Thursday, July 30, 2020

PULSE SECURE MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN BERDASARKAN AWAN, SIFAR KEPERCAYAAN BAHARU UNTUK AKSES SELAMAT BERBILANG AWAN DAN IT HIBRID

Perkhidmatan Pulse Zero Trust Access (PZTA) baharu meningkatkan produktiviti, meringkaskan pengurusan dan menangani risiko siber sementara perusahaan menerima mobiliti tenaga kerja dan pengkomputeran utiliti yang meningkat

SAN JOSE, Calif., 29 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pulse Secure, peneraju pembekal penyelesaian Secure Access ditakrifkan perisian, hari ini mengumumkan pelancaran Pulse Zero Trust Access (PZTA), perkhidmatan akses selamat berdasarkan awan dan berbilang penyewa yang membolehkan organisasi menyediakan pengguna akses mudah dan di mana-mana sahaja kepada aplikasi berbilang awan dan pusat data dengan jaminan Sifar Kepercayaan.

PZTA meringkaskan pengurusan akses dengan kebolehlihatan paparan tunggal, analisis hujung ke hujung, dasar berbutir, peruntukan automatik dan pengurangan ancaman lanjutan yang memperkasa organisasi untuk mengoptimumkan lagi sumber tenaga kerja dan sumber IT hibrid yang semakin mudah alih. 

Sementara perusahaan memajukan mobiliti tenaga kerja dan pendigitalan perniagaan, pengguna memerlukan akses kepada aplikasi pada premis dan awan daripada sebarang peranti, dari sebarang lokasi dan pada bila-bila masa. Sementara itu, serangan siber, pelanggaran data dan kewajipan pematuhan telah berkembang dengan ketara, menjadikan kepercayaan dan kawalan boleh suai adalah penting. PZTA menawarkan pengguna akses aplikasi yang diperkemas serta membolehkan organisasi mengawal selia setiap permintaan dengan mengesahkan identiti, peranti dan kedudukan keselamatan secara automatik sebelum memberikan sambungan langsung yang disulitkan antara peranti pengguna tersebut dengan aplikasi yang terletak dalam awan awam, awan peribadi atau pusat data.

“Peneraju IT memacu transformasi perniagaan dalam era digital hibrid dan pada masa yang sama mempertahankan aset semasa ‘era akses penggunaan hiper-bertumpu’ – untuk mana-mana pengguna, daripada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja, kepada sebarang aplikasi pada bila-bila masa. Pulse Zero Trust Access direka bentuk untuk tempat kerja digital yang elastik, menyediakan perkhidmatan disatukan, berdasarkan awan yang mendayakan kebolehcapaian, kecekapan dan pengurangan risiko yang lebih besar,” kata Rohini Kasturi, ketua pegawai produk di Pulse Secure. “Sejak permulaannya, Pulse Secure telah memfokuskan pada penyediaan penyelesaian akses selamat yang meningkatkan produktiviti, kebolehlihatan dan pematuhan semasa syarikat berhijrah kepada awan dan memanfaatkan pengkomputeran utiliti. PZTA merupakan contoh komitmen berterusan kami untuk berinovasi sementara memaksimumkan kefleksibelan pengerahan, skala, saling boleh kendali dan perlindungan pelaburan untuk syarikat daripada semua saiz.”

PZTA adalah berdasarkan platform natif awan, berdasarkan mikroperkhidmatan berbilang penyewa baharu Pulse Secure yang dikerahkan secara global dalam Microsoft Azure Cloud. Perkhidmatan PZTA terdiri daripada Pengawal Pulse ZTA, yang dihoskan dan diurus oleh Pulse Secure, Get Laluan Pulse ZTA Maya yang dikerahkan pelanggan pada premis atau dalam awan, dan Klien Pulse ZTA disatukan yang berjalan secara natif pada peranti Microsoft Windows, Apple macOS dan iOS, dan Google Android setiap pengguna.

Seni Bina, Prestasi, Privasi Data dan Kelebihan Kawalan mudah Suai
Mengikut panduan pasaran Zero Trust Network Access (ZTNA) Gartner:* “ZTNA menambah baik kefleksibelan, ketangkasan dan kebolehskalaan akses aplikasi, membolehkan perniagaan digital berkembang maju tanpa mendedahkan aplikasi dalaman secara langsung kepada Internet, mengurangkan risiko serangan.” Selain itu, “ZTNA menambah baik teknologi VPN tradisional untuk akses aplikasi, dan mengalih keluar kepercayaan berlebihan yang dahulunya diperlukan untuk membenarkan pekerja dan rakan kongsi untuk berhubung dan bekerjasama. Pemimpin pengurusan keselamatan dan risiko seharusnya merintis projek ZTNA sebagai sebahagian daripada strategi SASE [Secure Access Service Edge] atau untuk mengembangkan akses jauh dengan pantas.”

Pulse Zero Trust Access berjajar dengan seni bina Perimeter Ditakrifkan Perisian (SDP) Cloud Security Alliance, menggabungkan pengesahan identiti dan peranti meluas, mengasingkan dataran kawalan dan data, memusatkan pengurusan dasar berbutir, dan mikro-pensegmenan untuk menggagalkan akses tanpa izin dan perambatan serangan.

Walaupun akses setiap peranti pengguna memerlukan pengesahan dan kebenaran eksplisit oleh perkhidmatan Pulse Zero Trust Access, Get Laluan ZTA Pulse dikerahkan dalam persekitaran pada premis dan awan pelanggan yang paling dekat dengan aplikasi atau sumber. Kehampiran ini mengoptimumkan pengalaman pengguna, mengurangkan kependaman dan mendayakan pengerahan IT Hibird pada skala. Oleh sebab trafik aplikasi yang disulitkan hanya mengalir antara Klien ZTA dan Get Laluan ZTA, pelanggan mendapat privasi data dan kedaulatan data penuh.

PZTA mentadbir setiap permintaan dan sesi akses melalui dasar yang telah diatur dan diatur secara berpusat. Membina pada rangka kerja Penilaian Risiko dan Kepercayaan Adaptif Berterusan (CARTA) Gartner, PZTA menambah baik dasar kontekstual dan mementingkan identiti yang dibina pada Analitis Tingkah Laku Pengguna dan Entiti (UEBA) iaitu atribut untuk setiap sesi dipantau dan dinilai, menggunakan algoritma penskoran risiko proprietari untuk mengenal pasti aktiviti yang tidak patuh, hasad dan anomali, dan mengambil tindakan pengurangan ancaman dipercepat.

Penyelesaian Natif Awan, Akses Selamat yang Menyeluruh untuk Pelanggan Sedia Ada dan Baharu
PZTA membolehkan perusahaan daripada sebarang saiz untuk memperoleh Akses Selamat yang menyeluruh dengan perkhidmatan yang ringkas, boleh diskala dan natif awan yang boleh dilaksanakan dalam masa beberapa jam. Penyelesaian ini menyediakan kefleksibelan pengerahan dan pengurusan dasar kohesif untuk perusahaan menghijrahkan aplikasi daripada pusat data kepada awan, sementara menawarkan keupayaan akses selamat yang menyeluruh kepada organisasi dengan persekitaran berbilang awan yang tulen. Ini membolehkan sokongan luas untuk aplikasi legasi dan aplikasi awan popular seperti aplikasi daripada Amazon, Atlassian, Box, Google, Microsoft, Oracle, Salesforce, SAP dan Zoom.

PZTA boleh wujud bersama-sama dengan portfolio penyelesaian akses jauh, mudah alih dan rangkaian Pulse Secure termasuk Pulse Access Suite. Memanfaatkan Klien ZTA Pulse yang disatukan, dan berbilang terowong, pengguna boleh menikmati akses kepada aplikasi yang telus, tidak terganggu dan serentak serta sumber daripada peranti mereka tanpa mengira kaedah akses – SDP, VPN atau NAC. Organisasi memperoleh kecekapan pelaksanaan dan operasi, perlindungan pelaburan dan gabungan alat untuk merealisasikan kos pemilikan keseluruhan yang lebih rendah.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13629

ALLURION BERKEMBANG KE ASIA DENGAN PELANCARAN PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN BELON GASTRIK ELIPSE®

Pertumbuhan organik yang pesat di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Latin menjadi landasan bagi pengembangan global selanjutnya

Syarikat menamakan John Liljequist sebagai Pengarah bagi Jualan untuk Asia Pasifik

NATICK, Mass., 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allurion Technologies, sebuah peneraju perintis di dalam pembangunan bagi pengalaman penurunan berat badan yang berinovatif, berskala, dan dipercayai, hari ini mengumumkan kemasukan mereka ke Asia dengan pelancaran Program Elipse di Hong Kong, Malaysia, dan Singapura. Berkembang di atas kejayaan mereka di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Latin, kemasukan syarikat itu ke Asia dapat memberi impak kepada kehidupan lebih 1 bilion orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kegemukan di sebuah rantau yang dari segi sejarah mempunyai akses yang terhad kepada rawatan penurunan berat badan yang tak invasif. 1

ALLURION BERKEMBANG KE ASIA DENGAN PELANCARAN PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN BELON GASTRIK ELIPSE®

​STAR MEDIA GROUP MEMILIH TRITON DIGITAL UNTUK SUIT PRODUK AUDIO PENUH

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) – Triton Digital®, penyedia teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio dan podcasts dalam talian, mengumumkan hari ini bahawa Star Media Group, kumpulan media bersepadu dan inovatif yang terkemuka di Malaysia telah memilih Triton Digital untuk memperkasakan penyampaian, pengewangan, dan pengukuran kandungan penstriman audio dan podcasts mereka.



Melalui kerjasama ini, Star Media Group akan memanfaatkan rangkaian penstriman audio Triton yang kukuh untuk menyampaikan stesen radio mereka dalam talian, termasuk 988 FM, salah satu stesen bahasa Cina terkemuka di Malaysia, serta SURIA FM, salah satu stesen radio Melayu yang berkembang pesat di rantau ini. Selain itu, Star Media Group akan memanfaatkan pelayan iklan Triton untuk secara dinamik memasukkan iklan audio bersasaran tinggi ke dalam strim mereka. Untuk menyokong matlamat pengewangan mereka, Star Media Group akan menggunakan pasaran audio berprogram dan SSP audio Triton untuk menyediakan inventori audio dan podcasts dalam talian mereka kepada pembeli media di seluruh dunia melalui tawaran pasaran terbuka dan swasta.



​STAR MEDIA GROUP MEMILIH TRITON DIGITAL UNTUK SUIT PRODUK AUDIO PENUH

Wednesday, July 29, 2020

OZOW - MEMBUKA JALAN UNTUK PERBANKAN TERBUKA DI AFRIKA



Menambah lebih 100,000 pengguna baharu sebulan di Afrika Selatan dan Namibia sahaja, Ozow kini mengambil langkah untuk membawa platform pembayaran mereka ke seluruh Afrika dan dunia.

JOHANNESBURG, Afrika Selatan, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- “Dalam sebuah ekonomi global yang sentiasa berubah, secara tradisional dikuasai oleh bank-bank besar sejak tahun 1472, (sesuatu yang tidak mungkin berubah dalam beberapa dekad akan datang), Ozow berada pada kedudukan sebagai sebuah pengganggu untuk mencabar status quo itu. Ozow sedang mengetuai cara dengan sebuah platform Perbankan Terbuka di Afrika, dan pertumbuhan yang mengejutkan bagi perniagaan itu sepanjang 6 tahun yang lalu menceritakan kisah mengenai satu permulaan yang berkembang pesat hampir-hampir menakluki benua Afrika dengan pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Ozow, Thomas Pays. “Sebagai sebuah syarikat yang dipimpin oleh pasaran, kejayaan Ozow telah berkembang untuk menyaksikan mereka menguasai keseluruhan pasaran (mewakili lebih 70% daripada pasaran EFT segera di Afrika Selatan), dari kawasan bandar yang serba kekurangan dan kawasan luar bandar kepada LSM paling tinggi. Pengguna semua memperhatikan bahawa platform pembayaran itu adalah alternatif yang lebih baik, lebih selamat, dan lebih mudah berbanding penggunaan kad atau pembayaran EFT manual.”

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200727005804/en/

Terdapat lebih 49 juta akaun bank di Afrika Selatan sahaja – pengguna hanya memerlukan satu cara yang mudah untuk membayar daripada mereka. Di sinilah platform pembayaran dalam talian yang selamat Ozow sedang mengetuai inovasi pembayaran.

“Pengguna, pedagang, dan bank di Afrika Selatan dan Namibia sekarang memperakui Ozow sebagai cara cepat dan dipercayai untuk membuat pembayaran,” kata Pays. “Oleh kerana kebanyakan orang di rantau itu masuk dalam talian terutamanya melalui peranti mudah alih mereka (perkara yang sama berlaku di seluruh Afrika) – dan selalunya prabayar untuk masa siaran/data – kelajuan urus niaga adalah penting. Kami komited untuk membolehkan pembayaran dibuat dalam beberapa saat.”

Keluaran produk terbaharu Ozow dalam bentuk satu inovasi yang pertama di dunia yang masih menunggu kelulusan paten yang disebut PIN Ozow telah juga menyebabkan di dalam peningkatan pertumbuhan bagi perniagaan itu. Teknologi ini memberi kuasa kepada seorang pengguna untuk mentokenkan pembayaran dan melakukan mana-mana pembelian berulang dengan memasukkan PIN 4 digit dengan mudah. Inovasi yang pertama di dunia ini telah secara agresif menguasai sebahagian besar pasaran pembayaran tunai, kad, dan opsyen pembayaran alternatif dengan memberi kuasa kepada pengguna untuk melakukan urus niaga pada bila-bila masa, di mana sahaja dalam talian, atau di titik penjualan, tanpa memerlukan sebarang aplikasi atau pendaftaran.

“Sebagai sebuah syarikat pembayaran terkemuka pasaran di Afrika, kami telah mengutamakan keperluan pelanggan kami terlebih dahulu, yang mengakibatkan di dalam satu peningkatan lebih 50% dalam pembayaran berulang sejak pengenalan teknologi baharu ini,” kata Pays. Ozow boleh juga digunakan untuk e-pembilan dengan bekerjasama dengan SAGE dan Xero, pembayaran SMS melalui semua rangkaian utama, dan kod QR. Perkhidmatan itu tersedia di lima dari 11 bahasa rasmi Afrika Selatan, dengan rancangan untuk menambahkan bahasa lain dalam beberapa bulan akan datang.

Dari perspektif pedagang, Ozow bertindak sebagai satu lapisan keselamatan tambahan kepada infrastruktur perbankan yang sedia ada, untuk memastikan semua urus niaga menjadi sangat selamat sepanjang masa dan menyediakan satu persekitaran yang telah terbukti lebih selamat daripada sebarang mekanisme pembayaran yang lain. Apabila satu pembayaran telah disahkan, ia tidak boleh ditarik balik, dengan menggunakan satu arahan digital tepat masa yang dikeluarkan oleh pemilik bagi akaun sumber itu.

Ozow telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Mitchan Adams dan Lyle Eckstein (kedua-duanya rakyat Afrika Selatan) bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Thomas Pays, seorang rakyat Perancis yang telah menetap di Afrika Selatan selama lebih 16 tahun.

Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan Ozow menjadi jenama pembayaran yang paling dipercayai di kalangan pengguna yang telah mengembangkan satu ikatan emosi yang kuat terhadap jenama tersebut, yang memperkasakan ramai orang untuk berurus niaga secara digital buat kali pertamanya.

Nilai syarikat dan budaya yang telah dibangunkan oleh Ozow memberi tumpuan kepada memperkasakan pemegang saham mereka dan untuk memberi impak. Pada April tahun lalu, Ozow telah memperkenalkan satu kempen “0% yuran” untuk NPO/NGO dan juga PKS, sekali lagi menerajui cara di dalam pasaran sebagai sebuah perniagaan yang bertanggungjawab secara sosial, dengan memberikan nilai kepada pengusaha (satu elemen yang kritikal bagi ekonomi Afrika Selatan) yang sering kali meletakkan keperluan pelanggan lebih tinggi daripada keperluan mereka sendiri.

“Hari ini, Ozow adalah sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 50 orang yang berkongsi satu visi untuk membawa penyelesaian pembayaran kami yang pantas dan mudah ke benua Afrika dan pada akhirnya ke seluruh dunia. Melalui Ozow, dalam sebuah pasaran di mana lebih ZAR9,7 trilion dipindahkan melalui pembayaran “bank ke bank” setahun, lebih dari 11 kali penguasaan pasaran bagi pembayaran kad, prospek bagi penyertaan kewangan untuk semua adalah hampir tiada batasnya,” kata Pays.

“Pendekatan kami adalah terbuka sepenuhnya, dan kami ingin menjalin kerjasama dengan bank dan penyedia pembayaran yang lain di setiap pasaran yang kami sertai,” kata beliau. “Kami telah berusaha untuk memastikan teknologi kami sudah berupaya untuk bertukar dalam saiz atau skala, dan kami percaya saat itu kini telah tiba.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13625

AXA MENAWARKAN PERLINDUNGAN JALAN RAYA DENGAN SATU SENTUHAN BUTANG



• Kemalangan dan kerosakan kereta boleh memberikan kesukaran kepada pemandu, dan lebih mengecewakan lagi jika tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan.
• Dengan pelancaran SmartDrive Safe – iaitu Insurans Motor Telematik pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri, AXA memudahkan pemandu untuk mendapatkan bantuan segera, hanya dengan satu sentuhan butang.

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) sekali lagi memacu inovasi dengan menawarkan perlindungan jalan raya yang segera hanya dengan satu sentuhan butang. AXA hari ini telah mengumumkan pelancaran SmartDrive Safe, satu pelan insurans motor yang berinovatif bertujuan untuk mempromosikan tabiat pemanduan selamat dan memberikan ketenangan fikiran semasa memerlukan.

Pelan ini dilengkapi dengan peranti Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri yang boleh dipasang dengan mudah di mana-mana sahaja dalam kenderaan. Ia secara automatik dihubungkan dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe melalui Bluetooth untuk Pengenalpastian Pemandu Automatik. Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, kerosakan kenderaan atau kecemasan, bantuan akan diberikan dengan segera. Pemandu hanya perlu menekan Microtag untuk mendapatkan bantuan segera daripada profesional yang dipercayai bagi meredakan kebimbangan mereka semasa menghadapi situasi yang sukar.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13624

Tuesday, July 28, 2020

Setiausaha Elaine Chao Memperkenalkan Dokumen Panduan Untuk Kawal Selia Bagi Gelunghiper Lebih Awal Daripada Jadual Dan Menetapkan Kelayakan Untuk Pembiayaan Projek

Pengumuman menunjukkan komitmen USDOT untuk memajukan teknologi pengangkutan generasi yang seterusnya

WASHINGTON, 27 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Setiausaha Jabatan Pengangkutan AS (USDOT) Elaine Chao dan Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) Council memperkenalkan dokumen panduan tentang rangka kerja peraturan yang jelas untuk gelunghiper di Amerika Syarikat.

