Friday, December 3, 2021

KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI NANNING KEBANGSAAN: MENAWARKAN PELUANG-PELUANG KEPADA GURU BAGI SEBUAH GENERASI BAHARU

 

Kapsyen: Pemandangan di pameran kerja di Universiti Normal Guangxi

NANNING, China, 29 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, dengan guru cemerlang mengambil tempat bagi jawatan mereka, acara pengambilan bakat pendidikan yang pertama bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan, yang telah disasarkan kepada institusi pengajian tinggi di rantau itu, seperti Universiti Normal Guangxi, mencapai satu penutupan yang berjaya.

Pada acara ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan menawarkan sejumlah 38 jawatan pengajar di kawasan itu untuk mempromosikan pengambilan bakat pendidikan di kolej dan universiti, dan hasilnya adalah menggalakkan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan. Pengambilan guru itu menandakan kali pertama kawasan itu mengambil pameran kerja mereka ke institusi pengajian tinggi. Berpegang teguh kepada standard yang tinggi dan keperluan yang ketat pada setiap masa, acara itu telah dicirikan oleh penyenaraian soalan sulit, pengangkutan yang selamat bagi soalan ujian, pemarkahan pantas dan temuduga bersemuka yang disertai oleh kepimpinan sekolah pada hari yang sama untuk memilih calon-calon yang memenuhi syarat. Proses itu telah terbukti sebagai satu sistem pemilihan bakat yang berkesan. Acara itu telah menarik 167 orang pelajar. Sejumlah 21 orang telah menurunkan tandatangan di tempat itu, antaranya 6 adalah graduan yang cemerlang.

Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan itu sentiasa berpegang teguh kepada strategi “membangunkan kawasan itu dengan sains dan pendidikan” dan “memperkasakan kawasan itu dengan bakat”. Seterusnya, ia akan terus meneroka model mengambil pameran kerja mereka ke dalam kampus, mewujudkan mekanisme kerjasama dengan kolej dan universiti, menambah baik kaedah membawa masuk bakat, dan untuk mengoptimumkan persekitaran bagi pertumbuhan bakat. Dengan mengambil pameran kerja ke dalam kampus dan mengoptimumkan perkhidmatannya, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan itu akan berusaha bukan sahaja untuk menarik dan mengekalkan bakat, tetapi juga memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka. Dengan keazaman yang lebih besar, usaha yang lebih giat dan langkah yang lebih praktikal untuk mempromosikan pembinaan daripada sebuah penjana bakat, kawasan itu akan menyediakan sokongan intelektual yang besar bagi pembangunan pendidikan yang berkualiti tinggi.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=409020
 
   Kapsyen: Pemandangan di pameran kerja di Universiti Normal Guangxi
 
 --BERNAMA 

No comments:

Post a Comment