Thursday, June 30, 2022

EIG MELANCARKAN PLATFORM BOLEH DIPERBAHARUI CHILE, GRUPO CERRO

Entiti yang baharu dibentuk termasuk pemerolehan yang dimuktamadkan baru-baru ini bagi portfolio ANPAC untuk 11 loji hidroelektrik aliran sungai serta loji Cerro Dominador yang sedia ada

Platform berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong peralihan tenaga di Chile dengan projek-projek berinovatif yang menyediakan tenaga boleh diperbaharui 24/7

WASHINGTON & SANTIAGO, Chile, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka dunia, hari ini melancarkan Grupo Cerro, sebuah platform tenaga boleh diperbaharui yang baharu di Chile. Entiti yang baharu dibentuk itu termasuk loji Cerro Dominador milik EIG dan ANPAC yang baharu diperolehi, pemilik bagi sebuah portfolio yang mengandungi 11 loji kuasa hidroelektrik aliran sungai kecil dan sederhana di wilayah O'Higgins, El Maule, Bio Bio dan La Araucania. Portfolio ANPAC 110 MW itu termasuk loji yang beroperasi dan projek di pelbagai peringkat pembinaan dan pembangunan di kedua-dua pasaran spot dan tarif yang distabilkan.

Berikutan pemerolehan itu, Grupo Cerro kini menguruskan lebih 280 MW bagi kapasiti yang dipasang di Chile, termasuk loji Fotovoltan Cerro Dominador (PV) dan Kuasa Suria Tertumpu (CSP). Portfolio kumpulan itu juga termasuk beberapa projek di dalam fasa lanjutan bagi pembinaan dan pembangunan, termasuk kompleks Likana Solar, satu daripada projek CSP terbesar di dunia dengan kapasiti 690 MW, Pampa Union, sebuah loji kuasa PV 600 MW, serta lebih daripada 40 MW bagi loji kuasa hidroelektrik aliran sungai.

EIG MELANCARKAN PLATFORM BOLEH DIPERBAHARUI CHILE, GRUPO CERRO

FORUM PRODUKTIVITI & DAYA SAING: MEMBINA BUDAYA PRODUKTIVITI DAN KESEJAHTERAAN

SHAH ALAM, 27 Jun (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan mengadakan sebuah forum atas talian yang bertajuk Produktiviti & Daya Saing: “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan”. Forum ini bertujuan untuk membentuk minda produktif dalam kalangan generasi muda dalam usaha membudayakan produktiviti ke arah negara yang berdaya saing dan sejahtera.

Forum ini akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom dan Facebook Live pada 28 Jun 2022 bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pautan kod QR bagi forum ini telah dilampirkan di laman Facebook, Instagram, dan Twitter rasmi MPC.
 
Penasihat Projek Tahun Akhir Perhubungan Awam, Encik Abuzar Abdul Halim berkata  penganjuran itu mensasarkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta, serta orang awam.
 
Katanya, peserta juga berpeluang untuk bersoal jawab serta menyertai kuiz bertemakan budaya produktiviti yang bakal menawarkan hadiah menarik buat pemenang bertuah.
 
“Kolaborasi pelajar Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama MPC bertujuan untuk menyebarluaskan budaya produktiviti dalam kalangan generasi muda. Selain itu, pelajar turut menghasilkan wawancara mingguan yang bertajuk Sinoptik dan dimuat naik ke media sosial MPC, dimana mereka akan turun kelapangan untuk menemu bual orang awam bagi mendapatkan respon berkenaan isu-isu semasa. Usaha ini dapat membantu mereka meningkatkan produktiviti para peniaga dan orang awam untuk membudayakan produktiviti dalam masa yang sama mengasah bakat para pelajar melalui aktiviti perhubungan awam,” katanya.

Panel jemputan bagi forum ini terdiri daripada YBhg. Dato’ Dr. Shakir Husein Khalid iaitu Pengarah Urusan, Shamawar Group Sdn. Bhd, YBrs. Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman iaitu Profesor Pengurusan Sumber Manusia & Program Hubungan Industri, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBrs. Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar iaitu Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam dan tetamu undangan khas iaitu En. Ahmad Arman Al Huzaifi Bin Shakir Husein, iaitu penerima biasiswa Rhodes ke Universiti Oxford. Panelis-panelis ini akan menyentuh tentang amalan produktiviti ke arah kesejahteraan dalam kalangan generasi muda seiring dengan lima prinsip asas produktiviti yang digariskan dalam Indeks Budaya Produktiviti Sejahtera iaitu Nilai (Values), Intelek (Intellect), Keturunan (Progeny), Sumber (Resources) dan Cara Hidup (Way of Life). 

Tuesday, June 28, 2022

HYTERA DIANUGERAHKAN DENGAN ANUGERAH KOMUNIKASI KRITIKAL ANTARABANGSA DI CCW 2022




VIENNA, 27 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hytera dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Hytera HyTalk MC Solution untuk Kereta Api Sri Lanka (SLR) telah memenangi Penggunaan Terbaik bagi Komunikasi Kritikal di dalam Pengangkutan pada Anugerah Komunikasi Kritikal Antarabangsa (ICCA) 2022 yang diadakan pada 21 Jun di Vienna, Austria, anugerah paling berprestij di dalam komunikasi kritikal.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220624005284/en/

HyTalk MC Solution bersepadu Hytera membolehkan pemandu kereta api, pengawal penghantaran dan ketua stesen di SLR berkomunikasi dengan mudah di antara satu sama lain, sekali gus memastikan kelancaran perjalanan operasi harian di kereta api, di stesen, kawasan depoh dan pusat kawalan. SLR boleh antara sambung tapak mereka dan menyediakan kakitangan kereta api dengan akses masa nyata kepada data kritikal, yang membolehkan mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang dan memastikan operasi yang lancar dan selamat bagi pemandu kereta api, untuk terus menjamin ketepatan masa bagi kereta api dan mengurangkan kemalangan kereta api.

“Hytera menganggap sumbangan yang telah dibuat mereka sebagai satu inspirasi dan satu galakan untuk industri PMR,” kata Jim Luo, Ketua Pegawai Pemasaran Hytera. “Kami juga telah memenangi Penggunaan Terbaik bagi Komunikasi Kritikal di dalam Utiliti di ICCA 2021. Semua anugerah yang kami capai melambangkan pengiktirafan bagi penyelesaian komunikasi penumpuan Hytera untuk pelbagai industri. Hytera mematuhi dengan inovasi teknologi dan kekal komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna kritikal perniagaan dan misi kritikal di seluruh dunia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengangkutan Hytera, sila layari: https://www.hytera.com/en/industries/transportation.html 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16027

​MEMBINA BUDAYA PRODUKTIVITI DAN KESEJAHTERAAN GENERASI MUDA DALAM TRANSISI ENDEMIK

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- Budaya produktiviti dan kesejahteraan generasi muda menjadi aspek penting bagi memastikan peningkatan produktiviti dalam transisi endemik.


Elemen itu menyaksikan MPC melipatgandakan usaha dan menyasarkan empat pemacu produktiviti utama – iaitu bakat, teknologi, persekitaran perniagaan dan subsidi.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata membentuk minda produktif dalam kalangan generasi muda merupakan antara inisiatif membudayakan produktiviti selaras dengan agenda kerajaan bagi mencapai sasaran pertumbuhan produktiviti 3.6 peratus tahun ini.

“MPC telah menjalankan Kajian Sejahtera Productivity Culture Index untuk menilai tahap budaya produktiviti di Malaysia yang diukur berdasarkan prinsip – prinsip asas dalam kehidupan seharian iaitu berdasarkan indikator Nilai (Values), Intelek (Intellect), Keturunan (Progeny), Sumber (Resources) dan Cara Hidup (Way of Life). Hasil kajian telah menunjukkan tahap indeks Produktiviti Sejahtera pada tahun 2021 adalah sebanyak 64.3 iaitu lebih rendah dari 71.1 pada tahun 2019. Penurunan indeks ini dipengaruhi oleh cabaran pandemik yang memberi impak dalam hampir setiap aspek kehidupan masyarakat di negara ini, malah di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, aspek Nilai (Values) masih berupaya dikekalkan sebagai elemen penting dalam budaya masyarakat di Malaysia.

