Friday, February 14, 2020

FRONTLINE INTERNATIONAL BERKEMBANG DI SINGAPURA DAN MALAYSIA




Pengedar dinamakan; geran baharu kerajaan meliputi separuh daripada kos pelanggan

CLEVELAND, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Frontline International  meneruskan pengembangan mereka di seluruh dunia dengan mengumumkan satu perkongsian baharu dengan Mii Foodservice untuk pengedaran di Singapura dan Malaysia. Di samping itu, penyelesaian Pengurusan Minyak Pintar® Frontline telah diluluskan bagi satu program geran kerajaan Singapura yang boleh meliputi separuh daripada kos pelanggan bagi pembelian peralatan.

Frontline adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian pengurusan minyak masak, membantu untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, menyediakan perlindungan jenama, dan mengautomasikan kerumitan sains bagi kualiti makanan bergoreng. Syarikat itu mengeluarkan peralatan untuk mengendalikan minyak segar, penapisan, dan minyak yang telah digunakan untuk membantu pelanggan mengurus, memantau, dan membuat wang daripada minyak masak mereka.


Geran kerajaan Singapura itu, yang dikenali sebagai sebuah Geran Penyelesaian Produktiviti (PSG), meliputi sehingga 50% daripada kos bagi peralatan tertentu Frontline yang dibeli oleh pelanggan yang layak di dalam negara itu. Peralatan Frontline yang Layak harus memindahkan minyak secara terus dari penggoreng kepada sebuah tangki pengendalian minyak yang telah digunakan tanpa sebuah bekas perantara (sistem Direct-Plumbed® Frontline). Tangki pengendalian itu harus dilengkapi dengan sensor pengisi paras, sistem pengurusan data M3 eksklusif Frontline, dan fungsi diagnostik.

Bakal pelanggan boleh mendapatkan sebut harga daripada Mii Foodservice sebelum memohon PSG itu melalui Portal Geran Perniagaan Singapura.

No comments:

Post a Comment