Friday, June 17, 2022

EIG DAN ARAMCO MENANDATANGANI MOU UNTUK MEMPERLUASKAN KERJASAMA TENAGA

 Pihak-pihak itu akan Meneroka Pelaburan di dalam Teknologi Termaju



WASHINGTON, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu memorandum persefahaman (“MoU”) dengan Aramco untuk bekerjasama di dalam projek tenaga masa depan.

Di bawah terma MoU itu, pihak-pihak berkenaan akan melihat untuk mengejar peluang pelaburan di dalam projek yang memajukan objektif kelestarian bersama mereka, termasuk dalam teknologi sedia ada dan baharu seperti bahan api alternatif, penangkapan karbon, hidrogen dan gas asli, pengangkutan dan penyimpanan tenaga.

“Ketika permintaan tenaga dunia meningkat, EIG adalah komited untuk mengimbangi matlamat berkembar bagi penyahkarbonan dan kebolehpercayaan,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG. “Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami sangat teruja untuk berpeluang bekerjasama dengan sebuah peneraju industri yang relevan seperti Aramco dalam laluan kepada menyahkarbonkan sektor tenaga. Kami sangat bertuah kerana menjadi sebuah rakan kongsi sedia ada dengan Aramco di dalam infrastruktur kritikal di dalam kompleks tenaga dan kami berharap untuk membina di atas perkongsian itu memandangkan ia berkaitan dengan laluan masa depan bagi industri kami.”

“MoU ini merangkumi satu daripada banyak langkah penting di dalam usaha global untuk menangani perubahan iklim, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Aramco untuk mewujudkan penambahbaikan bermakna di dalam penyampaian penyelesaian tenaga bersih yang berpatutan dan boleh dipercayai kepada orang ramai di seluruh dunia,” kata Emily Rodgers , Pengarah ESG bagi EIG.

“MoU ini mengukuhkan lagi perhubungan kami dengan EIG dan mempunyai potensi untuk memacukan pelaburan baharu ke arah penyelesaian tenaga pelepasan rendah, yang kedua-duanya menyokong pertumbuhan ekonomi dan menyumbang kepada peralihan tenaga yang lebih luas,” kata Abdulaziz M. Al-Gudaimi, Naib Presiden Kanan Aramco bagi Pembangunan Korporat.

Pengumuman MoU itu adalah berikutan kejayaan tahun lepas dalam memeterai perjanjian pelaburan infrastruktur bernilai $12.4 bilion di antara Aramco dan sebuah konsortium antarabangsa yang diketuai oleh EIG, yang melibatkan pajakan dan pajakan balik bagi infrastruktur saluran paip minyak daripada Aramco.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $25.0 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2022. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 40 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $40.1 bilion kepada sektor tenaga melalui 380 projek atau syarikat di 38 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220615005197/en/

Hubungi

Media
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Sumber : EIG

No comments:

Post a Comment