Thursday, December 2, 2021

BITMEX MEMPERKENALKAN PRODUK KRIPTO 'EARN' PALING BERBALOI SETAKAT INI




MAHE, Seychelles, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Platform perdagangan mata wang kripto global BitMEX telah mengumumkan pelancaran BitMEX EARN. Produk ini yang memberi ganjaran faedah menawarkan kadar peratusan tahunan (APR) paling tinggi bagi semua produk Earn awam.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211130005722/en/

Produk itu memberi ganjaran kepada pengguna yang melanggan dana mereka untuk satu tempoh yang ditetapkan dengan satu pembayaran faedah, di antara 14 - 100% APR. Tambahan pula, BitMEX EARN adalah satu-satunya produk jenis itu di dalam pasaran yang disokong 100% oleh dana insurans. Semua pembayaran adalah dijamin oleh dana insurans BitMEX - satu daripada dana terbesar di dalam industri itu.

Mata wang kripto pertama yang tersedia di BitMEX EARN ialah Tether (USDT ERC-20). Pelanggan BitMEX yang melanggan kepada produk itu sebelum 7 Disember 2021 boleh melanggan kepada satu tawaran awal untuk memperoleh sehingga 100% APR pada Tether bagi deposit sehingga USDT 1,000 untuk setiap pengguna dan sehingga 14% APR untuk deposit sehingga USDT 100,000 bagi setiap pengguna. Butiran lanjut tentang BitMEX EARN boleh diperolehi di sini

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15314

No comments:

Post a Comment