Friday, July 17, 2020

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL MENGALU-ALUKAN NIEK NIËNS SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI BAGI WILAYAH ASIA PASIFIK



SAN FRANCISCO, 16 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (TYLI), sebuah syarikat perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Niek Niëns sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Wilayah Asia Pasifik untuk Kumpulan TYLI. Berpusat di Singapura, Niëns akan membantu membangun dan memimpin arah, strategi, dan inisiatif pertumbuhan bagi wilayah tersebut, serta mengawasi pengembangan perniagaan, layanan pelanggan, kecemerlangan teknikal dan operasi, manusia, dan inisiatif keselamatan. Wilayah Asia Pasifik bagi Kumpulan TYLI merangkumi 2,100 orang profesional yang bekerja ke atas projek merentasi China, Taiwan, Singapura, Malaysia, Vietnam, dan Indonesia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200715005285/en/

Niëns menyertai Kumpulan TYLI dengan memiliki lebih dari 17 tahun pengalaman di dalam bidang kejuruteraan, kepimpinan operasi, perkhidmatan perundingan, dan pengurusan projek untuk infrastruktur pengangkutan, bangunan, program alam sekitar, dan rawatan/struktur air. Peranan beliau sebelum ini termasuk berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi untuk rantau Asia bagi sebuah syarikat reka bentuk dan perundingan global, di mana beliau mengawasi operasi harian, peningkatan operasi, keuntungan, pengembangan perniagaan dan pelanggan, pengurusan Kualiti, Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (QHSE), dan pencapaian projek/program di China, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, dan India. Beliau juga bertanggungjawab secara langsung untuk semua Reka Bentuk & Kejuruteraan dan aktiviti di rantau Asia.

Pencapaian lampau Niëns termasuk pencepatan dan peningkatan bagi kerjasama di antara pusat-pusat reka bentuk dan kejuruteraan di Hong Kong dan Singapura dan pusat-pusat kecemerlangan global di Filipina dan India untuk memimpin kerja reka bentuk digital bagi pelanggan global/Asia. Beliau juga mengarahkan sebuah perniagaan reka bentuk berskala besar, kejuruteraan, dan seni bina lanskap merentasi wilayah Asia.

Selain itu, Niëns telah mengetuai sebuah program pengurusan perubahan besar merentasi Asia, di mana beliau berjaya meningkatkan keuntungan projek dengan memperkenalkan peningkatan yang signifikan di dalam proses dan kemahiran pengurusan projek. Sebelum bekerja di Asia, Niëns bekerja di dalam sebuah peranan yang serupa merentasi Eropah di sembilan negara yang berbeza, termasuk di Belanda.

“Saya ingin mengalu-alukan Niek ke Kumpulan T.Y. Lin International. Beliau adalah seorang pemimpin yang memberikan inspirasi dan berpusatkan kepada pelanggan untuk meningkatkan prestasi operasi, memacukan pertumbuhan perniagaan, dan membina pasukan-pasukan bersepadu dan penyelesaian projek,” kata Matthew G. Cummings, P.E., Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan TYLI. “Pengalaman pengurusan Niek dan pendekatan yang berorientasikan pencapaian akan amat diperlukan ketika kami mengembangkan perniagaan kami di Wilayah Asia Pasifik dan memanfaatkan kepakaran dan amalan terbaik merentasi Global Infrastructure Pillar bagi Kumpulan Dar, syarikat induk bagi Kumpulan T.Y. Lin International.”

Global Infrastructure Pillar terdiri daripada lebih 5,000 orang profesional merentasi Amerika, Asia Pasifik, dan Eropah, dengan pelbagai kepakaran dan disiplin teknikal yang mantap yang memberi perkhidmatan kepada semua sektor pengangkutan dan dengan sumber yang mendalam di dalam bidang kejuruteraan bangunan.

“Saya amat teruja untuk menyertai Kumpulan T.Y. Lin International sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi Wilayah Asia Pasifik dan menyumbang kepada kelestarian dan cita-cita pertumbuhan syarikat yang menguntungkan,” kata Niëns. “Dengan memudahkan perhubungan serantau bersama klien utama dan kerjasama di Wilayah Asia Pasifik, kami dapat memaksimumkan perkhidmatan dan kepakaran terbaik yang boleh ditawarkan oleh Kumpulan T.Y. Lin International kepada pelanggan kami.”

Niëns memperolehi ijazah Sarjana di dalam Kejuruteraan Elektrik dan Pentadbiran Perniagaan dari University of Twente di Enschede, Belanda. Beliau juga melengkapkan Program Pengurusan Lanjutan (AMP) dari University of Twente School of Management.

Maklumat mengenai Kumpulan T.Y. Lin International:

Ditubuhkan pada tahun 1954, Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah syarikat perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia yang komited untuk menyediakan reka bentuk berinovatif, menjimatkan kos dan boleh dibina bagi pasaran infrastruktur global. Dengan mempunyai 3,000 orang pekerja yang bekerja di pejabat-pejabat di seluruh Amerika dan Asia, firma itu menyediakan sokongan terhadap projek-projek dengan pelbagai saiz dan kerumitan. Kumpulan T.Y. Lin International adalah sebuah ahli Kumpulan Dar, sebuah kumpulan perkhidmatan profesional global milik persendirian, dan syarikat terkemuka industri bagi syarikat-syarikat Global Infrastructure. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat itu, sila layari www.tylin.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13596

No comments:

Post a Comment