Saturday, December 4, 2021

PRESIDEN JOKOWI MENONJOLKAN TIGA PERKARA DI DALAM JAWATAN PRESIDEN G20 BAGI INDONESIA

JAKARTA, Indonesia, 2 Dis., Agensi Berita Antara-AsiaNet/--

Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa jawatan Presiden G20 bagi Indonesia pada tahun 2022 akan memberi tumpuan kepada tiga isu strategik, iaitu pengurusan kesihatan inklusif, transformasi berasaskan digital, dan peralihan ke arah tenaga mapan.

“Dalam jawatan Presiden G20 itu, Indonesia akan menumpukan kepada pengendalian penjagaan kesihatan inklusif, transformasi berasaskan digital, dan peralihan kepada tenaga mapan,” kata Jokowi pada majlis perasmian bagi Jawatan Presiden G20 bagi Indonesia pada Rabu.

Semasa memegang jawatan Presiden G20 itu, Indonesia akan membawa tema Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat.

Lebih-lebih lagi, Jokowi menganggap jawatan Presiden G20 itu sebagai satu amanah dan penghormatan buat Indonesia. Jawatan presiden itu juga merupakan satu peluang bagi Indonesia untuk memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada pemulihan ekonomi dunia.

Presiden itu menekankan bahawa Indonesia akan berusaha untuk membina tadbir urus dunia yang adil dan mapan berdasarkan kepada keamanan dunia dan keadilan sosial.

“Indonesia sedang berusaha untuk membina tadbir urus dunia yang adil. Kami menyasarkan untuk mengukuhkan perpaduan dunia dalam mengatasi perubahan iklim dan pembangunan lestari, serta mengumpulkan komitmen daripada negara-negara maju untuk membantu negara-negara membangun,” kata Jokowi.

Pada kesempatan yang sama, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto, menyampaikan bahawa jawatan Presiden G20 bagi Indonesia itu menyasarkan agar dunia kembali muncul daripada krisis itu dan menjadi lebih berdaya tahan.

Untuk mencapai matlamat itu, ia memerlukan satu transformasi di dalam cara bekerja, satu perubahan di dalam pemikiran dan model perniagaan, serta penggunaan peluang di tengah-tengah pandemik itu untuk membawa kejayaan baharu, kata Hartarto.

Beliau kemudian meneruskan bahawa di dalam jawatan Presiden ini, Indonesia akan menggunakan forum-forum di G20 untuk memperjuangkan aspirasi dan kepentingan negara-negara membangun untuk mewujudkan tadbir urus yang adil di dunia. Ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan dunia dalam mengatasi ancaman perubahan iklim dan menggalakkan pembangunan mapan.

Dari 1 Disember, 2021, sehingga 30 November, 2022, Indonesia akan secara rasmi menjadi Presiden G20, meneruskan penyampaian bagi jawatan Presiden dari Itali.

G20 adalah sebuah forum global yang terdiri daripada 19 buah negara dan satu Kesatuan Eropah. Forum itu, yang ditubuhkan pada tahun 1999, menyumbang kepada 80 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan 75 peratus daripada eksport dunia.
 
SUMBER: Kementerian Komunikasi dan Informatika
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=409521
 
Kapsyen: Kapsyen: (dari kiri) Gabenor Jakarta Anies Baswedan, Naib Pengerusi bagi BPK Agus Joko Pramono, Timbalan Speaker bagi Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Lodewijk F Paulus, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto, Menteri Kewangan Sri Mulyani, Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo, Pengerusi Business 20 Shinta Widjaja Kamdani, dan Pengerusi Bersama Youth 20 Michael Victor Sianipar menghadiri pembukaan Majlis G20 2022 di Jakarta, pada Rabu. Jawatan Presiden G20 bagi Indonesia bermula dari 1 Disember, 2021 hingga 30 November, 2022 dengan tema “Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat”. ANTARA FOTO/Hafidz Mubarak A/wsj.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment