Thursday, June 2, 2022

MARY KAY INC. MEMPEROLEH HARAPAN MELALUI TERUMBU SUPER DALAM MISI UNTUK MENYELAMATKAN LAUTAN KITA

Raja Ampat, Indonesia (Kredit Foto: Jeff Yonover)


HONG KONG, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lebih daripada 25 peratus daripada semua spesies marin disokong oleh terumbu karang. Mereka menyediakan kehidupan dan mata pencarian bagi orang ramai di seluruh dunia, namun masa depan mereka adalah agak tak pasti. Mary Kay, sebuah penyokong kelestarian global, meraikan Hari Terumbu Sedunia dengan menyokong inisiatif melindungi dan memulihkan terumbu karang, termasuk projek Terumbu Super oleh Nature Conservancy.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220601005317/en/

Terumbu karang adalah struktur yang mengagumkan dengan sumbangan kepada lautan yang tiada tandingannya. Mereka bukan sahaja menyediakan makanan dan habitat untuk banyak spesies, tetapi ia adalah merupakan benteng hidup yang secara aktif melindungi garis pantai kita daripada ombak dan tenaga ombak. Terumbu karang yang sihat boleh mengurangkan tenaga ombak sehingga 97%. Oleh itu, ia berfungsi sebagai pemecah ombak hidup, sekali gus melindungi berpuluh ribu kilometer garis pantai daripada banjir bermusim dan hakisan.

Di sebalik kepentingannya kepada ekosistem kita, terumbu semakin ternyahgred disebabkan oleh pencemaran, amalan penangkapan ikan yang merosakkan dan perubahan iklim. Kenaikan suhu lautan mengancam kewujudan mereka dan menjadikan kepupusan sebagai satu kemungkinan yang sebenar.

“Jendela peluang untuk menyelamatkan terumbu karang dunia semakin mengecil,” kata Dr. Lizzie Mcleod, Peneraju Sistem Terumbu Global di The Nature Conservancy. “Kita harus bertindak sekarang untuk menyelamatkan habitat penting ini.”

Harapan masih wujud. Terumbu Super adalah berdaya tahan dan boleh bertahan di perairan lautan yang lebih panas kerana keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan suhu yang lebih tinggi. Beberapa terumbu yang berdaya tahan ini juga secara semula jadi terletak di kawasan yang dilindungi daripada haba. Potensi mereka untuk bertahan dalam perubahan iklim memberi harapan untuk masa depan, terutamanya di Asia Pasifik di mana perairan tropika dipenuhi dengan sekurang-kurangnya 500 spesies terumbu karang binaan. Pasukan Terumbu Super Nature Conservancy menyatukan pakar-pakar di dalam sains lautan dan pemuliharaan untuk mengembangkan satu rangkaian global terumbu super melalui kejuruteraan genetik, pemulihan terumbu dan penternakan karang.

Terumbu karang masih boleh diselamatkan, tetapi tindakan sebenar harus dilakukan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Langkah pertama ialah untuk mengenal pasti dan melindungi Terumbu Super. Setelah ia dilindungi, mereka boleh membiak larva yang teguh dan mewujudkan satu generasi baharu karang yang berdaya tahan. Dengan usaha berterusan dan sokongan Mary Kay, terumbu karang masih mempunyai peluang.

No comments:

Post a Comment