Saturday, December 18, 2021

WACANA ILMIAH ISLAM, MORALITI & MASYARAKAT BEBAS RASUAH

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Di ambang sambutan Hari Anti-Rasuah Sedunia pada 9 Disember 2021, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan wacana ilmiah bagi menyokong usaha membendung gejala rasuah dengan menjurus kepada aspek kerohanian dan peranan agama dalam membentuk keperibadian dan melaksanakan amanah kerjaya secara professional.

Wacana ini telah dibentangkan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Dato’ Seri Shamshun Baharin Mohd Jamal (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM), Dr. Nik Roskiman Abdul Samad (Fellow Kanan, Pusat Syariah, Undang-undang & Politik, IKIM) dan Pn. Nurhayati Nordin (Ketua Sekretariat RasuahBusters). Kepentingan melahirkan masyarakat dan pemimpin yang berakhlak mulia, dihiasi sifat taqwa dan mempunyai hubungan erat dengan Allah perlu ditekankan dalam semua peringkat. IKIM disyorkan mendahului kajian dan penyelidikan ke arah pembentukan generasi pemimpin politik baharu yang memiliki paradigma Kepimpinan Rabbani. 

No comments:

Post a Comment