Friday, June 10, 2022

NIELSENIQ MENGUMUMKAN TRACEY MASSEY SEBAGAI KETUA PEGAWAI OPERASI

(Foto: Business Wire)


CHICAGO, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global, hari ini menamakan Tracey Massey sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pertama untuk syarikat itu. Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan menyelia semua aspek berkaitan komersil dan produk, bertanggungjawab untuk hasil, pelan pembangunan produk, strategi unit perniagaan dan semua aspek yang berkaitan dengan pasaran bagi NielsenIQ.

“Tracey akan memainkan satu peranan penting di dalam transformasi berterusan bagi NielsenIQ, dengan memberikan lebih penekanan kepada pertumbuhan mapan melalui pelaksanaan inisiatif strategik kami,” kata Jim Peck, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NielsenIQ. “Beliau membawa bersama lebih 30 tahun pengalaman industri dan satu rekod prestasi yang cemerlang di dalam membangun dan mengembangkan perniagaan di peringkat global, tetapi yang paling penting adalah keghairahan beliau untuk melayani pelanggan dan memupuk pasukan-pasukan yang sangat terlibat akan menjadi kunci di dalam evolusi kami.”

Tracey sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Global dan Ketua Pegawai Eksekutif di Mars Pet Nutrition, di mana beliau menerajui perniagaan makanan haiwan peliharaan terbesar di dunia, dengan merombak portfolio produknya untuk pertumbuhan yang berterusan di bawah kepimpinan beliau. Sebelum memikul peranan itu, beliau adalah Presiden Serantau bagi Mars Confectionary Americas, di mana beliau berjaya mengemudikan pasukannya melalui penyepaduan Mars Chocolate Americas dengan Wrigley Co. Americas.

“Saya teruja untuk menyertai NielsenIQ dan berharap untuk menggunakan pengalaman saya di dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas bagi membantu membina satu masa depan yang berjaya untuk syarikat itu,” kata Tracey Massey.

No comments:

Post a Comment