Thursday, February 13, 2020

Khaira PPZ-MAIWP sumbang RM3,000 bantu aktiviti pembangunan banduan Penjara Kajang



KUALA LUMPUR, 13 Feb -- Khaira PPZ-MAIWP menyerahkan sumbangan RM3,000 kepada Penjara Kajang bagi membantu menambahkan aktiviti pembangunan para banduan di penjara berkenaan. 
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Ahmad Shukri Yusoff dalam satu kenyataan hari ini berkata sumbangan itu merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat agensi berkenaan bagi membantu meningkatkan motivasi diri dan rohaniah para banduan akhir.
Menurut kenyataan itu program berkenaan juga merupakan inisiatif pihaknya dalam mendekatkan jenama Khaira PPZ selain memberi hebahan zakat kepada para pegawai di Penjara Kajang.  
Sempena program itu Ahmad Shukri turut menyampaikan ceramah bertajuk "Masih Ada Yang Sayang", program turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Kajang Abdul Halim Ma-Hasan. 
Khaira PPZ adalah program tanggungjawab sosial korporat di bawah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama badan korporat dalam menekankan keprihatinan terhadap individu dan masyarakat setempat yang kurang berkemampuan.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment