Tuesday, December 28, 2021

LITEPOINT DAN MEDIATEK BEKERJASAMA UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN PRODUK WI-FI 6 DAN WI-FI 6E

Piawai Wi-Fi baharu akan memberikan kelajuan dan prestasi ulung untuk penstriman video, permainan dan aplikasi realiti maya

SAN JOSE, Calif., 28 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LitePoint, penyedia terkemuka bagi penyelesaian ujian wayarles, hari ini mengumumkan ia bekerjasama dengan pembuat cipset terkemuka MediaTek untuk memberikan penyelesaian ujian pengesahan reka bentuk turnkey untuk cip Filogic Wi-Fi 6/6E MediaTek. Kerjasama itu akan membolehkan pelanggan MediaTek memudahkan dan mempercepatkan keputusan ujian untuk keluarga baharu cipset ketersambungan berprestasi tinggi ini.

Wi-Fi 6/6E menyediakan pengalaman ketersambungan ulung yang menyampaikan multigigabit, Wi-Fi kependaman rendah dan ketersambungan yang boleh dipercayai untuk aplikasi seperti penstriman, permainan, AR/VR dan banyak lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, LitePoint bekerjasama dengan MediaTek untuk mencipta versi perisian automasi ujian LitePoint IQfact+ yang membolehkan pelanggan MediaTek menguji reka bentuk Wi-Fi 6/6E mereka dengan aliran ujian yang lengkap dan mudah digunakan. Perisian IQfact+ berfungsi dengan keluarga sistem ujian LitePoint IQxel untuk menyediakan pelanggan MediaTek dengan perisian pembangunan ujian khusus cipset yang membolehkan pengesahan reka bentuk pantas melalui pembuatan isipadu dengan usaha kejuruteraan yang minimum.

“LitePoint terus memacu inovasi dalam penyelesaian ujian untuk produk Wi-Fi dan kami gembira dapat bekerjasama dengan MediaTek untuk membolehkan pelanggan mereka membawa peranti Wi-Fi 6/6E ke pasaran,” ujar Anna Smith, Naib Presiden Jualan Seluruh Dunia, LitePoint. “IQfact+ dan IQxel menawarkan pangkalan pelanggan MediaTek sebuah platform ujian yang lengkap dan mudah digunakan untuk pengesahan reka bentuk yang pantas.”

“Memandangkan pasaran berubah dan lebih ramai orang bekerja dan belajar dari rumah, banyak aplikasi bergantung kepada perkhidmatan rangkaian yang stabil, seperti persidangan video dan penstriman 4K. Keluarga Filogic MediaTek memberikan penyelesaian berkaitan yang pantas, boleh dipercayai dan sentiasa aktif untuk memberikan pengguna pengalaman terhubung yang lancar, pantas dan interaktif dengan kualiti video yang luar biasa,” kata Alan Hsu, Naib Presiden Korporat & Pengurus Besar, Ketersambungan Cerdas di MediaTek. “Platform ujian LitePoint akan membantu pelanggan kami dengan cepat dan mudah mengesahkan penyelesaian Wi-Fi 6/6E kami untuk mempercepatkan masa memasuki pasaran bagi peranti generasi mendatang.”

LITEPOINT DAN MEDIATEK BEKERJASAMA UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN PRODUK WI-FI 6 DAN WI-FI 6E

Thursday, December 23, 2021

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIJAK WAKAF BERSAMA PPZ-MAIWP




Table

Kerjasama PPZ-MAIWP bersama Pusat Wakaf MAIWP memperkasakan kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan.


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) --  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Wakaf MAIWP melancarkan Kempen Bijak Wakaf Bersama PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ibadah wakaf di samping menunaikan zakat di PPZ-MAIWP hari ini.

Para pembayar zakat kini berpeluang untuk membuat ibadah wakaf secara tunai melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP pada Disember 2021 ini.
 
Kerjasama strategik ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran Wakaf Tunai di 10 cawangan kaunter PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Door to Door bagi membantu meningkatkan kutipan wakaf yang dibuat oleh Pusat Wakaf MAIWP.
 
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, inisiatif ini juga merupakan langkah PPZ-MAIWP untuk menyemarakkan ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan ibadah wajib.
 
“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pusat Wakaf MAIWP (PWMSB) kerana sudi berganding bahu bersama PPZ-MAIWP untuk bersama-sama kita bergerak dengan lebih mampan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf dan mereka yang memerlukan seterusnya menzahirkan transformasi ekonomi umat Islam melalui ibadah zakat dan wakaf.
 
Saya juga menyeru kepada semua khususnya para pembayar PPZ-MAIWP untuk mengambil dan merebut peluang ini bagi melaksanakan kedua ibadah zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP agar lebih banyak manfaat diperoleh demi merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta membela asnaf secara keseluruhannya”katanya.
 
Pelancaran kempen di rasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

HARIAN SICHUAN: MENGIKUTI PENYAIR KE PANDA GERGASI

Pemuisi-pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 berada di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu. (Foto: Business Wire) 

SICHUAN, China, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Baru-baru ini, beberapa pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 datang ke Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu untuk melakukan lawatan. 


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211222005592/en/ 

Dengan diketuai oleh kakitangan pangkalan penyelidikan, pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi tersebut mengambil gambar sepanjang jalan untuk mengetahui nama, usia dan keperibadian setiap panda. Pemuisi-pemuisi itu merasa sangat menarik bahawa panda yang berbeza mempunyai tabiat dan keperibadian hidup yang berbeza, walaupun panda-panda itu tergolong dalam spesies yang sama.

Wang Erdong ialah seorang kakitangan di sebuah syarikat e-dagang besar, dia telah menulis serangkai puisi dengan "Kurier" sebagai watak utama. Dengan memperhatikan profesion baru ini yang muncul dalam masyarakat industri moden, dia telah menyatakan pemikirannya mengenai perkara-perkara baru yang dibawa oleh penghasilan industri moden.

Ini julung kali Wang Erdong mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa, juga julung kalinya mengunjungi pangkalan penyelidikan panda. "Dahulunya gambaran panda bagi saya iaitu berbentuk bulat dan disukai ramai. Namun, setelah mengunjungi panda dengan diri saya sendiri hari ini, saya telah mengetahui tentang pertumbuhan mereka. Sebenarnya, saya berpendapat bahawa panda harus menyesuaikan diri mereka sendiri ke persekitaran luaran secara beransur-ansur setelah melawannya, mereka juga menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit dan persaingan ketika mereka hidup di persekitaran dari lahir hingga dewasa lagi menjadi tua."

Sejak memasuki pangkalan penyelidikan panda, pemuisi Li Ge dari Columbia telah memegang telefonnya untuk mengambil gambar dan video. "Panda sangat comel dan kelihatannya seperti bukan hidupan yang nyata."

Bahasa ibunda Li Ge ialah bahasa Sepanyol. Selepas datang ke China pada tahun 2006, dia mula belajar bahasa Cina dan cuba menulis dalam bahasa Cina. "Saya bekerja terutamanya dalam industri seni filem, bagaimana cuba mencari hubungan dan keseimbangan antara seni filem dan sastera puitis dan antara bahasa Cina dan bahasa ibunda saya, itulah apa yang saya hendak buat." Li Ge memberitahu wartawan.

Berjalan-jalan di pangkalan penyelidikan panda, hutan buluh itu subur dan hijau. Pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi itu juga merasakan keindahan ekologi Chengdu. Ini juga merupakan aspek kehidupan di Chengdu, menunjukkan keindahan dan kepuitisan unik tempatan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/52555135/en

Orang Perhubungan:

Zhang Peng
Tel: 008628-86968621
Email: scrbw@scol.com.cn

Sumber: : Sichuan Daily

Teks   bahasa   sumber   asal   pengumuman   ini   adalah   versi   rasmi   yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Wednesday, December 22, 2021

PELANCARAN IDENTITI PENJENAMAAN BARU ARTHUR D. LITTLE SEMPENA ULANGTAHUN KE-135

PARIS, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arthur D. Little (ADL) menyambut ulang tahunnya yang ke-135 berserta penswastaan perkongsian syarikat yang ke-10 tahun, dengan melancarkan identiti penjenamaan baru.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005444/en/
 
Penjenamaan baru ADL memperkasakan ‘The Difference’ atau 'Perbezaan', di mana ADL  bekerjasama dengan klien dan menonjolkan keunikannya dalam industri konsultansi. Logo baru 'D' yang dipertingkatkan, mengemukakan ‘The Difference’ dalam intipati jenamanya, melambangkan suatu peluang terbuka menuju ke arah masa depan. 

Pembaharuan jenama ini menegaskan sejarah ADL yang terus berusaha melangkaui sempadan inovasi, mengaitkan pakar, teknologi dan strategi bagi menyelesaikan isu yang mencabar. Jenama ini juga mencerminkan semangat perusahaan kukuh ADL yang terbukti dengan perkembangan syarikat sebanyak dua kali ganda dan juga pembukaan lebih dari 20 pejabat dalam jangka masa enam tahun yang lalu.
 
ADL terbeza di pasaran melalui promosi dan usahanya dalam model konsultansi terbuka atau lebih dikenali sebagai ‘Open Consulting’, dengan menggunakan rangkaian pakar dari seluruh dunia. Usaha ini memastikan hanya mereka yang terbaik mengendalikan cabaran spesifik setiap klien. Model ini berkait rapat dengan perbezaan utama ADL iaitu komitmen untuk bekerja “side-by-side”, dengan klien sebagai sepasukan untuk menyelesaikan isu dengan khusus dan tepat.
 
Ignacio GarcĂ­a Alves, Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Arthur D. Little, mengulas:"Infrastruktur generasi akan datang, teknologi baru, pendigitalan, penumpuan dan kelestarian sedang mengubah dunia dan perniagaan klien kami. Kami bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perubahan ini - dan menjangkakan masa depan. Kami adalah firma konsultansi ambidekstrus - kreatif dan pragmatik, yang berusaha untuk menghadapi cabaran hari ini and masa hadapan. Inilah ‘The Difference’ yang kami usahakan untuk para klien kami.
 
"Saya berbangga dengan kejayaan perjalanan syarikat kami, dan berterima kasih kepada setiap rakan sekerja yang berdedikasi, istimewa serta berbakat dalam usaha menjadikannya satu kenyataan. Saya berharap semua akan merasa bangga dan teruja dengan penjenamaan baru ini, yang mencerminkan konsultansi yang lebih spesifik dan terbuka. 

Mengenai Arthur D. Little

Arthur D. Little telah menerajui inovasi sejak tahun 1886. Kami adalah pemimpin yang memahami strategi penghubung, inovasi dan transformasi dalam industri yang menekankan teknologi dan penumpuan. Kami membantu klien melalui perubahan ekosistem perniagaan bagi menerokai peluang perkembangan baru. Kami membolehkan klien untuk membina keupayaan inovasi dan transformasi organisasi mereka.
 
Konsultan  kami mempunyai pengalaman praktikal yang kukuh dalam industri serta gabungan pengetahuan terbaik mengenai trend dan dinamik utama. ADL berada dalam kebanyakan pusat perniagaan penting di seluruh dunia. Kami berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada kebanyakan syarikat Fortune 1000, serta firma terkemuka dan organisasi sektor awam.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adlittle.com atau www.adl.com.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15407

ISW HOLDINGS INC. (ISWH) MELAPORKAN HASIL REKOD, RAMALAN $7 JUTA SEBULAN

NEW YORK, 21 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui InvestorWire -- ISW Holdings Inc. (OTC: ISWH) hari ini mengumumkan peletakannya dalam editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), salah satu daripada 50+ jenama yang dipercayai dalam InvestorBrandNetwork (“IBN”), sebuah syarikat penerbitan dan berita kewangan yang pelbagai untuk entiti swasta dan awam.

Untuk melihat penerbitan penuh dan pernyataan prospektif, sila layari: https://nnw.fm/YrdIL 

Perkembangan beralih kepada hasil dan aliran tunai, sumber yang akan menekankan pertumbuhan pada tahun 2022 dan seterusnya dengan Pod City serta operasi pengehosan dan perlombongan lain. Semasa S3, ISW Holdings Inc. (OTC: ISWH) melaporkan hasil daripada operasi $1.075 juta (termasuk hasil tertunda), naik 2,435% pada asas tahun ke tahun. Itu tidak termasuk tiga bulan penuh 550 pelombong baharu yang diperoleh daripada Minerset, 150 daripadanya hasil daripada pencapaian prestasi saham ISWH yang merupakan satu detik penting. Jumlah aset semasa S3 meningkat 5,263% tahun sehingga kini kepada $9.56 juta, manakala jumlah liabiliti menurun 73%, dan jumlah liabiliti derivatif menurun 98% di bawah $340,000. ...

Pada masa hadapan, hasil di Pod City akan terdiri daripada yuran perkhidmatan pengehosan, yang tidak bergantung pada harga mata wang kripto. Setelah beroperasi pada kapasiti penuh, syarikat menganggarkan pendapatan tahunan melebihi $7 juta sebulan, peningkatan yang luar biasa berbanding kapasiti semasa dengan faedah berulang di bawah kontrak perkhidmatan. 

METRICSTREAM DAN HCL TECHNOLOGIES BERGANDING BAHU UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN IT DAN PENGURUSAN RISIKO SIBER KEPADA PELANGGAN GLOBAL

Perkongsian Menyediakan Pelanggan dengan Penyelesaian Perisian Terkemuka di Industri Digandingkan dengan Perkhidmatan Pakar dan Penyampaian Infrastruktur

SAN JOSE, Calif., 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik dengan HCL Technologies (HCL), sebuah syarikat teknologi global terkemuka. Pakatan strategik ini akan menyediakan kepada perusahaan dan organisasi bersaiz sederhana dengan penyelesaian IT dan Pengurusan Risiko Siber yang bertaraf dunia, yang akan memperkasakan mereka untuk menambah baik dalam membuat keputusan, mengukur risiko dan mengurangkan ancaman IT dengan persepsi yang tepat dan kena pada masanya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211220005169/en/

Perisian IT dan Pengurusan Risiko Siber MetricStream menyediakan keterlihatan masa nyata ke dalam risiko IT dan pendedahan ancaman, serta langkah pengurangan yang sesuai, melalui maklumat risiko kontekstual merentasi proses dan aset. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian baharu itu, pelanggan akan juga dapat memanfaatkan peranti pengkuantitian risiko siber termaju yang memberikan satu pandangan yang jelas tentang pendedahan risiko siber dari segi kewangan. Pengkuantitian risiko siber kini kukuh sebagai satu inovasi utama dan nilai tambah yang sangat diperlukan untuk pengurusan risiko bersepadu.

“Ancaman siber berleluasa di tempat pasaran, mencabar organisasi untuk kekal di hadapan dengan penyelesaian yang terbaik dalam kelasnya,” kata John Johasky, Ketua Pegawai Jualan, MetricStream. “Apa yang penting bagi pakatan ini adalah keupayaan untuk menyatukan kepakaran gabungan kami – kepimpinan perisian domain mendalam MetricStream dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan HCL – dan menggerakkan dengan pantas satu penyelesaian untuk pelanggan kami.”

“Pada masa ini terutamanya, pemimpin perniagaan yang ingin berkembang dan mewujudkan satu kelebihan berdaya saing menyedari bahawa penyelesaian digital transformatif adalah perkara yang mesti dimiliki dalam iklim sengit pada hari ini,” kata Renju Varghese, Felo dan Ketua Arkitek, Perkhidmatan Keselamatan Siber & GRC, HCL Technologies. “Pakatan di antara MetricStream dan HCL ini mewakili pakar IT dan risiko siber yang terbaik dan paling berpengalaman dalam industri yang datang bersama-sama untuk memberikan hasil sebenar pada satu kadar yang pantas kepada pelanggan kami.”

Maklumat mengenai MetricStream, Inc.

MetricStream adalah peneraju pasaran global bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan untuk membolehkan daya ketahanan dan transformasi digital. MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta sokongan jualan dan operasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.comLinkedInFacebook, dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15405

WEBINAR 'KE ARAH UMAT DIGITAL: ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN'

KUALA LUMPUR22 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Ke Arah Umat Digital: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian secara dalam talian, bagi membincangkan apakah isu dan cabaran dalam era digital ini khususnya kepada umat Islam dan seterus memberikan cadangan penyelesaiannya.

Era digital dalam perkembangan sains dan teknologi telah memberi cabaran besar kepada umat Islam. Cabaran-cabaran tersebut adalah seperti jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar terutama penduduk kawasan pendalaman, dilema pekerjaan dalam era digital kerana banyak pekerjaan akan diambil alih oleh kecerdasan buatan artificial intelligent (AI), robotik dan lain-lain. Tidak ketinggalan cabaran terhadap dakwah yang semakin sengit apabila berlaku penyebaran hadis-hadis palsu, ajaran sesat serta lain-lain fahaman di media sosial, cabaran adab ketika menuntut ilmu secara dalam talian dan cabaran terhadap alam sekitar kerana dibimbangi bahan buangan elektronik semakin bertambah setiap hari.

WEBINAR 'KE ARAH UMAT DIGITAL: ISU, CABARAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN'

Saturday, December 18, 2021

BRANDSTARS MENGUMUMKAN JENAMA PERWAKILAN 2021 BAGI GELOMBANG KOREA

SEOUL, Korea Selatan, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jenama-jenama perwakilan untuk setiap kategori bagi Jenama Perwakilan 2021 bagi Gelombang Korea yang dihoskan oleh BRANDSTARS Korea dan China telah diumumkan.

