Thursday, December 9, 2021

PEMAIN OTT TERKEMUKA DI ASIA TENGGARA MENGUMUMKAN SOKONGAN UNTUK UNIFIED ID 2.0

Penyelesaian identiti baharu berkembang di rantau itu dengan sokongan daripada platform OTT utama



SINGAPURA, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peneraju pengiklanan global, The Trade Desk (NASDAQ: TTD), hari ini mengumumkan bahawa inisiatif Unified ID 2.0 telah berkembang ke pasaran Asia Tenggara ketika pemain over-the-top (OTT) terkemuka mengumumkan sokongan mereka. Dibangunkan di peringkat awal oleh The Trade Desk, Unified ID 2.0 adalah sebuah pengecam baharu yang mengutamakan privasi yang dibina daripada alamat e-mel yang dicincang dan disulitkan. Direka bentuk daripada perspektif pengguna, Unified ID 2.0 adalah satu pendekatan baharu ke seluruh industri terhadap identiti internet yang bertujuan untuk mengekalkan nilai bagi pengiklanan yang berkaitan, dan pada masa yang sama meletakkan kawalan untuk pengguna dan privasi di barisan hadapan.

Pemain OTT terkemuka di Asia Tenggara telah mengutamakan penggunaan Unified ID 2.0 untuk mengekalkan aliran bebas bagi kandungan sebagai pertukaran untuk pengiklanan yang berkaitan termasuk platform OTT serantau iQiyi, TrueID, WeTV/iflix; FPT Play dan VTV Giai Tri (VTVE) di Vietnam; dan platform OTT tempatan terbesar di Indonesia, Vidio. Unified ID 2.0 memberi kuasa kepada penerbit untuk menukar maklumat yang berkaitan pada data pihak pertama mereka dan membolehkan pengiklan untuk mengoptimumkan data pelanggan pihak pertama mereka dan mengukur pelaburan media mereka tanpa kuki pihak ketiga.

Unified ID 2.0 telah pun memperoleh penggunaan meluas merentasi industri media di seluruh dunia, termasuk daripada syarikat data dan syarikat pemegang pengiklanan utama. Ia juga melihat momentum dengan penerbit dengan menyediakan satu peluang kepada mereka untuk membuktikan lagi pertukaran nilai bagi internet terbuka. Faedah utama bagi penerbit mungkin termasuk:
  • Strategi – Penerbit boleh terus memadankan audiens pengiklan, menguruskan kekerapan dan mengukur hasil untuk mengekalkan satu strategi yang mapan
  • Kebebasan – Satu pengecam terbuka bermakna bahawa pengewangan penerbit akan kurang bergantung kepada tindakan oleh pelayar dan pembuat peranti individu
  • Pengalaman Pengguna yang Lebih Baik – Kawalan pengguna akan memudahkan penerbit untuk membina dan mengekalkan kepercayaan dengan pengguna mereka. Penyasaran yang lebih berkesan akan juga membantu membolehkan pemuatan iklan yang lebih ringan dan satu pengalaman pengguna keseluruhan yang lebih baik
 
“Kerjasama di sekitar Unified ID 2.0 membolehkan penerbit digital untuk mengambil bahagian di dalam inisiatif di seluruh industri ini bagi merintis satu pendekatan baharu kepada identiti. Kami amat teruja untuk melihat momentum daripada pemain OTT di rantau Asia Tenggara,” kata Bihao Pan, Pengarah Kanan Utama, Perkongsian Inventori, The Trade Desk. “Bersama-sama, kita semua mencipta sebuah internet terbuka yang lebih baik dan mementingkan privasi merentas peranti dan platform. Kami teruja untuk menerima pakai secara berterusan ketika ID meningkat dan berkembang lebih jauh, sambil menyasarkan untuk memberikan pengguna ketelusan dan kawalan yang lebih baik.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Unified ID 2.0, sila layari tapak penyelesaian Unified ID.

Maklumat mengenai Unified ID 2.0

Unified ID 2.0 adalah sebuah penyelesaian identiti generasi seterusnya yang merupakan satu rangka kerja digital sumber terbuka. Dengan pembangunan awal yang diketuai oleh The Trade Desk, Unified ID 2.0 adalah hasil daripada satu kerjasama luas oleh penerbit, pembeli dan penyedia teknologi merentasi industri itu. Ia berfungsi sebagai satu alternatif kepada kuki pihak ketiga yang bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, privasi dan kawalan pengguna sambil mengekalkan pertukaran nilai bagi pengiklanan yang berkaitan merentasi saluran dan peranti.

Prebid.org, organisasi bebas yang direka untuk memasti dan mempromosikan tempat pasaran yang adil dan telus merentasi industri itu, telah bersetuju untuk berkhidmat sebagai pengendali bagi Unified ID 2.0.

Maklumat mengenai The Trade Desk

The Trade Desk™ adalah sebuah syarikat teknologi yang memberi kuasa kepada pembeli iklan. Melalui platform layan diri, berasaskan awan mereka, pembeli iklan dapat membuat, mengurus, dan mengoptimumkan kempen pengiklanan digital merentasi seluruh format dan peranti iklan. Penyepaduan dengan data utama, inventori, dan rakan penerbit memastikan jangkauan maksimum dan keupayaan dalam membuat keputusan, dan API perusahaan membolehkan pengembangan khusus di atas platform itu. Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat merentasi Amerika Utara, Eropah, dan Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari thetradedesk.com atau ikuti kami di FacebookTwitter, dan LinkedIn.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211208005804/en/

Hubungi

Hubungan media
Shaw Wun Lim
The Trade Desk
shawwun.lim@thetradedesk.com

Sumber : The Trade Desk

No comments:

Post a Comment