Wednesday, December 22, 2021

PELANCARAN IDENTITI PENJENAMAAN BARU ARTHUR D. LITTLE SEMPENA ULANGTAHUN KE-135

PARIS, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arthur D. Little (ADL) menyambut ulang tahunnya yang ke-135 berserta penswastaan perkongsian syarikat yang ke-10 tahun, dengan melancarkan identiti penjenamaan baru.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005444/en/
 
Penjenamaan baru ADL memperkasakan ‘The Difference’ atau 'Perbezaan', di mana ADL  bekerjasama dengan klien dan menonjolkan keunikannya dalam industri konsultansi. Logo baru 'D' yang dipertingkatkan, mengemukakan ‘The Difference’ dalam intipati jenamanya, melambangkan suatu peluang terbuka menuju ke arah masa depan. 

Pembaharuan jenama ini menegaskan sejarah ADL yang terus berusaha melangkaui sempadan inovasi, mengaitkan pakar, teknologi dan strategi bagi menyelesaikan isu yang mencabar. Jenama ini juga mencerminkan semangat perusahaan kukuh ADL yang terbukti dengan perkembangan syarikat sebanyak dua kali ganda dan juga pembukaan lebih dari 20 pejabat dalam jangka masa enam tahun yang lalu.
 
ADL terbeza di pasaran melalui promosi dan usahanya dalam model konsultansi terbuka atau lebih dikenali sebagai ‘Open Consulting’, dengan menggunakan rangkaian pakar dari seluruh dunia. Usaha ini memastikan hanya mereka yang terbaik mengendalikan cabaran spesifik setiap klien. Model ini berkait rapat dengan perbezaan utama ADL iaitu komitmen untuk bekerja “side-by-side”, dengan klien sebagai sepasukan untuk menyelesaikan isu dengan khusus dan tepat.
 
Ignacio García Alves, Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Arthur D. Little, mengulas:"Infrastruktur generasi akan datang, teknologi baru, pendigitalan, penumpuan dan kelestarian sedang mengubah dunia dan perniagaan klien kami. Kami bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perubahan ini - dan menjangkakan masa depan. Kami adalah firma konsultansi ambidekstrus - kreatif dan pragmatik, yang berusaha untuk menghadapi cabaran hari ini and masa hadapan. Inilah ‘The Difference’ yang kami usahakan untuk para klien kami.
 
"Saya berbangga dengan kejayaan perjalanan syarikat kami, dan berterima kasih kepada setiap rakan sekerja yang berdedikasi, istimewa serta berbakat dalam usaha menjadikannya satu kenyataan. Saya berharap semua akan merasa bangga dan teruja dengan penjenamaan baru ini, yang mencerminkan konsultansi yang lebih spesifik dan terbuka. 

Mengenai Arthur D. Little

Arthur D. Little telah menerajui inovasi sejak tahun 1886. Kami adalah pemimpin yang memahami strategi penghubung, inovasi dan transformasi dalam industri yang menekankan teknologi dan penumpuan. Kami membantu klien melalui perubahan ekosistem perniagaan bagi menerokai peluang perkembangan baru. Kami membolehkan klien untuk membina keupayaan inovasi dan transformasi organisasi mereka.
 
Konsultan  kami mempunyai pengalaman praktikal yang kukuh dalam industri serta gabungan pengetahuan terbaik mengenai trend dan dinamik utama. ADL berada dalam kebanyakan pusat perniagaan penting di seluruh dunia. Kami berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada kebanyakan syarikat Fortune 1000, serta firma terkemuka dan organisasi sektor awam.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adlittle.com atau www.adl.com.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15407

No comments:

Post a Comment