“Input dari kajian ini dapat dijadikan panduan kepada penggubal polisi untuk meningkatkan keberkesanan produktiviti yang diberikan kepada generasi muda terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” katanya semasa ucapan pembukaan Forum Produktiviti & Daya Saing anjuran MPC bersama pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi Massa Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bertemakan “Membina Budaya Produktiviti dan Kesejahteraan”, Forum yang dijalankan menerusi Facebook Live menampilkan panelis yang terdiri daripada Pengarah Urusan, Shamawar Group Sdn. Bhd, YBhg. Dato’ Dr. Shakir Husein Khalid, Pengarah, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam, YBrs. Dr. Suhaimee Saahar @ Saabar, Penerima Tajaan Rhodes Scholarship di University of Oxford, England, Ahmad Arman Al Huzaifi Shakir Husein dan Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ybhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman.

Para panelis berkongsi idea serta pandangan dari sudut kepakaran serta pengalaman masing - masing untuk membentuk generasi masa depan yang lebih inovatif dan kreatif ke arah pembangunan ekonomi yang mampan.

Forum berkenaan juga bertujuan untuk membentuk minda produktif dengan menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan produktiviti dalam kehidupan seharian yang lebih makmur dan sejahtera.

Mengenai Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.

Mengenai Pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam
Penglibatan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam merupakan sebuah kerjasama bersama MPC dalam projek tahun akhir perhubungan awam yang bertujuan untuk meneroka dan mempraktikkan kemahiran di luar bilik darjah. Fokus kolaborasi ini juga untuk merancang komunikasi strategik antara MPC dan orang awam untuk menambah baik penyebaran maklumat secara lebih berkesan melalui kempen-kempen dan wacana.

Sumber: Malaysia Productivity Corporation (MPC)

NANSHA MENAWARKAN SEPINTAS LALU BERHUBUNG KOMITMEN GBA TERHADAP PEMBANGUNAN BERKUALITI

GUANGZHOU, China, 28 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Di tengah-tengah Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA) di China selatan adalah Nansha, yang juga terletak di sebelah dua wilayah pentadbiran khas (SAR). Sebuah taklimat mengenai Pelan Induk bagi Guangzhou Nansha mengenai Mendalami Kerjasama Komprehensif di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan Perspektif Global yang dikeluarkan baru-baru ini telah diberikan pada satu sidang akhbar yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri China pada 24 Jun.

Nansha mempunyai keadaan geografi yang menggalakkan, dengan ruang pembangunan yang luas dan asas perindustrian yang kukuh. Di bawah keinginan kuat untuk kerjasama dan pembangunan, Nansha menikmati kelebihan yang unik dalam menggalakkan kerjasama menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau, kata Guo Lanfeng, seorang anggota bagi Kumpulan Ahli Parti Peneraju bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China.

Di antara wilayah yang paling terbuka di China, GBA yang dinamik dari segi ekonomi merupakan contoh bagaimana negara itu menjajarkan sistem ekonomi terbuka mereka dengan dunia pada laluannya ke satu tahap yang lebih tinggi dalam kerjasama kewangan global, memacukan penyelarasan yang lebih besar yang diterajui oleh GBA di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau ialah Nansha, Qianhai di Shenzhen, dan Hengqin di Zhuhai. Pelan yang bercita-cita tinggi itu untuk Nansha menandakan satu lagi kejayaan penting di dalam membina GBA dengan kualiti yang tinggi. Daerah itu kembali menjadi tumpuan selepas pembangunan selama beberapa dekad, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar Raya Guangzhou.

Pelan itu menekankan keperluan bagi Nansha untuk meningkatkan pembinaan bagi pangkalan kerjasama industri untuk inovasi berteknologi sains, menurut sidang akhbar itu. Selain itu, daerah tersebut dikehendaki memperkukuhkan usaha bersama Guangdong-Hong Kong-Macau bagi inovasi berteknologi sains melalui pelancaran platform utama bagi tujuan ini dan untuk mengembangkan industri berteknologi tinggi dengan menarik minat kakitangan berkaliber tinggi dengan satu perspektif global. Lebih-lebih lagi, pelan itu menyatakan bahawa untuk menjadikan Nansha sebagai sebuah tarikan bagi firma dan bakat di dalam teknologi tinggi, perusahaan berasaskan Zon Permulaan di dalam industri yang digalakkan oleh negeri itu akan layak untuk mendapat cukai pendapatan korporat pada kadar pengurangan sebanyak 15%, dan pendapatan individu bagi warga Hong Kong dan Macau yang bekerja di Nansha akan dikecualikan daripada kenaikan cukai. Tambahan pula, Nansha memperkenalkan beberapa langkah untuk menggalakkan pembangunan industri semikonduktor dan litar bersepadu. Oleh itu, kawasan perdagangan bebas perintis akan menawarkan sokongan dalam sembilan bidang, daripada melancarkan projek-projek utama dan membiayai perniagaan kepada meningkatkan rantaian industri litar bersepadu dan memberi subsidi bagi penggunaan elektrik dalam pengeluaran kepada menggalakkan standard gred automotif di kalangan syarikat.

NANSHA MENAWARKAN SEPINTAS LALU BERHUBUNG KOMITMEN GBA TERHADAP PEMBANGUNAN BERKUALITI

Monday, June 27, 2022

AGROBANK SERAH WANG PAMPASAN TAKAFUL PERLINDUNGAN DIRI KEPADA USAS, RINGAN BEBAN KELUARGA PENUNTUT USAS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN MAUT

 



Table


Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek wang pampasan perlindungan diri berkelompok bernilai RM160,000 kepada Prof Dato' Wan Sabri Wan Yusof, Timbalan Naib Canselor USAS (tiga dari kanan). USAS telah mengambil pelan perlindungan Takaful Hybrid Agrobank dengan sumbangan premium sebanyak RM30 bagi tempoh setahun untuk setiap pelajar yang mendaftar di USAS. Seramai 6,049 pelajar USAS telah dilindungi oleh pelan perlindungan Takaful dengan Agrobank ini.


IPOH, 27 Jun (Bernama) -- Agrobank menyerahkan wang pampasan takaful perlindungan diri berkelompok berjumlah RM160,000 termasuk manfaat khairat kematian sebanyak RM2,000 seorang kepada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), yang menerima bagi pihak keluarga lima penuntut USAS yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora baru-baru ini.
 
Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank kepada Prof. Dato’ Wan Sabri Yusof, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Akademik USAS, di Hotel Casuarina @ Meru di Ipoh pada Rabu.
 
Di majlis yang sama, Tengku Ahmad Badli Shah turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan waris mangsa.
 
"Dikesempatan ini, saya ingin menyampaikan ucapan takziah daripada seluruh warga kerja Agrobank kepada seluruh keluarga mangsa dan waris yang terlibat dalam kemalangan ini. Diharapkan agar seluruh ahli keluarga dan waris yang terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. Kami mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.”
 
Untuk makluman, USAS telah mengambil pelan perlindungan Takaful Hybrid Agrobank dengan sumbangan premium sebanyak RM30 bagi tempoh setahun untuk setiap pelajar yang mendaftar di USAS. Seramai 6,049 pelajar USAS telah dilindungi oleh pelan perlindungan Takaful dengan Agrobank ini.
 
Selain manfaat kematian dan khairat kematian akibat kemalangan dan bukan kemalangan, pelan perlindungan serendah RM30 setahun ini turut melindungi para pencarum termasuk pelajar USAS bagi kes hilang upaya kekal sepenuhnya akibat kemalangan dan bukan kemalangan, rawatan perubatan, dan elaun tunai hospital.
 
