Wednesday, December 22, 2021

METRICSTREAM DAN HCL TECHNOLOGIES BERGANDING BAHU UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN IT DAN PENGURUSAN RISIKO SIBER KEPADA PELANGGAN GLOBAL

Perkongsian Menyediakan Pelanggan dengan Penyelesaian Perisian Terkemuka di Industri Digandingkan dengan Perkhidmatan Pakar dan Penyampaian Infrastruktur

SAN JOSE, Calif., 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan satu perkongsian strategik dengan HCL Technologies (HCL), sebuah syarikat teknologi global terkemuka. Pakatan strategik ini akan menyediakan kepada perusahaan dan organisasi bersaiz sederhana dengan penyelesaian IT dan Pengurusan Risiko Siber yang bertaraf dunia, yang akan memperkasakan mereka untuk menambah baik dalam membuat keputusan, mengukur risiko dan mengurangkan ancaman IT dengan persepsi yang tepat dan kena pada masanya.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211220005169/en/

Perisian IT dan Pengurusan Risiko Siber MetricStream menyediakan keterlihatan masa nyata ke dalam risiko IT dan pendedahan ancaman, serta langkah pengurangan yang sesuai, melalui maklumat risiko kontekstual merentasi proses dan aset. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian baharu itu, pelanggan akan juga dapat memanfaatkan peranti pengkuantitian risiko siber termaju yang memberikan satu pandangan yang jelas tentang pendedahan risiko siber dari segi kewangan. Pengkuantitian risiko siber kini kukuh sebagai satu inovasi utama dan nilai tambah yang sangat diperlukan untuk pengurusan risiko bersepadu.

“Ancaman siber berleluasa di tempat pasaran, mencabar organisasi untuk kekal di hadapan dengan penyelesaian yang terbaik dalam kelasnya,” kata John Johasky, Ketua Pegawai Jualan, MetricStream. “Apa yang penting bagi pakatan ini adalah keupayaan untuk menyatukan kepakaran gabungan kami – kepimpinan perisian domain mendalam MetricStream dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan HCL – dan menggerakkan dengan pantas satu penyelesaian untuk pelanggan kami.”

“Pada masa ini terutamanya, pemimpin perniagaan yang ingin berkembang dan mewujudkan satu kelebihan berdaya saing menyedari bahawa penyelesaian digital transformatif adalah perkara yang mesti dimiliki dalam iklim sengit pada hari ini,” kata Renju Varghese, Felo dan Ketua Arkitek, Perkhidmatan Keselamatan Siber & GRC, HCL Technologies. “Pakatan di antara MetricStream dan HCL ini mewakili pakar IT dan risiko siber yang terbaik dan paling berpengalaman dalam industri yang datang bersama-sama untuk memberikan hasil sebenar pada satu kadar yang pantas kepada pelanggan kami.”

Maklumat mengenai MetricStream, Inc.

MetricStream adalah peneraju pasaran global bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan untuk membolehkan daya ketahanan dan transformasi digital. MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta sokongan jualan dan operasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.comLinkedInFacebook, dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15405

No comments:

Post a Comment