Tuesday, December 28, 2021

LITEPOINT DAN MEDIATEK BEKERJASAMA UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN PRODUK WI-FI 6 DAN WI-FI 6E

Piawai Wi-Fi baharu akan memberikan kelajuan dan prestasi ulung untuk penstriman video, permainan dan aplikasi realiti maya

SAN JOSE, Calif., 28 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LitePoint, penyedia terkemuka bagi penyelesaian ujian wayarles, hari ini mengumumkan ia bekerjasama dengan pembuat cipset terkemuka MediaTek untuk memberikan penyelesaian ujian pengesahan reka bentuk turnkey untuk cip Filogic Wi-Fi 6/6E MediaTek. Kerjasama itu akan membolehkan pelanggan MediaTek memudahkan dan mempercepatkan keputusan ujian untuk keluarga baharu cipset ketersambungan berprestasi tinggi ini.

Wi-Fi 6/6E menyediakan pengalaman ketersambungan ulung yang menyampaikan multigigabit, Wi-Fi kependaman rendah dan ketersambungan yang boleh dipercayai untuk aplikasi seperti penstriman, permainan, AR/VR dan banyak lagi.

Melalui kerjasama strategik ini, LitePoint bekerjasama dengan MediaTek untuk mencipta versi perisian automasi ujian LitePoint IQfact+ yang membolehkan pelanggan MediaTek menguji reka bentuk Wi-Fi 6/6E mereka dengan aliran ujian yang lengkap dan mudah digunakan. Perisian IQfact+ berfungsi dengan keluarga sistem ujian LitePoint IQxel untuk menyediakan pelanggan MediaTek dengan perisian pembangunan ujian khusus cipset yang membolehkan pengesahan reka bentuk pantas melalui pembuatan isipadu dengan usaha kejuruteraan yang minimum.

“LitePoint terus memacu inovasi dalam penyelesaian ujian untuk produk Wi-Fi dan kami gembira dapat bekerjasama dengan MediaTek untuk membolehkan pelanggan mereka membawa peranti Wi-Fi 6/6E ke pasaran,” ujar Anna Smith, Naib Presiden Jualan Seluruh Dunia, LitePoint. “IQfact+ dan IQxel menawarkan pangkalan pelanggan MediaTek sebuah platform ujian yang lengkap dan mudah digunakan untuk pengesahan reka bentuk yang pantas.”

“Memandangkan pasaran berubah dan lebih ramai orang bekerja dan belajar dari rumah, banyak aplikasi bergantung kepada perkhidmatan rangkaian yang stabil, seperti persidangan video dan penstriman 4K. Keluarga Filogic MediaTek memberikan penyelesaian berkaitan yang pantas, boleh dipercayai dan sentiasa aktif untuk memberikan pengguna pengalaman terhubung yang lancar, pantas dan interaktif dengan kualiti video yang luar biasa,” kata Alan Hsu, Naib Presiden Korporat & Pengurus Besar, Ketersambungan Cerdas di MediaTek. “Platform ujian LitePoint akan membantu pelanggan kami dengan cepat dan mudah mengesahkan penyelesaian Wi-Fi 6/6E kami untuk mempercepatkan masa memasuki pasaran bagi peranti generasi mendatang.”

LITEPOINT DAN MEDIATEK BEKERJASAMA UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBANGUNAN PRODUK WI-FI 6 DAN WI-FI 6E

No comments:

Post a Comment