Friday, February 7, 2020

TOSHIBA LANCAR IC PEMACU MOTOR MIKRO-STEPPING YANG KOMPAK, BERKUASA RENDAH, BERESOLUSI TINGGI





TOKYO, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan “TC78H670FTG,” penambahan terbaharu kepada barisan IC pemacu motor mikro-stepping mereka. IC baharu itu mempunyai penarafan maksimum 18V/2.0A[1] dan boleh memacukan motor dengan pelbagai julat bagi voltan pengendalian. Pengeluaran besar-besaran bermula hari ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200205005917/en/

IC baharu itu boleh menggerakkan sebuah motor mikro-stepping 128 dengan bekalan kuasa di antara 2.5V sehingga 16V. Pelbagai penggunaannya yang luas termasuk peranti sistem 9-12V standard yang dikuasakan oleh USB, dikuasakan oleh bateri, dan ia juga boleh digunakan dengan sebuah antara muka 1.8V, yang membolehkan sambungan kepada pelbagai hos dan pengawal mikro.

Proses DMOS terbaharu[2] Toshiba memastikan bahawa TC78H670FTG merealisasikan rintangan ON rendah angka merit yang sangat baik. Proses itu juga menyumbang kepada arus tunggu sedia ultra-rendah IC itu. IC itu ditempatkan di dalam sebuah pakej QFN16 yang padat dan menghapuskan penggunaan sebuah perintang rasa arus dengan menggabungkan bahagian pengesanan arus yang menyumbang kepada kos yang lebih rendah, sebuah jejak komponen yang lebih kecil, dan penjimatan ruang penghalaan PCB.

Ciri-ciri
 
• Pakej kompak (QFN16 3.0mm × 3.0mm)
• Rintangan ON rendah (Ron=0.48Ω @VM=12V)
• Julat voltan rendah ke sederhana 2.5V hingga 16V dengan antara muka 1.8V hingga 5.0V
• Arus tunggu sedia ultra-rendah 0.1mA
• Mengendalikan motor dengan lancar dan senyap dan mengurangkan getaran; meningkatkan ketepatan sudut putaran[3] yang dicapai oleh kawalan mikro-stepping.
 
Penggunaan

Kamera, kamera keselamatan, pencetak mudah alih, pengimbas yang dipegang tangan, pico-projektor, dan telefon pintar

Spesifikasi Utama
Sila klik di sini

Nota:
[1] Arus pemacu motor sebenar bergantung kepada persekitaran penggunaan dan faktor-faktor seperti suhu sekeliling dan voltan bekalan kuasa.
[2] Setakat Februari 2020.
[3] Berbanding dengan produk-produk sedia ada yang dikeluarkan oleh Toshiba.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC78H670FTG

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.


No comments:

Post a Comment