Dalam kejadian sekitar jam 1.45 pagi pada 12 Mei lalu, lima pelajar USAS yang menaiki kereta Honda City maut selepas kereta dinaiki terbakar akibat dirempuh sebuah treler.
 
Mangsa terlibat adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna. 
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 207 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 140 cawangan, 32 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my  

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.


Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

 


SUMBER : Agrobank

Sunday, June 26, 2022

PROGRAM JUNKET KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA MEDIA KE DAERAH SEMPORNA, SABAH

 'PEMERKASAAN USAHAWAN PROJEK KRAF KOMUNITI KU’ 

SABAH, 23 Jun (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengadakan program Junket Journalism di Daerah Semporna Sabah. Program media turun padang ini adalah khusus bagi membuat liputan publisiti penghasilan produk oleh usahawan kraf di Daerah Semporna yang juga merupakan usahawan di bawah projek Kraf Komuniti Ku (KKK). Turut hadir, Encik Abd. Rahman bin Omar, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah.

Menerusi program ini usahawan kraf akan diberi liputan berkaitan profil diri, penghasilan produk kraf, promosi dan pemasaran produk termasuk program/inisiatif yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia kepada komuniti setempat. Seramai 4 orang usahawan kraf yang mewakili komuniti kampung adalah seperti berikut:

I.    Puan Roziah binti Jalalid, usahawan kraf Anyaman Pandan di Pulau Omadal;
II.   Puan Bunga Anuh binti Batu Rua, usahawan kraf Tembikar Lapohan di Pulau Selakan;
III.  Encik Mohd. Rafi bin Barahim, usahawan muda kraf Ukiran Kayu Perahu Lepa Miniatur di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum dan;
IV.  Tuan Haji Alpaka bin Hamaah, Tukang Ulung Ukiran Kayu Perahu Lepa Miniatur di Kampung Look Sisarah, Pulau Bum-Bum.  

Projek Kraf Komuniti Ku (KKK) merupakan inisiatif dan usaha Kraftangan Malaysia untuk memperkasa komuniti kraf di satu-satu kawasan atau daerah. Projek ini memfokuskan kepada pemantapan keusahawanan komuniti kraf melalui kemahiran dalam penghasilan, pengeluaran dan pemasaran produk kraf yang mampu meningkatkan pendapatan utama/ sampingan dan taraf hidup sesebuah komuniti melalui. Pelaksanaan 4 inisitif utama iaitu Pembangunan Produk, Pembangunan Komuniti Kraf, Pasaran & Promosi dan Komunikasi Pasaran Bersepadu.

Projek KKK dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama strategik pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan untuk membangunkan komuniti kraf yang lestari dan berdaya maju. Ia berkait rapat dengan produk unik, sejarah, budaya dan identiti sesuatu tempat. Projek ini juga adalah bagi meningkatkan keupayaan dan mengukuhkan usahawan melalui pembangunan produk, peningkatan kemahiran dan produktiviti, peluasan akses kepada pasaran dan kebolehcapaian produk kraf di kalangan masyarakat. Menerusi projek Kraf Komuniti Ku, ia turut memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti industri pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan, industri hiliran serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini sejajar dengan hala tuju dan tagline Kraftangan Malaysia iaitu “Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat”.  

Friday, June 24, 2022

CATHEON GAMING MELANTIK BEKAS KETUA ACTIVISION BLIZZARD BAGI APAC SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 


  • William Wu dan Mark Aubrey akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama bagi Catheon Gaming.
  • Mark Aubrey mempunyai lebih 19 tahun pengalaman di dalam industri permainan dengan sebuah rekod prestasi dalam membangun dan melaksanakan strategi global untuk membina syarikat-syarikat yang sangat berjaya.
  • Mark Aubrey dan William Wu akan menggabungkan kepakaran mereka untuk meningkatkan Catheon Gaming sebagai platform teknologi permainan blok rantai yang terulung untuk pembangun permainan.
HONG KONG & SYDNEY, 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Catheon Gaming (“Syarikat itu”), syarikat permainan dan hiburan blok rantai bersepadu yang paling pesat berkembang, hari ini mengumumkan bahawa Mark Aubrey akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu bagi syarikat itu, berkuat kuasa 11 Julai, 2022. Aubrey akan bekerja bersama William Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, untuk meningkatkan syarikat itu di dalam industri permainan blok rantai yang berkembang pesat. Catheon Gaming bekerjasama dengan pembangun permainan terkemuka dan pemegang IP untuk membangun dan melancarkan permainan blok rantai yang “terbaik di dalam kelasnya” dan membawa mereka kepada audiens yang seluas-luasnya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220622005994/en/

Aubrey menyertai Catheon Gaming sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada peranan beliau sebelum ini sebagai Pengarah Urusan dan Ketua bagi Asia Pasifik (“APAC”) di Activision Blizzard, pembangun permainan terkemuka dan penerbit bagi perisian hiburan yang terkenal kerana mencipta beberapa daripada permainan yang paling terkenal di dalam industri itu, termasuk Call of Duty dan World of Warcraft. Mark Aubrey mempunyai lebih 19 tahun pengalaman di dalam industri hiburan dan permainan di rantau APAC.

Di Activision Blizzard, Aubrey bertanggungjawab dalam menguruskan semua yang menegak bagi kedua-dua operasi dan pasukan komersial dan pergi ke pasaran bagi Activision Publishing dan Blizzard Entertainment merentasi Australia/New Zealand, Jepun, Korea, India dan Greater Asia. Beliau menguruskan pasukan-pasukan pekerja yang besar merentasi empat pejabat serantau dan memegang tanggungjawab P&L sepenuhnya untuk APAC, rantau Web3 yang paling penting di seluruh dunia dengan majoriti hasil permainan dan bilangan pengguna Web3 yang paling ramai.

Sebelum ke Activision Blizzard, Aubrey bekerja agak lama di Warner Bros. Entertainment sebagai Pengarah Pemasaran Kumpulan, dengan memacukan sinergi dan peluang komersial merentasi kumpulan (Hiburan Rumah, Teater, Televisyen, HBO, Permainan, Produk Pengguna dan Pengedaran Digital). Aubrey memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pemasaran dari Universiti Newcastle.

“Saya gembira dengan pelantikan Mark Aubrey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Catheon Gaming dan berharap dapat bekerja bersama Mark untuk memimpin Catheon Gaming ke fasa pertumbuhan menarik yang seterusnya,” kata William Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Catheon Gaming. “Mark membawa kepakaran permainan bertaraf dunia yang mendalam pada tahap yang paling tinggi, setelah menerajui bahagian APAC yang sangat relevan bagi pembangun dan penerbit permainan yang paling berjaya di dunia.”

William Wu mula-mula mengasaskan SolChicks pada September 2021 dan seterusnya Catheon Gaming, dengan melancarkan 20 tajuk dalam tempoh sembilan bulan. Dengan pelantikan Aubrey, Wu akan memberi tumpuan kepada visi dan strategi jangka panjang syarikat itu, sambil kekal terlibat sepenuhnya di dalam operasi bagi Catheon dan SolChicks.

