Tuesday, June 7, 2022

TOSHIBA MENAMBAHKAN LIMA IC PEMACU GET MOSFET BAHARU YANG AKAN MEMBANTU MENGURANGKAN JEJAK PERANTI


Table
 
Toshiba: IC pemacu get MOSFET baharu “Siri TCK42xG” yang akan membantu untuk mengurangkan jejak peranti. (Grafik: Business Wire)


- Siri TCK42xG menyokong MOSFET belakang ke belakang luaran -


KAWASAKI, Jepun, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah menambahkan lima produk kepada barisan IC pemacu get MOSFET mereka dalam siri TCK42xG untuk peranti mudah alih seperti peranti boleh pakai. Produk baharu di dalam siri itu dilengkapi dengan satu fungsi sekat lebihan voltan dan mengawal voltan get bagi sebuah MOSFET luaran mengikut voltan input itu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220530005063/en/

Produk baharu ialah: “TCK420G” untuk talian kuasa 24V; “TCK422G” dan “TCK423G” untuk talian kuasa 12V; “TCK424G” untuk talian kuasa 9V; dan “TCK425G” untuk talian kuasa 5V. Bersama-sama dengan “TCK421G” yang telah dilancarkan untuk talian kuasa 20V, kesemua itu boleh diperolehi sekarang.
Dengan penambahan ini, siri TCK42xG kini membolehkan pengguna untuk memilih sebuah voltan sumber get daripada dua jenis, 10V dan 5.6V, dengan menawarkan liputan MOSFET yang lebih banyak. Selain itu, barisan voltan pengesanan yang berbeza untuk fungsi sekat lebihan voltan  input membolehkan produk itu digunakan untuk talian kuasa dari 5V hingga 24V. Apabila digabungkan dengan sebuah MOSFET belakang ke belakang luaran, ia juga sesuai untuk mengkonfigurasikan sebuah litar suis beban (Rajah 1) atau satu litar pemultipleks kuasa (Rajah 2) dengan fungsi menyekat arus songsang. Tambahan pula, dengan litar pam cas terbina dalam mereka yang menyokong pelbagai voltan input, daripada 2.7V hingga 28V, ia memberikan voltan yang stabil di antara get dan sumber bagi sebuah MOSFET belakang ke belakang luaran dengan operasi yang terputus-putus. Ini membolehkan arus besar disuiskan.

Ditempatkan di dalam sebuah pakej WCSP6G[1], satu daripada yang terkecil di dalam industri[2] itu, siri TCK42xG itu merealisasikan pemasangan berketumpatan tinggi untuk peranti kecil, seperti peranti boleh pakai dan telefon pintar, sekali gus membantu untuk mengurangkan jejak mereka.

Toshiba telah juga membangunkan “Reka Bentuk Rujukan Litar Pemultipleks Kuasa,” satu contoh reka bentuk rujukan untuk sebuah pemultipleks kuasa yang menggunakan fungsi TCK42xG itu. Ia boleh didapati di laman web Toshiba mulai hari ini.

Nota :
[1] Sebuah pakej skala cip 1.2mm x 0.8mm
[2] Di antara IC pemacu get MOSFET, tinjauan Toshiba setakat Jun 2022.

Penggunaan
  • Peranti Boleh Pakai
  • Telefon Pintar
  • Komputer Bimbit, tablet
  • Peralatan penyimpanan, dsb.
Ciri-ciri
  • Tetapan voltan sumber get (5.6V, 10V) bergantung kepada voltan input dengan sebuah litar pam cas terbina dalam
  • Sekat lebihan voltan menyokong 5V sehingga 24V
  • Arus OFF input rendah: I IQ (OFF) = 0.5μA (maksimum) @ VIN=5V

Table

Nota:
[3] Produk yang sudah dikeluarkan

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
TCK420G
TCK422G
TCK423G
TCK424G
TCK425G

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TCK420G
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCK420G.html
TCK422G
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCK422G.html
TCK423G
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCK423G.html
TCK424G
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCK424G.html
TCK425G
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TCK425G.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
 
Seramai 23,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu keazaman untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 850 bilion yen (AS$7.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220530005063/en/

Hubungi

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment