Thursday, December 9, 2021

BAHAGIAN PENYELIDIKAN UMW DAN UPM HOLDINGS AKAN BEKERJASAMA UNTUK MENEROKA PELUANG DALAM MEMBANGUNKAN TEKNOLOGI HIJAU DAN LESTARI

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat Kumpulan UMW, UMW Innovation and R&D Center Sdn. Bhd. ("UIRDC") telah memeterai Memorandum Persefahaman ("MoU") dengan UPM Holdings Sdn. Bhd. (“UPMH”), anak syarikat milik penuh Universiti Putra Malaysia untuk meneroka peluang dalam membangunkan teknologi hijau dan lestari.

 
UIRDC ditubuhkan untuk mempercepatkan pengeluaran produk inovatif, pemprosesan dan perkhidmatan inovatif yang boleh meningkatkan daya saing Kumpulan UMW manakala UPMH ditubuhkan sebagai bahagian perniagaan UPM untuk mengkomersialkan kepakaran dan harta inteleknya (“IP”) untuk penambahbaikan negara. Bidang Kerjasama di bawah MoU yang ditandatangani akan melibatkan penyelidikan kontrak dan pengkomersilan IP.
 
UPMH akan dijemput untuk turut serta sebagai sumber luar penyelidikan kontrak bagi projek innovasi dan R&D UMW, yang dapat memanfaatkan lebih dari 1,800 staf akademik UPMH, di mana lebih daripada 90% memiliki PhD dalam pelbagai disiplin ilmu dan telah berjaya mencipta lebih dari 2.700 IP.  MoU ini juga membuka jalan untuk pembangunan dan pengkomersialan bersama yang akan memberikan tawaran yang setanding dengan pasaran semasa.
 
Dokumen MOU itu telah ditandatangani oleh Dato ’Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai / Presiden Mobiliti & Inovasi Kumpulan, Bahagian Aeroangkasa, UMW Corporation Sdn. Bhd. dan En. Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UPMH dan disaksikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, UMW Holdings Berhad.
 
"Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan UMW kerana terdapat pelbagai IP yang berdaftar dengan UPM yang boleh dikomersialkan melalui kerjasama dengan entiti yang ditubuhkan seperti UMW," kata En. Azrul Reza Aziz.  "UPMH berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan sektor industri lain pada masa akan datang, terutamanya mereka yang mempunyai perancangan masa hadapan untuk menggunakan fungsi R&D mereka atau membangunkan produk baharu.  UPMH menawarkan untuk menyokong UMW sebagai organisasi pembekal produk inovatif ke arah masa depan yang lebih hijau."
 
Mengulas mengenai MOU tersebut, Dato’ Ahmad Fuaad berkata, “Kerjasama dengan UPMH adalah salah satu usaha kami untuk meningkatkan kerjasama industri dengan universiti penyelidikan seperti UPM. Kami menyedari bahawa sejumlah besar penyelidikan dan pembangunan diperlukan untuk berinovasi dan mendorong ke arah pertumbuhan industri di negara ini. Kerajaan Malaysia baru-baru ini menekankan agar mengubah fokus terhadap sektor pembuatan tempatan kepada industri nilai tambah yang tinggi dan berpengetahuan yang tinggi terhadap industri.  Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menyumbang secara positif kepada aspirasi ini. ”
 
“Melalui kerjasama ini, Kumpulan kini sedang membangunkan minyak bio-pelincir berasaskan minyak sawit untuk aplikasi hidraulik yang dijangka akan diperkenalkan dalam pasaran di tahun hadapan,” akhiri beliau.

 
Mengenai UMW
Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa.  Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,000 orang.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.


SUMBER : UMW Corporation Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment