Wednesday, February 12, 2020

PENYUMBERAN ASIA PASIFIK BERKURANGAN PADA S4 DISEBABKAN OLEH KETIDAKTENTUAN DI CHINA DAN HONG KONG

Meskipun terdapat kemerosotan dalam perkhidmatan terurus, perkhidmatan sebagai-perkhidmatan melonjak 26% dan mencatatkan rekod dalam pasaran tergabung bagi rantau itu


SYDNEY, Australia, 12 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pasaran penyumberan luar Asia Pasifik yang terjejas oleh ketidaktentuan perdagangan China dan rusuhan awam di Hong Kong berkurangan pada suku keempat walaupun penyelesaian berdasarkan awan membantu untuk menampung hasil, menurut laporan tahap pencapaian industri daripada Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global.

ISG Index™ yang mengukur kontrak penyumberan luar komersial dengan nilai kontrak tahunan (ACV) bernilai US $5 juta atau lebih, mendapati pasaran tergabung (perkhidmatan terurus dan sebagai-perkhidmatan berdasarkan awan) berkurangan kepada US $2.05 bilion bagi ACV, jatuh 4 peratus daripada suku tahun sebelumnya tetapi meningkat 2 peratus sepanjang suku tahun keempat 2018 yang kukuh. Walaupun mengalami aliran menurun pada dua suku tahun yang lepas, angka itu merupakan pencapaian ACV melebihi US $2 bilion bagi lima suku tahun berturut-turut bagi pasaran tergabung itu.

Perkhidmatan terurus merosot sebanyak 41 peratus kepada $413 juta pada suka tahun keempat kerana kebanyakan negara mencatatkan penurunan kecuali China, yang mencatatkan permintaan berterusan yang kukuh bagi perkhidmatan aplikasi dan infrastruktur. Pasaran terbesar rantau itu, Australia-New Zealand (ANZ) mencatatkan penurunan ACV tahun demi tahun bagi tiga suku tahun berturut-turut. Angka itu merupakan prestasi ACV terburuk rantau itu dalam segmen ini sejak suku tahun pertama 2017, sementara bilangan kontrak yang ditandatangani pada suku ketiga (34) adalah yang terendah sejak hujung tahun 2016.

Namun begitu, segmen sebagai-perkhidmatan, naik 26 peratus kepada rekod $1.64 bilion dan dengan kemerosotan dalam perkhidmatan terurus, menyumbang kepada rekod 80 peratus daripada pasaran tergabung bagi suku tahun itu. Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), meningkat 24 peratus kepada US $1.38 bilion dan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) meningkat 35 peratus kepada $252 juta dan mengukuhkan rekod suku tahun.

“Pada pertengahan tahun lepas, kami memerhatikan sedikit kemerosotan di China yang menjejaskan pemain infrastruktur awan awam besar,” kata Scott Bertsch, rakan kongsi dan ketua ISG Asia Pasifik. “Rundingan perdagangan A.S.-China menyebabkan industri teragak-agak dalam pembelian teknologi.”

Impak itu terutamanya dirasakan dalam segmen perkhidmatan terurus. Bertsch berkata, dua suku tahun yang lepas telah “semakin merosot daripada paras tinggi yang telah kita saksikan sepanjang dua tahun lalu,” apabila rantau itu mencatatkan nilai beberapa suku tahun yang melebihi US $700 juta dalam perkhidmatan terurus. Bertsch berkata, permintaan kukuh bagi penyelesaian sebagai-perkhidmatan membantu rantau itu menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Hasil Tahun 2019 Penuh

Untuk tahun penuh, pasaran tergabung Asia Pasifik menghasilkan pertumbuhan dua digit yang kukuh, dengan ACV bernilai US $8.8 bilion, naik kukuh 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini merupakan kali pertama rantau itu mencatatkan ACV tahunan melebihi $8 bilion. Berbanding tiga tahun lalu, pasaran tergabung rantau itu telah berkembang lebih dua kali ganda, menurut pemerhatian ISG.

Perkhidmatan terurus meningkat 10 peratus kepada $2.8 bilion, hasil terbaik sejak tahun 2014, yang dirangsang oleh permintaan kukuh daripada dua pasaran tegak rantau itu—pengeluaran dan telekomunikasi, yang membantu untuk mengimbangi hasil yang lebih lemah dalam sektor perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI). Penyumberan luar IT (ITO) menerajui perkhidmatan terurus pada tahun 2019, dengan ACV bernilai US $2.3 bilion, naik 12 peratus berbanding tahun sebelumnya, disebabkan oleh pertumbuhan permintaan yang kukuh bagi perkhidmatan pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi (ADM) dengan peningkatan ACV sebanyak 27 peratus.

Antara kawasan geografi, India menjana hasil terbaik rantau itu yang dikukuhkan oleh pembaharuan beberapa kontrak besar pada tahun itu. Sementara itu, ANZ mengalami prestasi ACV paling lemah sejak tahun 2003 dan jumlah kontrak paling rendah sejak tahun 2008.

Sebagai-perkhidmatan, sementara itu, berkembang 25 peratus pada tahun 2019 dan mencatatkan rekod $6.04 bilion. Segmen ini kini menyumbang hampir 69 peratus dalam pasaran tergabung rantau itu berbanding hanya 49 peratus pada tiga tahun lalu. IaaS meningkat 25 peratus kepada US $5.18 bilion, kali pertama melebihi US $5 bilion, dan SaaS meningkat 22 peratus, kepada US $860 juta bagi tahun itu.

Ramalan Global

ISG meramalkan pasaran global bagi perkhidmatan berdasarkan awan akan berkembang 23.5 peratus pada tahun 2020 dan pasaran bagi perkhidmatan terurus akan berkembang 3.2 peratus.

Perihal ISG Index™

ISG Index™ dikenali sebagai sumber berwibawa bagi penyelidikan pasaran industri teknologi global dan perkhidmatan perniagaan. Bagi 69 suku tahun berturut-turut, ISG Index™ telah memperincikan data dan aliran industri terkini untuk penganalisis kewangan, pembeli perniagaan, pembekal perisian dan perkhidmatan, firma guaman, universiti dan media. Pada tahun 2016, ISG Index telah dikembangkan untuk merangkumi liputan pasaran sebagai-perkhidmatan yang berkembang pantas dan mengukur kesan signifikan perkhidmatan berdasarkan awan terhadap transformasi perniagaan digital. ISG juga menyediakan analisis berterusan automasi dan teknologi digital lain dalam pembentangan suku tahun ISG Index.

Perihal ISG

ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) peneraju firma penyelidikan dan penasihat teknologi global. Sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai bagi lebih 700 pelanggan, termasuk lebih 70 daripada 100 perniagaan teratas di seluruh dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan pembekal perkhidmatan dan teknologi untuk mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma ini mengkhusus dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, analitis awan dan data, penasihat penyumberan; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; penyelidikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 profesional berkemahiran digital yang beroperasi di lebih 20 negara—pasukan global yang terkenal dengan pemikiran inovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam dan keupayaan penyelidikan dan analitis bertaraf dunia, berdasarkan data pasaran industri yang paling menyeluruh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.isg-one.com.

Maklumat Hubungan Akhbar:

Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com

Jim Baptiste, Matter Communications untuk ISG
+1 978 518 4527
jbaptiste@matternow.com 

SUMBER : Information Services Group, Inc.

No comments:

Post a Comment