Thursday, December 16, 2021

RETRACE AV MELANCARKAN PRODUK CAT BAHARU YANG MEMUSNAHKAN SARS-COV-2, VIRUS COVID-19 ITU DALAM MASA 30 MINIT

 

Retrace AV memusnahkan SARS-CoV-2, virus COVID-19 itu dalam masa 30 minit (Foto: Business Wire) 

Anda kini boleh memberikan perlindungan 99.99% kepada rumah dan tempat kerja anda daripada SARS-CoV-2, virus COVID-19 itu dengan satu bahan tambahan cat baharu yang memusnahkan virus itu dalam masa 30 minit

LONDON, 14 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berbilion orang di seluruh pelosok dunia sedang berusaha untuk kembali ke tempat kerja, sekolah dan ruang sosial. Kerajaan & pemilik perniagaan perlu melakukan segala yang mereka mampu untuk meningkatkan keyakinan dan memberitahu pengguna bahawa keselamatan mereka adalah satu perkara yang paling utama.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211213005583/en/ 

Retrace AV adalah penyelesaian yang tidak mungkin menjadi usang disebabkan oleh mod  tindakannya adalah tidak khusus bagi varian tertentu.

Retrace AV boleh ditambah ke dalam cat yang berasaskan air untuk memberikan 99.99% perlindungan terhadap SARS-CoV-2, virus COVID-19 itu. Tiada latihan diperlukan, anda hanya perlu menuangkannya ke dalam cat, campur dan cat.

Mudah untuk dipesan dan disimpan, hanya 25ml Retrace AV sahaja diperlukan bagi setiap 1 liter cat. Ia akan berfungsi sebaik sahaja cat itu kering.

Ini bermakna, satu lapisan atas bagi cat pilihan anda menambah keselamatan antipatogenik terhadap bakteria dan virus selama beberapa tahun lamanya (diuji selama 10 tahun) dan keberkesanannya boleh disahkan setiap tahun selepas itu oleh pembekal yang bertauliah.

Dibangunkan oleh sebuah pasukan antarabangsa, Retrace AV telah diuji kepada ISO 21702, ISO 22196 dan ISO 11607 oleh makmal bebas termasuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom dan UL, sebuah syarikat pensijilan keselamatan global, telah mengesahkan keberkesanannya terhadap SARS-CoV- 2.

COVID-19 masih berada di luar sana dan tidak akan hilang begitu sahaja. Menurut ahi sains terkemuka, seperti Pakar Virologi dari Universiti Queensland, Ian Mackay1 dan Shweta Bansal2  seorang pakar ekologi penyakit berjangkit di Universiti Georgetown - pertahanan yang terbaik terhadap COVID-19 adalah sesuatu yang menggunakan pelbagai langkah.

Ahli sains itu mengulangi bahawa vaksin tidak boleh menjadi satu-satunya barisan pertahanan dan kita perlu untuk memanfaatkan setiap peralatan yang ada pada kita.

Sehingga kita sudah yakin selamat, perniagaan akan menggabungkan Retrace AV ke dalam strategi keselamatan mereka untuk ketenangan fikiran dan meningkatkan kepercayaan pengguna.

Ketahui lebih lanjut atau beli Retrace AV di https://retraceav.com/

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15372

No comments:

Post a Comment