Tuesday, February 18, 2020

TESTNET OKCHAIN KINI LANGSUNG - DENGAN APLIKASI DEFI PERTAMANYA OKEX DEX

VALLETTA, Malta, 13 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx (www.okex.com), bursa lani dan terbitan kriptowang terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran OKChain, blok rantai awam komersial yang dimiliki OKEx untuk menyumbang kepada komuniti dengan lebih banyak aplikasi tak berpusat. Pada masa yang sama, OKEx juga melancarkan OKEx DEX, aplikasi tak berpusat pertama yang berdasarkan OKChain. Untuk memastikan pengalaman dagangan dan cairan yang lebih baik, OKEx DEX menyokong pelangsaian masa nyata dalam persekitaran yang saling tidak percaya.

OKChain ialah rantai awam berdasarkan Cosmos SDK yang dibangunkan oleh OKEx. OKChain menyokong pelbagai aplikasi tak berpusat dan membenarkan pengguna untuk mengeluarkan kriptowang mereka yang tersendiri, mencipta pasangan dagangan, dan berdagang secara bebas padanya. Disebabkan oleh struktur berbilang rantainya, kecekapan dan penskalaan pembangunan aplikasi telah meningkat secara ketara. OKChain membahagikan data kepada tiga lapisan: blok, operasi dan data luar rantai, yang boleh meningkatkan kelajuan konsensus sistem dan mengembangkan dimensi data pada rantai.

Menggunakan mekanisme konsensus Bukti Kepentingan Wakilan (DPOS) OKEx telah mengeluarkan OKT sebagai token natif OKChain. Pengeluaran OKT adalah pada blok genesis dan blok nod, dan dijangkakan untuk meningkat sebanyak 1-5% setiap tahun.

“Kami yakin kewangan tak berpusat merupakan kunci kepada perangkuman kewangan dan kebebasan kewangan untuk semua. Sebab itulah kami telah lama berhasrat untuk melepaskan kuasa DeFi. OKChain merupakan pencapaian yang besar buat kami, bermakna kini kami dapat menyediakan ekosistem terbuka, kos rendah dan berautonomi untuk semua orang bagi menikmati manfaat yang di bawahkan blok rantai dan desentralisasi.” kata Jay Hao, CEO OKEx. “Pembangunan blok rantai terus memberi saya pengalaman dan kejutan baharu. Hari ini, apabila kita berbicara tentang blok rantai, kita bukan sekadar bercakap tentang bitcoin dan token ERC-20 utama. Sebagai pemain utama dalam industri, kami berharap OKChain akan menjadi inspirasi untuk lebih banyak inovasi dan akan menarik lebih banyak bakat untuk menyertai revolusi blok rantai bersama kami.”

OKEx DEX – Aplikasi tak berpusat pertama pada OKChain
Selain OKChain, OKEx DEX, bahagian bursa tak berpusat OKEx, juga merupakan aplikasi yang tidak harus dilepaskan.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk di sini.

Perihal OKEx
OKEx ialah bursa aset digital utama dunia yang beribu pejabat di Malta, menawarkan perkhidmatan perdagangan aset digital menyeluruh termasuklah perdagangan fiat kepada token, perdagangan lani, perdagangan hadapan dan perdagangan pertukaran berterusan kepada pedagang global dengan teknologi blok rantai. Buat masa ini, bursa menawarkan lebih 400 pasangan token dan perdagangan hadapan membolehkan pengguna untuk mengoptimumkan strategi mereka.


Orang Hubungan Media
Vivien Choi
media@okex.com

SUMBER: OKEx

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13062

No comments:

Post a Comment