Friday, July 10, 2020

Brunei Shell Marketing (BSM) Memilih Petrozone® P97 Untuk Mengaktifkan Aplikasi Pemandu Kenderaan Shell Di 36 Tapak Di Seluruh Brunei

HOUSTON & BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BSM hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih P97 Networks, sebuah pemimpin di dalam perdagangan mudah alih berasaskan awan, untuk membangunkan langkah pertama di dalam perjalanan digital mereka, aplikasi mudah alih BSM. Pada pelancaran, aplikasi mudah alih baharu itu, yang dibina pada platform perdagangan mudah alih PetroZone P97, akan menyokong dua bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) dan membolehkan pemandu kenderaan untuk mengesan stesen minyak BSM terdekat, memaparkan harga bahan api dan menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan di setiap stesen. Di samping itu, aplikasi mudah alih BSM itu juga akan menyokong promosi untuk pembelian bahan api dan di kedai.

Tidak lama selepas pelancaran, aplikasi mudah alih BSM akan membolehkan pembayaran mudah alih secara selamat dengan kesetiaan bersepadu, dan tawaran digital yang diperibadikan bagi kedua-dua pembelian bahan api dan barang dagangan di kedai merentasi 36 tapak di rangkaian mereka. Aplikasi mudah alih itu akan menawarkan kepada pembeli dengan keselamatan, kecekapan, dan nilai yang dipertingkatkan, dan akan meningkatkan pengalaman pembelian mereka di pam dan di dalam kedai.

“Kami merasa dihormati BSM telah memilih P97 untuk menguruskan pembayaran mudah alih, dengan kesetiaan bersepadu dan tawaran digital yang diperibadikan,” kata Brad Jones, Pengarah Urusan, Asia Pasifik di P97. “Ledakan pertumbuhan bagi pembayaran mudah alih bermakna pengguna mempunyai satu jangkaan bagi pembayaran tak bergeser di pam, dan BSM akan memungkinkan pengalaman ini dan mendorong kesetiaan pengguna yang lebih besar.”

Shell memilih platform perdagangan mudah alih PetroZone P97 disebabkan oleh rekod prestasi mereka yang terbukti bagi kepantasan, keselamatan, dan boleh dipercayai. PetroZone melindungi pengguna daripada penipuan dan adalah patuh SOC 2 Jenis 1, SOC 2 Jenis 2, PCI PA-DSS Tahap 1 ROC, dan GDPR.

Maklumat mengenai P97 Networks, Inc.

P97 Networks menyediakan penyelesaian perdagangan mudah alih dan pemasaran digital berasaskan awan yang selamat bagi industri kemudahan peruncitan dan pemasaran bahan api di bawah nama jenama PetroZone. Penyelesaian perdagangan P97 meningkatkan kemampuan pengendali kedai serbaneka, pemasar, dan syarikat-syarikat minyak untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dengan menyediakan teknologi yang menghubungkan berjuta-juta telefon bimbit individu dan kereta yang dihubungkan dengan selamat dengan teknologi perisian berasaskan identiti dan geolokasi untuk mewujudkan pengalaman pengguna yang dihubungkan secara unik.

@p97networks
www.p97.com

Maklumat mengenai Brunei Shell Marketing (BSM)

Brunei Shell Marketing Company Ltd telah dibentuk sebagai satu usaha sama di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Royal Dutch Shell Plc. Dari stesen minyak Shell mereka yang pertama pada tahun 1950-an, BSM telah berkembang kepada 36 stesen minyak yang memenuhi keperluan pemandu kenderaan di negara itu. Terkenal dengan produk bahan api mereka, BSM juga mempunyai produk lain di dalam portfolio mereka yang terdiri daripada pelincir Shell dan cat mesra alam; gas petroleum cecair; bahan api Jet A-1 untuk penerbangan, mengisi bahan api kapal-ke-kapal dan bitumen.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200708005804/en/

Hubungi

Hubungan Media Brunei Shell Marketing Co. Sdn Bhd.
Huwaida Moksin
(+673) 717-2648
huwaida.moksin@shell.com

Hubungan Media P97
Aaron Mireles
(281) 954-1706
Aaron.mireles@p97.com
 
Sumber : P97 Networks, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13576

No comments:

Post a Comment