Maklumat mengenai Catheon Gaming
Catheon Gaming ialah syarikat permainan dan hiburan blok rantai bersepadu yang paling pesat berkembang di seluruh dunia, dengan sebuah portfolio yang mengandungi lebih 20 permainan setakat 10 Jun 2022. Francais utama syarikat itu, SolChicks, memasuki pasaran berikutan kejayaan mengumpulkan dana daripada pelbagai pelabur modal teroka, institusi dan rakan pelancaran. Syarikat itu membawa kepakaran teknikal, permainan dan pemasaran bersama-sama dengan berakar umbi yang mendalam di dalam industri blok rantai. Strategi syarikat itu adalah untuk bekerjasama dengan pembangun permainan terkemuka dan pemegang IP untuk membangun dan melancarkan permainan blok rantai yang “terbaik di dalam kelasnya” dan membawa mereka kepada audiens yang seluas-luasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://catheongaming.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16018

FEDEX DAN FOURKITES MENGUMUMKAN PERIKATAN UNTUK MENJADIKAN RANTAIAN BEKALAN BERFUNGSI LEBIH PINTAR

FedEx membuat pelaburan strategik dalam FourKites yang akan dimanfaatkan oleh FourKites untuk membangunkan FourKites X untuk membantu mengubah rantaian bekalan global dengan jumlah cerapan data daripada rangkaian kedua-dua syarikat

CHICAGO dan MEMPHIS, Tenn., 23 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FedEx Corp. (NYSE: FDX) dan syarikat kebolehlihatan rantaian bekalan FourKites hari ini mengumumkan pakatan strategik yang akan menyediakan perniagaan dengan keupayaan kebolehlihatan masa nyata baharu yang lebih teguh untuk membantu menyelesaikan cabaran rantaian bekalan mereka yang paling meluas, menjadi lebih cekap dan membuka peluang pertumbuhan baharu. Peristiwa seperti pandemik COVID-19, isu geopolitik yang berterusan, kesesakan pelabuhan dan gangguan global yang lain telah mendedahkan kerumitan dalam memastikan rantaian bekalan yang saling berkaitan di seluruh dunia berfungsi dan berjalan dengan baik. FedEx dan FourKites bekerjasama untuk menjadikan rantaian bekalan lebih bijak dengan membawa kebolehlihatan yang komprehensif dan sangat terperinci ke dalam operasi berbilang modal dan berbilang pembawa dengan rangkaian yang mendalam dan cerapan yang kaya untuk rangkaian gabungan mereka.

Platform kebolehlihatan masa nyata FourKites telah menyepadukan risikan pada setiap titik rantaian bekalan. Pada masa ini ia menyokong 2.5 juta penghantaran sehari, menghubungkan 50% rantaian bekalan bagi syarikat Fortune 500. Melalui kerjasama ini, FourKites akan menggunakan pembelajaran mesin dan keupayaan kecerdasan buatannya dengan cerapan data daripada rangkaian FedEx – yang menjangkau lebih 220 negara dan wilayah, menghubungkan lebih 99 peratus daripada KDNK dunia, melalui lebih 16.5 juta penghantaran setiap hari – untuk mencipta platform risikan rantaian bekalan hujung ke hujung baharu yang dipanggil FourKites X. FourKites X akan menyediakan alatan dan cerapan untuk membantu pengirim dan pembekal logistik besar mengurangkan kesan cabaran yang berterusan melalui rangkaian tawaran yang terdiri daripada perancangan dinamik dan pra-penghantaran, kepada kebolehlihatan yang dipertingkatkan dan makluman proaktif, untuk membekalkan cerapan pengoptimuman rantaian.

Untuk menyokong perikatan ini dan pelancaran FourKites X, FedEx telah membuat pelaburan strategik dalam FourKites.

"Ini ialah kerjasama yang menarik antara dua peneraju industri dan inovator yang bersatu untuk membuka peluang baharu untuk pelanggan kami," ujar Sriram Krishnasamy, Ketua Pegawai Eksekutif, FedEx Dataworks. "Jika dua tahun lepas telah mengajar kami apa-apa, syarikat perlu bekerjasama untuk bekerja dengan lebih bijak dan pantas. Kerjasama kami dengan FourKites mewujudkan ekosistem data yang akan memberikan tahap kebolehramalan dan kebolehlihatan baharu untuk membantu perniagaan membina rantaian bekalan yang lebih bijak dalam persekitaran perniagaan yang sukar diramal dan rumit hari ini."

"Kami teruja untuk mengumumkan platform inovatif ini dan kerjasama strategik dengan FedEx," ujar Mathew Elenjickal, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif FourKites. "Organisasi kami berkongsi komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kejayaan pelanggan melalui inovasi strategik. Bersama, kami sedang berusaha untuk membuka masa depan rantaian bekalan global, dibina berdasarkan asas data dan pembelajaran mesin untuk menyampaikan nilai baharu kepada rantaian bekalan global tersebut."

FourKites X – Gambaran Lengkap Bagi Operasi Rantaian Bekalan Global

FedEx Dataworks, unit perniagaan dalam FedEx yang memfokuskan untuk menjadikan rantaian bekalan lebih pintar melalui pendekatan sains data yang berkuasa dan keupayaan pembelajaran mesin, akan menyokong pembangunan FourKites bagi platform baharu, FourKites X, yang akan membantu memberikan pelanggan cerapan yang boleh diambil tindakan yang lebih mendalam, ETA yang lebih tepat dan rantaian bekalan yang lebih pintar untuk mengurangkan turun naik rantaian bekalan dan meningkatkan pertumbuhan barisan teratas.

Platform ini direka bentuk untuk membantu pengirim besar dan penyedia logistik mengenal pasti bidang peluang, seperti:
  • Cara ketua pegawai rantaian bekalan boleh menambah baik perancangan untuk menangani rak kosong dan kelembapan pembuatan
  • Cara syarikat boleh menggunakan data untuk menukar krisis rantaian bekalan kepada peluang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan
  • Cara ketua pegawai kewangan boleh mengoptimumkan rantaian bekalan untuk pertumbuhan dan kecekapan
     
"Apabila bercakap tentang data rantaian bekalan, lebih banyak adalah lebih baik," kata Steve Banker, Naib Presiden, Perkhidmatan Rantaian Bekalan di ARC Advisory Group. "Kerjasama antara FourKites dan FedEx adalah luar biasa dalam kedua-dua jumlah data yang akan diagregatkan dan dalam tahap yang boleh meningkatkan masa ketibaan yang diramalkan, perancangan dan banyak lagi. FourKites X boleh menjadi langkah besar ke hadapan untuk pasaran ini."

Pelanggan FourKites X akan dapat menyepadukan platform dengan sistem sedia ada, mereka juga akan dapat menerima keupayaan baharu secara modular dengan sokongan daripada jurutera data, saintis data dan pakar pengalaman pengguna. Penyelesaian FourKites X akan merangkumi aplikasi pra-bina dan papan pemuka intuitif yang akan membolehkan pelanggan membuka kunci perkara seperti makluman cuaca pra-penghantaran dan cerapan rantaian bekalan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FourKites X, klik di sini.

Perihal FedEx Corp.
FedEx Corp. (NYSE: FDX) menyediakan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia dengan portfolio pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan yang luas. Dengan hasil tahunan sebanyak $92 bilion, syarikat itu menawarkan penyelesaian perniagaan bersepadu melalui syarikat operasi yang bersaing secara kolektif, beroperasi secara bekerjasama dan berinovasi secara digital di bawah jenama FedEx yang dihormati. Disenaraikan secara konsisten antara majikan yang paling dikagumi dan dipercayai di dunia, FedEx memberi inspirasi kepada hampir 550,000 pekerjanya untuk kekal fokus pada keselamatan, standard etika dan profesional yang tertinggi, serta keperluan pelanggan dan komuniti mereka. FedEx komited untuk menghubungkan orang dan kemungkinan di seluruh dunia secara bertanggungjawab dan sumber daya, dengan matlamat untuk mencapai operasi neutral karbon menjelang tahun 2040. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati fedex.com/about.

