Friday, June 28, 2019

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN XO, PASARAN PENERBANGAN PERSENDIRIAN GLOBAL

  • Permulaan dunia baharu, dengan tempahan segera dan akses seluruh dunia untuk semua pelanggan On Demand;  
  • Mempamerkan kepantasan perubahan yang kumpulan Vista Global bawa kepada industri;
  • Pelanggan akan dapat memilih pilihan keahlian digital terbaik, meminta penerbangan atau menempah tempat duduk – dengan serta-merta.

DUBAI, UAE, 28 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Vista Global, kumpulan penerbangan persendirian yang diasaskan oleh Thomas Flohr mengumumkan penubuhan XO, pasaran digital global untuk penerbangan persendirian.

Pelancaran XO, powered by JetSmarter technology, menandakan permulaan dunia baharu untuk semua pelanggan penerbangan persendirian. Dihasilkan dengan menggabungkan kepakaran pengendali yang dipercayai dan mengutamakan pelanggan XOJET dengan kepantasan dan kemudahan teknologi yang dibangunkan oleh JetSmarter, jenama baharu ini akan menyediakan perkhidmatan ditingkatkan untuk perjalanan jet persendirian On Demand.

Dahulu, pelanggan penerbangan perniagaan perlu menavigasi industri yang rumit ini tanpa platform yang dipusatkan, kini mereka dapat terbang pada bila-bila masa, di mana-mana jua, dengan serta-merta melalui aplikasi XO atau dalam talian. Apabila permintaan bergerak ke arah penyelesaian digital, pelanggan akan dapat:
  • Memilih pilihan keahlian terbaik untuk memenuhi keperluan perjalanan mereka – daripada penumpang berkala sehinggalah mereka yang melakukan perjalanan lebih kerap, XO menawarkan lebih banyak kefleksibelan berbanding sebelum ini.
  • Meminta penerbangan melalui platform penerbangan persendirian maju XO – menyediakan akses carter On Demand kepada 1500 jet persendirian secara global dan meliputi spektrum penuh bagi kelas kabin.
  • Menempah tempat duduk pada penerbangan kongsi sedia ada di seluruh dunia.
  • Menikmati pengalaman yang lancar dengan Aviation Advisors khas yang bekerja dengan tekun bagi pihak mereka.             
Ahli XOJET dan JetSmarter sedia ada akan memiliki akses kepada kecemerlangan operasi di seluruh dunia Vista Global dan pilihan untuk bertukar kepada manfaat keahlian yang ditingkatkan, termasuklah ganjaran tambahan untuk pelanggan setia.

Pelancaran pasaran baharu ini mempamerkan kepantasan perubahan dan pelbagai penyelesaian menyeluruh yang Vista Global bawa kepada pasaran penerbangan perniagaan. Dengan VistaJet dan XO, kumpulan ini dapat memberikan perkhidmatan kepada keseluruhan spektrum pelanggan penerbangan perniagaan.

Pengasas dan Pengerusi Vista Global, Thomas Flohr, berkata: “Pada bulan pertama selepas melengkapkan pemerolehan JetSmarter untuk teknologi inovatifnya, kami telah bekerja tanpa henti untuk mewujudkan syarikat baharu, jenama baharu dan produk baharu demi memenuhi visi kami untuk melayani setiap pelanggan dalam pasaran penerbangan perniagaan. XO, powered by JetSmarter technology, adalah serba lengkap untuk menangani pasaran global penerbangan perniagaan On Demand yang bernilai $11B setiap tahun, serta pasaran baharu pelanggan yang menaik taraf daripada kelas Pertama dan Perniagaan. Kami sedia untuk melancarkannya dan memperkenalkan rangkaian penyelesaian XO kami kepada pasaran.”

Vista Global diasaskan pada tahun 2018 untuk menjadi pembekal utama penyelesaian ringan aset dalam penerbangan persendirian. Pada tahun 2018 sahaja, Vista Global telah mengaturkan 115,000 penumpang untuk terbang pada lebih 70,000 penerbangan pada armada sebanyak 116 pesawat yang dimilikinya dan rangkaian rakan kongsinya. Pesawat Vista Global juga akan tersedia pada platform XO, dengan pengangkutan global dikendalikan oleh VistaJet Ltd dan armada A.S dikendalikan oleh pengendali rakan kongsinya, termasuklah XOJET Aviation, membenarkan kumpulan untuk memaksimumkan penggunaan dan memberikan nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan berbanding kos pemilikan penuh dan kecil tradisional.

Tentang XO, powered by JetSmarter technology

XO, powered by JetSmarter technology, ialah pasaran digital global pertama untuk penerbangan persendirian. Platform dipusatkan ini menggabungkan kepakaran pengendali yang dipercayai dan mengutamakan pelanggan XOJET dengan kepantasan dan kemudahan teknologi yang pada asalnya dibangunkan oleh JetSmarter.

Semua pelanggan penerbangan persendirian boleh meminta penerbangan atau menempah tempat duduk pada aplikasi XO atau dalam talian, dengan akses kepada ribuan jet peribadi merentasi semua kategori, daripada pesawat ringan, bersaiz sederhana, bersaiz sederhana besar sehinggalah jarak jauh. Ahli XO juga boleh memanfaatkan harga keutamaan dan akses terjamin, serta menerima bantuan 24/7 daripada Aviation Advisors XO.

XO, powered by JetSmarter technology, ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, kumpulan penerbangan persendirian yang diasaskan oleh Thomas Flohr untuk menjadi pembekal utama seluruh dunia dalam perkhidmatan penerbangan perniagaan. Vista Global menyepadukan portfolio unik jenama yang menawarkan penyelesaian penerbangan yang ringan aset untuk melayani setiap pelanggan penerbangan persendirian.

Untuk maklumat lanjut, lawati flyXO.com

Tentang Vista Global Holding

Vista Global Holding menyediakan perkhidmatan penerbangan perniagaan di seluruh dunia. Kumpulan global yang beribu pejabat di DIFC Dubai, Vista Global menyepadukan portfolio unik syarikat yang menawarkan perkhidmatan ringan aset untuk merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan: liputan penerbangan global terjamin dan On Demand; penyewaan dan pembiayaan pesawat; serta teknologi penerbangan yang canggih.

Misi kumpulan adalah untuk menerajui perubahan bagi memberi pelanggan perkhidmatan penerbangan paling maju dan bernilai terbaik, pada bila-bila masa, di mana-mana jua di seluruh dunia. Pengetahuan dan pemahaman Vista Global tentang semua aspek industri menyampaikan tawaran akhir-ke-akhir dan teknologi kepada mana-mana pelanggan penerbangan perniagaan, melalui VistaJet dan perkhidmatan berjenama XO.

Vista Global tidak memiliki atau mengendalikan mana-mana pesawat. Semua penerbangan dilakukan oleh EASA yang berlesen dengan FAA/berdaftar dengan DOT atau pesawat pengangkut udara terus kumpulan Vista Global dan/atau pengendali rakan kongsi yang disahkan A.S. Vista Global Holding memegang kepentingan bukan kawalan minoriti dalam XOJET Aviation LLC.

Untuk maklumat lanjut, lawati vistaglobal.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cc441853-03c0-4224-b5d2-bf44f741cd64
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0b85e0a4-976e-4db9-95dd-0a85544a749d
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8454403c-da4c-4a15-9522-a1446254a4d1
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d2b51e52-f223-4ad2-b17b-6f93748b7d60

Maklumat Hubungan
Vista Global
press@vistaglobal.com

XO
press@flyxo.com

SUMBER : Vista Global Holding

S BLOCK DI ASIA TENGGARA: TEROKAI VIETNAM, MENEROKAI DANANG; MEMBONGKAR BLOK RANTAI, MENEMUI S BLOCK

S BLOCK DI ASIA TENGGARA: TEROKAI VIETNAM, MENEROKAI DANANG; MEMBONGKAR BLOK RANTAI, MENEMUI S BLOCK

SECURE-24, SEBUAH SYARIKAT NTT COMMUNICATIONS, AKAN MENGAMBIL ALIH SYMMETRY, PENYEDIA PERKHIDMATAN TERURUS SAP TERKEMUKA DI AMERIKA SYARIKAT

TOKYO, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian ICT dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), dan Symmetry Holding Inc. (Symmetry), sebuah penyedia terkemuka bagi perkhidmatan terurus SAP yang berpangkalan di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan bahawa Secure-24 Intermediate Holdings, Inc. (Secure-24), anak syarikat milik sepenuhnya NTT Com, telah memasuki satu perjanjian muktamad pada 26 Jun (Masa Standard Jepun), yang mana Secure-24 akan sepenuhnya mengambil alih Symmetry.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190625006084/en/

Perkhidmatan terurus adalah merupakan satu daripada keupayaan utama NTT Com yang sedang diperkuatkan untuk menyokong transformasi digital pelanggan mereka sebagai sebuah DX Enabler™. Secure-24 telah memainkan peranan utama untuk menyampaikan keupayaan tersebut terutama di pasaran Amerika Syarikat. Symmetry mempunyai kepakaran yang meluas di dalam perkhidmatan terurus SAP, yang ia sampaikan kepada pelanggan perusahaan besar dalam pelbagai industri termasuk produk pengguna, sains hayat, pembuatan dan teknologi tinggi di Amerika Syarikat, pasaran terbesar dunia bagi perkhidmatan terurus. Symmetry juga menawarkan perkhidmatan penghijrahan dan operasi untuk SAP S/4 HANA, sebuah platform yang fleksibel dan berkelajuan tinggi, yang dijangka akan digunakan secara meluas.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12286

Syarikat Jepun, China hasilkan 'in-wheel motor' untuk kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd dari Jepun dan Xiangyang CRRC Electric Machinery Co Ltd (anak syarikat CRRC Group) dari China menjalin kerjasama untuk menawarkan penyelesaian tenaga maju bagi industri kereta tenaga baharu.

Kerjasama itu yang diumumkan di ZhuZhou, Wilayah Hunan, China baru-baru ini akan bermula dengan projek menghasilkan dan menjual ´in-wheel motor´ kepada pengeluar kereta oleh kedua-dua syarikat.

Kedua-dua syarikat tersebut akan mula menghasilkan ´in-wheel motor´ menjelang 2020 dan beroperasi sepenuhnya, setahun kemudian.

Sistem ´in-wheel motor´ berasaskan teknologi untuk melengkapkan setiap roda pemanduan dengan motor di dalamnya dan secara langsung mengawal badan kenderaan dan e-Gle mempunyai teknologi terkini untuk sistem tersebut.

China telah menjadi pasaran kenderaan elektrik yang terbesar di dunia, berikutan ia mempromosikan kenderaan tersebut secara aktif dengan subsidi untuk pengeluar kereta dan pengguna, antara langkah-langkah dasar yang lain.

Xiangyang CRRC Electric Machinery adalah pengeluar kereta api terbesar dunia yang berpangkalan di Hunan, China.

Shanghai e-Gle New Energy Automotive Co Ltd merupakan anak syarikat e-Gle Co Ltd, berpangkalan di Kawasaki, Kanagawa Prefecture, Jepun.

-- BERNAMA

Thursday, June 27, 2019

CHONGQING CHINA MENGANUGERAHKAN 37 IDEA EMAS UNTUK PENYEPADUAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN

CHONGQING CHINA MENGANUGERAHKAN 37 IDEA EMAS UNTUK PENYEPADUAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN

EKSPO INDUSTRI GOJI BERI KE-2 DIADAKAN DI ZHONGNING, CHINA -- GOJI BERI ZHONGNING, MAKANAN SUPER DUNIA

ZHONGNING, China, 26 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Ekspo Industri Goji Beri ke-2 diadakan di Zhongning, sebuah daerah di sepanjang Sungai Kuning, di Wilayah Autonomi Ningxia Hui di barat laut China dari 26 Jun hingga 28 Jun.

Zhongning, yang dinamakan sebagai “kediaman bagi Goji beri China”, mempunyai sejarah selama 600 tahun bagi penanaman Goji beri dan juga merupakan tempat asal bagi Goji beri di seluruh dunia. Goji beri, yang juga dikenali sebagai wolfberi, adalah “homologi makanan perubatan” dalam perubatan tradisional Cina, yang boleh memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang, menggalakkan imuniti badan, antipenuaan, dan sebagainya.

Orang Cina suka memakannya secara mentah, dicampur ke dalam teh atau sup. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai peminat di luar negeri telah menerima jenis beri merah ini dan menggunakannya untuk membuat smoothies iaitu minuman buah, susu dan aiskrim yang dikisar bersama, salad dan kek. Oleh itu Goji beri memperolehi satu lagi nama lain – “makanan super” di pasaran negara-negara barat.

Pada masa ini, Zhongning menanam lebih dari 13,333 hektar Goji beri dan pengeluaran tahunan bagi buah kering itu mencapai 50,000 tan. Wilayah itu telah mewujudkan teknik perladangan standard untuk mengawal penggunaan racun perosak, memperbaiki kualiti beri dan mengembangkan produk baharu, oleh itu Goji beri dari Zhongning semakin dicari di luar negeri.

Menurut statistik, produk Goji yang termasuk buah kering, jus, minyak dan serbuk beku kering dari Zhongning dieksport ke lebih 40 buah negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun dan Australia, yang mencakupi 40% daripada jumlah keseluruhan bagi China.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Ekspo Industri Goji Beri ke-2

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12289

​HYTERA MENEGASKAN DIRI SEBAGAI PEMBEKAL PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN SWASTA PADA CCW 2019

​HYTERA MENEGASKAN DIRI SEBAGAI PEMBEKAL PENYELESAIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR PROFESIONAL DAN SWASTA PADA CCW 2019

Wednesday, June 26, 2019

PHUNWARE MENAWARKAN TOKEN UTILITI PHUN DI SELURUH DUNIA

AUSTIN, Texas, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Phunware, Inc. (NASDAQ: PHUN) (“Syarikat” itu), sebuah platform awan perusahaan yang bersepadu sepenuhnya untuk mudah alih yang menyediakan produk, penyelesaian, data dan perkhidmatan bagi jenama-jenama di seluruh dunia, mengumumkan bahawa token utiliti Phun kini tersedia untuk dibeli di pasaran antarabangsa.

“Phun adalah sejenis token utiliti baharu yang membolehkan komuniti antarabangsa untuk mengambil bahagian di dalam bursa data yang dibolehkan oleh blok rantai kami dan ekosistem kesetiaan mudah alih ketika kami memacukan ke arah penerimaan global arus perdana dan penyenaraian bursa masa hadapan.” kata Randall Crowder, Ketua Pegawai Operasi bagi Phunware.

Phunware adalah sebuah syarikat yang beribu pejabat di Austin, Texas, dengan mempunyai 10 tahun kejayaan bekerja dengan organisasi-organisasi terbesar di dunia. Sama ada ia membolehkan permainan dan pengalaman filem yang mendalam untuk Paramount Pictures International, dengan memberi kuasa kepada perkakasan Juniper, Cisco atau HP Aruba bagi perkhidmatan lokasi yang dibolehkan oleh aplikasi atau menggabungkan Rekod Kesihatan Elektronik (EHR) seperti Epic atau Cerner bagi pengalaman pesakit dalam penjagaan kesihatan, skrin ganda Phunware sebagai satu penawaran Perkhidmatan (MaaS) telah membantu syarikat-syarikat Global 1000 menyeragam dan mengoptimumkan inisiatif penglibatan, pengurusan dan pengewangan mereka bagi peranti iOS dan Android serta penonton merentasi beratus ribu urus niaga aplikasi sesaat di seluruh dunia.