“Panduan ini merapatkan jurang antara penginovasi dengan pengawal selia, mengutamakan keselamatan semasa pembangunan tanpa menghalang inovasi, dan mempromosikan kesedaran bersama antara industri dengan kerajaan,” kata Setiausaha Elaine Chao semasa acara yang distrim secara langsung.

Dokumen panduan kawal selia untuk gelunghiper merupakan yang pertama seumpamanya, membuktikan lagi bahawa AS berhasrat menjadi peneraju industri.

“Gelunghiper menawarkan peluang yang benar-benar unik untuk meneraju dunia dalam pengangkutan abad ke-21,” kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin Group. “Visi yang kukuh diperlukan untuk berpisah daripada inersia status quo dan merebut peluang ini. Pengumuman hari ini akan membantu untuk membina landasan bagi Amerika Syarikat menjadi peneraju.”

Virgin Hyperloop telah bekerja secara rapat dengan NETT Council sepanjang setahun setengah yang lepas sejak penubuhannya pada Mac 2019, untuk memajukan teknologinya dan memastikan mereka dapat mengerahkan gelunghiper dengan selamat dan pantas.

Pengumuman bersejarah ini bukan sahaja menyediakan laluan untuk kawal selia dan pengerahan gelunghiper di AS, tetapi juga menetapkan kelayakan gelunghiper untuk pembiayaan persekutuan gelunghiper untuk projek. 

“Kami juga telah menentukan bahawa projek gelunghiper ini adalah sama layak untuk geran seperti mana-mana projek maglev atau pengapungan magnetik,” kata Finch Fulton, Timbalan Penolong Setiausaha untuk Dasar Pengangkutan semasa acara yang distrim secara langsung. “Ini merangkumi Program Federal Railroad Administration Consolidated Rail Infrastructure and Safety Improvements (CRISI), geran BUILD dan INFRA Pejabat Setiausaha, dan program seumpamanya. Hal ini bermakna mereka juga akan layak untuk sesetengah pinjaman dan program pinjaman Jabatan.”

“Setiausaha Chao dan NETT Council sedang bekerja pada kadar yang luar biasa untuk memastikan Amerika Syarikat berada pada barisan depan pembangunan gelunghiper,” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop. “Jelas bahawa USDOT berkongsi visi kami untuk pembangunan infrastruktur sebagai cara negara bukan sahaja membina semula, tetapi berkembang sementara kita bangkit dari krisis ini.”

Sebagai kategori pengangkutan yang serba baru, gelunghiper akan memberikan peluang pertumbuhan yang eksponen untuk pekerjaan pengeluaran dan pembangunan yang silang industri - merentasi pembinaan, aeroangkasa, landasan, automotif, penerbangan, kenderaan elektrik, dan kawalan berautonomi. Bulan lepas, Virgin Hyperloop mengumumkan perkongsian dengan Spirit AeroSystems, salah sebuah pengeluar aeroangkasa terbesar dunia. Jurutera, perancang, pembina, pakar rantaian bekalan dan pensijilan, dan juruteknik Spirit AeroSystems akan memanfaatkan kepakaran industri aeroangkasa yang berkaitan untuk menghasilkan bogi gelunghiper - contoh jelas peluang bersebelahan dalam sektor ini.

Perihal Virgin Hyperloop
Virgin Hyperloop ialah satu-satunya syarikat di dunia yang telah berjaya menguji teknologi gelunghiper pada skala, melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun. Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada. Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad. Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek Virgin Hyperloop yang sedang berlangsung di sini.

Orang Hubungan Media

Ryan Kelly
Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
press@virginhyperloop.com
+1 (610) 442-1896

SUMBER: Virgin Hyperloop One
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13617

PENYERAHAN BAHAN TERBITAN IKIM KEPADA 3 INSTITUSI ISLAM UZBEKISTAN PERLUAS HUBUNGAN STRATEGIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Satu sesi penyerahan bahan penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kepada pihak Kedutaan Uzbekistan telah diadakan pada 10 Julai 2020. Sesi penyerahan berkenaan adalah kesinambungan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid kepada Kedutaan Besar Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov. Antara bahan terbitan IKIM yang telah disampaikan adalah jurnal TAFHIM IKIM: Journal of Islam and the Contemporary World (Vol.12, No.1 & No. 2), buku Islam & Higher-Order Thinking An OverviewGood Governance Adab-Oriented Tadbīr in Islam, An Islamic Paradigm in Economics: Vision and MissionReligion, Dialogue and Peaceful CoexistenceHarmony between Religion & Science: An Islamic Perspective dan Islamic Scientific Tradition in History.

Memorandum Persefahaman ini melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dari Malaysia dan Uzbekistan dalam beberapa aspek penting seperti pertukaran pakar akademik dan hasil penyelidikan, penganjuran bersama aktiviti ilmu seperti persidangan dan simposium, kerjasama projek penyelidikan serta pertukaran hasil penerbitan.

Turut hadir di pihak IKIM ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Dr.  Azizan Baharuddin, dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM.
 
Unit Perhubungan Korporat
24 Julai 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel: 
03-6204 6329/ 03-6204 6330/ 03-6204 6331

Nama: Pn. Zarita Bt Kasim     
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992

E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

PELANCONGAN BERANSUR PULIH DI IBU KOTA PURBA XI'AN



XI'AN, China, 27 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --


Ketika wabak di China terus bertambah baik ekoran langkah-langkah pencegahan dan kawalan domestik yang berkesan, industri pelancongan secara beransur-ansur pulih di ibu kota purba Xi'an, setelah mengalami penurunan selama lebih tiga bulan. Pada 19 Julai, Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi’an telah mengadakan satu sidang media dan mengumumkan penyambungan semula sepenuhnya pelancongan antara wilayah di ibu kota purba itu. Untuk memenuhi keperluan berterusan bagi pencegahan dan pengawalan COVID-19, langkah-langkah termasuk aliran pelancong yang terhad, tempahan lawatan dan syif secara berperingkat kini dikenakan di semua tempat pemandangan indah di Xi’an. Jumlah pelancong tidak akan melebihi 50% daripada kapasiti maksimum.

Berkuatkuasa serta-merta, lebih daripada 570 agensi pelancongan dan pengusaha pelancongan dalam talian di Xi’an telah menyambung semula penawaran lawatan secara berkumpulan, dan dari 20 Julai, 135 pawagam akan kembali beroperasi, yang akan diatur secara terancang. Di samping itu, Xi'an telah melancarkan satu siri faedah pelancongan kebudayaan. Memperluaskan pada keputusan sebelumnya bahawa 34 tempat pemandangan indah akan dibuka kepada kakitangan perubatan secara percuma sepanjang tahun, dari 1 Ogos, Tang Paradise (Tarikan Pelancongan Kebangsaan 5A di China), Resort Pelancongan Kebudayaan Ekologi Louguantai dan lebih 80% daripada muzium di bandar itu akan dibuka kepada orang ramai secara percuma.

Xi'an adalah sebuah metropolis moden yang penuh gaya, dengan warisan sejarah dan kebudayaan yang mantap. Ia mempunyai Pahlawan Terra Cotta, tarikan mereka yang paling terkenal, dan terdapat juga lokasi pelancongan terkenal yang lain, seperti Grand Tang Mall dan Jalan Huimin, yang kedua-duanya menarik sebilangan besar pelancong asing.

Apabila malam tiba, lampu malam bersinar dengan warna-warna gemilang di Grand Tang Mall, dengan menerangi kota purba itu. Persembahan seni jalanan, sebagai contoh gadis menari akrobat, lelaki patung batu dan tarian terbang Dunhuang dipentaskan, sementara semua jenis kedai Dinasti Tang, seperti Kedai Makanan Goreng Datang dan Kedai Teh Li Bai, dibuka di kedua-dua sisi jalan itu. Di Jalan Huimin, pelbagai jenis makanan lazat mempersembahkan satu perayaan menjamu selera untuk mata dan perut, dan ekonomi malam hari telah dinyalakan semula oleh keghairahan pelancong, yang berhasrat benar untuk membeli barangan dan makanan tempatan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Xi'an telah menerokai cara baharu untuk penyatuan komprehensif bagi budaya dan pelancongan, dan melancarkan satu jenama pelancongan kebudayaan baharu - Ibu Kota Purba Milenium bagi Pelancong Chang’an dari seluruh pelusuk dunia dapat mengalami satu pengalaman perjalanan yang berbeza dengan satu seni persembahan beraneka ragam termasuk Karnival Malam, Festival Muzik Antarabangsa, Pertunjukan Tarian Air dan Cahaya dan Majlis Sambutan Besar-besaran Dinasti Tang.

Walaupun semasa wabak itu, pelancongan Xi'an tetap popular - di awan (dalam talian), pelancong China dan asing mengunjungi pemandangan Chang'an yang terbentang indah, menyaksikan pembaikan pahlawan terracota, dan juga dapat untuk menikmati makanan ringan Xi’an melalui e-dagang dalam talian. Pada Julai, Xi’an dinobatkan sebagai satu daripada sepuluh bandar selebriti Internet utama di China. Di samping itu, ekonomi malam di Xi’an terus berkembang, dengan berada pada kedudukan keempat di China dan pertama di utara China.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13615

Monday, July 27, 2020

PROGRAM KHAS KHAIRA PPZ LABUAN



YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyerahkan sumbangan kepada penerima sumbangan Program Bakul Rezeki Khaira PPZ sambil disaksikan Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.   



LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi program tanggungjawab sosial korporat iaitu Khaira PPZ telah mengadakan Program Khas Khaira PPZ di Labuan selama dua hari bermula 25 dan 26 Julai 2020.
 
Program ini bertujuan memberikan bantuan tambahan dan motivasi kepada golongan yang memerlukan di Wilayah Persekutuan Labuan di samping menyebarluaskan lagi dakwah zakat. Ia juga merupakan kesinambungan usaha PPZ-MAIWP menerusi Musaadah Khaira PPZ untuk membantu golongan yang memerlukan dalam menempuhi fasa pemulihan penularan wabak COVID-19.
 
Dua program khusus telah dirangka di bawah Program Khas Khaira PPZ pada kali ini iaitu Program Usrah Saeedah dan Program Bakul Rezeki Khaira PPZ.
 
Menerusi Program Usrah Saeedah, pasukan PPZ-MAIWP Cawangan Labuan telah mengenal pasti 10 keluarga untuk dibantu dengan anggaran keseluruhan sumbangan sebanyak RM100,000 yang terdiri daripada bantuan keperluan asasi, perubatan, peralatan, kenderaan, menyedia dan membaik pulih rumah, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain mengikut keperluan masing-masing. Manakala bagi Program Bakul Rezeki Khaira PPZ, seramai 10 orang menerima sumbangan berbentuk barangan runcit bernilai RM100 serta wang tunai bernilai RM300.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff berkata selain fokus menjalankan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan, PPZ-MAIWP juga cakna akan keperluan semasa yang diperlukan oleh mereka yang terjejas terutamanya dalam fasa pemulihan COVID-19 ini.
 
“Semoga Program Khas Khaira PPZ ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan selesa. Kami di PPZ-MAIWP menyambut baik sebarang kolaborasi dari syarikat-syarikat korporat untuk bersama-sama menjalankan program CSR bersama kami bagi membantu mereka yang memerlukan.”
 
“Dikesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan yang layak berzakat untuk terus menunaikan zakat di PPZ-MAIWP kerana melalui zakat tersebut asnaf-asnaf di Wilayah Persekutuan dapat meneruskan kehidupan dan bangkit menjadi lebih baik.”, katanya.
 
Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohd Ajib Ismail,  Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahadi Sukarno.

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat" 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP​

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KORPORAT PAAB PRIHATIN 2020

PAAB AGIH SUMBANGAN KORPORAT RM40,000
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan mengagihkan sumbangan korporat berjumlah RM40,000.00 kepada lapan penerima terpilih iaitu: 

Table

Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali berkata, kesemua penerima terbabit dipilih berdasarkan lokasi mereka yang terletak di kawasan kritikal menerima kesan langsung daripada pembinaan Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
 
Beliau menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat PAAB tahun ini bagi meringankan beban dan tanggungan lebih-lebih lagi selepas wabak COVID-19 melanda negara dan menjejaskan sumber kewangan serta ekonomi masyarakat.
 
Tambah beliau, sumbangan itu juga membuktikan yang PAAB tidak pernah mengabaikan kawasan, kariah dan masyarakat yang terkesan dengan pembinaan projek berkenaan malah sentiasa prihatin serta mendengar keluhan yang disuarakan penduduk setempat.
 
Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020 disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin di ibu negara.
 
Abdul Hadi juga berharap penduduk yang mengalami kesulitan seperti penutupan jalan, gangguan bekalan air berkala dan kesesakan lalu lintas kesan daripada projek itu untuk terus bersabar serta memahami kekangan yang dihadapi sehingga mengalami kelewatan.  
 
Antara faktor kelewatan projek LRA Langat 2 itu termasuk cabaran mendapatkan permit penggunaan tanah, permit pengeluaran hasil tanah dan batuan yang melibatkan kawasan hutan simpan, kelulusan untuk kerja-kerja penanaman dan pemasangan paip yang melalui beberapa kawasan perumahan yang padat serta melibatkan projek lain yang berskala besar.
 
PAAB bertanggungjawab membangunkan LRA Langat 2 yang merangkumi 23 pakej membabitkan kawasan termasuk Hulu Langat, Cheras, Sungai Besi, Bukit Jalil, Petaling, Bandar Kinrara, Bukit Dengkil, Ampang serta Keramat AU3. 
 
Ia merupakan projek LRA terbesar di Asia Tenggara yang mula dibina pada Mac 2014 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023 dengan keseluruhan projek telah 81.9 peratus siap. LRA Langat 2 berupaya membekalkan keperluan 1,130 juta liter air sehari kepada penduduk di Lembah Klang sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.
 
Kerajaan persekutuan bersetuju membina LRA Langat 2 dengan kos RM3.7 bilion bagi menampung keperluan dan permintaan tinggi bekalan air di Lembah Klang.

http://www.paab.my/paab-agih-sumbangan-korporat-rm40000/ 

Gambar Pertama (atas) Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali (dua dari kiri) dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi PAAB, Zainal Nagin meraikan penerima sumbangan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020

Gambar Kedua (bawah) Pengerusi PAAB, Datuk Seri Hasan Arifin (tiga dari kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Korporat PAAB Prihatin 2020 

SUMBER: Pengurusan Aset Air Berhad

Friday, July 24, 2020

Spotify Dan Universal Music Group Mengumumkan Perjanjian Lesen Global, Berbilang Tahun

STOCKHOLM & SANTA MONICA, Calif., 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) — Spotify (NYSE: SPOT), perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, dan Universal Music Group (UMG), peneraju dunia di dalam hiburan berasaskan muzik, hari ini mengumumkan satu perjanjian lesen global berbilang tahun yang baharu yang menyelaraskan usaha syarikat-syarikat itu untuk memupuk ciri-ciri baharu yang berinovatif yang memberi nilai kepada artis dan pengalaman hebat kepada peminat muzik.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005444/en/

Dengan perjanjian baharu ini, syarikat-syarikat itu memajukan perkongsian terkemuka industri mereka, yang memantulkan satu komitmen yang dikongsi bersama untuk pertumbuhan muzik yang berterusan, pengalaman penemuan muzik yang lebih mendalam dan kerjasama pada kempen pemasaran baharu yang canggih merentasi platform Spotify. Selain itu, sebagai syarikat muzik yang paling berinovatif dan satu daripada penyokong paling awal Spotify, UMG akan memperdalamkan peranan utama mereka sebagai sebuah penerima awal bagi produk masa depan dan memberikan maklum balas berharga kepada pasukan pembangunan Spotify.

Daniel Ek, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Spotify, berkata, “Dari eksperimentasi awal mereka dengan Marquee, sehingga menguji pengalaman baharu seperti Canvas, Universal Music Group telah menjadi sebuah rakan penting di dalam membantu membentuk pengembangan bagi peranti pemasaran kami. Dengan pengumuman hari ini, kami akan mengembangkan pada tahap ini bagi inovasi peringkat awal dan memperkukuhkan lagi perkongsian kami dan berkongsi visi untuk membantu artis bergerak maju di semua peringkat bagi kerjaya mereka. Kami telah berkata selama ini, matlamat bagi strategi Tempat pasaran kami adalah untuk memanfaatkan kemampuan Spotify untuk menghubungkan artis dengan peminat pada satu skala yang belum pernah wujud sebelum ini dan membawa peluang baharu kepada industri itu. Bersama-sama, kami berharap dapat melaburkan semula dan membina peranti dan persembahan baharu untuk artis di seluruh dunia.”

Sir Lucian Grainge, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Universal Music Group, berkata, “Dengan perjanjian ini, UMG dan Spotify adalah lebih sejajar dari sebelumnya di dalam komitmen kami untuk memastikan keseluruhan ekosistem muzik berkembang dan menjangkau audiens baharu di seluruh dunia. Memandangkan komitmen kami terhadap inovasi dan penerimaan awal bagi teknologi muzik, dan kepimpinan Spotify di dalam pengembangan peranti yang berfikiran ke hadapan, perkongsian baharu kami akan memberikan artis kami dengan peluang baharu dan sangat berkuasa untuk berhubungan dengan peminat di platform Spotify yang semakin berkembang. Bekerja bersama, pasukan kami akan memperluas dan mempercepatkan usaha sama kami untuk menyampaikan inisiatif yang bertumpukan kepada artis, kempen pemasaran strategik dan penawaran baharu untuk memberikan pengalaman baharu yang menarik bagi peminat di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Spotify Technology S.A.

Spotify mengubah selama-lamanya cara mendengar muzik apabila kami dilancarkan pada tahun 2008. Misi kami adalah untuk membuka potensi bagi kreativiti manusia dengan memberikan satu juta artis kreatif peluang untuk bergantung hidup pada seni mereka dan berbilion peminat dengan peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada pencipta ini. Segala yang kami lakukan didorong oleh kecintaan kami terhadap muzik dan audio siar atau podcast.

Temui, urus, dan berkongsi lebih 50 juta judul, termasuk lebih 1 juta tajuk audio siar, secara percuma, atau dinaik taraf kepada Spotify Premium untuk mengakses ciri-ciri eksklusif bagi muzik termasuk kualiti bunyi yang ditingkatkan dan satu pengalaman pendengaran atas permintaan, luar talian, dan tanpa iklan.

Hari ini, kami adalah merupakan perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia dengan sebuah komuniti yang mencakupi lebih 286 juta pengguna, termasuk 130 juta pelanggan Spotify Premium, merentasi 92 pasaran.

Kami menggunakan laman web Pelabur dan Untuk Rekod kami serta media sosial lain yang disenaraikan di dalam tab “Sumber – Media Sosial” di laman web Pelabur  kami untuk mendedahkan maklumat syarikat yang penting. Untuk maklumat lanjut, gambar, atau untuk menghubungi pasukan akhbar, sila layari https://newsroom.spotify.com/.

Maklumat mengenai Universal Music Group

Universal Music Group (UMG) adalah pemimpin dunia di dalam hiburan berasaskan muzik, dengan tatasusunan yang luas bagi perniagaan yang terlibat di dalam muzik rakaman, penerbitan muzik, perdagangan dan kandungan audiovisual di lebih 60 buah negara. Dengan memaparkan katalog yang paling komprehensif bagi rakaman dan lagu merentasi setiap genre muzik, UMG mengenal pasti dan mengembangkan artis serta menghasil dan mengedarkan muzik yang disanjung umum dan paling berjaya dari segi komersial di dunia. Komited kepada bidang seni, inovasi dan keusahawanan, UMG merangsangkan pengembangan perkhidmatan, platform dan model perniagaan untuk memperluaskan peluang artistik dan komersial bagi artis kita dan mencipta pengalaman baharu buat peminat. Universal Music Group adalah sebuah syarikat Vivendi.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200722005444/en/

Hubungi

Media
Bagi pihak Spotify:
Chris Macowski
cmacowski@spotify.com
+1-347-429-3396

Bagi pihak Universal Music Group:
Andy Fixmer
andy.fixmer@umusic.com
+1-310-865-0132

Sumber : Spotify Technology S.A.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13613

PROCTER & GAMBLE DAN IOC MENGUMUMKAN SATU TEMPOH LANJUTAN KEPADA PERKONGSIAN OLIMPIK SELURUH DUNIA MEREKA HINGGA TAHUN 2028



- Dalam satu perkongsian yang pertama seumpamanya yang didorong oleh kewarganegaraan, P&G dan IOC berikrar untuk mengambil tindakan bagi mencapai kemajuan di dalam bidang utama: kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti
- Atlet untuk Dana Baik diwujudkan untuk memberi sokongan kepada atlet yang memajukan usaha penting terhadap nilai-nilai yang dikongsi bersama
- Perjanjian merangkumi hak global kepada IPC dan Sukan Paralimpik untuk pertama kalinya
- Untuk menandakan satu tahun lagi, P&G melancarkan siri filem baharu Ukuran bagi Keunggulan, yang meraikan atlet Olimpik dan Paralimpik dan mereka yang menaruh harapan dengan rasa cinta

CINCINNATI, 23 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ketika dunia menandakan satu tahun lagi sehingga berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Procter & Gamble (NYSE:PG) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan komitmen syarikat itu kepada Pergerakan Olimpik dan Paralimpik, dengan pengesahan bagi Perkongsian Seluruh Dunia untuk empat Sukan Olimpik dan Paralimpik seterusnya. Membina di atas kejayaan perkongsian selama 10 tahun yang lalu dan nilai-nilai yang dikongsi oleh kedua-dua organisasi untuk meningkatkan kehidupan dan mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik, P&G dan IOC komited kepada perkongsian yang pertama seumpamanya, yang dipacu oleh kewarganegaraan untuk memajukan usaha penting di dalam bidang-bidang utama – kesamaan dan penyertaan, kelestarian alam sekitar dan impak komuniti – sehingga Los Angeles 2028. Buat pertama kalinya, P&G telah juga memperoleh hak pemasaran global kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Sukan Paralimpik melalui perjanjian kerjasama jangka panjang IOC-IPC, di mana IOC menyelia program komersial IPC dan Sukan Paralimpik.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13612

Thursday, July 23, 2020

MEMPERKENALKAN PLATFORM NLG NARATIF INTERAKTIF TERKEMUKA

PETALING JAYA, Malaysia, 22 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Statworks dengan rasa bangga ingin mengumumkan perkongsian kami dengan Automated Insights (Ai), sebuah syarikat Stats Perform dan penyedia Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) terkemuka, untuk membawa NLG ke Singapura dan Malaysia. Produk NLG terunggul bagi Automated Insights, Wordsmith, mengubah kecerdasan perniagaan dan data untuk menjadi naratif bersuara manusia dan wawasan yang boleh diambil tindakan. Kumpulan Statworks, sebuah syarikat Analitik Data Besar terkemuka yang berpusat di Malaysia mempunyai pengalaman yang luas di dalam melaksanakan pembelajaran mesin dengan penggunaan AI dan kecerdasan perniagaan (BI) merentasi organisasi yang dipacu oleh data di rantau ini. Dengan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun, Kumpulan Statworks telah sepenuhnya melaksanakan teknologi Analitik Data Besar, GIS, dan STEM merentasi pelbagai industri di rantau Asia.

Maheskantha Balasubramaniam, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan bagi Statworks menyatakan bahawa Wordsmith menjanakan analitik bertulis, dengan menggunakan penjanaan bahasa tabii, tepat di sebelah visualisasi BI anda, terutamanya visualisasi Tableau, Spotfire, dan PowerBI. Beliau juga menambah bahawa “Ia seperti mempunyai penganalisis data peribadi anda mengemudikan anda melalui papan pemuka anda. Menggabungkan kuasa  Tableau dengan keajaiban NLG, mewujudkan suatu pengalaman khusus bagi setiap pengguna papan pemuka.”

“Penjanaan Bahasa Tabii (NLG) adalah satu cabang AI yang mengambil data berstruktur dan mengubahnya menjadi teks bersuara manusia,” kata Anis Zakaria, Pengurus Teknikal Statworks. Beliau menambah bahawa Wordsmith secara automatik membuat dan menyampaikan naratif analitik yang jelas dan berwawasan kepada semua orang merentasi sebuah organisasi.

“Perkongsian kami dengan Kumpulan Statworks memberikan Automated Insights peluang untuk membawa NLG ke rantau Asia Tenggara,” menurut Nick Nelli, Arkitek Kanan Penyelesaian di Automated Insights. “Wordsmith akan membolehkan pengguna papan pemuka BI untuk mengakses satu pemahaman yang lebih mendalam mengenai data mereka – pada satu skala dan kelajuan yang sebelum ini tidak dapat dicapai.”

Dengan Wordsmith, semua orang boleh menjadi pakar data mereka sendiri, mengambil kawalan sepenuhnya untuk mengubah data menjadi naratif yang berwawasan kesemuanya pada satu kelajuan dan skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. Trend terkini ini di dalam bidang Analitik Data Besar adalah Teknologi yang HARUS DIMILIKI bagi semua organisasi yang didorong oleh data yang terlibat di dalam sebarang skala bagi penggunaan BI di dalam organisasi mereka.

MAKLUMAT MENGENAI STATWORKS

STATWORKS mempunyai pengalaman yang luas di dalam melaksanakan Sains Data dan Penyelesaian Analitik di pelbagai organisasi di rantau itu. Dengan menggunakan penyelesaian kami, organisasi di dalam pelbagai industri dapat mengurangkan kos, meningkatkan prestasi, dan mendapatkan ketangkasan untuk bertindak balas terhadap mengubah keperluan perniagaan. Kepakaran STATWORKS adalah bekerja dengan volum besar bagi data dan algoritma yang beroperasi di mana pengkomputeran sains data yang lebih pintar dengan atau tanpa pengekodan telah menjadi teras bagi perjalanan analitik pelanggan kami. Dengan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam Pembelajaran Mesin dengan penggunaan AI dan BI merentasi organisasi yang dipacu oleh data di rantau ini, Kumpulan Statworks telah melaksanakan pelbagai teknologi Analitik Data Besar, GIS dan STEM merentasi pelbagai industri di rantau Asia.

Maklumat mengenai Automated Insights (automatedinsights.com)

Ditubuhkan pada tahun 2007 dan beribu pejabat di Durham, N.C., Automated Insights adalah pencipta bagi Wordsmith, platform penjanaan bahasa tabii layan diri yang pertama di dunia untuk kecerdasan perniagaan. Automated Insights memberi kuasa kepada organisasi untuk menghasilkan naratif yang bersuara manusia daripada data, menjadikannya mudah untuk menghasilkan analitik tepat masa yang bertulis, laporan yang diperibadikan, dan cerita-cerita pada skala. Platform Wordsmith digunakan oleh syarikat seperti Allstate, Associated Press, dan Cisco untuk meningkatkan kenal huruf data organisasi dan memperluaskan penerimaan bagi perisian kecerdasan perniagaan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13610

Wednesday, July 22, 2020

"A BITE OF DONGGUAN" MENJADI SATU HIT DI INTERNET DI CHINA, MENUNJUKKAN UNSUR KEMANUSIAAN TERHADAP "KILANG DUNIA" ITU

DONGGUAN, China, 21 Julai, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, dokumentari A Bite of Dongguan telah disiarkan di Internet di China, yang menggambarkan budaya makanan di bandar Dongguan. Ia telah dirancang oleh Pejabat Penerangan bagi Perbandaran Dongguan, dan dihasilkan oleh pasukan dokumentari makanan dan kebudayaan terkemuka di China. Sekarang, menunjukkan unsur kemanusiaan terhadap “kilang dunia” itu, ia telah menerima hampir 100 juta ulasan dan mendapat perhatian yang meluas.