Perihal FourKites®
Platform kebolehlihatan rantaian bekalan global yang terkemuka FourKites® melanjutkan kebolehlihatan melangkaui pengangkutan ke halaman, gudang, kedai dan seterusnya. Menjejaki lebih daripada 2.5 juta kiriman setiap hari merentasi jalan raya, rel, lautan, udara, bungkusan dan kurier, dan menjangkau lebih daripada 200 buah negara, FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa tinggi untuk membantu syarikat mendigitalkan rantaian bekalan hujung ke hujungnya. Lebih daripada 1,000 jenama paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG (barangan pengguna yang dibungkus) teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mengamanahkan FourKites untuk mentransformasikan perniagaannya dan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan mampan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.fourkites.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16017

MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN SOCIETY OF INVESTIGATIVE DERMATOLOGY (SID) UNTUK MENGANUGERAHKAN GERAN PENDIDIKAN KEPADA FELO PENYELIDIK AKADEMIK UNTUK KEMAJUAN DI DALAM PENYELIDIKAN BAGI MENGGALAKKAN KESIHATAN KULIT

Dr. Lucy Gildea, Ph.D., Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains Mary Kay (Foto: Mary Kay Inc.)

DALLAS, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam inovasi penjagaan kulit, baru-baru ini telah menaja dan mendedahkan penerima Geran Penyelidikan Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit Mary Kay mereka yang pertama untuk penyelidik yang menjalankan kajian perintis, berinovatif di dalam kesihatan kulit dan penyakit kulit pada Mesyuarat Tahunan Society for Investigative Dermatology (SID) 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220623005229/en/

“Sebagai sebuah peneraju selama beberapa dekad di dalam inovasi kosmetik dan penjagaan kulit global, Mary Kay kekal komited untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Inovasi, Produk dan Sains Mary Kay, pada majlis itu. “Kami juga mempunyai satu komitmen yang teguh untuk menghasilkan produk berkualiti paling tinggi dan menjalankan penyelidikan sains kulit yang berinovatif. Kami mengiktiraf bahawa kerjasama adalah penting kepada penemuan baharu, dan perkongsian dengan komuniti saintifik, perubatan dan akademik merupakan kerjasama penting—sebab itulah kami teruja untuk menganugerahkan geran saintifik ini.”

Geran Penyelidikan Kesihatan Kulit/Penyakit Kulit Mary Kay itu telah diumumkan pada mesyuarat tahun lepas dengan kerjasama SID. Geran sebanyak $25,000 itu akan diberikan kepada empat orang penyelidik yang menjalankan usaha luar biasa di dalam penyelidikan kulit bagi mendedahkan perspektif baharu dan strategi penciptaan. Dalam beberapa bulan selepas mesyuarat SID 2021, syarikat itu telah menerima permohonan daripada saintis di seluruh negara itu.

Empat penerima geran itu yang akhirnya dipilih adalah:

· Dr. Allison C. Billi, MD, Ph.D., dan Penolong Profesor di Jabatan Dermatologi di Universiti Michigan. Matlamat penyelidikan utama Dr. Billi adalah untuk memahami “apa yang mendorong penuaan foto.” Geran itu akan membiayai penyelidikan untuk mengenal pasti laluan yang boleh disasarkan yang membantu mencegah atau berpotensi menterbalikkan kesan daripada penuaan foto.
· Dr. Angel S. Byrd, MD, Ph.D. dan Penolong Profesor di Kolej Perubatan Universiti Howard dan Penolong Profesor Adjung di JHUSOM (Jabatan Dermatologi). Usaha Dr. Byrd memberi tumpuan kepada asas genetik bagi melasma. Geran ini akan membiayai penyelidikan untuk membantu menemui punca genetik melasma yang tidak diketahui untuk mereka bentuk pilihan rawatan yang dikhususkan.
· Dr. Mae Alexandra Carpenter, Ph.D. Pelatih di Universiti Negeri Wright. Usaha Dr. Carpenter meneroka cara bagaimana zarah yang mengandungi DNA yang rosak dibebaskan dan cara ia mengaktifkan laluan keradangan. Pembiayaan penyelidikan ini akan membantu membangunkan pendekatan terapeutik baharu untuk mengurangkan fotosensitiviti UVB di dalam penyakit autoradang.
· Dr. Jennifer Powers, MD dan Profesor Madya Klinikal di Jabatan Dermatologi di Universiti Iowa. Dr. Powers berminat di dalam pengaruh mikrobiom dan persekitaran penyembuhan pada penyembuhan luka dan pembentukan parut. Pembiayaan untuk penyelidikan ini akan membantu memahami bagaimana sistem imun dan mikrobiota berinteraksi untuk mengubah suai pembentukan parut daripada ulser dan luka pembedahan.

“Tahniah kepada setiap penerima bagi anugerah geran 2022 kami,” kata Dr. Gildea. “Individu ini telah dipilih dengan teliti dengan kerjasama Society for Investigative Dermatology—dan kami sangat teruja untuk menyokong penyelidikan mereka.”

Penajaan dan geran itu yang diumumkan di SID merupakan usaha terbaharu Mary Kay untuk mengukuhkan komitmen syarikat itu selama ini untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Mary Kay memegang lebih daripada 1,600 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio global mereka.

MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN SOCIETY OF INVESTIGATIVE DERMATOLOGY (SID) UNTUK MENGANUGERAHKAN GERAN PENDIDIKAN KEPADA FELO PENYELIDIK AKADEMIK UNTUK KEMAJUAN DI DALAM PENYELIDIKAN BAGI MENGGALAKKAN KESIHATAN KULIT

Thursday, June 23, 2022

G20 KOMITED UNTUK MEMBIAYAI TINDAK BALAS YANG LEBIH BAIK TERHADAP PANDEMIK

 JAKARTA, Indonesia, 22 Jun, 2022 /Agensi Berita Antara-AsiaNet/ --


Ahli-ahli G20 dan beberapa organisasi antarabangsa yang berkaitan telah bersetuju untuk bekerjasama dalam mewujudkan Tabung Perantara Kewangan (FIF) untuk membantu negara-negara yang memerlukan bagi menghadapi sebarang pandemik pada masa hadapan.
 
Semasa Mesyuarat Bersama Menteri Kewangan dan Kesihatan G20 yang pertama yang diadakan di Yogyakarta pada Selasa, Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani menekankan betapa pentingnya kerjasama itu di antara sektor kesihatan dan kewangan untuk lebih bersedia menghadapi pandemik di masa hadapan, memandangkan COVID-19 tidak mungkin menjadi yang terakhir.

“Dunia sudah pasti memerhati kita—bagaimana G20 akan bertindak balas dengan menyampaikan tindakan konkrit dalam kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik. Dunia sedang menunggu kita,” kata Mulyani.

Selain itu, beliau juga menegaskan pentingnya keterangkuman di dalam kerja FIF, yang diketuai bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia, yang memerlukan penglibatan negara-negara maju dan membangun.

“Hanya dengan itu, kita boleh berkesan di dalam persediaan untuk menangani bersama pandemik global seterusnya,” kata Mulyani.

“Saya ingin mengiktiraf peranan utama WHO dalam memerangi pandemik dan pentingnya untuk memasukkan suara negara-negara membangun di dalam susunan institusi kita untuk mewujudkan sistem yang paling berkesan bagi kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik,” kata beliau.

WHO dan Bank Dunia menganggarkan bahawa AS$31 bilion diperlukan setiap tahun untuk mengukuhkan keselamatan kesihatan global, menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Kira-kira dua pertiga daripada dana itu boleh datang daripada sumber sedia ada tetapi ia meninggalkan jurang sebanyak AS$10 bilion setahun. Justeru, beliau menjangkakan bahawa FIF akan membantu untuk merapatkan jurang itu.

WHO dan Bank Dunia telah bekerjasama untuk menubuhkan FIF, yang akan diselia oleh sebuah lembaga yang mengambil keputusan mengenai peruntukan pembiayaan yang disokong oleh sebuah panel penasihat teknikal.

Kedua-dua lembaga dan panel penasihat teknikal itu akan disokong oleh sekretariat bersama WHO-WB yang berpangkalan di ibu pejabat Bank itu di Washington, dengan kakitangan sokongan dari WHO.

Menurut rancangan itu, Bank berkenaan akan menyediakan kepimpinan kewangan dan pentadbiran di sekretariat itu, beroperasi sebagai sebuah wakil untuk FIF, memegang dan memindahkan dana bantuan, serta menyediakan perkhidmatan pentadbiran.

