Wednesday, June 15, 2022

HYTERA MEMPERKENALKAN PERANTI LASAK XSECURE 5G PNC560 UNTUK MEMAKSIMUMKAN KESELAMATAN DAN KECEKAPAN






SHENZHEN, China, 14 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Hytera secara rasmi melancarkan peranti Lasak XSecure 5G baharu mereka - PNC560 pada 26 Mei, 2022. Peranti baharu ini telah direka bentuk bagi pengguna seperti pegawai dan kakitangan operasi agar dapat terus berhubungan melalui komunikasi yang boleh dipercayai, selamat dan cekap dalam apa jua keadaan, meningkatkan kecekapan dan prestasi untuk pengguna merentasi industri pelbagai segi seperti keselamatan awam, logistik dan pengangkutan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220613005392/en/

Inovasi 5G Dwi-SIM

PNC560 didatangkan dengan dwi-SIM 5G/LTE, untuk memberikan kelenturan yang lebih baik bagi panggilan suara yang lancar, penstriman video yang ultra jelas dan pemindahan fail besar sepantas kilat, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Mekanisme Keselamatan Pelbagai Lapisan

PNC560 itu menggunakan sebuah mekanisme keselamatan pelbagai lapisan melalui but yang selamat, kalis gangguan perkakasan* dan kalis gangguan perisian, peti keselamatan dan MDM Pintar untuk menyediakan perlindungan data yang komprehensif. Tambahan pula, PNC560 itu mempunyai dua tujuan kerana ia membolehkan pengasingan di antara data perniagaan dan data peribadi, sekali gus menjamin keselamatan perniagaan dan privasi peribadi.

Boleh Dipercayai Ketika Ia Amat Diperlukan

PNC560 itu menyokong QCI perkhidmatan 3GPP MCS khusus dan MSP ringkas 40ms untuk perkhidmatan eMBMS. Peranti itu mematuhi ciri-ciri Keluaran 3GPP terkini melalui produk HyTalk MC, memastikan penggerak balas pertama diberi keutamaan paling tinggi yang tersedia berbanding pengguna komersial.

PNC560 itu mempunyai sebuah butang PTT khusus untuk merealisasikan komunikasi masa nyata dan sebuah dwi pembesar suara 3-watt ultra-linear untuk menyampaikan audio yang kuat dan jelas. Pembatalan bunyi berasaskan AI, pengurangan gema dan pembatalan bunyi angin membantu meningkatkan kejelasan pertuturan.

PNC560 itu adalah sangat kuat untuk diatasi walaupun pada persekitaran kerja yang paling keras. Dinilai dengan IP68, PNC560 itu tahan jatuh dari ketinggian 1.5 meter, dan boleh tenggelam di bawah 1.2 meter air selama 60 minit.

Ciri-ciri yang Membolehkan Pengguna untuk Menyiapkan Kerja

Dilengkapi dengan kepala pengimbas* yang terkemuka di dalam industri, PNC560 itu boleh menangkap kod bar 1-D atau 2-D dalam milisaat daripada sentuhan dekat sehingga 24 in./ 60 cm jauhnya. Untuk keselamatan awam, pengangkutan, penggerak balas pertama dan pengguna logistik, PNC560 itu serasi dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga, seperti Aplikasi Mudah Alih Polis, Sistem Pengurusan Lapangan Terbang, dsb. Ia boleh digabungkan dengan terminal Hytera yang lain untuk melaksanakan pelbagai tugasan, memastikan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai dalam sebarang senario.

*Kalis Gangguan Perkakasan adalah satu ciri perkakasan pilihan; Ciri pengimbasan hanya tersedia di dalam versi PNC560 SCAN.

Untuk melihat PNC560 beraksi, sila klik https://bit.ly/3NDCxkY

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220613005392/en/

Hubungi

Lingran Tao
Lingran.Tao@hytera.com

Sumber : Hytera

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15987

No comments:

Post a Comment