Dokumentari itu menyajikan lebih daripada 130 jenis bahan dan hidangan tempatan Dongguan. Melalui satu siri watak dan cerita yang meriah betul, ia memaparkan budaya makanan yang pelbagai bagi bandar pembuatan itu, dengan memperlihatkan tradisi yang terpelihara dengan baik semasa pembangunan pesat di bandar itu dan mempamerkan sikap masyarakat tempatan untuk hidup.

“Dongguan, kilang dunia itu, tidak meninggalkan budaya mereka sendiri ketika sedang membangun. Kami berharap melalui makanan, penduduk tempatan dapat memberikan perhatian kepada nilai gaya hidup dan tabiat makan mereka, dengan itu dapat mencari identiti mereka, sementara orang bukan tempatan dapat mengetahui Dongguan daripada perspektif lain,” kata Li Jie, penerbit dokumentari itu.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Dongguan, sebagai sebuah bandar pembuatan yang terkenal, telah menarik perhatian dari dunia luar. Walau bagaimanapun, perubahan perindustrian dan penghijrahan pekerja industri yang berterusan tetap tidak berubah dalam laporan berita di luar negara. Dongguan dianggap sebagai sebuah bandar pembuatan tradisional yang secara membuta tuli mengejar pembangunan ekonomi dan pengembangan ruang bandar yang pesat, sementara meninggalkan orang ramai dengan tidak mempunyai ruang untuk sebuah kualiti kehidupan yang lebih baik. Dokumentari itu membolehkan orang ramai untuk melihat sudut lain bagi kilang dunia ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13607

Friday, July 17, 2020

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL MENGALU-ALUKAN NIEK NIËNS SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI BAGI WILAYAH ASIA PASIFIK



SAN FRANCISCO, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (TYLI), sebuah syarikat perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Niek Niëns sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Wilayah Asia Pasifik untuk Kumpulan TYLI. Berpusat di Singapura, Niëns akan membantu membangun dan memimpin arah, strategi, dan inisiatif pertumbuhan bagi wilayah tersebut, serta mengawasi pengembangan perniagaan, layanan pelanggan, kecemerlangan teknikal dan operasi, manusia, dan inisiatif keselamatan. Wilayah Asia Pasifik bagi Kumpulan TYLI merangkumi 2,100 orang profesional yang bekerja ke atas projek merentasi China, Taiwan, Singapura, Malaysia, Vietnam, dan Indonesia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200715005285/en/

Niëns menyertai Kumpulan TYLI dengan memiliki lebih dari 17 tahun pengalaman di dalam bidang kejuruteraan, kepimpinan operasi, perkhidmatan perundingan, dan pengurusan projek untuk infrastruktur pengangkutan, bangunan, program alam sekitar, dan rawatan/struktur air. Peranan beliau sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk rantau Asia bagi sebuah syarikat reka bentuk dan perundingan global, di mana beliau mengawasi operasi harian, peningkatan operasi, keuntungan, pengembangan perniagaan dan pelanggan, pengurusan Kualiti, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (QHSE), dan pencapaian projek/program di China, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, dan India. Beliau juga bertanggungjawab secara langsung untuk semua Reka Bentuk & Kejuruteraan dan aktiviti di rantau Asia.

Pencapaian lampau Niëns termasuk pencepatan dan peningkatan bagi kerjasama di antara pusat-pusat reka bentuk dan kejuruteraan di Hong Kong dan Singapura dan pusat-pusat kecemerlangan global di Filipina dan India untuk memimpin kerja reka bentuk digital bagi pelanggan global/Asia. Beliau juga mengarahkan sebuah perniagaan reka bentuk berskala besar, kejuruteraan, dan seni bina lanskap merentasi wilayah Asia.

Selain itu, Niëns telah mengetuai sebuah program pengurusan perubahan besar merentasi Asia, di mana beliau berjaya meningkatkan keuntungan projek dengan memperkenalkan peningkatan yang signifikan di dalam proses dan kemahiran pengurusan projek. Sebelum bekerja di Asia, Niëns bekerja di dalam sebuah peranan yang serupa merentasi Eropah di sembilan negara yang berbeza, termasuk di Belanda.

“Saya ingin mengalu-alukan Niek ke Kumpulan T.Y. Lin International. Beliau adalah seorang pemimpin yang memberikan inspirasi dan berpusatkan kepada pelanggan untuk meningkatkan prestasi operasi, memacukan pertumbuhan perniagaan, dan membina pasukan-pasukan bersepadu dan penyelesaian projek,” kata Matthew G. Cummings, P.E., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan TYLI. “Pengalaman pengurusan Niek dan pendekatan yang berorientasikan pencapaian akan amat diperlukan ketika kami mengembangkan perniagaan kami di Wilayah Asia Pasifik dan memanfaatkan kepakaran dan amalan terbaik merentasi Global Infrastructure Pillar bagi Kumpulan Dar, syarikat induk bagi Kumpulan T.Y. Lin International.”

Global Infrastructure Pillar terdiri daripada lebih 5,000 orang profesional merentasi Amerika, Asia Pasifik, dan Eropah, dengan pelbagai kepakaran dan disiplin teknikal yang mantap yang memberi perkhidmatan kepada semua sektor pengangkutan dan dengan sumber yang mendalam di dalam bidang kejuruteraan bangunan.

“Saya amat teruja untuk menyertai Kumpulan T.Y. Lin International sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi Wilayah Asia Pasifik dan menyumbang kepada kelestarian dan cita-cita pertumbuhan syarikat yang menguntungkan,” kata Niëns. “Dengan memudahkan perhubungan serantau bersama klien utama dan kerjasama di Wilayah Asia Pasifik, kami dapat memaksimumkan perkhidmatan dan kepakaran terbaik yang boleh ditawarkan oleh Kumpulan T.Y. Lin International kepada pelanggan kami.”

Niëns memperolehi ijazah Sarjana di dalam Kejuruteraan Elektrik dan Pentadbiran Perniagaan dari University of Twente di Enschede, Belanda. Beliau juga melengkapkan Program Pengurusan Lanjutan (AMP) dari University of Twente School of Management.

Maklumat mengenai Kumpulan T.Y. Lin International:

Ditubuhkan pada tahun 1954, Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah syarikat perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia yang komited untuk menyediakan reka bentuk berinovatif, menjimatkan kos dan boleh dibina bagi pasaran infrastruktur global. Dengan mempunyai 3,000 orang pekerja yang bekerja di pejabat-pejabat di seluruh Amerika dan Asia, firma itu menyediakan sokongan terhadap projek-projek dengan pelbagai saiz dan kerumitan. Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah ahli Kumpulan Dar, sebuah kumpulan perkhidmatan profesional global milik persendirian, dan syarikat terkemuka industri bagi syarikat-syarikat Global Infrastructure. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat itu, sila layari www.tylin.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13596

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Mengurangkan Pelepasan GHG sebanyak 50% dan Membeli 100% Tenaga Elektrik Boleh Diperbaharui untuk semua Tapak Pembuatan menjelang Tahun 2030

dan

Memajukan Penyelesaian Iklim Semula Jadi yang Memberi Manfaat Karbon yang Sama dengan Baki Pelepasan GHG daripada Operasi

CINCINNATI, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) mengumumkan satu komitmen baharu untuk memastikan operasi global mereka menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu menerusi satu siri campur tangan yang melindungi, meningkatkan dan memulihkan alam semula jadi. Menyedari dekad berikut merupakan satu jendela yang kritikal bagi dunia untuk mempercepatkan kemajuan terhadap perubahan iklim, P&G akan melangkaui Sasaran Berasaskan Sains mereka yang sedia ada untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 50% dengan tambahan mengembangkan satu portfolio bagi penyelesaian iklim semula jadi. Usaha ini akan memberikan satu manfaat karbon yang mengimbangkan sebarang sisa pelepasan sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, yang membolehkan operasi P&G untuk menjadi neutral karbon sepanjang dekad itu. Berdasarkan kepada anggaran semasa, Syarikat itu akan perlu mengimbangkan ~30 juta metrik tan karbon dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

P&G MENYOKONG PENYELESAIAN IKLIM SEMULA JADI UNTUK MEMPERCEPATKAN KEMAJUAN PADA PERUBAHAN IKLIM DAN AKAN MENJADIKAN OPERASI NEUTRAL KARBON UNTUK DEKAD INI

Wednesday, July 15, 2020

MARY KAY MERAIKAN ULANG TAHUN 10 TAHUN BAGI PRINSIP PEMERKASAAN WANITA DENGAN SATU KOMITMEN BERTERUSAN TERHADAP KEPIMPINAN DAN PERANGKUMAN WANITA


Table

Mary Kay menjadi penandatangan bagi Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEPS) pada 28 Februari, 2019. (Grafik: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 15 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut Forum Ekonomi Dunia, pada kadar sekarang, ia akan mengambil masa 140 tahun untuk mencapai kesamaan jantina di dalam kedudukankepimpinan tertinggi dan 99.5 tahun untuk mempunyai sebuah dunia2 yang kesetaraan jantina.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200714005391/en/

Ketika tempat kerja di seluruh dunia dibuka semula secara beransur-ansur di tengah-tengah kebimbangan COVID-19, perjuangan untuk pemerkasaan wanita di sektor awam dan swasta harus diteruskan.

“Pada saat apabila krisis COVID-19 telah memburukkan kerentanan wanita dan ketaksamaan jantina, yang mengakibatkan di dalam sebuah ‘wabak bayangan,’Prinsip Pemerkasaan Wanita menawarkan manfaat penting bagi semua orang. Saya mencabar rakan sejawat kita di dalam perniagaan bagi membuat satu ikrar umum untuk menjadi kesamaan jantina. Bagaimana? Dengan mengambil, mengembang, dan menaikkan pangkat wanita dan dengan menggalakkan kepimpinan wanita di seluruh organisasi mereka. Ketika dunia secara beransur-ansur membangun semula dan pulih daripada kesan COVID-19, kembali ke perniagaan seharusnya, lebih daripada sebelumnya, bermaksud perniagaan yang inklusif,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi (COO) di Mary Kay Inc.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Mary Kay kerana mengambil langkah pertama mereka di dalam perjalanan WEPs mereka. Kami menganggap Mary Kay sebagai sebuah rakan penting di dalam menutup jurang jantina di tempat kerja, tempat pasaran dan komuniti dan dalam memajukan Matlamat Pembangunan Lestari, ” kata Phumzile Mlambo-Ngcuka, Pengarah Eksekutif bagi Wanita PBB.

Tonton kenyataan video dari Deborah Gibbins, COO Mary Kay di sini.

Tahukah anda? Kepelbagaian Jantina untuk Tenaga Kerja dan Kepimpinan Global di Mary Kay setakat Jun 2020:
  • Pekerja: 61% Wanita
  • Pasukan Eksekutif: 50% Wanita
  • Naib Presiden dan ke atas: 52% Wanita
  • Pengarah dan ke atas: 59% Wanita
  • Pengurus dan ke atas: 58% Wanita
  • Pemimpin Pasaran: 64% Wanita
  • 10 pasaran utama: 60% Wanita

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk kaum wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Prinsip Pemerkasaan Wanita

Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEPS) membimbing perniagaan mengenai cara bagaimana untuk menggalakkan kesetaraan jantina dan memperkasakan wanita di tempat kerja, tempat pasaran, dan komuniti. Diwujudkan bersama oleh PBB Global Compact dan Wanita PBB, WEPs diperkuatkan oleh piawaian buruh antarabangsa dan hak asasi manusia dan dengan mengiktiraf bahawa perniagaan mempunyai satu peranan penting di dalam menggalakkan kesetaraan jantina dan pemerkasaan wanita. Menerima tujuh prinsip itu adalah cara terbaik bagi perniagaan untuk menyampaikan cita-cita bagi kesetaraan jantina dan pemerkasaan wanita seperti yang digariskan di dalam Agenda bagi Pembangunan Lestari 2030 dan di dalam 17 SDGs. Ketahui lebih lanjut di WEPS.org.
 
 
1 Ketua Pegawai Eksekutif Wanita di dalam Syarikat Fortune 500, 2019
2 Forum Ekonomi Dunia, Laporan Jurang Jantina Global, 2020
3 Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ringkasan Dasar mengenai Kesan COVID-19 terhadap Wanita, 9 April, 2020
https://www.un.org/sites/un2.un.org/files/policy_
brief_on_covid_impact_on_women_9_apr_2020_updated.pdf


Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200714005391/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay

OVID THERAPEUTICS DAN ANGELINI PHARMA MENANDATANGANI PERJANJIAN LESEN EKSKLUSIF UNTUK MEMBANGUNKAN, MEMBUAT DAN MEMPERDAGANGKAN OV101 BAGI RAWATAN SINDROM ANGELMAN DI EROPAH

  • Angelini Pharma mendapat hak pembangunan, pembuatan dan pemerdagangan yang eksklusif terhadap OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia
  • Ovid Therapeutics akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan bayaran tambahan sehingga $212.5 juta selepas kemajuan pembangunan, pengeluaran dan jualan berjaya dicapai selain royalti dua digit pada jualan bersih jika berjaya diperdagangkan
     
  • Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG
     
  • Ovid bakal menganjurkan panggilan persidangan dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. EDT

NEW YORK dan ROME, 15 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ovid Therapeutics Inc. (NASDAQ: OVID, kemudian dari ini “Ovid”), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang komited untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan orang yang mengalami penyakit neurologi yang jarang berlaku, dan Angelini Pharma S.p.A. (kemudian dari ini “Angelini Pharma”), sebuah syarikat farmaseutikal dimiliki keluarga dari Itali komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang tetap dan umum terhadap Kesihatan Mental, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna, mengumumkan perjanjian yang menyatakan bahawa Angelini Pharma akan bertanggungjawab untuk membangunkan, membuat dan memperdagangkan OV101 (gaboxadol) sebagai rawatan berpotensi untuk sindrom Angelman di Kesatuan Eropah dan negara lain di Kawasan Ekonomi Eropah, dan juga Switzerland, Turki, United Kingdom serta Rusia. Angelini Pharma akan melaksanakan perjanjian melalui sekutu baharunya Angelini Pharma Rare Diseases AG. OV101 dipercayai merupakan satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang sedang dibangunkan dan kini sedang dinilai dalam percubaan NEPTUNE Fasa 3 yang penting dalam sindrom Angelman, dengan hasil terbaik yang dijangka diperoleh pada suku keempat tahun 2020.

Mengikut terma perjanjian tersebut, Ovid akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $20 juta dan layak untuk menerima sehingga $212.5 juta bayaran tambahan selepas kemajuan pembangunan, pembuatan dan jualan berjaya dicapai bagi petunjuk awal (sindrom Angelman) serta royalti dua digit pada jualan bersih jika OV101 berjaya diperdagangkan. Ovid akan mengekalkan semua hak komersial A.S. dan dunia terhadap OV101.

“Kami teruja untuk menyertai kerjasama strategik dengan Angelini Pharma dengan matlamat untuk membawa OV101, jika diluluskan, kepada komuniti Angelman di Eropah dengan secepat mungkin. Angelini Pharma ialah rakan kongsi yang ideal untuk Eropah kerana mereka mempunyai pengetahuan serantau yang mendalam, sebuah infrastruktur mantap dengan sejarah pelancaran produk yang berjaya dan komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti pesakit yang mereka layani,” kata Jeremy Levin, DPhil, MB, BChir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ovid Therapeutics. “Mencari rakan kongsi yang betul untuk membawa OV101 kepada komuniti Angelman secepat mungkin merupakan sebahagian daripada strategi global kita. Kami percaya bahawa kerjasama ini dengan Angelini akan membantu dalam memaksimumkan nilai komersial yang berpotensi bagi OV101 dan mencapai objektif strategik kita di kawasan penting ini."

Hari ini ialah hari yang akan kami ingati. Melalui kerjasama kami dengan Ovid Therapeutics, kami meletakkan asas untuk membangunkan penyelesaian kesihatan inovatif untuk penyakit yang jarang berlaku, selaras dengan strategi baharu Angelini Pharma,” kata Pierluigi Antonelli, CEO Angelini Pharma. “Unit perniagaan baharu Angelini Pharma Rare Diseases AG akan menyumbang kepada pembangunan, pendaftaran, pengeluaran dan, jika diluluskan, pemerdagangan OV101 di Eropah, ubat Ovid Therapeutics yang sangat menggalakkan sedang dinilai dalam percubaan klinikal Fasa 3 untuk rawatan sindrom Angelman. Setakat ini, tiada rawatan berkesan untuk penyakit genetik yang jarang berlaku ini, dicirikan dengan kecacatan psikomotor yang teruk, yang menunjukkan tanda sejak zaman kanak-kanak. Memenuhi komitmen kami membanggakan kami daripada kedua-dua perspektif impak saintifik dan sosial.”

"Sebagai pemegang saham dan pegawai eksekutif Angelini Holding, kami terus melabur dalam bidang farmasi yang hari ini mewakili separuh daripada perolehan Kumpulan kami,” komen naib presiden eksekutif Thea Paola Angelini dan CEO Sergio Marullo di Condojanni. “Strategi pembangunan global dan pengantarabangsaan kami memfokuskan pada bidang perniagaan dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. Secara khususnya, kami menilai secara teliti semua peluang yang boleh wujud bukan sahaja dalam penjagaan kesihatan tetapi juga dalam sektor pengguna dan jentera."

Rothschild & Co berperanan sebagai penasihat kepada Ovid dalam perjanjian kerjasama tersebut.

Perihal Sindrom Angelman
Sindrom Angelman ialah keadaan genetik yang jarang berlaku yang dicirikan dengan pelbagai tanda dan simptom. Ciri sifat keadaan ini termasuklah pertumbuhan yang lambat, kecacatan intelektual, gangguan pertuturan yang teruk, masalah dengan pergerakan dan keseimbangan, sawan, gangguan tidur dan keresahan. Sebab paling lazim bagi sindrom Angelman ialah kehilangan fungsi gen yang mengekod ligase protein ubikuitin E3A (UBE3A) yang berperanan penting dalam komunikasi sel saraf, lalu mengakibatkan perencatan tonik yang terganggu. Individu dengan sindrom Angelman biasanya mempunyai jangka hayat biasa tetapi tidak dapat hidup secara berdikari. Oleh itu, mereka memerlukan sokongan berterusan daripada rangkaian pakar dan penjaga. Sindrom Angelman menjejaskan kira-kira 1 dalam 12,000 hingga 1 dalam 20,000 orang di seluruh dunia.

Tiada terapi yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA), Agensi Perubatan Eropah atau seluruh dunia untuk sindrom Angelman dan rawatan biasanya terdiri daripada intervensi tingkah laku dan pengurusan farmakologi simptom.

Sindrom Angelman dikaitkan dengan pengurangan dalam perencatan tonik, iaitu satu fungsi reseptor GABAA delta (δ) terpilih yang membolehkan otak manusia mentafsirkan isyarat neurologi eksitatori dan perencat dengan betul tanpa terlebih beban. Jika perencatan tonik berkurangan, otak akan dibanjiri isyarat dan kehilangan keupayaan untuk mengasingkan hingar latar daripada maklumat kritikal.

Perihal OV101 (gaboxadol)
OV101 dipercayai sebagai satu-satunya agonis reseptor GABAA delta (δ) terpilih dalam pembangunan dan ubat percubaan pertama untuk menyasarkan gangguan perencatan tonik secara khusus, iaitu proses penting fisiologi otak yang dianggap sebagai sebab di sebalik gangguan perkembangan neurologi tertentu. OV101 telah didemonstrasikan di dalam kajian makmal dan model haiwan untuk mengaktifkan reseptor GABAA delta (δ) terpilih secara khusus, yang ditemukan di ruang sinaps luar (di luar sinaps) dan oleh itu memberikan impak kepada aktiviti neuronal melalui modulasi perencatan tonik.

Ovid sedang membangunkan OV101 untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X yang berpotensi untuk memulihkan semula perencatan tonik lalu menangani beberapa simptom penting dalam keadaan penyakit ini. Dalam kedua-dua sindrom ini, patofisiologi yang tersembunyi termasuklah gangguan perencatan tonik yang dimodulasi melalui subunit δ pada reseptor GABAA . Dalam kajian praklinikal, diperhatikan bahawa OV101 mengurangkan simptom sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Sebatian ini juga telah diuji sebelum ini pada lebih 4,000 pesakit (lebih daripada 1,000 tahun pendedahan pesakit) dan diperhatikan sebagai memiliki profil keselamatan dan bioketersediaan yang diingini. Ovid sedang menjalankan percubaan klinikal Fasa 3 yang penting dengan OV101 bagi sindrom Angelman (NEPTUNE) dan telah melengkapkan percubaan klinikal pencarian isyarat Fasa 2 dengan OV101 bagi sindrom Fragile X (ROCKET).

OV101 telah menerima Rare Pediatric Disease Designation daripada FDA untuk rawatan sindrom Angelman. FDA juga telah memberikan designasi Orphan Drug dan Fast Track untuk OV101 untuk kedua-dua rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Selain itu, Suruhanjaya Eropah (EC) telah memberikan designasi ubat yatim kepada OV101 bagi rawatan sindrom Angelman. Pejabat Paten dan Tanda Dagangan A.S. telah memberikan paten kepada Ovid yang ditujukan untuk kaedah merawat sindrom Angelman dan sindrom Fragile X menggunakan OV101. Paten yang dikeluarkan akan tamat tempoh pada tahun 2035 tanpa lanjutan kawal selia.

Maklumat Panggilan Persidangan dan Siar Web Ovid
Ovid Therapeutics akan menganjurkan panggilan persidangan langsung dan siar web hari ini pada 8:15 a.m. Waktu Timur. Siar web langsung ini boleh diakses dengan melayari bahagian Investors pada laman web Syarikat di https://investors.ovidrx.com/news-events/presentations-events. Secara alternatif, sila hubungi 866-830-1640 (A.S.) atau 210-874-7820 (antarabangsa) untuk mendengar panggilan persidangan langsung. Nombor ID persidangan untuk panggilan langsung ialah 5579257. Main semula siar web akan tersedia pada laman web Syarikat selepas panggilan persidangan langsung.

Perihal Ovid Therapeutics
Ovid Therapeutics Inc. ialah syarikat biofarmaseutikal yang berpangkalan di New York yang menggunakan pendekatan BoldMedicine® untuk membangunkan ubat yang mengubah kehidupan pesakit yang mengalami gangguan neurologi yang jarang berlaku. Ovid mempunyai rangkaian meluas bagi ubat yang berpotensi menjadi pertama seumpamanya. Ubat percubaan paling maju Syarikat ini, OV101 (gaboxadol), kini dalam pembangunan klinikal untuk rawatan sindrom Angelman dan sindrom Fragile X. Ovid juga sedang membangunkan OV935 (soticlestat) dalam kerjasama dengan Takeda Pharmaceutical Company Limited untuk potensi rawatan ensefalopati epilepsi dan perkembangan (DEE) yang jarang berlaku. Untuk maklumat lanjut tentang Ovid, sila lawati www.ovidrx.com.

Perihal Angelini Pharma
Angelini Pharma, dimiliki oleh Angelini Holding, ialah sebuah Syarikat farmaseutikal yang komited untuk membantu pesakit dengan fokus yang berterusan dan umum pada Kesihatan Mental, termasuk Kesakitan, Penyakit Jarang Berlaku dan Kesihatan Pengguna. Angelini Pharma mempunyai program R&D yang meluas dan diiktiraf, loji pengeluaran "Bertaraf Dunia" dan aktiviti pemerdagangan antarabangsa bagi bahan aktif dan ubat peneraju pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.angelinipharma.com

Perihal Angelini Holding
Angelini Holding ialah syarikat induk bagi kumpulan antarabangsa yang beroperasi dalam sektor farmaseutikal dan barangan pengguna. Diasaskan di Itali pada tahun 1919, hari ini kumpulan Angelini beroperasi di 17 negara dengan kakitangan seramai 5,600 dan perolehan sebanyak €1,7 bilion. Selain sektor Farmaseutikal, kumpulan Angelini beroperasi di bidang perniagaan Penjagaan Peribadi dan Rumah melalui Fater, satu usaha sama dengan Procter & Gamble, dalam bidang Jentera, sekali lagi dalam usaha sama dengan P&G dengan kumpulan yang beroperasi dalam automasi dan robotik untuk barangan industri barangan pengguna Fameccanica, dalam Pembuatan Minyak Wangi dan Penjagaan Kulit dan Perlindungan dari Cahaya Matahari dengan Angelini Beauty. Angelini Holding baru-baru ini juga telah memasuki pasaran makanan Bayi melalui MadreNatura, usaha sama dengan Hero Group, yang menawarkan 100% produk makanan bayi organik.

Pernyataan Prospektif Ovid Therapeutics
Siaran akhbar ini merangkumi pendedahan yang mengandungi pendedahan tertentu yang mengandungi “pernyataan prospektif,” termasuk, tanpa batasan, pernyataan berkenaan: memajukan pembangunan dan pemerdagangan OV101, manfaat berpotensi dan nilai OV101; jadual pelaporan jangkaan bagi data klinikal untuk OV101; dan potensi manfaat dan hasil daripada kerjasama ini. Anda boleh mengenal pasti pernyataan prospektif kerana pernyataan tersebut mengandungi perkataan seperti “akan,” “nampaknya,” “yakin” dan “jangkakan.” Pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan dan anggapan terkini Ovid. Oleh sebab pernyataan prospektif berkaitan dengan masa hadapan, pernyataan tersebut tertakluk pada ketidakpastian yang wujud, risiko dan perubahan dalam keadaan yang mungkin berbeza secara material daripada keadaan yang dimaksudkan oleh pernyataan prospektif itu yang bukan pernyataan fakta sejarah mahu pun menjamin atau memastikan prestasi masa depan. Faktor penting yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam pernyataan prospektif ini merangkumi ketidakpastian dalam pembangunan dan proses kelulusan kawal selia, dan hakikat bahawa data awal daripada percubaan klinikal mungkin tidak mewakili dan juga tidak menjamin hasil akhir percubaan klinikal dan tertakluk pada risiko bahawa satu atau lebih hasil klinikal mungkin berubah secara material semasa pendaftaran pesakit berterusan dan/atau lebih banyak data pesakit tersedia. Risiko tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang terkandung dalam pernyataan prospektif tersebut dinyatakan dalam pemfailan Ovid dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di bawah kapsyen “Risk Factors”. Risiko tersebut mungkin dikuatkan oleh pandemik COVID-19 dan potensinya menjejaskan perniagaan Ovid dan ekonomi global. Ovid tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif yang terkandung di sini untuk menggambarkan sebarang perubahan dalam jangkaan, walaupun maklumat baharu akan tersedia.

Maklumat Hubungan Ovid Therapeutics

Pelabur dan Media:
Ovid Therapeutics Inc.
Hubungan Pelabur & Perhubungan Awam
irpr@ovidrx.com

Atau

Pelabur:
Steve Klass
Burns McClellan, Inc.
sklass@burnsmc.com
(212) 213-0006

Media:
Katie Engleman
1AB
katie@1abmedia.com

Maklumat Hubungan Angelini Pharma:
Daniela Poggio
Ketua Komunikasi Global Angelini Pharma
+39 348 6558882
daniela.poggio@angelinipharma.com

Maklumat Hubungan Angelini Holding:
Pengarah Perhubungan Institusi & Luaran Angelini Holding
+39 348 6707240
alessandra.favilli@angeliniholding.com


SUMBER : Ovid Therapeutics Inc.