Friday, June 3, 2022

CABARAN GAYA DITERIMA: STEP & REPEAT KEMBALI KE TIKTOK BERSAMA HOS PENGGAYA SELEBRITI ZADRIAN SMITH

Zadrian Smith, Penggaya Selebriti (Foto: Mary Kay Inc.)

Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio mengumumkan musim kedua bagi pertandingan gaya itu yang menghimpunkan peminat fesyen di seluruh dunia

SEATTLE & LOS ANGELES, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pelawaan kepada semua model—landasan maya menanti anda! Step & Repeat, pertandingan gaya dan fesyen yang pertama kali dilancarkan di TikTok, kembali untuk musim kedua pada 7 Jun. Tahun lepas, Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio telah melancarkan pertandingan realiti fesyen itu yang menjangkau ke jutaan pengguna di seluruh dunia. Sekarang, cabaran gaya selama empat minggu itu kembali dan menjanjikan untuk menjadi fesyen ekstravaganza yang kita semua nanti-nantikan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220602005868/en/

Penggaya Selebriti Zadrian Smith (pelanggan termasuk: Ariana DeBose, Naama Preis, Naomi Scott) menjadi hos Step & Repeat dengan tiga orang pengadil dan kesayangan industri: penggaya selebriti Tara Swennen (pelanggan termasuk: Kristen Stewart, Matthew McConaughey), penggaya selebriti Nicole Chavez (pelanggan termasuk: Kristen Bell, Jessica Simpson), dan penggaya rambut selebriti Larry Sims (pelanggan termasuk: Victoria Beckham, Queen Latifah).

Setiap minggu, hos Zadrian Smith akan mengumumkan satu cabaran yang berasaskan tema bagi pengguna TikTok untuk mempamerkan kreativiti mereka melalui busana, solekan dan rambut. Pengadil selebriti bagi rancangan itu akan berduet penampilan terbaik dari seluruh dunia dan mengundi untuk pemenang dalam setiap kategori. Peserta diminta untuk menggabungkan bunyi tersuai rancangan itu, “Step & Repeat” dan tanda pagar, #stepandrepeat, #glamhive, dan #marykay untuk memasukkan video mereka ke dalam pertandingan itu. Bagi setiap cabaran akan ada tiga orang pemenang, yang dipilih sendiri oleh pengadil, yang akan menerima hadiah wang tunai serta satu jam pertemuan satu dengan satu dengan seorang mentor industri.

Pada penghujung empat minggu itu, Step & Repeat akan mengumumkan seorang pemenang keseluruhan untuk setiap kategori, dengan menobatkan mereka dengan yang terbaik di dalam busana, solekan dan rambut berdasarkan kepada penyertaan dari seluruh dunia. TikTok adalah tempat untuk sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan suara kreatif untuk berkongsi anugerah mereka pada satu skala global. Step & Repeat adalah platform yang memberi anda peluang untuk dilihat dan diraikan.

No comments:

Post a Comment