Sementara itu, WHO akan menyediakan kepimpinan teknikal; menyelaraskan input bagi panel penasihat teknikal; dan menyediakan dokumentasi teknikal yang berkaitan, cadangan dan laporan untuk majlis itu.

Kedua-dua Bank Dunia dan WHO akan bertindak sebagai entiti pelaksana, bersama dengan rakan-rakan kesihatan global yang lain yang mempunyai kepakaran berkaitan, termasuk Dana Global, Perikatan Global untuk Vaksin dan Imunisasi (GAVI), dan Gabungan bagi Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI).

“Kami mengharapkan penyertaan aktif anda di dalam membina dan membiayai sebuah FIF yang inklusif, saksama dan berkesan dalam menjadikan dunia kita lebih selamat daripada pandemik,” kata Tedros.

Sehingga kini, G20 telah mendesak bagi satu komitmen pengumpulan dana kecemasan sekitar AS$1.1 bilion daripada lima negara anggota dan sebuah organisasi sosial antarabangsa untuk menggerakkan peranan FIF.

Ikrar itu datang dari Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jerman, Indonesia, Singapura, dan Wellcome Trust.

Selain itu, Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin menyatakan bahawa pertemuan itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada FIF sebagai sumber dana untuk menghadapi pandemik di masa hadapan, tetapi dunia juga harus memikirkan tentang penggunaan dana itu.

“Ini adalah kerana wang adalah (hanya) separuh daripada penyelesaian untuk krisis kesihatan. Kita perlu menterjemahkan wang ini kepada akses kepada vaksin, ubat-ubatan dan peralatan diagnostik,” kata beliau pada satu sidang media selepas mesyuarat bersama peringkat menteri itu.

Bagi mewujudkan akses sedemikian, beliau menjelaskan, penglibatan dengan sektor swasta sebagai pengeluar vaksin, terapeutik dan diagnostik adalah penting.

“Kita perlu berunding dengan mereka, untuk melibatkan mereka. Bagaimana mereka boleh mengekalkan satu komitmen volum yang tertentu? Bagaimana kemudian kita dapat mengagihkan secara sama rata dan cepat jika pandemik seterusnya berlaku?” ujar beliau.

Penubuhan FIF itu masih di peringkat perbincangan yang akan diteruskan pada mesyuarat G20 akan datang, yang dianjurkan tahun ini oleh Indonesia.

Bagaimanapun, sebagai Presiden G20, Indonesia akan terus mengumpulkan sebanyak mungkin sokongan daripada lebih banyak negara serta sebuah organisasi antarabangsa, malahan dermawan, agar mereka dapat menyumbang kepada bahagian pembiayaan bagi kesiapsiagaan dan tindak balas pandemik.
 
Sumber: Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16015

Monday, June 20, 2022

NANSHA DI CHINA MENYUNTIK DORONGAN BAHARU KE DALAM PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM GBA

GUANGZHOU, China, 20 Jun, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Majlis Negara China telah mengeluarkan satu pelan keseluruhan untuk menggalakkan kerjasama yang menyeluruh di antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dengan memperdalamkan lagi keterbukaan di daerah Nansha di wilayah Guangdong, China Selatan, demikian menurut satu pekeliling yang dikeluarkan pada 14 Jun.

Nansha akan meningkatkan kerjasama sedemikian untuk membinanya menjadi sebuah pusat bagi kepentingan strategik yang bekerjasama dengan Hong Kong dan Macau dan memberi manfaat kepada Kawasan Greater Bay (GBA) dan seterusnya, kata pekeliling itu. Daerah itu bersedia untuk memacukan lagi kerjasama dan keterbukaan di dalam GBA ketika ia menerima satu peluang untuk berkembang daripada pusat geografi rantau itu kepada satu peranan fungsian utama.

Daerah itu bersambung dengan ketara kepada kluster bandar di GBA kerana ia berfungsi sebagai satu-satunya gerbang masuk Guangzhou ke laluan laut. “Kira-kira 38 batu nautika dari Hong Kong dan 41 batu nautika dari Macau, Nansha boleh dihubungkan ke 11 bandar raya GBA dan lapangan terbang antarabangsa Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong dalam satu radius 100 kilometer,” kata Dong Ke, datuk bandar bagi Nansha. Daerah itu telah menempatkan bangunan bagi satu “bulatan pengangkutan setengah jam” pada satu laluan pantas sejak bermulanya pembinaan GBA itu. Ia menyediakan asas yang lebih kukuh untuk kerjasama dengan Hong Kong dan Macau bagi membangunkan Nansha menjadi pintu bagi keterbukaan peringkat tinggi, menurut Kerajaan Rakyat Daerah Nansha bagi Bandar raya Guangzhou.

Trak kontena berwarna ulang-alik ke seluruh kawasan Pelabuhan Nansha yang didominasi oleh dengungan bunyi kren. Pada tahun 2021, pelabuhan itu menjadi satu daripada pelabuhan paling sibuk di dunia, yang menyaksikan sehingga 17.66 juta TEU kontena dihantar merentasi rangkaian perdagangan asing mereka yang terdiri daripada 135 laluan laut. Pada 30 Mei, 2022, sebuah kereta api barang China-Eropah berlepas dari Pelabuhan Nansha, satu langkah yang menandakan penyepaduan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dengan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Sistem pengangkutan rel-air-jalan raya pelbagai mod itu telah dimungkinkan oleh operasi Kereta Api Pelabuhan Nansha, kata Song Xiaoming, naib pengurus besar bagi Syarikat Pelabuhan Guangzhou, sambil menambah bahawa satu peningkatan di dalam perkhidmatan kereta api barang China-Eropah menempatkan daerah itu pada kedudukan yang lebih baik untuk menyokong GBA dalam membina Belt and Road dan bagi berhubungan dengan seluruh dunia.

NANSHA DI CHINA MENYUNTIK DORONGAN BAHARU KE DALAM PEMBUKAAN DAN KERJASAMA DI DALAM GBA

Saturday, June 18, 2022

MYTHICAL GAMES MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN PENERBIT PERMAINAN TERKEMUKA KOREA SELATAN KAKAO GAMES SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PENGEMBANGAN APAC

Mythical akan menyertai majlis tadbir urus bagi platform blok rantai Kakao Games dan ekosistem Lapisan 2 BORA untuk menyokong pertumbuhan bagi permainan main untuk peroleh di Asia

LOS ANGELES, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Studio permainan blok rantai generasi akan datang Mythical Games telah mengumumkan satu perkongsian dengan Kakao Games, penerbit terkemuka Korea Selatan bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Melangkah ke hadapan, Mythical akan menyepadukan dan menyokong BORANETWORK – sebuah sekutu bagi Kakao Games dan blok rantai proprietari mereka serta ekosistem lapisan 2 – ketika kedua-dua entiti meneruskan pengembangan mereka di Asia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220616005337/en/

Ekosistem Web3 Mythical Games membolehkan pemain, pencipta dan artis untuk menikmati satu pengalaman permainan tanpa geseran melalui pemilikan satu koleksi permainan digital. Pada awal bulan ini, Mythical mengumumkan satu perkongsian yang pertama seumpamanya dengan NFL untuk mengeluarkan permainan liga yang pertama yang berasaskan blok rantai. Permainan utama mereka, Blankos Block Party, baru-baru ini bekerjasama dengan jenama fesyen Burberry dan artis muzik elektronik Deadmau5.

Sebagai tambahan kepada penyepaduan itu, Mythical akan menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA, satu peristiwa penting bagi kedua-dua pihak ketika mereka terus berkembang ke pasaran global.

Rudy Koch, Pengasas Bersama di Mythical Games, berkata, “Kami sangat teruja untuk menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA itu. Kami melihat BORA bukan sahaja sebagai satu blok rantai generasi akan datang, tetapi juga sebagai sebuah peneraju di dalam membawa hiburan ke Web3 di Korea – memberikan mereka satu kelebihan unik yang tiada protokol lain mempunyainya. Dengan pengembangan Mythical ke Seoul pada awal tahun ini, kami berminat untuk menyelaraskan secara strategik dengan pemimpin di rantau itu.”

BORANETWORK CBO Young-joon Lim berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Mythical Games dan mengalu-alukan penyertaan mereka di BORA. Mythical Games adalah sebuah perintis dan berpandangan jauh dalam Web3 membina ekonomi permainan ‘bermain dan peroleh’,” dan menambah, “Kami akan meneroka peluang promosi bersilang dan kerjasama yang berpotensi untuk mewujudkan sinergi di antara setiap platform.”

Maklumat mengenai Mythical Games

Diiktiraf oleh Syarikat-syarikat Teknologi Disruptif Forbes Untuk Diperhatikan pada tahun 2019 dan Idea Perubahan Dunia Syarikat Pantas 2021, Mythical ialah sebuah syarikat teknologi permainan generasi akan datang yang mencipta sebuah ekosistem permainan Web3 dengan memanfaatkan teknologi blok rantai dan NFT yang boleh dimainkan untuk peranti yang membolehkan pemain, pencipta, artis, jenama, dan pembangun permainan untuk menjadi pemegang kepentingan dan pemilik dalam ekonomi permainan “bermain dan peroleh” baharu.

Diketuai oleh veteran industri permainan, pasukan itu pakar di dalam membina permainan di sekitar ekonomi milik pemain dan telah membantu membangunkan francais utama termasuk Call of Duty, World of Warcraft, Guitar Hero, DJ Hero, Marvel Strike Force dan Skylanders.

Mythical Platform melindungi pemain yang mungkin baharu kepada blok rantai melalui sebuah dompet penjagaan untuk item digital mereka, sambil membenarkan pemain yang lebih maju dengan kebebasan untuk menghubungkan dompet mereka sendiri melalui jambatan di antara Mythical Chain dan mainnet awam. Dengan tumpuan mereka “mengutamakan pemain”, Platform Mythical memastikan pemain tidak perlu menyelami ke dalam selok-belok blok rantai untuk menikmati pemilikan bagi koleksi digital mereka dan mempunyai satu pengalaman permainan yang hebat.

Maklumat mengenai Kakao Games

Kakao Games ialah sebuah penerbit terkemuka bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Diasaskan pada tahun 2016, ia bertanggungjawab untuk menerbitkan pelbagai permainan, termasuk  PlayerUnknown's Battlegrounds dari Krafton (tersedia di Korea), Guardian Tales dari Kong Studios (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Oceania), Moonlight Sculptor dari XL Games (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah dan Taiwan), dan tambahan terbaharu mereka, 'Odin: Valhalla Rising' dari Lion Heart Studio (tersedia di Korea dan Taiwan). Kakao Games mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran blok rantai dan ekosistem permainan Web3.

Maklumat mengenai METABORA

METABORA adalah sebuah ahli gabungan Kakao Games dan syarikat induk bagi BORANETWORK yang memberi tumpuan kepada pembangunan permainan dan ekosistem permainan berasaskan blok rantai. Portfolio mereka termasuk permainan mudah alih seperti ‘Friends Popcorn’, ‘Friends Town’ dan ‘Friends Shot’ berdasarkan pada harta intelek (IP) Kakao Friends. METABORA sedang mengembangkan platform mereka melangkaui permainan tradisional untuk menumpukan kepada pembangunan teknologi blok rantai dan Metaverse. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16000

SUMO LOGIC DINAMAKAN SEBAGAI PENCABAR DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ FOR APPLICATION PERFORMANCE MONITORING AND OBSERVABILITY

REDWOOD CITY, Calif., 17 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analitik SaaS untuk mendayakan aplikasi yang boleh dipercayai dan selamat asli-awan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan bagi kali pertama dan diletakkan oleh Gartner dalam Challengers Quadrant bagi 2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability.1

“Kami percaya bahawa posisi kami sebagai Pencabar ialah bukti kepada kemampuan Sumo Logic untuk membekalkan peralatan asli-awan kepada perusahaan untuk memberikan pengalaman digital yang boleh dipercayai mengikut skala,” kata Erez Barak, NP Pembangunan Produk bagi Pemerhatian di Sumo Logic. “Pemerhatian tindanan penuh bermula dengan meringkaskan cara log, metrik dan surih dikumpulkan untuk memberikan setiap kelebihan yang tersedia untuk menguruskan aplikasi moden kepada organisasi.”

Sebagai platform analitik SaaS asli-awan, Sumo Logic mengubah data yang dijana mesin, termasuk log, metrik, dan surih, menjadi wawasan waktu nyata. Platform ini menangani kerumitan transformasi digital, aplikasi moden dan pemindahan awan dengan membantu pelanggan menjamin kebolehpercayaan aplikasi dan menguruskan serta mengoptimisasikan infrastruktur multi-awan.

Sambung Barak, “Strategi kami untuk menerima sumber terbuka dan mengasaskan OpenTelemetry sebagai standard pengumpulan kami, serta memberi pelanggan kuasa untuk mengawal kos data – dikukuhkan oleh warisan asli-awan kami – hanyalah beberapa contoh perkara yang membezakan kami dalam industri ini serta mengukuhkan kedudukan kami dalam pengurusan aplikasi moden dan kebolehperhatian tindanan penuh.”

Kuadran Pencabar APM dan Kebolehperhatian terdiri dari vendor dengan capaian pasaran yang luas dan penggunaan besar-besaran. Vendor dalam kuadran ini biasanya mempunyai kebolehan pelaksanaan yang kuat dan jualan yang banyak serta kehadiran jenama yang dihimpunkan dari syarikat secara keseluruhannya, jika bukan secara langsung dari aktivitinya yang berkaitan-APM. Sesetengah vendor sebelum ini mungkin telah menjadi antara pencapai prestasi tertinggi dalam pasaran dan, kerana itu, menawarkan portfolio produk yang luas. Vendor dalam kuadran ini boleh mengubah tawaran produk dan fokus pasaran mereka. Dalam kes-kes tertentu, tawaran APM mereka sering diposisikan sebagai elemen penyelesaian lebih besar yang mungkin menjangkaui luar batasan ITOM.

Laporan “2022 Magic Quadrant for Application Performance Monitoring and Observability,” tersedia untuk muat turun:
https://www.sumologic.com/brief/gartner-apm-and-observability-magic-quadrant/

Perihal Kebolehperhatian Sumo Logic
[1] Gartner, “Application Performance Monitoring and Observability Magic Quadrant,” Padraig Byrne, Gregg Siegfried, Mrudula Bangera, Jun 7, 2022.

Penafian Gartner:
Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya dalam A.S. dan antarabangsa serta digunakan dalam ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.

Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemiliknya masing-masing.

Sebarang maklumat mengenai tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian lain, termasuk tarikh keluaran, tertakluk pada perubahan tanpa notis. Pembangunan, keluaran dan masa bagi mana-mana tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian yang diterangkan di sini kekal mengikut budi bicara mutlak Sumo Logic dan tidak boleh bergantung padanya untuk membuat keputusan mengenai pembelian, mahu pun sebagai representasi, jaminan atau komitmen untuk menyampaikan tawaran, kemas kini, kefungsian atau pengubahsuaian khusus pada masa hadapan. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16001

Friday, June 17, 2022

PENYELIDIKAN BAHARU MCKINSEY & COMPANY MENUNJUKKAN METAVERSE BOLEH MENINGKAT SEHINGGA $5 TRILION DALAM NILAI MENJELANG 2030

Laporan 'Penciptaan Nilai dalam Metaverse mengkaji kesan global metaverse yang besar di seluruh sektor dan perniagaan utama

NEW YORK dan LONDON dan PARIS, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 McKinsey & Company mengeluarkan laporan baharunya “Penciptaan nilai dalam metaverse,” yang menunjukkan metaverse mungkin terlalu besar untuk diabaikan. Ramalan awal McKinsey menunjukkan metaverse berpotensi meningkat sehingga $5 trilion dalam nilai menjelang tahun 2030. Ramalan itu menunjukkan e-dagang sebagai kuasa ekonomi terbesar ($2.6 trilion), mendahului sektor seperti pembelajaran maya ($270 bilion), pengiklanan ($206 bilion) dan permainan ($125 bilion).

