Friday, July 10, 2020

Black Hat Asia Mengumumkan Butiran Program Untuk Acara Maya 2020

Daftar sebelum 2hb September untuk menjimatkan $250 pada pas Briefing

SAN FRANCISCO, 9 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, peneraju utama dalam penganjuran acara keselamatan maklumat, mengumumkan butiran untuk acara maya Black Hat Asia akan datang, yang akan berlangsung dari 29 September - 2 Oktober. Black Hat Asia maya akan menawarkan barisan kandungan yang teguh termasuk hampir 15 Trainings, hampir 40 Briefings, pembentangan ucapan dasar dan locknote, program komuniti dan tajaan, Business Hall maya, Program Arsenal, Persidangan CISO, dan peluang perangkaian.

Briefings
Briefings akan berlangsung pada 1hb dan 2hb Oktober akan menampilkan barisan ceramah yang disampaikan oleh penyelidik dan pakar yang paling berpengaruh pada hari ini. Pas Briefings merangkumi akses dalam talian kepada semua Briefings, program dan sumber komuniti, Business Hall maya dan sesi tajaan. Selain itu, hadirin akan mempunyai akses kepada peluang Soal & Jawab dengan penyelidik dan akses atas permintaan kepada semua Briefings selepas acara. Ceramah tahun ini akan merangkumi semua perkara daripada kerentanan mudah alih kepada penggodaman pengawal industri, kerentanan Wi-Fi dan banyak lagi. Beberapa sorotan termasuk:

• From an URGENT/11 Vulnerability to a Full Take-Down of a Factory, Using a Single Packet: Ceramah ini akan menampilkan demonstrasi langsung cara penyerang boleh mengambil alih keseluruhan kilang dengan memancarkan paket tunggal yang akan mengeksploit kerentanan URGENT/11.

• Kr00K: How KRACKing Amazon Echo Exposed a Billion+ Vulnerable Wi-Fi Devices: Para penyelidik akan menggariskan cara mereka mengenal pasti kelemahan serius dalam set cip yang digunakan oleh beberapa peranti berdaya Wi-Fi popular daripada Apple, Samsung, Amazon dan banyak lagi.

• Hey Google, Activate Spyware! – When Google Assistant Uses a Vulnerability as a Feature: Dalam ceramah ini, penyelidik akan membentangkan kerentanan dalam telefon pintar berdasarkan Android yang membolehkan penyerang mengambil foto dan merakam video tanpa dikesan oleh mangsa, menjejak lokasi mangsa, dan banyak lagi.

Trainings
Dari 29hb September – 2hb Oktober, Black Hat Asia akan menawarkan kira-kira 15 kursus Training yang amat berteknikal oleh pelatih dan profesional terbaik industri keselamatan. Kursus akan meliputi topik dari keselamatan ofensif sehinggalah analisis perisian hasad, ujian penembusan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang barisan program, lawati: blackhat.com/asia-20/training/schedule/index.html

Business Hall
Business Hall maya akan berlangsung pada 1hb dan 2hb Oktober dan akan mempamerkan teknologi terkini daripada pembekal penyelesaian keselamatan maklumat terkemuka. Pas Business Hall adalah percuma untuk dihadiri dan akan merangkumi akses kepada semua alat demonstrasi dalam Black Hat Arsenal, sesi tajaan, sumber berkaitan kerjaya dalam Career Zone, peluang perangkaian maya dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara dan untuk mendaftar, lawati: https://www.blackhat.com/asia-20/


BLACK HAT ASIA MENGUMUMKAN BUTIRAN PROGRAM UNTUK ACARA MAYA 2020

No comments:

Post a Comment