Thursday, December 9, 2021

UNIFY PLATFORM AG MELANCARKAN PENSIJILAN PRA-IP UNTUK KANDUNGAN R&D DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLOK RANTAIAN SEBAGAI PERLINDUNGAN HARTA INTELEK DI UNIPLAT

YOKOHAMA, Jepun, 8 Dis., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
– Pra-IP Menjamin Pemilikan bagi Kandungan R&D Sebelum Paten Undang-undang Dikeluarkan –

Unify Platform AG dari Switzerland, dengan Hab Jepun mereka di Shin-Yokohama, Wilayah Kanagawa, mengumumkan pada 6 Disember mengenai pelancaran satu ciri baharu pada perkhidmatan platform dalam talian syarikat itu, UNIPLAT. Ciri baharu itu, dinamakan Pra-IP, adalah satu singkatan untuk “Pra (gunaan) Harta Pintar” dan satu istilah UNIPLAT yang unik. Apabila penyelidik dan usahawan mendaftarkan kandungan mereka (imej, video, teks, dll.) yang diterbitkan pada platform itu sebagai Pra-IP, UNIPLAT akan mengeluarkan satu sijil pihak ketiga yang menyatakan bahawa kandungan itu didaftarkan secara sah di bawah nama penyelidik atau usahawan yang berkaitan dengan menggunakan teknologi kontrak pintar blok rantaian. Pensijilan Pra-IP ini akan tersedia pada platform itu mulai 14 Januari, 2022.

Logo UNIPLAT:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106816/202112014254/_prw_PI3fl_Y8v95kRP.jpg

 
 
Paparan pensijilan pra-IP pada halaman “My Lab” penyelidik dan usahawan (Imej daripada tapak pembangunan):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106816/202112014254/_prw_PI1fl_28W48Q46.jpg



Dalam era media sosial, keselamatan maklumat boleh terjejas kerana sesiapa sahaja boleh menyimpan dan membuat tuntutan palsu terhadap apa-apa di internet yang tidak didaftar atau dipatenkan lagi. UNIPLAT, melalui penubuhan ciri Pra-IP itu, berhasrat untuk menyelesaikan masalah ini. Pra-IP diperkenalkan sebagai satu alternatif untuk memastikan pengesahan bagi kandungan penyelidikan dan pembangunan (R&D) walaupun sebelum satu paten undang-undang atau sebarang pendaftaran undang-undang lain dikeluarkan. Penyusunan ini membolehkan penyelidik dan usahawan untuk menghalang peniruan idea dan penggunaan sekunder kandungan yang tidak dibenarkan melalui pasca pendedahan. Dari sudut pandangan pengguna lain (individu, syarikat, institusi, dll.), kewujudan Pra-IP membantu mereka untuk menyokong penyelidik dan usahawan dengan ketenangan fikiran; dengan mengetahui bahawa mereka menyumbang atau bekerjasama untuk kandungan R&D yang tulen yang didaftarkan dengan betul oleh penyelidik atau usahawan yang berkaitan.

Imej skema Pra-IP:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106816/202112014254/_prw_PI2fl_2V30XaAo.jpg

 
 
Penyelidik dan usahawan boleh mendaftar dan mengeluarkan sijil Pra-IP bagi kandungan mereka yang dimuat naik daripada tab Pra-IP pada halaman “My Lab” mereka (satu halaman sehenti yang mengandungi profil, hasil penyelidikan dan maklumat lain mereka). Sijil yang dikeluarkan itu akan ditunjukkan secara terbuka pada halaman yang sama. Oleh itu, ia boleh dilihat oleh pengguna lain.

Maklumat mengenai UNIPLAT
UNIPLAT adalah sebuah platform terbuka yang direka khusus untuk membantu penyelidik keusahawanan yang mempromosikan semua bidang akademik dan projek yang berkaitan dengan SDG yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di seluruh dunia untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan dan berhubung dengan penyokong yang ingin menyumbang kepada peningkatan penyelidikan global. UNIPLAT menawarkan satu cara baharu kepada penyelidik keusahawanan untuk menerbitkan penyelidikan mereka dan mendapatkan sokongan dan pembiayaan dari seluruh dunia (syarikat, institusi, yayasan, dsb.) dalam sebuah persekitaran yang mempunyai peluang yang sama. UNIPLAT dibangun dan diuruskan oleh Unify Platform AG, sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Zug, Switzerland dan Stockholm, Sweden, dengan Hab Jepun di Shin-Yokohama, Kanagawa.
 
Halaman Depan UNIPLAT: https://uniplat.social/
Laman web Syarikat: https://unify21.com
 
SDG:
(Poster:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M
106816/202112014254/_prw_PI4fl_490CK4SJ.jpg
)
 
 
Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) adalah matlamat antarabangsa bagi sebuah dunia yang mapan dan lebih baik yang ditulis di dalam Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari, diterima pakai pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2015. SDG itu, yang terdiri daripada 17 matlamat dan 169 sasaran, adalah didasarkan kepada falsafah “Jangan tinggalkan sesiapapun di belakang” di bumi.
 
Sumber: Unify Platform AG 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15335

No comments:

Post a Comment