Saturday, February 15, 2020

TOMMY HILFIGER MERAYAKAN SEBUAH LANDSKAP FESYEN YANG LEBIH INKLUSIF PADA EDISI KEDUA BAGI CABARAN PERBATASAN FESYEN TOMMY HILFIGER



Dua pemenang telah dipilih oleh sebuah panel pakar termasuk Encik Tommy Hilfiger, Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah, dan Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah

AMSTERDAM, 14 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan Apon Wellbeing dan A Beautiful Mess sebagai pemenang bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger 2019. Lebih daripada 400 permohonan telah diterima untuk edisi kedua bagi program global itu, yang bertujuan untuk menyokong perniagaan permulaan keusahawanan dan peringkat berskala yang membangunkan penyelesaian yang menggalakkan perubahan inklusif dan positif di dalam fesyen.

“Di Tommy Hilfiger, kami komited untuk tidak membazirkan apa-apa dan mengalu-alukan segala-galanya. Dari awal hingga akhir, saya telah mendapat inspirasi daripada kumpulan usahawan sosial yang berbakat ini di mana inovasi mereka telah menjadikan landskap fesyen lebih mapan dan inklusif,” kata Tommy Hilfiger. “Saya dengan rasa bangga ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang tahun ini, Apon Wellbeing dan A Beautiful Mess. Ini hanya merupakan permulaan bagi syarikat permulaan ini dan kami akan terus membimbing dan memupuk usahawan-usahawan ini yang komited untuk membuat impak yang  positif di dalam industri kita.”

“Pemenang bagi Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger kedua itu mewakili masa hadapan bagi industri fesyen,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. “Ketika industri kita terus berkembang dengan pesat, adalah penting untuk bekerjasama, baik di dalam mahupun di luar landskap fesyen, dan membawa ke hadapan inovasi yang mempunyai keupayaan untuk mengubah perniagaan kita untuk menjadi lebih baik. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta akhir!”

Apon Wellbeing telah dianugerahkan €75,000. Syarikat berskala yang berpangkalan di Bangladesh itu membuka kedai-kedai harga patut yang membawa keperluan harian di dalam kilang-kilang, dengan produk-produk yang ditawarkan pada diskaun 10% berbanding harga di luar dan satu skema mata yang membolehkan pekerja untuk mengumpul bagi mendapatkan insurans kesihatan dan perkhidmatan kesihatan secara percuma.

“Apabila anda sedang berkembang di dalam rantaian nilai fesyen, pengesahan daripada sebuah jenama seperti TOMMY HILFIGER sangat membantu syarikat-syarikat permulaan dan berskala berkembang dan meningkatkan impak,” kata Saif Rashid, Pengasas dan Pengarah Urusan Apon Wellbeing. “Akan tetapi perkara yang paling penting ialah sokongan strategik dan bimbingan yang boleh ditawarkan oleh Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger. Sokongan yang diberikan oleh TOMMY HILFIGER telah membentuk model perniagaan kami, strategi, komunikasi dan bagaimana kami berfikir tentang masa depan.”

Syarikat permulaan Belanda, A Beautiful Mess, telah juga dianugerahkan €75,000. A Beautiful Mess menjalankan sebuah ruang kreatif untuk membantu pelarian dalam merealisasikan kebebasan sosial dan ekonomi dengan mewujudkan produk-produk pakaian yang mapan.

“Kami memerlukan syarikat-syarikat besar di dalam industri fesyen untuk meningkatkan inisiatif edaran pengeluaran, dan itulah yang ditawarkan oleh Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger,” kata Naz Kawan, Pengarah Pembuat Ruang A Beautiful Mess. “Satu kerjasama, pendekatan bersepadu perlu jika kami mahu mengubah rantaian bekalan bagi industri fesyen itu. Dengan sokongan program global ini, kami sedang berusaha ke arah sebuah landskap fesyen yang lebih bulat, telus dan inklusif.”

Pemenang juga menerima bimbingan selama satu tahun dengan pakar-pakar global Tommy Hilfiger dan INSEAD, serta sebuah tempat di dalam Program Keusahawanan Sosial INSEAD (ISEP).

Syarikat permulaan ketiga, Sudara, telah dipilih sebagai “Undian Pilihan Penonton” dan telah dianugerahkan €10,000. Berpangkalan di India dan Amerika Syarikat, Sudara adalah sebuah syarikat berskala yang menghasilkan pakaian tidur dan pakaian kasul yang sesuai dipakai di rumah yang mengembangkan kemahiran profesional dan menjahit di kalangan wanita yang telah melarikan diri dari atau berada pada risiko tinggi untuk diperdagangkan untuk seks.

“Cabaran Perbatasan Fesyen Tommy Hilfiger adalah mengenai menggunakan fesyen sebagai satu kekuatan untuk kebaikan, yang secara langsung bercakap mengenai tujuan jenama kami,” kata Shannon Keith, Pengasas dan Pengerusi Sudara Inc. “Kami terutamanya sangat teruja untuk memenangi ‘Undian Pilihan Penonton’ kerana ia menunjukkan bahawa apa yang kami lakukan benar-benar bergema dengan pasukan di TOMMY HILFIGER, yang komited untuk membuat perbezaan di dalam industri fesyen.”

Melalui satu proses berbilang langkah, berbilang bulan yang bermula pada Mei 2019, lebih 420 pemohon telah ditapis kepada enam peserta akhir yang telah dijemput untuk membangun dan memperhaluskan pelan perniagaan mereka dengan sokongan sebuah pasukan yang berdedikasi yang terdiri daripada pakar-pakar usahawan sosial. Semasa Acara Akhir program itu, yang berlangsung di Campus of the Future Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda, pada 13 Februari, 2020, enam orang finalis itu telah membentangkan konsep mereka kepada sebuah panel juri yang berprestij, termasuk Encik Tommy Hilfiger, Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah, Noor Tagouri, Wartawan, Aktivis dan Penceramah, Martijn Hagman, Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global & Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah, Willemijn Verloop, Rakan Pengasas, Social Impact Venture, Steven Serneels , Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga, EVPA, dan Katrin Ley, Pengarah Urusan, Fashion for Good.

Visi Tommy Hilfiger adalah untuk mewujudkan fesyen yang tidak membazirkan apa-apa dan mengalu-alukan segala-galanya. Ketahui lebih lanjut mengenai usaha kemapanan jangka panjang jenama itu, terutamanya di dalam aspek keterangkuman dan bulatan, di: https://global.tommy.com/en_int/about-us-corporate-sustainability.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu adalah dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah dalam mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH menetapkan standard bagi gaya sebagai satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio kami yang ikonik termasuk jenama-jenama TOMMY HILFIGER, CALVIN KLEIN, Van Heusen, IZOD, ARROW, Speedo*, Warner’s, Olga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan hampir $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13068

No comments:

Post a Comment