Acara ini untuk memilih dan mengumumkan jenama-jenama secara serentak melalui saluran media utama di China dan Asia Tenggara bertujuan untuk membantu di dalam pilihan pengguna dengan menyediakan maklumat yang tepat kepada pengguna.

Sebagai jenama yang mewakili setiap industri,  Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip 3 dari Samsung ElectronicsIONIQ 5 dari Hyundai Motor CompanyOLED TV dan TROMM dari LG Electronics, dan Bacchus dari Dong-A Pharm telah dipilih.

Dalam kategori membeli-belah, Gedung Beli-belah Lotte dan The Shilla Duty Free telah sekali lagi dipilih pada tahun ini. Dalam kategori hiburan, BTS dan Squid Game yang masing-masing menerajui populariti K-pop dan K-drama telah dipilih. Dalam kategori pelancongan dan persembahan, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju dan Pertunjukan Air Langit Jeju telah masing-masing dipilih.

Amorepacific Sulwhasoo dan LG Household and Health Care The History of Whoo telah dipilih dalam kategori kosmetik K-kecantikan dan Olive Young dipilih untuk kategori kedai kesihatan dan kecantikan. Dalam kategori peranti kecantikan rumah, kecantikan trend baharu dan bekas kosmetik, LG Pra.L MEDI HAIRYmir dan Minjin Eco-Pump telah masing-masing dipilih.

Dalam kategori penjagaan kesihatan, , CheongKwanJang, yang merupakan jenama makanan fungsian kesihatan terkemuka Korea yang khusus dalam ginseng merah, dan FromBIO, sebuah syarikat makanan fungsian, telah dipilih. Dalam kategori pemeriksaan kesihatan, Pusat Perubatan Samsung telah dipilih.

Jenama K-makanan yang paling popular ialah Bibigo dari CJ CheilJedangSusu Berperisa Pisang dari BinggraeChapaghetti dari NongshimJin Ramen dari OttogiParis Baguette, dan ISAAC TOASTSinjeon Tteok-bokki dan Buldak-bokkeum-myeon  telah juga dipilih sebagai jenama yang mewakili rasa pedas. Dalam kategori K-fesyen, MUSINSA, sebuah platform fesyen, 8Seconds, sebuah jenama pakaian kasual dan Gentle Monster, sebuah jenama cermin mata hitam, telah dipilih.

Syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang dipilih lagi pada tahun ini berikutan tahun lepas ialah Amorepacific, LG Household and Health Care, Samsung Electronics, LG Electronics, Hyundai Motor Company, BTS, The Shilla Duty Free, Bibigo, Sinjeon Tteok-bokki, CheongKwanJang, FromBIO dan Pertunjukan Air Langit Jeju. Mereka terus menerus menjadi idaman oleh pengguna di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15393

CROWDSTRIKE APAC DINAMAKAN SEBAGAI SYARIKAT INDUSTRI KESELAMATAN TITIK AKHIR FROST & SULLIVAN TERBAIK TAHUN INI DAN TURUT DIIKTIRAF SEBAGAI PILIHAN PELANGGAN OLEH GARTNER

Memandangkan musuh pada hari ini menjadi semakin canggih, hanya CrowdStrike yang menyediakan perlindungan automatik yang selengkapnya merentasi titik akhir, beban kerja awan, identiti dan data tanpa menjejaskan prestasi dan produktiviti pengguna akhir.

SYDNEY, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CrowdStrike Inc., sebuah peneraju dalam perlindungan penghantaran awan bagi titik akhir, beban kerja awan, identiti dan data, telah dipilih oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Keselamatan Titik Akhir Asia Pasifik Terbaik untuk 2021. Ini adalah pengiktirafan penganalisis kedua bagi CrowdStrike di APAC secara berturut-turut selepas diiktiraf oleh Gartner, Inc. sebagai sebuah ‘Pilihan Pelanggan’ dalam laporan[1] Gartner Peer Insights™ ‘Suara Pelanggan’: Platform Perlindungan Titik Akhir (EPP) 2021.

Sebagai penyelesaian perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang paling diuji di dunia, pengiktirafan berprestij ini menandakan satu lagi pengesahan pihak ketiga terhadap kuasa CrowdStrike Falcon -- satu-satunya platform keselamatan titik akhir ejen tunggal yang benar-benar natif awan di pasaran. Platform CrowdStrike Falcon dibina sebagai satu penyelesaian natif awan yang transformatif untuk mewujudkan satu standard baharu di dalam keselamatan. Bagi organisasi di seluruh dunia, CrowdStrike melindungi bidang paling kritikal bagi risiko perusahaan – titik akhir dan beban kerja awan, identiti dan data. Pendekatannya yang unik bermula dengan ejen tunggal yang ringan dan pintar yang membolehkan pengerahan tanpa geseran bagi platform itu pada skala. Falcon adalah satu-satunya teknologi yang membolehkan pelanggan untuk mengguna pakai teknologi dengan pantas merentasi sebarang beban kerja yang dijalankan pada berbilang titik akhir.

Frost & Sullivan menggesa CrowdStrike untuk terus menambah baik platform mereka dengan peningkatan, aplikasi dan keupayaan; dan untuk mengekalkan satu tumpuan bagi  menghentikan pelanggaran dan memastikan pelanggan selamat dengan satu penyelesaian bagi masa depan bagi keselamatan titik akhir.

Dalam laporan EPP ‘Suara Pengguna’ Gartner Peer Insights, CrowdStrike menerima penarafan paling tinggi 4.8/5 berdasarkan pada 260 ulasan dan setakat Ogos 2021. Daripada 18 vendor yang dinilai dalam laporan itu, CrowdStrike mencatatkan “Kesanggupan untuk Mengesyorkan” yang paling tinggi daripada pelanggan pada 98%.

“Keselamatan titik akhir adalah asas kepada mana-mana rangka kerja keselamatan siber yang matang. Apabila syarikat menggunakan penyelesaian legasi yang direka untuk menangkap dan memulihkan perisian hasad atau produk titik generasi seterusnya yang tidak berkesan untuk menghentikan serangan dan terlalu kompleks untuk dikerah dan digunakan, penyelesaian ini tidak sesuai bagi tujuan menentang musuh moden. Mereka tidak dapat menjamin keselamatan pengguna,” kata Fabio Fratucello, ketua pegawai teknologi untuk Asia Pasifik dan Jepun di CrowdStrike. “Memandangkan lebih banyak sistem bergerak ke arah persekitaran berasaskan awan, anjakan ini memerlukan satu platform tunggal yang mengurangkan kos, mengehadkan kerumitan data dan mengurangkan pelbagai penggunaan perisian dan di situlah CrowdStrike Falcon menang. Pengiktirafan ini adalah bukti kepada tumpuan dan visi CrowdStrike di rantau Asia Pasifik yang merupakan satu tonggak utama di dalam strategi pertumbuhan keseluruhan syarikat itu.”

‘Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan’ adalah satu penghormatan paling tinggi yang mengiktiraf peserta pasaran yang menunjukkan visi, inovasi, prestasi peneraju pasaran dan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan. Penganalisis Frost & Sullivan menilai syarikat secara bebas berdasarkan kepada pelbagai kriteria termasuk tumpuan kepimpinan, pelaksanaan amalan terbaik, prestasi kewangan, nilai harga/prestasi, pengalaman pelanggan dan menangani keperluan yang tidak dipenuhi.

“CrowdStrike memberi tumpuan kepada pengalaman pengguna, dan, kerana keupayaan AI termaju Falcon, syarikat itu memberi perkhidmatan kepada perniagaan daripada semua saiz,” kata Steven Lopez, penganalisis penyelidikan amalan terbaik untuk Frost & Sullivan. “Pangkalan pelanggan CrowdStrike yang semakin berkembang menunjukkan kadar pengekalan pelanggan yang  berpotensi berkat inovasi berwawasan mereka dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan.”

Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights adalah didasarkan kepada maklumat balas dan penilaian daripada profesional pengguna akhir yang membeli, melaksanakan dan/atau menggunakan platform CrowdStrike Falcon. Metodologi Gartner Peer Insights mengumpulkan data untuk membantu pelanggan dengan satu sintesis yang mana produk vendor dinilai paling tinggi oleh pelanggan bagi penyelesaian EPP. Vendor yang diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan mesti mempunyai 50 atau lebih penilaian yang diluluskan dan satu purata penilaian keseluruhan sebanyak 4.5 bintang atau lebih. Selain menyediakan satu skor keseluruhan, Gartner Peer Insights membolehkan pelanggan dan prospek untuk berputar mengikut saiz syarikat, vertikal, geografi, tarikh dan peranan penyemak.

Penafian yang diperlukan:
Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif bagi ulasan pengguna akhir individu, penilaian dan data yang digunakan terhadap satu metodologi yang didokumenkan; mereka tidak mewakili sama ada pandangan, mahupun membentuk sokongan oleh, Gartner atau sekutunya.
 
Penafian:
Ulasan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif bagi pengguna akhir individu berdasarkan kepada pengalaman mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan Gartner atau ahli gabungannya. Gartner dan Gartner Peer Insights adalah tanda perniagaan dan tanda perkhidmatan berdaftar oleh Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di Amerika Syarikat dan antarabangsa, dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
 
Maklumat mengenai CrowdStrike
CrowdStrike Holdings, Inc. (Nasdaq: CRWD), sebuah peneraju keselamatan siber global, sedang mentakrifkan semula keselamatan untuk era awan dengan satu titik akhir dan platform perlindungan beban kerja yang dibina dari bawah ke atas untuk menghentikan pelanggaran. Seni bina ejen ringan tunggal platform CrowdStrike Falcon® memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) berskala awan dan menawarkan perlindungan dan keterlihatan masa nyata merentasi perusahaan, menghalang serangan pada titik akhir dan beban kerja di dalam atau di luar rangkaian. Dikuasakan oleh proprietari CrowdStrike Threat Graph®, CrowdStrike Falcon menangkap kira-kira 1 trilion isyarat fideliti tinggi setiap hari dalam masa nyata dari seluruh dunia, memacukan satu daripada platform data yang paling maju di dunia untuk keselamatan.

Dengan CrowdStrike, pelanggan mendapat manfaat daripada perlindungan yang lebih baik, prestasi yang lebih baik dan masa ke nilai yang segera yang disampaikan oleh platform  natif awan Falcon.

Hanya ada satu perkara yang perlu diingat tentang CrowdStrike: Kami menghentikan pelanggaran.

Organisasi yang layak boleh mendapat akses penuh kepada Falcon Prevent™ dengan memulakan percubaan percuma.

Ketahui lebih lanjut: https://www.crowdstrike.com/

Ikuti kami: Blog | Twitter

© 2021 CrowdStrike, Inc. Hak cipta terpelihara. CrowdStrike, logo falcon, CrowdStrike Falcon dan CrowdStrike Threat Graph adalah tanda yang dimiliki oleh CrowdStrike, Inc. dan didaftarkan dengan Pejabat Paten dan Tanda Perniagaan Amerika Syarikat, dan di negara lain. CrowdStrike memiliki tanda perniagaan dan tanda perkhidmatan lain, dan mungkin menggunakan jenama pihak ketiga untuk mengenal pasti produk dan perkhidmatan mereka.

[1]  Gartner, Peer Insights 'Suara Pelanggan': Platform Perlindungan Titik Akhir, Penyumbang Rakan Setara, 25 November 2021. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15395

WACANA ILMIAH ISLAM, MORALITI & MASYARAKAT BEBAS RASUAH

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Di ambang sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia pada 9 Disember 2021, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan wacana ilmiah bagi menyokong usaha membendung gejala rasuah dengan menjurus kepada aspek kerohanian dan peranan agama dalam membentuk keperibadian dan melaksanakan amanah kerjaya secara professional.

Wacana ini telah dibentangkan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Dato’ Seri Shamshun Baharin Mohd Jamal (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dr. Nik Roskiman Abdul Samad (Fellow Kanan, Pusat Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM) dan Pn. Nurhayati Nordin (Ketua Sekretariat RasuahBusters). Kepentingan melahirkan masyarakat dan pemimpin yang berakhlak mulia, dihiasi sifat taqwa dan mempunyai hubungan erat dengan Allah perlu ditekankan dalam semua peringkat. IKIM disyorkan mendahului kajian dan penyelidikan ke arah pembentukan generasi pemimpin politik baharu yang memiliki paradigma Kepimpinan Rabbani. 

Friday, December 17, 2021

MERAIKAN 2022 DALAM DUNIA MAYA DI TIMES SQUARE

VNYE (Foto: Jamestown)

-- VNYE akan Kembali dengan Pengalaman Malam Tahun Baru yang Mengasyikkan --

NEW YORK, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sambutan Malam Tahun Baru terbesar di dunia kembali ke metaverse tahun ini dengan pelancaran semula VNYE, satu pengalaman maya yang mengasyikkan yang terletak di pusat Ambang Tahun Baru: Times Square. Melalui aplikasi dan laman web VNYE, orang ramai dari seluruh pelosok dunia boleh menerokai dunia maya di Times Square, bermain permainan dan mengadakan penstriman langsung sambutan Tahun Baru di Times Square dan di seluruh dunia.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211216006118/en/

Jamestown, pemilik bagi One Times Square, yang merupakan tapak bagi Sambutan Penurunan Bola Malam Tahun Baru, melancarkan VNYE pada tahun lepas sebagai satu cara baharu untuk meraikan Malam Tahun Baru di tengah-tengah pandemik itu dan pembatalan sambutan secara peribadi. Secara keseluruhan, VNYE mencapai lebih daripada 3.7 juta orang di seluruh dunia pada tahun 2021.

“Kami telah mewujudkan VNYE untuk menguatkan pengalaman Malam Tahun Baru dan memastikan dunia berhubungan ke Times Square apabila akses fizikal terhad,” kata Michael Phillips, Presiden bagi Jamestown. “Dalam lelaran keduanya, VNYE akan melengkapkan kembalinya sambutan secara peribadi dan juga berfungsi sebagai sebuah destinasi tersendiri—sebuah dunia maya yang mengasyikkan di mana orang ramai dari seluruh dunia boleh berkumpul untuk meraikan Tahun Baru.”

“Malam Tahun Baru Times Square adalah satu sambutan global yang menghubungkan dunia ketika kita secara kolektif mengucapkan selamat tinggal kepada tahun lalu dan melihat dengan penuh harapan ke tahun hadapan,” kata Tom Harris, Presiden bagi Times Square Alliance. “Jamestown telah memperdalamkan hubungan tersebut melalui teknologi VNYE yang berinovatif ini yang membolehkan orang ramai dari seluruh dunia berinteraksi dengan Times Square dan sambutan ikonik ini dalam cara yang tidak pernah kita bayangkan.”

Di dalam metaverse VNYE itu, pengguna boleh mencipta avatar yang diperibadikan, meneroka Times Square Plaza, mengumpul konfeti untuk memperoleh mata bagi penyesuaian tambahan avatar, dan melawat dek pemerhatian di One Times Square untuk melihat dunia maya Times Square dari atas.

Di dalam One Times Square, pengguna boleh menemui tiga permainan yang unik dan mengasyikkan: Dance World, di mana pengguna mempamerkan kemahiran mereka menari; Nature World, di mana pengguna boleh menikmati pelbagai landskap alam semula jadi dan terlibat dalam satu pemburuan barang yang dibuang untuk mengumpul kepingan Bola Malam Tahun Baru yang ikonik; dan Zero G, di mana pengguna boleh mengembara ke seluruh dunia melalui satu pengalaman slaid, melawat pelbagai mercu tanda dunia sambil memperoleh kuasa dan mata sepanjang perjalanan.

Bermula 31 Disember, 2021, pengguna boleh memilih daripada 11 suapan kamera secara langsung di Times Square dan tujuh penstriman langsung EarthCam bagi sambutan Malam Tahun Baru dari seluruh dunia, termasuk di Rio de Janeiro, Brazil dan Budapest, Hungary.

Pada tengah malam pada Malam Tahun Baru, pengguna boleh meraikan tahun baru dalam metaverse Times Square dengan satu Sambutan Penurunan Bola maya dan pertunjukan bunga api.

Aplikasi VNYE itu akan tersedia untuk dimuat turun di app store bermula pada 18 Disember, 2021, dengan penstriman langsung bermula pada 31 Disember, 2021. Untuk maklumat lanjut, sila layari VNYE.com dan ikuti bersama di @onetimessquarenyc.

FORUM GLOBAL BUDAYA HEHE 2021 DIADAKAN DI BANDAR TAIZHOU, PROVINSI ZHEJIANG, CHINA

Forum Global Budaya Hehe 2021 (Photo: Business Wire)​


TAIZHOU, China, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 9 Disember, “Forum Global Budaya Hehe 2021”diadakan secara forum dan internet di daerah Tiantai, bandar Taizhou, Provinsi Zhejiang. Forum tahun ini telah dianjurkan oleh Dewan Komunikasi Antarabangsa China, Pejabat Maklumat Kerajaan Provinsi Zhejiang dan Kerajaan bandar Taizhou, dan diadakan oleh Akademi Penyelidikan China dan Dunia Sezaman, Pejabat Maklumat Kerajaan bandar Taizhou, Kerajaan daerah Tiantai.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211216005644/en/

Du Zhanyuan, Ketua Pengarah Dewan Komunikasi Antarabangsa China; Wu Jing, Naib Pengerusi Persidangan Perundingsn Politik Provinsi Zhejiang; Yukio Hatoyama, Bekas Perdana Mengteri Jepun, Ketua Akademi Penyelidikan; Han Nathan, Konsul Jeneral Republik Malta di Shanghai; Li Yueqi, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Taizhou Parti Jawatankuasa China memberi ucapan, Lu Cairong, Naib Ketua Pengarah Dewan Komunikasi Antarabangsa China mempengerusikan upacara perasmian. Kira-kira 150 orang menjalankan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mereka, termasuk ahli-ahli politik dari China, Jepun, Korea, Perancis dan negara lain, wakil-wakil organisasi antarabangsa, Duta Besar negara lain ke China, ahli-ahli sinologi antarabangsa dan para pakar dan cendekiawan dari institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan dan institusi relevan.

FOURKITES MENCATAT JUMLAH YANG MEMECAHKAN REKOD TAHUN 2021 DI BARISAN DEPAN KETERLIHATAN RANTAIAN BEKALAN DI ASIA-PASIFIK

Menjejaki 2.5 juta kiriman setiap hari dan mencecah 50% daripada Fortune 500, perintis pasaran mencapai pertumbuhan rekod dalam APAC dan menetapkan tahap inovasi pacuan komuniti yang belum pernah terjadi sebelum ini

CHENNAI, India, Dis 17 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  FourKites®platform keterlihatan rantaian bekalan masa nyata terunggul dunia, hari ini mengumumkan satu tahun pertumbuhan rekod apabila syarikat itu melaksanakan visinya untuk mengoptimumkan rantaian bekalan global dengan data keterlihatan masa nyata dan pembelajaran mesin.

Di peringkat global, syarikat itu menyaksikan pertumbuhan tiga angka dalam keseluruhan penghantaran; memacu pertumbuhan 95% dalam pelanggan APAC baharu dan 50% jumlah pertumbuhan pelanggan baharu di seluruh dunia – termasuk Kumpulan Barilla, Cardinal Health, Haworth, LyondellBasell, McCain Foods, Roehm, Rove Concepts dan Yamaha Motors; meluaskan rangkaian pembawanya dengan ketara; dan melanjutkan keterlihatan masa nyata kepada lebih daripada 2,800 pelabuhan dan 2.5 juta kemudahan di seluruh dunia.

Kunci kepada pertumbuhannya pada tahun 2021 ialah pengembangan ketara FourKites di APAC, dengan peningkatan yang ketara tahun demi tahun dalam jumlah muatan, pelabuhan dan kemudahan yang dijejaki. Selain itu, syarikat telah membuat janji temu eksekutif yang kritikal dan meluaskan pangkalan pekerja yang menghampiri pusingan pendanaan $100 juta. Secara khusus, pada tahun 2021 FourKites APAC telah menyaksikan:

· 120% pertumbuhan dalam muatan tahun demi tahun, dengan lebih 112 bilion batu dijejaki dan lebih 5 bilion anggaran masa ketibaan yang dikira pada peringkat global
· 50% pertumbuhan rangkaian pembawa APACnya
· 2X pertumbuhan dalam jumlah antara modal bulanan, dengan keupayaan penjejakan di atas jalan, laut, kereta api dan tongkang merentas 42 negara dalam rantau.
· 4X pertumbuhan dalam jumlah lautan bulanan, dan kini menjejaki 98% daripada trafik lautan global
· 91% pertumbuhan dalam bilangan pelabuhan yang dijejaki setiap bulan
· 89% pertumbuhan dalam bilangan kemudahan yang dijejaki setiap bulan, dengan hampir 8,000 kemudahan yang dijejaki dalam APAC

FOURKITES MENCATAT JUMLAH YANG MEMECAHKAN REKOD TAHUN 2021 DI BARISAN DEPAN KETERLIHATAN RANTAIAN BEKALAN DI ASIA-PASIFIK

Thursday, December 16, 2021

BEYOND2020 MENINGKATKAN AKSES AIR BAGI 18,000 WARGA FILIPINA DI KAWASAN LUAR BANDAR TANAH TINGGI

Beyond2020 Filipina (Foto: AETOSWire)

· Pengerahan terbaharu itu meningkatkan dengan ketara kehidupan bagi dua komuniti tanah tinggi dengan mendapatkan bekalan air yang boleh dipercayai 24/7 dengan menggunakan teknologi neutral karbon

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beyond2020 kembali ke Asia Tenggara berikutan penglibatan mapan utama di Indonesia dan Kemboja, dengan satu pengerahan yang meningkatkan kualiti kehidupan bagi 18,000 orang di Filipina dengan meningkatkan akses air dan mengurangkan kos air sebanyak 85%. Empat pam ram hidraulik dan 13 kios sedang digunakan untuk memberi impak kepada 3,000 penduduk di kampung Cabagnaan di Wilayah Negros Occidental dan 15,000 orang di 14 kampung merentasi Altavista di Wilayah Leyte.

INTUITIVE MENCAPAI 10 JUTA PROSEDUR YANG DILAKUKAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PEMBEDAHAN DA VINCI




Tahap Pencapaian berfungsi sebagai asas untuk penambahbaikan inovatif berterusan dalam pembedahan invasif minimum


SUNNYVALE, Calif., 16 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Intuitive (Nasdaq: ISRG), peneraju teknologi global dalam penjagaan invasif minimum dan perintis pembedahan berbantu robotik, hari ini mengumumkan bahawa bilangan prosedur pembedahan berbantu robotik dilakukan di seluruh dunia oleh pakar bedah menggunakan sistem pembedahan da Vinci telah melebihi 10 juta.

“Penggunaan sistem pembedahan da Vinci oleh pakar bedah dalam lebih daripada 10 juta prosedur menggambarkan faedah yang disampaikan oleh pembedahan invasif minimum berkualiti tinggi kepada pesakit, keluarga dan sistem penjagaan kesihatan yang menjaga mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Intuitive Gary Guthart. “Walaupun kami berbangga dengan tahap pencapaian dan momentum ini, ini adalah detik untuk melihat perkara yang telah kami pelajari daripada 10 juta prosedur ini dan bertanya kepada diri sendiri cara kami boleh menggunakannya bagi meningkatkan bidang pembedahan untuk tahun-tahun akan datang.”