Memandangkan syarikat daripada semua bentuk dan saiz yang berbeza ingin memasuki metaverse, laporan yang luas ini memberikan pandangan yang jelas tentang metaverse tersebut dan bukan, perkara yang dilakukan oleh penggerak pertama, perkara yang menyemarakkan pelaburan dan potensi untuk syarikat pengguna dan B2B.

Laporan itu membina berbilang cerapan dan analisis proprietari, termasuk tinjauan ke atas lebih daripada 3,400 pengguna dan eksekutif terhadap penggunaan metaverse, potensinya dan kemungkinan kesannya ke atas tingkah laku. Penyelidik turut menemu bual pembina metaverse dan pakar industri.

“Metaverse mewakili titik infleksi strategik untuk syarikat, dan ia memberikan peluang besar untuk mempengaruhi cara kita hidup, berhubung, belajar, berinovasi dan bekerjasama,” ujar Eric Hazan, rakan kongsi kanan, McKinsey & Company. “Cita-cita kami adalah untuk membantu ketua bagi kedua-dua syarikat pengguna dan B2B agar lebih memahami kuasa dan potensinya, mengenal pasti imperatif strategik dan bertindak sebagai kuasa untuk evolusinya.”

Perkara yang menyemarakkan pelaburan metaverse
Pada tahun ini, syarikat, modal usaha niaga dan firma ekuiti swasta telah melabur lebih daripada $120 bilion dalam metaverse—lebih dua kali ganda daripada $57 bilion yang dilaburkan sepanjang tahun lepas.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong keghairahan pelabur ini:
  • kemajuan teknologi yang berterusan di seluruh infrastruktur yang diperlukan untuk menggerakkan metaverse
  • angin belakang demografi
  • pemasaran dan penglibatan jenama yang semakin diterajui pengguna
  • meningkatkan kesediaan pasaran apabila pengguna meneroka versi metaverse hari ini, yang sebahagian besarnya didorong oleh permainan manakala aplikasi muncul dalam pergaulan, kecergasan, perdagangan, pembelajaran maya dan kegunaan lain
Sudah, lebih daripada tiga bilion pemain di seluruh dunia mempunyai akses kepada versi metaverse yang berbeza.

“Walaupun idea untuk menyambung secara maya telah dibuat selama beberapa dekad, kini idea itu menjadi semakin nyata, bermakna orang sebenar menggunakannya dan membelanjakan wang sebenar dan syarikat sedang bertaruh besar,” kata Lareina Yee, rakan kongsi kanan, McKinsey & Company. “Namun minat yang berkembang pesat ini telah menyukarkan untuk memisahkan gembar-gembur daripada realiti. Perlu diingat bahawa walaupun kemunculan ledakan dot-com pertama mengakibatkan kehilangan banyak syarikat, internet itu sendiri berubah dari kekuatan ke kekuatan, menghasilkan peserta baharu.”

Pengguna sudah terlibat dalam metaverse
Pengguna sudah ada. Penyelidikan McKinsey menunjukkan pengguna teruja dengan peralihan kehidupan ke metaverse, dengan hampir enam daripada sepuluh (59%) pengguna memilih sekurang-kurangnya satu pengalaman metaverse daripada alternatif fizikalnya.

Antara pengguna tersebut, jenis aktiviti tertentu menonjol sebagai yang paling disukai dalam dunia yang mengasyikkan ini:
  • membeli-belah—membeli barangan fizikal atau maya (79%)
  • menghadiri acara sosial maya atau bermain permainan sosial (78%)
  • bersenam menggunakan realiti maya (76%)
Pemimpin kanan percaya metaverse akan memberi kesan yang ketara kepada industri mereka
Pemimpin perniagaan melihat potensi metaverse untuk memacu impak dan pertumbuhan margin. Sembilan puluh lima peratus pemimpin berkata mereka menjangkakan metaverse akan memberi kesan positif kepada industri mereka dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, dengan 31 peratus mengatakan metaverse secara asasnya akan mengubah cara industri mereka beroperasi. Lebih ketara, satu perempat daripada pemimpin menjangkakan teknologi metaverse akan memacu lebih daripada 15 peratus daripada jumlah pertumbuhan margin organisasi mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Metaverse telah meletakkan kami di puncak gelombang gangguan digital seterusnya,” kata Tarek Elmasry, rakan kongsi kanan, McKinsey & Company. “Ia transformatif. Metaverse berkemungkinan besar akan memberi kesan besar kepada kehidupan komersial dan peribadi kita, itulah sebabnya perniagaan, penggubal dasar, pengguna dan rakyat mungkin ingin meneroka dan memahami seberapa banyak yang mereka boleh tentang fenomena ini, teknologi yang akan menyokongnya, dan kesan yang mungkin ada untuk ekonomi kita dan masyarakat yang lebih luas.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membaca laporan penuh, sila klik di sini.

Perihal laporan
McKinsey meninjau lebih daripada 3,400 pengguna dan eksekutif kanan di seluruh Asia–Pasifik, China, Eropah dan Amerika Syarikat untuk mendapatkan cerapan tentang tabiat pengguna metaverse semasa—motivasi mereka, perkara yang mereka lakukan dan perkara yang mereka harapkan untuk dilakukan. Dalam menganalisis potensi penciptaan nilai metaverse dan jumlah landskap pelaburan, kami mengkaji pemacu aktiviti dalam kalangan syarikat utama, modal teroka dan dana ekuiti persendirian. Kami meneliti kemungkinan kesan metaverse pada sektor yang paling berkait rapat dengan teknologi dan penggunaannya, menambah kerja kami dengan penyelidikan tambahan, kajian kes dan contoh dunia sebenar. Laporan itu juga termasuk analisis mendalam terhadap lima industri: pakaian, fesyen dan kemewahan; barangan pembungkusan pengguna; perkhidmatan kewangan; runcit dan telekomunikasi, media serta teknologi.

Perihal McKinsey & Company
McKinsey & Company ialah sebuah firma perunding pengurusan global yang komited untuk membantu organisasi merealisasikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif. Kami bekerjasama dengan pelanggan di seluruh sektor swasta, awam dan sosial untuk menyelesaikan masalah yang kompleks dan mencipta perubahan positif untuk semua pemegang saham mereka. Kami menggabungkan strategi berani dan teknologi transformatif untuk membantu organisasi berinovasi dengan lebih mampan, mencapai keuntungan berkekalan dalam prestasi dan membina tenaga kerja yang akan berkembang maju dalam generasi ini dan seterusnya.

Perihal Pertumbuhan, Pemasaran & Jualan, McKinsey & Company
Misi amalan Pertumbuhan, Pemasaran & Jualan McKinsey adalah untuk membantu pemimpin kedua-dua pelanggan pelanggan dan perniagaan-ke-perniagaan mencipta Pertumbuhan Yang Penting melalui transformasi bermakna dan keuntungan yang didorong oleh pemasaran. Amalan ini membantu pelanggannya menetapkan hala tuju strategik mereka, membangunkan keupayaan pemasaran dan jualan mereka serta menghubungkan organisasi mereka untuk merealisasikan potensi penuh peluang saluran semua arah hari ini. Pelanggan mendapat manfaat daripada pengalaman McKinsey dalam bidang teras pertumbuhan, pemasaran dan jualan seperti strategi pertumbuhan, penjenamaan, cerapan pelanggan, ROI pemasaran, pemasaran digital, CLM, harga dan pengurusan jualan dan saluran. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15997