Saturday, June 18, 2022

MYTHICAL GAMES MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN PENERBIT PERMAINAN TERKEMUKA KOREA SELATAN KAKAO GAMES SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PENGEMBANGAN APAC

Mythical akan menyertai majlis tadbir urus bagi platform blok rantai Kakao Games dan ekosistem Lapisan 2 BORA untuk menyokong pertumbuhan bagi permainan main untuk peroleh di Asia

LOS ANGELES, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Studio permainan blok rantai generasi akan datang Mythical Games telah mengumumkan satu perkongsian dengan Kakao Games, penerbit terkemuka Korea Selatan bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Melangkah ke hadapan, Mythical akan menyepadukan dan menyokong BORANETWORK – sebuah sekutu bagi Kakao Games dan blok rantai proprietari mereka serta ekosistem lapisan 2 – ketika kedua-dua entiti meneruskan pengembangan mereka di Asia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220616005337/en/

Ekosistem Web3 Mythical Games membolehkan pemain, pencipta dan artis untuk menikmati satu pengalaman permainan tanpa geseran melalui pemilikan satu koleksi permainan digital. Pada awal bulan ini, Mythical mengumumkan satu perkongsian yang pertama seumpamanya dengan NFL untuk mengeluarkan permainan liga yang pertama yang berasaskan blok rantai. Permainan utama mereka, Blankos Block Party, baru-baru ini bekerjasama dengan jenama fesyen Burberry dan artis muzik elektronik Deadmau5.

Sebagai tambahan kepada penyepaduan itu, Mythical akan menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA, satu peristiwa penting bagi kedua-dua pihak ketika mereka terus berkembang ke pasaran global.

Rudy Koch, Pengasas Bersama di Mythical Games, berkata, “Kami sangat teruja untuk menyertai jawatankuasa validator dan tadbir urus nod BORA itu. Kami melihat BORA bukan sahaja sebagai satu blok rantai generasi akan datang, tetapi juga sebagai sebuah peneraju di dalam membawa hiburan ke Web3 di Korea – memberikan mereka satu kelebihan unik yang tiada protokol lain mempunyainya. Dengan pengembangan Mythical ke Seoul pada awal tahun ini, kami berminat untuk menyelaraskan secara strategik dengan pemimpin di rantau itu.”

BORANETWORK CBO Young-joon Lim berkata, “Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Mythical Games dan mengalu-alukan penyertaan mereka di BORA. Mythical Games adalah sebuah perintis dan berpandangan jauh dalam Web3 membina ekonomi permainan ‘bermain dan peroleh’,” dan menambah, “Kami akan meneroka peluang promosi bersilang dan kerjasama yang berpotensi untuk mewujudkan sinergi di antara setiap platform.”

Maklumat mengenai Mythical Games

Diiktiraf oleh Syarikat-syarikat Teknologi Disruptif Forbes Untuk Diperhatikan pada tahun 2019 dan Idea Perubahan Dunia Syarikat Pantas 2021, Mythical ialah sebuah syarikat teknologi permainan generasi akan datang yang mencipta sebuah ekosistem permainan Web3 dengan memanfaatkan teknologi blok rantai dan NFT yang boleh dimainkan untuk peranti yang membolehkan pemain, pencipta, artis, jenama, dan pembangun permainan untuk menjadi pemegang kepentingan dan pemilik dalam ekonomi permainan “bermain dan peroleh” baharu.

Diketuai oleh veteran industri permainan, pasukan itu pakar di dalam membina permainan di sekitar ekonomi milik pemain dan telah membantu membangunkan francais utama termasuk Call of Duty, World of Warcraft, Guitar Hero, DJ Hero, Marvel Strike Force dan Skylanders.

Mythical Platform melindungi pemain yang mungkin baharu kepada blok rantai melalui sebuah dompet penjagaan untuk item digital mereka, sambil membenarkan pemain yang lebih maju dengan kebebasan untuk menghubungkan dompet mereka sendiri melalui jambatan di antara Mythical Chain dan mainnet awam. Dengan tumpuan mereka “mengutamakan pemain”, Platform Mythical memastikan pemain tidak perlu menyelami ke dalam selok-belok blok rantai untuk menikmati pemilikan bagi koleksi digital mereka dan mempunyai satu pengalaman permainan yang hebat.

Maklumat mengenai Kakao Games

Kakao Games ialah sebuah penerbit terkemuka bagi permainan dalam talian dan mudah alih. Diasaskan pada tahun 2016, ia bertanggungjawab untuk menerbitkan pelbagai permainan, termasuk  PlayerUnknown's Battlegrounds dari Krafton (tersedia di Korea), Guardian Tales dari Kong Studios (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Oceania), Moonlight Sculptor dari XL Games (tersedia di Korea, Amerika Utara, Eropah dan Taiwan), dan tambahan terbaharu mereka, 'Odin: Valhalla Rising' dari Lion Heart Studio (tersedia di Korea dan Taiwan). Kakao Games mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran blok rantai dan ekosistem permainan Web3.

Maklumat mengenai METABORA

METABORA adalah sebuah ahli gabungan Kakao Games dan syarikat induk bagi BORANETWORK yang memberi tumpuan kepada pembangunan permainan dan ekosistem permainan berasaskan blok rantai. Portfolio mereka termasuk permainan mudah alih seperti ‘Friends Popcorn’, ‘Friends Town’ dan ‘Friends Shot’ berdasarkan pada harta intelek (IP) Kakao Friends. METABORA sedang mengembangkan platform mereka melangkaui permainan tradisional untuk menumpukan kepada pembangunan teknologi blok rantai dan Metaverse. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16000

No comments:

Post a Comment