Disahkan untuk digunakan oleh Pentadbiran Makanan & Ubat-ubatan A.S. pada tahun 2000, terdapat lebih daripada 6,500 sistem pembedahan da Vinci dipasang di 67 negara dan lebih daripada 55,000 pakar bedah di seluruh dunia telah dilatih menggunakan sistem da Vinci.

“Kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan kami—hasil pesakit yang lebih baik, pengalaman pesakit yang lebih baik, pengalaman pasukan penjagaan yang lebih baik dan jumlah kos yang lebih rendah untuk merawat setiap episod pesakit,” kata Guthart. “Kami akan terus memacu inovasi berfokuskan hasil untuk pelanggan kami membantu pesakit mereka untuk 10 juta prosedur berikutnya dan selainnya.”

Perancangan Intuitive untuk terus mengambil pengalamannya yang mendalam dan luas daripada prosedur ini dan memastikan agar prosedur ini berkesan untuk pelanggan dalam bentuk program latihan pembedahan yang diperibadikan, inovasi berterusan dalam sistem, instrumen dan aksesori dan ekosistem perkhidmatan pelanggan yang diperluaskan, pembangunan bukti dan sokongan juga penyelesaian digital.

Terdapat hampir 70 kegunaan klinikal yang mewakili sistem da Vinci, merangkumi kepakaran klinikal, termasuk urologi, sakit puan, pembedahan toraks, pembedahan am dan pembedahan transoral.

“Asas bukti klinikal yang semakin meningkat—hampir 30,000 kajian mengenai pembedahan berbantu robotik—dan peningkatan keupayaan pakar bedah, hospital dan sistem penjagaan kesihatan untuk menilai data mereka sendiri dan keputusan pesakit, telah menjadi pemacu utama yang digunakan oleh dan pertumbuhan prosedur yang diikuti oleh pakar bedah,” ulas Guthart. “Pelanggan kami berdedikasi kepada kesihatan dan kesejahteraan pesakit mereka—mereka tidak menerima pakai dan terus menggunakan teknologi yang tidak memenuhi keperluan mereka.”

Sistem robotik generasi keempat terbaharu Intuitive, da Vinci X, Xi, dan sistem port tunggalnya (SP), terus berkembang melalui teknologi, serta penambahan instrumen, ciri dan sokongan digital.

Inovasi syarikat dalam teknologi berbantu robotik termasuk pembangunan sistem endoluminal Ion yang direka khusus untuk membolehkan biopsi paru-paru berbantu robotik.

Perihal Intuitive

Intuitive (Nasdaq: ISRG), yang beribu pejabat di Sunnyvale, California, ialah peneraju teknologi global dalam penjagaan invasif minimum dan perintis pembedahan berbantu robotik. Sebagai sebahagian daripada misi kami, kami percaya bahawa penjagaan invasif yang minimum ialah penjagaan yang meningkatkan kehidupan. Melalui kepintaran dan teknologi cerdas, kami mengembangkan potensi pakar perubatan untuk menyembuhkan tanpa kekangan.

Intuitive membawa lebih daripada dua dekad kepimpinan dalam teknologi dan penyelesaian pembedahan berbantu robotik kepada penawarannya dan membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan Sistem Pembedahan da Vinci dan sistem endoluminal Ion.

Nama/logo produk dan jenama ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Pembedahan Intuitive atau pemilik mereka masing-masing. Lihat www.intuitive.com/trademarks.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web Syarikat di www.intuitive.com.

Perihal Sistem Pembedahan da Vinci

Terdapat beberapa model Sistem Pembedahan da Vinci. Sistem pembedahan da Vinci direka untuk membantu pakar bedah melakukan pembedahan invasif minimum. Sistem Da Vinci menawarkan pakar bedah penglihatan 3D definisi tinggi, pandangan yang diperbesarkan dan bantuan robotik serta komputer. Mereka menggunakan instrumentasi khusus, termasuk kamera pembedahan kecil dan instrumen pergelangan tangan (iaitu, gunting, pisau bedah dan forsep) yang direka bentuk untuk membantu pembedahan dan pembinaan semula yang tepat jauh di dalam badan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web syarikat di www.intuitive.com.

Perihal Ion

Ion ialah platform bantuan robotik Intuitive untuk biopsi invasif minimum dalam paru-paru. Sistem ini mempunyai kateter ultra-nipis, ultra-manuver yang membolehkan navigasi yang jauh ke dalam paru-paru periferi dan memberikan kestabilan yang jarang berlaku sebelum ini yang diperlukan untuk ketepatan dalam biopsi. Lawati www.intuitive.com/en-us/products-and-services/ion.

Maklumat Keselamatan Penting

Untuk Maklumat Keselamatan Penting, petunjuk penggunaan, risiko, amaran penuh dan amaran, sila rujuk www.intuitive.com/safety.

Pernyataan Memandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan memandang ke hadapan mengenai Intuitive dan rancangan kami untuk terus menambah baik produk kami bagi memajukan pembedahan invasif minimum, yang melibatkan risiko yang besar dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan sedemikian. Risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lain, keupayaan kami untuk membina asas klinikal dan teknologi teguh yang dicipta, keupayaan kami untuk bekerja untuk meluaskan kapasiti kami, keupayaan kami untuk melabur untuk inovasi dan pertumbuhan masa depan, perkembangan kompetitif dan kesediaan pelanggan untuk terus menggunakan produk kami. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengeluarkan sebarang semakan pernyataan memandang ke hadapan ini, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungi
US/GLOBAL: Global Public Affairs
Intuitive Surgical
corp.comm@intusurg.com
+1-202-997-7373
+1-470-331-0327 

SUMBER : Intuitive Surgical, Inc.