“Platform MaaS kami menjangkau ke lebih satu bilion peranti unik pada setiap bulan dan memproses purata lebih 4 bilion acara setiap hari di seluruh dunia,” kata Alan S. Knitowski, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Phunware. “Sebelum menjadi awam pada akhir tahun lalu, pelabur strategik utama kami termasuk Cisco Systems, Samsung, WWE dan PLDT, sementara set penyelesaian mudah alih kami menangani keperluan perisian, data dan aplikasi organisasi sejauh NFL, NASCAR dan Sukan Olimpik di dalam sukan kepada rakan setara dalam menegak termasuk peruncitan, hartanah, penjagaan kesihatan, teknologi, penerbangan dan perhotelan.”

Untuk mematuhi landskap pengawalseliaan semasa, Phunware baru-baru ini melancarkan  struktur dwi token mereka. Walaupun Phun merupakan sebuah token utiliti yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan aktiviti digital mereka ketika mereka terlibat di dalam tingkah laku yang menguntungkan dengan jenama-jenama, PhunCoin kekal sebagai satu token keselamatan yang mematuhi yang membolehkan pengguna untuk mengewangkan identiti digital mereka dan menawarkan pemegang token sebuah dividen PhunCoin.

Memandangkan persekitaran pengawalseliaan semasa, Phun akan pada mulanya hanya  boleh didapati di luar Amerika Syarikat dan Kanada. Pelabur di luar Amerika Syarikat dan Kanada boleh membeli Phun dengan mendaftar di  https://buy.phuntoken.com/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Phun, sila layari  https://www.phuntoken.com/ atau e-mel phun@phunware.com.

PELANCARAN S BLOCK DI PERINGKAT GLOBAL, BERMULA DI SINGAPURA PADA 22 JUN

BERN, Switzerland, 26 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Persidangan Teknologi WBF Singapura 2019 yang terkenal di seluruh dunia telah diadakan di Marina Bay Sands Hotel pada 22 Jun, 2019. S BLOCK, penganjur bersama persidangan itu, membuat pendedahan dan mengumumkan misi mereka untuk “Melepaskan aset digital anda” buat kali pertama. Persidangan itu menghimpunkan bersama pelbagai elit industri dan peminat blok rantai dari seluruh dunia, termasuk lebih daripada 500 veteran industri dari lebih 30 buah negara, seperti Switzerland, Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Korea, Brazil, Australia, Argentina dan Kanada. Orang dalam berkongsi pandangan industri global yang mendalam. Persidangan ini menarik perhatian ramai merentasi dari industri blok rantai dunia.

S BLOCK Bermula di Singapura

Pada pagi 22 Jun, Ivan - Presiden bagi S BLOCK Global Foundation, telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama, “Dompet Mata Wang Digital Generasi Akan Datang”. Pada persidangan ini, S BLOCK telah dilancarkan secara rasmi di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, dan membuka jalan untuk menuju ke suatu masa hadapan global tanpa sempadan. Pada masa yang sama, S BLOCK juga menandatangani satu perjanjian strategik dengan DUSD dan WBFex dalam acara ini, yang akan mempercepatkan pembangunan bagi S BLOCK.

Pada petang 22 Jun, S BLOCK secara eksklusif telah menaja sebuah parti “Fortune Night” selepas acara itu. Tokoh-tokoh besar di dalam industri itu telah berkumpul untuk berkongsi pandangan industri, dan membuat pandangan unik mengenai trend baharu dalam perkembangan industri pada tahun 2019.

Perjalanan Global S BLOCK

Sebagai kemuncak bagi Persidangan Teknologi WBF Jelajah Dunia Singapura, ia telah menjemput Paul Brody – Ketua bagi Teknologi Blok Rantai Ernst & Young, Franklyn Richards – Pengasas Bersama LiteCoin, Dr. Daniel Diemers – PwC Strategy & Partner, Tom Menner –  EMEA dan banyak lagi eksekutif dalam industri lain, memberi tumpuan kepada “amalan teknologi pengawalaturan” dan masa hadapan digital untuk menyampaikan trend di dalam era blok rantai 2.0. Perhimpunan dua hari, termasuk lebih 4000 pakar-pakar industri, lebih 500 rakan media dan lebih 100 penceramah pasti menjadikan acara ini satu acara yang menyeronokkan yang akan diterima dengan baik oleh pengguna dan peminat blok rantai.

Untuk mempertingkatkan susun atur ekosistem dan meningkatkan daya saing bagi produk itu, S BLOCK akan terus membangunkan perniagaan kewangan digital di dunia, dan akhirnya membentuk sebuah ekosistem kewangan digital global yang lengkap. S BLOCK akan secara beransur-ansur berhasrat untuk mencapai misi “menjadikan aset lebih bebas” dan berkembang secara global untuk mewujudkan sebuah masa hadapan yang lebih baik.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190624005372/en/

Hubungi

SBLOCK FOUNDATION PTE. LTD 
Jennifer Bialek 
contacts@sblock.com 
www.sblock.com

Sumber : SBLOCK FOUNDATION PTE. LTD

Tuesday, June 25, 2019

TERNS PHARMACEUTICALS MENGUMUMKAN PERJANJIAN PELESENAN DAN KERJASAMA EKSKLUSIF DENGAN GENFIT UNTUK MEMBANGUN DAN MENGKOMERSIALKAN ELAFIBRANOR DI WILAYAH GREATER CHINA

- Perkongsian GENFIT memperluaskan portfolio Terns, dengan menambahkan sejenis produk Fasa 3 dengan satu mekanisme tindakan pelengkap yang sesuai kepada kombinasi dengan aset NASH Terns-

BANDAR RAYA FOSTER, Calif. & SHANGHAI, 25 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terns Pharmaceuticals, Inc. hari ini mengumumkan satu perjanjian pelesenan dan kerjasama eksklusif dengan GENFIT (GNFT), sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif di dalam penyakit yang berkaitan dengan metabolik dan hati. Di bawah syarat-syarat perjanjian, Terns memperolehi hak eksklusif untuk mengembang, mendaftar dan memasarkan elafibranor bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kolangitis  hempedu utama (PBC) di Greater China (tanah besar China, Hong Kong, Macau, dan Taiwan). GENFIT akan menerima bayaran pendahuluan sebanyak $35 juta dan akan layak untuk menerima sehingga $193 juta dalam bayaran berikutnya, berdasarkan kepada pencapaian klinikal, kawal selia, dan pembayaran ikut kerja komersial. Kedua-dua syarikat itu juga akan bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan yang bergerak ke hadapan dalam NASH dan PBC. Usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan ini termasuk gabungan berpotensi bagi elafibranor, agonis alfa/delta (PPAR α/δ) yang diaktifkan dengan proliferator dwi peroksisom, dengan calon pembangunan Terns, termasuk TERN-101, sejenis agonis reseptor farnesoid X (FXR), TERN-201, sejenis perencat amina oksidase yang sensitif kepada semikarbazide (SSAO), dan program perencat reseptor hormon tiroid (THR) dan kinase 1 (ASK1) yang mengatur isyarat agonis terpilih β dan apoptosis.

“Terns komited untuk membawa terapi baharu dan berinovatif untuk rawatan penyakit hati ke China dan pasaran global yang lain. Perkongsian kami dengan GENFIT adalah merupakan satu langkah semulajadi yang seterusnya bagi kami sebagai sebuah syarikat,” kata Weidong Zhong, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif bagi Terns. “Kami percaya kombinasi terapi akan dengan pantas menjadi standard penjagaan bagi rawatan NASH, dan strategi kami adalah berdasarkan kepada keyakinan ini. Elafibranor adalah sejenis kompaun tahap akhir dengan satu mekanisme tindakan sinergistik dengan mereka di dalam saluran kami sendiri, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk strategi kami bagi memajukan gabungan terapi untuk penyakit hati kronik. Kami sangat teruja untuk menambahkan elafibranor kepada portfolio kami, untuk memperluaskan tumpuan kami pada penyakit hati bagi memasukkan PBC, dan untuk mendapatkan sebuah rakan yang mantap di dalam GENFIT, sebuah syarikat yang berkongsi tumpuan kami dalam membangunkan rawatan berinovatif untuk penyakit hati.”

“Pasukan di Terns mempunyai rekod pencapaian yang luas di dalam pembangunan ubat-ubatan yang digabungkan dengan infrastruktur untuk membangun, mendaftar dan mengkomersialkan dengan jayanya terapi baharu di Asia,” kata Pascal Prigent, Naib Presiden Eksekutif bagi Pemasaran dan Pembangunan Komersial di GENFIT. “Kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap syarikat itu dan pasukan pengurusan mereka ketika kami berusaha untuk membawa elafibranor kepada pesakit di Greater China dan bagi bekerjasama dalam usaha R&D masa hadapan dan gabungan strategi.”

Perjanjian pelesenan dan kerjasama dengan GENFIT itu adalah susulan kepada pengumuman pada 2018 bahawa Terns telah memperolehi hak eksklusif global untuk membangun dan mengkomersialkan tiga aset NASH dari Eli Lilly and Company. Secara kolektif, perjanjian ini menunjukkan komitmen Terns untuk meningkatkan saluran mereka melalui perkongsian dengan syarikat-syarikat serantau dan global, sebagai tambahan kepada usaha penemuan dalaman, bagi mempercepatkan terapi kombinasi yang berkesan bagi pesakit yang hidup dengan penyakit hati kronik.

Maklumat mengenai elafibranor

Elafibranor adalah calon produk saluran utama bagi GENFIT. Elafibranor adalah sejenis ubat yang diambil melalui mulut, sekali sehari dan yang pertama dalam kelasnya yang bertindak melalui laluan alfa/delta yang diaktifkan oleh proliferator dwi peroksisom yang dibangunkan untuk merawat, khususnya, steatohepatitis bukan alkohol (NASH), yang mana ia telah diberikan Penunjuk Pantas. GENFIT percaya, berdasarkan kepada keputusan klinikal setakat ini, bahawa elafibranor mempunyai potensi untuk menangani pelbagai aspek NASH, termasuk keradangan, kepekaan insulin, profil lipid/metabolik, dan penanda hati. Hasil daripada satu kajian Fasa 3 di dalam pesakit yang mempunyai NASH dijangka diketahui pada suku keempat tahun 2019. Hasil ujian klinikal Fasa 2 juga menunjukkan bahawa elafibranor mungkin merupakan satu rawatan yang berkesan untuk PBC, sejenis penyakit hati yang teruk. Elafibranor telah diberikan Penunjuk Terapi  Penemuan Ulung untuk petunjuk ini.

Maklumat mengenai NASH

Steatohepatitis bukan alkohol (NASH) adalah satu bentuk penyakit hati berlemak bukan alkohol yang teruk (NAFLD), yang disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di dalam hati. NASH dikaitkan dengan keradangan hati kronik dan kecederaan sel hati, dan ia boleh menyebabkan fibrosis, sirosis, dan akhirnya kanser hati atau kegagalan hati. Kadar global bagi NAFLD dan NASH meningkat dengan pesat, seiringan dengan peningkatan kadar obesiti. Pada masa ini tiada ubat yang diluluskan untuk rawatan NASH.

Maklumat mengenai PBC

PBC adalah sejenis penyakit kronik di mana kerosakan pada saluran hempedu boleh menghalang keupayaan hati untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh dan boleh menyebabkan parut pada tisu hati yang dikenali sebagai sirosis.

Maklumat mengenai Terns Pharmaceuticals
Terns Pharmaceuticals, Inc. adalah sebuah syarikat farmaseutikal peringkat klinikal yang memberi tumpuan kepada penemuan dan pembangunan ubat-ubatan untuk penyakit hati kronik dan kanser. Berpusat di China dan Amerika Syarikat, syarikat itu sedang memajukan sebuah saluran bagi calon-calon ubat bagi rawatan steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan kanser, merentasi pelbagai modaliti. Terns memanfaatkan kepakaran bertaraf dunia di dalam biologi penyakit, kimia perubatan, dan pembangunan klinikal, untuk membawa terapi baharu yang mempunyai masa depan yang cerah kepada pesakit di China dan pasaran global yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ternspharma.com and www.ternspharma.com.cn

Maklumat mengenai GENFIT

GENFIT adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat akhir yang khusus kepada penemuan dan pembangunan penyelesaian terapeutik dan diagnostik yang berinovatif dalam penyakit yang berkaitan metabolik dan hati di mana terdapat keperluan perubatan yang tidak dipenuhi, sepadan dengan kekurangan rawatan yang diluluskan. GENFIT adalah peneraju di dalam bidang penemuan ubat berasaskan reseptor nuklear dengan mempunyai sejarah yang kaya dan warisan saintifik yang mantap yang merangkumi hampir dua dekad. Calon ubat yang paling maju, elafibranor, pada masa ini sedang dinilai di dalam ujian klinikal Fasa 3 yang utama (“RESOLVE-IT”) sebagai rawatan berpotensi untuk NASH, dan GENFIT merancang untuk memulakan ujian klinikal Fasa 3 dalam PBC pada akhir tahun ini berikutan keputusan Fasa 2 yang positif. Sebagai sebahagian daripada pendekatan komprehensif GENFIT terhadap pengurusan klinikal bagi pesakit NASH, syarikat itu juga sedang membangunkan satu ujian diagnostik in vitro berasaskan darah yang baharu, bukan invasif dan mudah untuk mendapatkan akses bagi mengenal pasti pesakit yang mempunyai NASH yang mungkin merupakan calon yang sesuai untuk terapi ubat. Dengan kemudahan di Lille dan Paris, Perancis, dan Cambridge, MA, Amerika Syarikat, Syarikat itu mempunyai kira-kira 160 orang pekerja. GENFIT adalah sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Pasaran Terpilih Global Nasdaq dan di dalam ruang B di pasaran yang dikawal oleh Euronext di Paris (Nasdaq dan Euronext: GNFT). www.genfit.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12283

KEHADIRAN BAHARU ALIBABA MENYOROTI KEGHAIRAHAN KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG UNTUK KEUSAHAWANAN, INOVASI

CHONGQING, China, 25 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/-- 

Pusat Inovasi Aliyun (Chongqing) telah dilancarkan secara rasmi di Taman Perindustrian Ekonomi Digital Chongqing Liangjiang pada 18 Jun.

Dibina bersama oleh Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Alibaba Cloud Computing Co., Ltd. dan Tsinghua Technology & Innovation Holdings Co., Ltd, pusat itu merupakan sebuah platform perkhidmatan inkubasi keusahawanan dan inovasi yang memberi perkhidmatan kepada industri di dalam internet, pengkomputeran awan, data besar dan ekonomi digital.

Pusat itu meliputi sebuah kawasan seluas 11,280 meter persegi dengan kawasan berasingan untuk pejabat, mesyuarat, rundingan, tempat menyambut tetamu, rehat dan jerayawara. Dengan mensasarkan inkubasi bagi perusahaan ekonomi digital bersaiz kecil dan sederhana, pusat itu berhasrat untuk mewujudkan sebuah ekosistem gelung tertutup ekonomi digital termasuk teknologi canggih bagi pengkomputeran awan, data besar, Internet Benda, kecerdasan buatan, Internet mudah alih dan realiti maya.

Pusat itu juga melancarkan pelan CloudX mereka pada Selasa, yang termasuk projek-projek untuk mewujudkan sebuah komuniti ekologi yang terdiri daripada pemaju teknikal profesional, membentuk satu lingkaran rakan-rakan berinovatif dari CloudX yang mengintegrasikan elemen kreatif, inovatif, keusahawanan dengan bakat, dan mengendalikan sebuah kolej cerdas awan di dalam perkhidmatan bagi bakat-bakat industri ekonomi digital serantau.

Sebagai platform pengkomputeran awan terbesar di China, Aliyun akan menyediakan kepada perusahaan berinovatif dan keusahawanan dengan satu titik permulaan teknikal yang tinggi, yang membolehkan mereka untuk menikmati platform teknikal yang sama seperti syarikat-syarikat Internet terkenal di dunia, menurut Chen Bin, naib presiden bagi bahagian pintar China di Aliyun, dengan menambah bahawa Alibaba, satu daripada ekonomi digital terbesar di dunia, boleh menawarkan sokongan yang baik untuk kerjasama bagi platform dasar untuk inovasi dan keusahawanan.

Pusat inovasi itu menempatkan 10 perusahaan dan ia merancang untuk menginkubasikan lebih daripada 100 firma berteknologi tinggi dalam pengkomputeran awan, data besar, Internet Benda, kecerdasan buatan dan Internet mudah alih.

Pelancaran bagi pusat itu adalah merupakan sebahagian daripada usaha Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang untuk menggalakkan strategi pembangunan yang didorong oleh inovasi.

Sejak penubuhannya pada 18 Jun, 2010, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah memberikan sepenuhnya kepada kelebihan strategik mengenai peranan mereka sebagai kawasan baharu peringkat kebangsaan yang pertama, kawasan teras bagi Inisiatif Demonstrasi China Singapura (Chongqing) mengenai Kebersambungan Strategik dan kawasan teras bagi Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Chongqing) dengan memudahkan inovasi saintifik dan teknologi. Pada pukul 7:33 pagi pada 17 Mei, 2018, roket suborbital komersil persendirian yang pertama dibangunkan sendiri di China, roket OS-X “Chongqing Liangjiang Star”, berjaya dilancarkan, satu contoh legenda mengenai usaha kawasan baharu itu untuk mendapatkan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui inovasi saintifik dan teknologi.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah mengeluarkan sebuah jenama keusahawanan dan inovasi yang menarik bakat ke rantau itu. Dengan menggabungkan bakat-bakat inovasi saintifik dan teknologi global, Kawasan Baharu Liangjiang berhasrat untuk membina sebuah bandar raya inovasi antarabangsa, rantau inovasi dan mercu tanda inovasi. Lapan platform inkubasi peringkat kebangsaan telah diwujudkan di rantau itu. Kerajaan-kerajaan tempatan merancang untuk meningkatkan sokongan dan mengoptimumkan persekitaran untuk inovasi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi:  
http://www.liangjiang.gov.cn
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

Monday, June 24, 2019

RAZER DAN VISA UMUM PERKONGSIAN UNTUK MENGUBAH PEMBAYARAN DI ASIA TENGGARA


  • Penyepaduan bagi penyelesaian prabayar Visa dalam e-dompet Razer Pay bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran di 54 juta lokasi peniaga di rangkaian global Visa
  • Membawa rangkuman kewangan kepada penduduk di Asia Tenggara yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Razer™, jenama gaya hidup global yang terkemuka bagi pemain, dan Visa, peneraju dunia di dalam pembayaran digital, telah mengumumkan satu perkongsian yang pertama seumpamanya yang akan mengubah pembayaran di dalam industri permainan dengan membawa skala dan jangkauan bagi rangkaian global Visa kepada pengguna e-dompet Razer Pay.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190623005044/en/

Perkongsian itu akan menyaksikan cabang teknologi kewangan Razer, Razer Fintech, menyertai program pantas fintech Visa, yang direka untuk menjadikannya mudah bagi fintech untuk mengakses rangkaian pembayaran global Visa. Di sini, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan satu penyelesaian prabayar Visa maya untuk dimasukkan ke dalam dompet Razer Pay, yang akan membolehkan sehingga 60 juta pengguna Razer membuat pembayaran di mana sahaja Visa diterima di 54 juta lokasi peniaga di seluruh dunia.

Chris Clark, Presiden Serantau, Asia Pasifik, Visa berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat yang berpandangan ke hadapan dan berinovatif ini yang memahami nilai dan pentingnya untuk memperluaskan akses bagi pembayaran digital. Pengumuman ini menegaskan semula komitmen Visa kepada rantau Asia Tenggara yang pesat berkembang dan pintar digital. Bersama-sama, Visa dan Razer Fintech mempunyai peluang untuk mengubah pengalaman pembayaran bukan hanya untuk komuniti permainan tetapi juga pengguna di Asia Tenggara yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian.”

Min-Liang Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Razer, berkata: “Razer Fintech adalah satu inisiatif pertumbuhan teras bagi Razer ketika kami terus memperkasakan pembayaran digital merentasi pasaran baru muncul, bermula dari Asia Tenggara. Kami sangat teruja dengan peluang-peluang di mana penyelesaian pembayaran berinovatif ini memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna, menghubungkan mereka kepada satu rangkaian peniaga yang luas di seluruh dunia. Perkongsian ini dengan Visa dengan ketara memperluaskan kedudukan Razer Fintech sebagai rangkaian pembayaran digital luar talian-ke-atas talian yang terbesar di rantau itu.”

PENYEPADUAN BAGI PENYELESAIAN PRABAYAR VISA KE DALAM RAZER PAY

Razer Fintech dan Visa melihat kepada pengeluaran penyelesaian pembayaran prabayar Visa berjenama Razer yang eksklusif ke dalam Razer Pay melalui satu aplikasi mini, yang akan mengukuhkan kedudukan Razer Pay sebagai satu daripada platform e-dompet yang terkemuka di Asia Tenggara.

Dengan memanfaatkan rangkaian global Visa, pengguna Razer Pay akan dapat melakukan pembayaran di mana sahaja Visa diterima. Penyelesaian prabayar itu akan melengkapkan penawaran Razer Pay yang sedia ada, termasuk keperluan harian seperti tambah nilai mudah alih, kredit maya terkemuka, dan pembelian hiburan untuk perkhidmatan muzik dan penstriman. Pengguna akan juga menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran yang menarik apabila mereka menggunakan kad prabayar mereka untuk urus niaga e-dagang dan apabila mereka membuat pembelian di luar negara.

Penyelesaian kad prabayar bersepadu itu akan menawarkan kepada pengguna dengan kaedah kemudahan tambah nilai dan pengeluaran tunai yang sama yang tersedia pada Razer Pay, yang diperkuatkan oleh satu kerangka privasi dan keselamatan yang canggih. Razer Pay telah bekerjasama dengan rakan-rakan berinovatif untuk mengukuhkan penawaran mereka yang sedia ada dengan memperkenalkan ride-hailing, tiket filem, dan pembayaran utiliti dalam aplikasi mini yang diperkemaskan.

MEMBAWA RANGKUMAN KEWANGAN KEPADA YANG TIDAK MEMPUNYAI BANK DAN KURANG MENDAPAT PERHATIAN DI ASIA TENGGARA

Asia Tenggara mempunyai sebuah populasi besar yang melebih 438 jutayang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian. Perkongsian di antara Razer Fintech dan Visa mempunyai potensi untuk memperluaskan perkhidmatan kewangan mikro ke segmen yang kurang mendapat perkhidmatan ini. Asia Tenggara juga merupakan tempat kepada sejumlah besar belia dan penduduk milenium yang melebihi 213 juta.2

Kerjasama di antara Razer Fintech dan Visa bertujuan untuk memperkasakan segmen ini bagi pengguna awal dan memperkenalkan keupayaan perancangan kewangan yang interaktif dan mudah dengan sentuhan Razer. Keupayaan ini dapat membantu meningkatkan tahap literasi kewangan penduduk Asia Tenggara. Perkongsian Razer Fintech dan Visa akan membantu memenuhi tuntutan yang tidak dipenuhi bagi pasaran yang besar ini dan menyediakan peranti kewangan yang berinovatif bagi belia dan golongan milenium untuk mengambil bahagian dalam ekonomi global tanpa tunai.

Razer Fintech dan Visa menjangkakan penyelesaian ini dikeluarkan secara progresif di negara-negara terpilih di seluruh Asia Tenggara pada bulan-bulan akan datang, sebelum mengembangkannya di peringkat global.

MAKLUMAT MENGENAI RAZER

Razer™ adalah jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia untuk pemain. Tanda perniagaan Razer iaitu tiga kepala ular itu adalah satu daripada logo yang paling terkenal di dunia bagi komuniti permainan dan esport. Dengan satu pangkalan peminat yang menjangkau ke setiap benua, syarikat itu telah mereka bentuk dan membina ekosistem, bagi perkakasan, perisian dan perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada pemain yang terbesar di dunia.

Perkakasan Razer yang memenangi anugerah termasuk periferal permainan berprestasi tinggi, komputer riba permainan Blade dan Razer Phone yang diiktiraf. Platform perisian Razer, dengan lebih 60 juta pengguna, termasuk Razer Synapse (sebuah platform Internet Benda), Razer Chroma (sebuah sistem teknologi pencahayaan RGB proprietari), dan Razer Cortex (sebuah pengoptimum dan pelancar permainan). Dalam perkhidmatan, Razer Gold adalah satu daripada perkhidmatan kredit maya yang terbesar di dunia untuk pemain, dan Razer Pay adalah e-dompet yang direka untuk belia dan golongan milenium.

Ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai dua ibu pejabat di San Francisco dan Singapura, Razer mempunyai 18 pejabat di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai jenama terkemuka untuk pemain di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Razer disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (Kod Saham: 1337).

MAKLUMAT MENGENAI VISA INC.

Visa Inc. (NYSE: V) adalah pemimpin dunia di dalam pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling berinovatif, boleh dipercayai dan selamat – yang membolehkan orang perseorangan, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global kami yang termaju, VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia dan mampu mengendalikan lebih daripada 65,000 mesej urus niaga sesaat. Tumpuan berterusan syarikat itu terhadap inovasi adalah pemangkin bagi pertumbuhan pesat untuk perdagangan yang berkaitan pada mana-mana peranti, dan satu daya penggerak di belakang impian bagi masa hadapan tanpa tunai bagi semua orang, di mana sahaja. Ketika dunia bergerak dari analog kepada digital, Visa menerapkan jenama, produk, orang, rangkaian dan skala kami untuk membentuk semula masa hadapan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.visa.com.sg.

Razer - Untuk Pemain. Oleh Pemain.™
 
1 KPMG Fintech: Membuka pintu kepada yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian di Asia Tenggara, diakses di: https://home.kpmg/xx/en/home/insights/2016/04/fintech-opening-the-door-to-the-unbanked-and-underbanked-in-southeast-asia.html 
2 Indeks Pembangunan Belia ASEAN Pertama di ASEAN 2017

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190623005044/en/

Hubungi

VISA
Grace Tan
Visa Worldwide Pte. Limited
Telefon: +65 6671 5468
E-mel: grtan@visa.com

Adrian Wong
Ruder Finn Asia
Telefon: +65 9157 8826
E-mel: WongA@ruderfinnasia.com

RAZER

Amerika 
Kevin Allen
Kevin.Allen@razer.com

EMEA 
Maren Epping
Maren.Epping@razer.com

China 
Evita Zhang
Evita.Zhang@razer.com

Asia Pasifik 
Ian Tan
Ian.tan@razer.com

Global 
Jan Horak
Jan.Horak@razer.com

Sumber : Razer

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Saturday, June 22, 2019

PEMENANG UTAMA KEMPEN KITA-KITA AJE BAWA PULANG 1KG JONGKONG EMAS




SELANGOR, 21 Jun (Bernama) --
 Agrobank meraikan tujuh (7) orang pemenang ‘Kempen Kita-Kita Aje’ pada 20 Jun 2019 di majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani sambil disaksikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Agrobank dan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sempena majlis sambutan hari raya Aidilfitri Agrobank yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor.

‘Kempen Kita-Kita Aje’ yang merupakan salah satu inisiatif bank untuk mempromosikan produk berasaskan fi ini telah berlangsung bermula pada 1 Jun 2018 sehingga 31 Mac 2019 terbuka kepada pelanggan Agrobank yang melanggan produk berasaskan fi seperti AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Mabrur-i, Agro Nurani, Agro Madani dan penulisan Wasiat.

Dua (2) pemenang utama telah membawa pulang hadiah berupa jongkong emas 999.9 seberat 1kg dan sebuah Honda HRV 1.8L. Pemenang bertuah lain yang hadir turut memenangi pakej dekorasi rumah IKEA, pakej umrah / percutian dan komputer Mircrosoft Surface Pro dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai sehingga RM2 juta. Selain itu juga, melalui ‘Kempen Kita-Kita Aje’ seramai 30 orang pemenang telah terpilih sebagai pemenang bertuah dan memenangi hadiah berupa baucer PETRONAS bernilai RM500 serta deposit bernilai RM500 melalui akaun FRIA-i Agrobank. Berikut adalah senarai pemenang utama bagi ‘Kempen Kita-Kita Aje’:
NONAMACAWANGANUMURHADIAH
1Nanyan Bin HamidSeberang Perak64 1kg jongkong emas 999.9
2Noor Aini Binti Abd MajidIpoh49 Honda HRV 1.8 L
3Razuwati Binti MuhamadGua Musang35 Pakej dekorasi rumah IKEA
4Kh’ng Seng LeongTanjung Malim37 Pakej dekorasi rumah IKEA
5Mohd Sunip Bin Haji Abd RahimSungai Besar64 Pakej Umrah
6Wai Choi PingTemerloh36 Pakej Percutian
7Muhammad Nazmi Bin KandarMuar34 Komputer Mircrosoft Surface Pro
Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, kempen ini merupakan salah satu inisiatif Bank untuk meningkatkan deposit kos rendah Bank menerusi produk AgroPrimaS di samping mempromosikan produk berasaskan fi lain seperti produk perlindungan Takaful Kasih Plus yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM10 dengan manfaat perlindungan bernilai RM10,000 (1 tahun). 

Untuk makluman, sambutan hari raya kali ini adalah bermakna kerana Agrobank turut meraikan ulang tahun ke-50nya. Ditubuhkan pada tahun 1969 dengan misi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia, Agrobank teruk melangkah kehadapan dan terlibat secara aktif dalam membantu membangunkan sektor pertanian negara dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah.

 “Sepanjang 50 tahun penubuhan Bank, Agrobank komited dalam usaha membantu memperkukuhkan ekonomi negara melalui sokongan dan penyediaan kredit yang menyeluruh untuk komuniti pertanian. Kami akan terus memberi sokongan kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.  Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) yang dimandatkan untuk memakmurkan sektor pertanian, kami sememangnya amat berbangga melihat pencapaian dan  kejayaan agropreneur sepanjang 50 tahun penubuhan Agrobank dan diharap usaha memajukan sektor pertanian ini akan terus berjaya,” tambah Syed Alwi.

Turut berlangsung di majlis ini juga adalah penyampaian sumbangan zakat daripada Agrobank berjumlah RM104,500 kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim daripada lima (5) buah pertubuhan.

Majlis berlangsung bersempena dengan sambutan hari raya Aidilfiti Agrobank 2019 yang diserikan oleh sekurang-kurangnya 1,200 orang tetamu daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Bank Negara, agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak berkepentingan Bank, para pelanggan dan rakan media. 

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.

Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my 

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.  

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

Sumber: Agrobank

Friday, June 21, 2019

​KAJIAN DARI PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGENAL PASTI ENAM TEKNOLOGI AI YANG MEMBERI IMPAK KEPADA PROFESIONAL PROJEK


PHILADELPHIA, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengeluarkan Laporan Terperinci Pulse of the Profession® 2019: Inovator AI: Memecahkan Kod berhubung Prestasi Projek. Laporan itu menyediakan satu pandangan terperinci tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI)  memberi impak kepada organisasi dan profesion pengurusan projek. Penemuan menunjukkan bahawa gangguan AI sedang berlaku dan pada satu skala yang besar: 81 peratus daripada responden melaporkan organisasi mereka sedang menerima impak oleh teknologi AI; 37 peratus berkata menggunakan teknologi AI adalah satu keutamaan yang tinggi bagi organisasi mereka; dan profesional projek berkata mereka menjangka perkadaran bagi projek yang mereka uruskan menggunakan AI akan melonjak dari 23 kepada 37 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005558/en/


Pandangan ini dari satu kaji selidik ke atas 551 pengamal pengurusan projek di seluruh dunia menunjukkan bahawa kehadiran teknologi AI akan terus berkembang, memerlukan perubahan di dalam bagaimana projek-projek diuruskan dan bagaimana organisasi melaksanakan strategi. Laporan itu mengenal pasti enam teknologi AI yang memberi kesan kepada organisasi di seluruh dunia. Tiga teknologi AI yang pada masa ini memberi kesan ke atas sejumlah besar organisasi adalah:

·    Sistem berasaskan pengetahuan: Memahami konteks bagi data yang diproses, membantu menyokong pembelajaran manusia dan membuat keputusan.

·    Pembelajaran mesin: Menganalisis data untuk membina model dengan mengesan corak, menghasilkan pembuatan keputusan yang lebih baik dengan campur tangan manusia yang minimum.

·    Pengurusan keputusan: Mewujudkan sebuah proses pintar atau set proses yang berasaskan kepada peraturan dan logik untuk mengautomasikan pembuatan keputusan.

Sepanjang tiga tahun akan datang, profesional projek menjangkakan impak daripada teknologi AI akan berkembang:

·    Sistem Pakar: Mengikuti dan meniru kecerdasan, kemahiran atau tingkah laku manusia dalam satu bidang, topik atau kemahiran tertentu.

·    Pembelajaran yang mendalam: Membina, melatih dan menguji rangkaian saraf yang meramalkan hasil dan/atau mengelaskan data yang tidak berstruktur berdasarkan kepada kebarangkalian.

·    Automasi proses robotik: Meniru dan mengautomasikan tugas manusia untuk menyokong proses korporat.

Dalam satu laporan Pulse of the Profession® baru-baru ini, PMI menggesa organisasi untuk meningkatkan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ), yang merupakan satu cara untuk menilai keupayaan sesebuah organisasi bagi mengurus dan mengintegrasikan teknologi berasaskan kepada keperluan organisasi itu atau projek yang sedang dikendalikan. Ketika organisasi semakin menggunakan teknologi AI, mempunyai sebuah PMTQ yang kukuh akan menjadi penting.

“Apa yang ditunjukkan oleh laporan ini ialah masanya adalah sekarang untuk mula memikirkan mengenai bagaimana organisasi boleh memanfaatkan teknologi AI untuk mencapai kejayaan projek,” kata Michael DePrisco, naib presiden bagi penyelesaian global di PMI. “Memandangkan profesional projek secara amnya bertanggungjawab untuk membantu melaksanakan perubahan, mereka akan memainkan satu peranan penting dalam mempengaruhi penerapan teknologi ini di dalam organisasi mereka. Berdasarkan kepada kajian PMI, kita tahu bahawa organisasi dengan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ) yang tinggi memahami bahawa menawan nilai AI akan mengambil lebih daripada sekadar melancarkan teknologi itu. Ia akan memerlukan satu set minda yang baharu, satu budaya pembelajaran dan sokongan daripada pihak atasan untuk mewujudkan sebuah infrastruktur organisasi yang membawa kepada kejayaan.” 

Thursday, June 20, 2019

PERKHIDMATAN "GAYA PENGURUS RUMAH MENJIMATKAN MASA DAN LANGKAH UNTUK PERUSAHAAN DI KAWASAN PEMBANGUNAN EKONOMI & TEKNOLOGI NANNING KEBANGSAAN

NANNING, China, 20 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Untuk mengoptimum dan memudahkan kelulusan bagi pembinaan projek perindustrian, agar dapat berkhidmat secara tepat dan berkesan kepada perusahaan, dan untuk terus merangsangkan vitaliti pasaran dan kreativiti sosial, sejak April tahun ini, Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah melaksanakan satu sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” untuk kelulusan projek. Di bawah pengaruh sistem perkhidmatan "gaya pengurus rumah” itu, jumlah keseluruhan bagi permohonan dokumen untuk projek kelulusan projek pembinaan di Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah dikurangkan dari 34 yang dikehendaki oleh bandar raya Nanning kepada 31. Pemprosesan dioptimumkan dari 13 langkah yang diperlukan oleh bandar raya Nanning kepada 10 langkah. Sejak awal tahun ini, Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan telah menerima sejumlah 146 permohonan kelulusan untuk projek-projek kejuruteraan, dengan kadar penyiapan sebanyak 100%, menurut Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan.

Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan menyediakan “Pengurus Rumah Am” dan “Butler Profesional” untuk kesemua projek perindustrian dan membimbing perusahaan untuk memendekkan masa bagi kelulusan untuk projek pembinaan. Melalui model pengurusan “penerimaan sehenti, latihan sehenti, bimbingan sehenti, pemprosesan sehenti”, ia menyediakan perkhidmatan kerajaan untuk kelulusan projek perusahaan dengan “penerimaan tidak bersyarat untuk semakan, penyelarasan tanpa had, susulan keseluruhan proses, dan komunikasi lancar”.

Pada 14 Mei, He Jinxing, ketua bagi Projek Nanning untuk Guangxi Liuzhou Pharmaceutical Co., Ltd., datang ke Pusat Perkhidmatan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan untuk pendaftaran bagi fasa kedua projek itu. Ia mengambil masa hanya tiga minit dari penyerahan bahan-bahan kepada kelulusan dengan cop setem.

“Dalam pemprosesan untuk fasa pertama bagi projek itu pada tahun 2013, syarikat kami telah mengupah empat orang untuk pergi ke jabatan berlainan untuk memohon bagi pelbagai permit. Ia mengambil masa setengah tahun hanya untuk mendapatkan satu permit pembinaan projek,” kata He Jinxing. “Sekarang kelulusan itu sentiasa diselaraskan. Kami hanya perlu menyediakan bahan-bahan mengikut senarai keperluan, mengemukakan bahan-bahan pembinaan kepada ‘pengurus rumah’ yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi, dan mempunyai satu kaunter di tapak pemprosesan. ‘Pengurus rumah’ itu juga menyediakan perkhidmatan satu-dengan-satu daripada kelulusan projek kepada penerimaan penyiapan, sekali gus menyelamatkan kami dengan begitu banyak masa.”

Seorang pekerja dari Nanning Yanxiang Equipment Technology Co., Ltd. berkata bahawa di bawah bimbingan “pengurus rumah” itu, penerimaan penyiapan projek syarikat  itu dipendekkan lagi dari tiga hari bekerja kepada satu hari.

“Semua jabatan dan pejabat yang berkaitan telah disambung dengan lancar dan bersedia terlebih dahulu, supaya perusahaan dapat merasakan perkhidmatan pada sepanjang masa, dan mempunyai suatu pengalaman kepuasan proses yang sepenuhnya.” Menurut Nong Shiying, timbalan pengarah bagi Biro Kelulusan Pentadbiran bagi Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan,  kajian lukisan dan pemfailan pembinaan dipendekkan dari tiga hari bekerja yang diperlukan oleh Bandar raya Nanning City kepada dua hari bekerja, pelepasan permit pembinaan dikurangkan dari lima hari bekerja kepada tiga hari bekerja, dan jumlah masa untuk kelulusan pembinaan projek dikurangkan dari 47 hari bekerja kepada 42 hari bekerja. Oleh itu ia sangat mempercepatkan penyelesaian dan pengeluaran perusahaan di kawasan tersebut. Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan akan menyelaras dan mengoptimumkan seterusnya proses kelulusan dan memperluaskan sistem perkhidmatan “gaya pengurus rumah” dari perusahaan perindustrian ke bidang lain.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi & Teknologi Nanning Kebangsaan

--BERNAMA

PASUKAN THE STAR ONLINE BERGANDING DENGAN NETCORE SMARTECH UNTUK MENINGKATKAN STRATEGI PENGLIBATAN PELANGGAN PELBAGAI SALURAN MEREKA




Portal berita berbahasa Inggeris yang pertama di Malaysia itu berhasrat untuk memperibadikan UX mereka merentasi pelbagai saluran komunikasi untuk meningkatkan personalisasi 

PETALING JAYA, Malaysia, 17 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Netcore Solutions, sebuah syarikat Teknologi Pemasaran bertaraf global hari ini mengumumkan bahawa ‘The Star Online’, jenama utama bagi ‘Star Media Group Berhad’, sebuah organisasi berpangkalan di Malaysia telah menjalin kerjasama dengan suite analitik tingkah laku yang dikuasakan oleh AI dan penglibatan pelanggan pelbagai saluran mereka - Netcore Smartech. Ciri-ciri Automasi Pemasaran saluran Semua arah bagi Netcore Smartech itu akan membantu ‘The Star Online’ untuk menyatukan komunikasi pelanggan pada satu platform tunggal dan seterusnya menggabungkan kempen pemasaran mereka mengikut saluran dan pilihan peranti pelanggan.

Sejak pelancarannya pada 23 Jun, 1995, sebagai laman web berita Malaysia yang pertama, The Star Online telah sentiasa berusaha untuk menyediakan kepada pembaca dengan berita gempar yang terkini, isi kandungan yang menarik dan pendapat yang mendalam. Kandungan mereka termasuk berita semasa, perniagaan, sukan, komuniti, teknologi, gaya hidup, berita dunia, serta analisis pakar dan video dinamik.

Objektifnya adalah untuk memastikan pengguna ‘The Star Online’ menerima cadangan kandungan pada saluran dan mengikut masa pilihan mereka, dengan itu meningkatkan penglibatan dan pengekalan pelanggan. Sebagai sebuah sumber berita yang mantap dan boleh dipercayai, adalah penting bagi ‘The Star Online’ untuk menegaskan semula kedudukan mereka sebagai sumber berita dan kandungan pilihan, seterusnya menyesuaikan pengalaman pengiklanan bagi setiap pengguna. Ini hanya mungkin dengan mewujudkan satu pandangan berbentuk holistik mengenai kitaran hayat pelanggan dan kemudian menyasarkan mereka berdasarkan kepada masa, saluran dan peranti pilihan mereka.

Sokongan yang dikuasakan oleh AI dan bimbingan pakar oleh Netcore Smartech akan membantu ‘The Star Online’ untuk mengatasi pembatasan teknologi, oleh itu menghasilkan proses automasi yang mantap untuk mendorong kempen pemasaran yang bersifat hiper peribadi secara berskala.

Freddy Loo, Pengurus Besar Kanan, Produk Digital dan Analitik bagi Star Media Group – “Hasrat kami adalah untuk meningkatkan komunikasi dengan pembaca kami. Idea itu adalah untuk mendengar mereka, memahami kelakuan mereka dan kemudian menyampaikannya berdasarkan kepada keperluan dan tingkah laku ini. Kami mahu mencipta satu perjalanan yang lancar untuk pembaca kami di mana mereka menerima artikel berita pada saluran dan masa pilihan mereka. Kami yakin bahawa Netcore Smartech akan membawa kami satu langkah lebih dekat dalam mewujudkan pengalaman itu bagi pengguna kami.”

Kalpit Jain, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Netcore Solutions – “Komunikasi peribadi adalah cara terbaik untuk melibatkan diri dengan seseorang pengguna pada hari ini. Bukan sahaja ia membina satu perjalanan yang lebih baik untuk pelanggan, ia juga membantu dalam meningkatkan identiti jenama. Matlamat kami adalah untuk membantu ‘The Star Online’ mendakap kebaikan bagi Pemasaran Kecerdasan Buatan dengan menyampaikan kempen jenama peribadi, dengan itu membina satu perjalanan pelanggan yang mantap dan meningkatkan pengalaman pengguna.”

Maklumat mengenai Netcore Solutions
Netcore, sebuah syarikat Teknologi Pemasaran bertaraf global menawarkan penyelesaian untuk membantu jenama dan perusahaan dalam pemerolehan, penglibatan dan pengekalan pelanggan. Penyedia penyelesaian Pemasaran Automasi, Analitik dan AI/ML yang pertama dan terkemuka di India, Netcore telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Encik Rajesh Jain, seorang pelopor Internet. Suite produk Netcore termasuk Smartech dan Pepipost. Smartech adalah sebuah platform pemasaran pertumbuhan yang dikuasakan oleh AI. Pepipost adalah sebuah produk penghantaran E-mel yang berasaskan API.

Netcore memberi perkhidmatan kepada satu pangkalan yang kukuh yang terdiri daripada lebih 3000 perusahaan merentasi garis tegak industri, pelanggan mereka di Malaysia termasuk jenama seperti Fave, Seek Asia, Pizza Hut Malaysia, Malindo Air, Standard Chartered, B Infinite (BCARD), AIG, MPH Bookstores, AJobThing, 123RF di samping jenama Asia Tenggara yang lain seperti Tokopedia, Philippine Airlines, Blibli, Traveloka, MetroDeal, Vietjet Air, BNI, Bank BRI, Permata Bank. Pelanggan India mereka terdiri daripada nama-nama seperti Thomas Cook, GoAir, Cleartrip, HDFC, Kotak, Axis Bank, ICICI Bank, MakeMyTrip, Lenskart, Swiggy, Myntra, BabyChakra, Dream11, Reliance, Vodafone, ITC, OLA, Pfizer dan banyak lagi.  Netcore, dengan teknologi pemasaran mereka yang berinovatif, menyampaikan lebih 8 Bilion e-mel & lebih 3 Bilion SMS setiap bulan, mewujudkan lebih 11 Bilion Pelanggan yang Berhubungan setiap bulan dan mengendalikan lebih 30 Bilion Acara setiap bulan. Netcore beribu pejabat di Mumbai, India dan mempunyai pejabat di Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Afrika dengan pangkalan pekerja sebanyak lebih 500 orang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Netcore Smartech – satu platform pemasaran pertumbuhan yang dikuasakan oleh AI, sila layari https://www.netcoresmartech.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Netcore, sila layari https://netcore.in