitaran bandar lain. Berpangkalan di Pasadena, California, pasukan COAST dikenali kerana pengalaman dan kepakaran dalam semua aspek pelaksanaan dan pengendalian armada AV sambil mengutamakan keselamatan dan pengalaman pengguna. Untuk mengetahui cara COAST Autonomous dapat membantu anda menguasakan pengangkutan berautonomi dalam persekitaran anda, sila lawati www.coastautonomous.com.

Maklumat Hubungan: Aimie Nghiem, Pengarah Pembangunan Program, COAST Autonomous

Tel: +1-626-838-2469 ANghiem@coastautonomous.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13084

Tuesday, February 18, 2020

TESTNET OKCHAIN KINI LANGSUNG - DENGAN APLIKASI DEFI PERTAMANYA OKEX DEX

VALLETTA, Malta, 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.okex.com), bursa lani dan terbitan kriptowang terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran OKChain, blok rantai awam komersial yang dimiliki OKEx untuk menyumbang kepada komuniti dengan lebih banyak aplikasi tak berpusat. Pada masa yang sama, OKEx juga melancarkan OKEx DEX, aplikasi tak berpusat pertama yang berdasarkan OKChain. Untuk memastikan pengalaman dagangan dan cairan yang lebih baik, OKEx DEX menyokong pelangsaian masa nyata dalam persekitaran yang saling tidak percaya.

OKChain ialah rantai awam berdasarkan Cosmos SDK yang dibangunkan oleh OKEx. OKChain menyokong pelbagai aplikasi tak berpusat dan membenarkan pengguna untuk mengeluarkan kriptowang mereka yang tersendiri, mencipta pasangan dagangan, dan berdagang secara bebas padanya. Disebabkan oleh struktur berbilang rantainya, kecekapan dan penskalaan pembangunan aplikasi telah meningkat secara ketara. OKChain membahagikan data kepada tiga lapisan: blok, operasi dan data luar rantai, yang boleh meningkatkan kelajuan konsensus sistem dan mengembangkan dimensi data pada rantai.

Menggunakan mekanisme konsensus Bukti Kepentingan Wakilan (DPOS) OKEx telah mengeluarkan OKT sebagai token natif OKChain. Pengeluaran OKT adalah pada blok genesis dan blok nod, dan dijangkakan untuk meningkat sebanyak 1-5% setiap tahun.

“Kami yakin kewangan tak berpusat merupakan kunci kepada perangkuman kewangan dan kebebasan kewangan untuk semua. Sebab itulah kami telah lama berhasrat untuk melepaskan kuasa DeFi. OKChain merupakan pencapaian yang besar buat kami, bermakna kini kami dapat menyediakan ekosistem terbuka, kos rendah dan berautonomi untuk semua orang bagi menikmati manfaat yang di bawahkan blok rantai dan desentralisasi.” kata Jay Hao, CEO OKEx. “Pembangunan blok rantai terus memberi saya pengalaman dan kejutan baharu. Hari ini, apabila kita berbicara tentang blok rantai, kita bukan sekadar bercakap tentang bitcoin dan token ERC-20 utama. Sebagai pemain utama dalam industri, kami berharap OKChain akan menjadi inspirasi untuk lebih banyak inovasi dan akan menarik lebih banyak bakat untuk menyertai revolusi blok rantai bersama kami.”

OKEx DEX – Aplikasi tak berpusat pertama pada OKChain
Selain OKChain, OKEx DEX, bahagian bursa tak berpusat OKEx, juga merupakan aplikasi yang tidak harus dilepaskan.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk di sini.

Perihal OKEx
OKEx ialah bursa aset digital utama dunia yang beribu pejabat di Malta, menawarkan perkhidmatan perdagangan aset digital menyeluruh termasuklah perdagangan fiat kepada token, perdagangan lani, perdagangan hadapan dan perdagangan pertukaran berterusan kepada pedagang global dengan teknologi blok rantai. Buat masa ini, bursa menawarkan lebih 400 pasangan token dan perdagangan hadapan membolehkan pengguna untuk mengoptimumkan strategi mereka.


Orang Hubungan Media
Vivien Choi
media@okex.com

SUMBER: OKEx

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13062

Monday, February 17, 2020

HADIAH KEAMANAN NIWANO KE-37 DIANUGERAHKAN KEPADA MASTER ZEN KOREA SELATAN, YANG MULIA POMNYUN

TOKYO, 17 Feb., 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Yayasan Keamanan Niwano akan menganugerahkan Hadiah Keamanan Niwano ke-37 kepada Yang Mulia Pomnyun, seorang master Zen Korea Selatan, sebagai pengiktirafan terhadap kerja kemanusiaan, alam sekitar dan  aktivis sosial beliau yang luar biasa, dan usaha beliau yang memberikan inspirasi dalam membina perhubungan kepercayaan dan muhibah di antara mereka yang berbeza agama dan budaya.


Satu upacara penyampaian anugerah akan berlangsung di Tokyo pada 3 Jun. Selain daripada sekeping sijil anugerah, Yang Mulia Pomnyun akan menerima sebutir pingat dan wang tunai sebanyak 20 juta yen.

Pertubuhan fahaman Buddha beliau, Jungto Society, sebuah komuniti yang berasaskan kepada ajaran dan prinsip fahaman Buddha, didedikasikan kepada menangani masalah-masalah moden yang mendorong penderitaan, termasuk kemusnahan alam sekitar, kemiskinan, dan konflik kekerasan. Organisasi bantuan antarabangsa beliau, Join Together Society, telah berusaha membasmi kemiskinan dan kelaparan melalui bantuan kemanusiaan dan inisiatif pembangunan mapan di Korea Utara, India, dan lain-lain.

Dalam memilih Yang Mulia Pomnyun sebagai seorang penerima untuk tahun 2020, Jawatankuasa Hadiah Keamanan Niwano itu berkata beliau “telah menunjukkan komitmen yang berpanjangan dan luas dalam memajukan keamanan di dalam sebuah kerangka fahaman Buddha, dengan kerjasama mereka yang mempunyai pendirian agama yang berlainan,” terutamaya agama Kristian. Jawatankuasa itu juga “kagum dengan tumpuan beliau terhadap kerja di luar Korea, bagi pihak mereka yang berlainan agama” seperti orang Islam di Mindanao, Filipina; Hindu dan lain-lain di India; dan Rohingya di Myanmar/Bangladesh.

Hadiah Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano telah mewujudkan Hadiah Keamanan Niwano untuk menghormati dan menggalakkan individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan besar kepada kerjasama antara agama, dengan itu meneruskan usaha ke arah keamanan dunia, dan untuk membuat pencapaian mereka diketahui seluas yang mungkin. Yayasan itu berharap dengan cara ini iaitu bagi meningkatkan pemahaman dan kerjasama antara agama dan menggalakkan kemunculan lebih ramai individu yang mengabdikan diri untuk bekerja bagi keamanan dunia. Hadiah itu dinamakan sebagai penghormatan kepada pengasas dan presiden pertama organisasi agama Buddha Rissho Kosei-kai, Nikkyo Niwano.

Yayasan Keamanan Niwano:
Yayasan Keamanan Niwano telah ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menyumbang kepada realisasi bagi keamanan dunia dan peningkatan bagi sebuah budaya keamanan. Yayasan itu menggalakkan penyelidikan dan kegiatan lain berdasarkan kepada semangat prinsip keagamaan dan menjadi penyebab bagi keamanan di dalam bidang seperti pendidikan, sains, agama dan falsafah.

SUMBER: Yayasan Keamanan Niwano 

Hubungi:
(Encik) Seiji Hironaka/(Cik) Natsuki Kudo
Yayasan Keamanan Niwano
Tel: +81-3-3226-4371
Faks: +81-3-3226-1835
info@npf.or.jp
http://www.npf.or.jp/english/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13081