Friday, July 3, 2020

Tech Data Merancang Untuk Melabur Kira-kira $750 Juta Bagi Mempercepatkan Transformasi Digital

Dengan pemerolehan Tech Data oleh dana-dana yang diurus oleh sekutu Apollo kini selesai, pelaburan akan dibuat dalam tempoh lima tahun akan datang

CLEARWATER, Fla., 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dengan pemerolehannya oleh dana-dana yang diuruskan oleh sekutu Apollo Global Management kini selesai, Tech Data (atau “Syarikat” itu) hari ini mengumumkan bahawa Syarikat itu merancang untuk melabur kira-kira $750 juta di dalam inisiatif transformasi digital sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Pelaburan itu akan memperkukuhkan strategi Tech Data untuk mempercepatkan inovasi dalam cara yang akan menyampaikan pengalaman yang dipertingkatkan dan ketangkasan yang lebih tinggi bagi perniagaan merentasi seluruh ekosistem teknologi itu.

“Pemerolehan Tech Data oleh dana Apollo adalah satu pencapaian yang signifikan, dan sokongan mereka terhadap komitmen berbilang tahun kami bagi sumber menekankan tumpuan kolektif kami kepada penciptaan nilai jangka panjang,” kata Rich Hume, ketua pegawai eksekutif, Tech Data. “Kami terus melaksanakan strategi kami untuk mengubah syarikat kami menjadi sesuatu yang menentukan satu standard baharu bagi kecemerlangan operasi dan budaya di dalam industri kami. Kami percaya Apollo akan menjadi sebuah rakan yang sangat berharga dalam membantu kami membolehkan dengan lebih baik rakan saluran kami memasarkan produk dan penyelesaian teknologi yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju.”

Inisiatif transformasi digital Tech Data ditumpukan kepada menyampaikan automasi, platform dan analitik canggih yang akan membolehkan Syarikat itu untuk menjadi lebih tangkas dan responsif terhadap keperluan rakan saluran mereka yang pesat berkembang. Program itu termasuk membina sebuah platform perniagaan digital yang sangat berskala dan sebuah tempat pasaran digital yang berasaskan awan yang direka untuk menyokong rancangan pertumbuhan Tech Data yang bercita-cita tinggi dan melayan pasaran teknologi dan model penggunaan yang baru muncul.

“Apollo melihat Tech Data sebagai sebuah platform yang mantap untuk pertumbuhan yang bermakna dan kepelbagaian yang lebih jauh, dan kami komited dalam menyokong pelaburan yang didasarkan kepada visi ini,” kata Robert Kalsow-Ramos, Rakan Ekuiti Persendirian di Apollo. “Pelaburan ini dalam tempoh lima tahun akan datang membantu memastikan syarikat itu memiliki sumber yang diperlukan untuk melancarkan satu program pengupayaan dan inovasi digital yang berani yang akan mengubah cara ia melayan rakan saluran dan pekerja.”

Maklumat mengenai Tech Data

Tech Data menghubungkan dunia dengan kuasa teknologi. Portfolio hujung ke hujung kami bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian, kemahiran dan kepakaran yang sangat khusus dalam teknologi generasi akan datang membolehkan rakan-rakan saluran untuk membawa dan memasarkan produk dan penyelesaian yang diperlukan oleh dunia untuk berhubung, berkembang dan meningkat maju. Tech Data berada pada kedudukan No. 90 pada Fortune 500® dan telah dinamakan sebagai satu daripada Syarikat yang Paling Dikagumi Dunia oleh Fortune untuk 11 tahun berturut-turut. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.techdata.com atau ikuti kami di TwitterLinkedInFacebook dan Instagram.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan yang berkaitan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tanpa sekatan, kenyataan berhubung prestasi Tech Data. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian, termasuk tetapi tidak terhad kepada faktor ekonomi, persaingan, dan teknologi di luar kawalan Apollo atau Tech Data yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Anda tidak boleh meletakkan pergantungan yang tidak sewajarnya kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan sebagai satu ramalan bagi keputusan sebenar. Apollo dan Tech Data dengan jelas menafikan sebarang kewajiban atau aku janji untuk mengeluarkan secara terbuka sebarang kemas kini atau semakan terhadap kenyataan yang berpandangan ke hadapan untuk mencerminkan sebarang perubahan di dalam jangkaan atau peristiwa, kedudukan atau keadaan di mana sebarang kenyataan tersebut didasarkan.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200630005697/en/

Hubungi

Bobby Eagle
Pengarah, Komunikasi Luar, Tech Data
+1 (727) 538.5864
bobby.eagle@techdata.com

Sumber : Tech Data

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13553

No comments:

Post a Comment