Monday, June 24, 2019

RAZER DAN VISA UMUM PERKONGSIAN UNTUK MENGUBAH PEMBAYARAN DI ASIA TENGGARA


  • Penyepaduan bagi penyelesaian prabayar Visa dalam e-dompet Razer Pay bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran di 54 juta lokasi peniaga di rangkaian global Visa
  • Membawa rangkuman kewangan kepada penduduk di Asia Tenggara yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Razer™, jenama gaya hidup global yang terkemuka bagi pemain, dan Visa, peneraju dunia di dalam pembayaran digital, telah mengumumkan satu perkongsian yang pertama seumpamanya yang akan mengubah pembayaran di dalam industri permainan dengan membawa skala dan jangkauan bagi rangkaian global Visa kepada pengguna e-dompet Razer Pay.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190623005044/en/

Perkongsian itu akan menyaksikan cabang teknologi kewangan Razer, Razer Fintech, menyertai program pantas fintech Visa, yang direka untuk menjadikannya mudah bagi fintech untuk mengakses rangkaian pembayaran global Visa. Di sini, Razer Fintech dan Visa akan membangunkan satu penyelesaian prabayar Visa maya untuk dimasukkan ke dalam dompet Razer Pay, yang akan membolehkan sehingga 60 juta pengguna Razer membuat pembayaran di mana sahaja Visa diterima di 54 juta lokasi peniaga di seluruh dunia.

Chris Clark, Presiden Serantau, Asia Pasifik, Visa berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat yang berpandangan ke hadapan dan berinovatif ini yang memahami nilai dan pentingnya untuk memperluaskan akses bagi pembayaran digital. Pengumuman ini menegaskan semula komitmen Visa kepada rantau Asia Tenggara yang pesat berkembang dan pintar digital. Bersama-sama, Visa dan Razer Fintech mempunyai peluang untuk mengubah pengalaman pembayaran bukan hanya untuk komuniti permainan tetapi juga pengguna di Asia Tenggara yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian.”

Min-Liang Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Razer, berkata: “Razer Fintech adalah satu inisiatif pertumbuhan teras bagi Razer ketika kami terus memperkasakan pembayaran digital merentasi pasaran baru muncul, bermula dari Asia Tenggara. Kami sangat teruja dengan peluang-peluang di mana penyelesaian pembayaran berinovatif ini memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna, menghubungkan mereka kepada satu rangkaian peniaga yang luas di seluruh dunia. Perkongsian ini dengan Visa dengan ketara memperluaskan kedudukan Razer Fintech sebagai rangkaian pembayaran digital luar talian-ke-atas talian yang terbesar di rantau itu.”

PENYEPADUAN BAGI PENYELESAIAN PRABAYAR VISA KE DALAM RAZER PAY

Razer Fintech dan Visa melihat kepada pengeluaran penyelesaian pembayaran prabayar Visa berjenama Razer yang eksklusif ke dalam Razer Pay melalui satu aplikasi mini, yang akan mengukuhkan kedudukan Razer Pay sebagai satu daripada platform e-dompet yang terkemuka di Asia Tenggara.

Dengan memanfaatkan rangkaian global Visa, pengguna Razer Pay akan dapat melakukan pembayaran di mana sahaja Visa diterima. Penyelesaian prabayar itu akan melengkapkan penawaran Razer Pay yang sedia ada, termasuk keperluan harian seperti tambah nilai mudah alih, kredit maya terkemuka, dan pembelian hiburan untuk perkhidmatan muzik dan penstriman. Pengguna akan juga menikmati pelbagai manfaat dan ganjaran yang menarik apabila mereka menggunakan kad prabayar mereka untuk urus niaga e-dagang dan apabila mereka membuat pembelian di luar negara.

Penyelesaian kad prabayar bersepadu itu akan menawarkan kepada pengguna dengan kaedah kemudahan tambah nilai dan pengeluaran tunai yang sama yang tersedia pada Razer Pay, yang diperkuatkan oleh satu kerangka privasi dan keselamatan yang canggih. Razer Pay telah bekerjasama dengan rakan-rakan berinovatif untuk mengukuhkan penawaran mereka yang sedia ada dengan memperkenalkan ride-hailing, tiket filem, dan pembayaran utiliti dalam aplikasi mini yang diperkemaskan.

MEMBAWA RANGKUMAN KEWANGAN KEPADA YANG TIDAK MEMPUNYAI BANK DAN KURANG MENDAPAT PERHATIAN DI ASIA TENGGARA

Asia Tenggara mempunyai sebuah populasi besar yang melebih 438 jutayang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian. Perkongsian di antara Razer Fintech dan Visa mempunyai potensi untuk memperluaskan perkhidmatan kewangan mikro ke segmen yang kurang mendapat perkhidmatan ini. Asia Tenggara juga merupakan tempat kepada sejumlah besar belia dan penduduk milenium yang melebihi 213 juta.2

Kerjasama di antara Razer Fintech dan Visa bertujuan untuk memperkasakan segmen ini bagi pengguna awal dan memperkenalkan keupayaan perancangan kewangan yang interaktif dan mudah dengan sentuhan Razer. Keupayaan ini dapat membantu meningkatkan tahap literasi kewangan penduduk Asia Tenggara. Perkongsian Razer Fintech dan Visa akan membantu memenuhi tuntutan yang tidak dipenuhi bagi pasaran yang besar ini dan menyediakan peranti kewangan yang berinovatif bagi belia dan golongan milenium untuk mengambil bahagian dalam ekonomi global tanpa tunai.

Razer Fintech dan Visa menjangkakan penyelesaian ini dikeluarkan secara progresif di negara-negara terpilih di seluruh Asia Tenggara pada bulan-bulan akan datang, sebelum mengembangkannya di peringkat global.

MAKLUMAT MENGENAI RAZER

Razer™ adalah jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia untuk pemain. Tanda perniagaan Razer iaitu tiga kepala ular itu adalah satu daripada logo yang paling terkenal di dunia bagi komuniti permainan dan esport. Dengan satu pangkalan peminat yang menjangkau ke setiap benua, syarikat itu telah mereka bentuk dan membina ekosistem, bagi perkakasan, perisian dan perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada pemain yang terbesar di dunia.

Perkakasan Razer yang memenangi anugerah termasuk periferal permainan berprestasi tinggi, komputer riba permainan Blade dan Razer Phone yang diiktiraf. Platform perisian Razer, dengan lebih 60 juta pengguna, termasuk Razer Synapse (sebuah platform Internet Benda), Razer Chroma (sebuah sistem teknologi pencahayaan RGB proprietari), dan Razer Cortex (sebuah pengoptimum dan pelancar permainan). Dalam perkhidmatan, Razer Gold adalah satu daripada perkhidmatan kredit maya yang terbesar di dunia untuk pemain, dan Razer Pay adalah e-dompet yang direka untuk belia dan golongan milenium.

Ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai dua ibu pejabat di San Francisco dan Singapura, Razer mempunyai 18 pejabat di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai jenama terkemuka untuk pemain di Amerika Syarikat, Eropah dan China. Razer disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong (Kod Saham: 1337).

MAKLUMAT MENGENAI VISA INC.

Visa Inc. (NYSE: V) adalah pemimpin dunia di dalam pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling berinovatif, boleh dipercayai dan selamat – yang membolehkan orang perseorangan, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global kami yang termaju, VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai di seluruh dunia dan mampu mengendalikan lebih daripada 65,000 mesej urus niaga sesaat. Tumpuan berterusan syarikat itu terhadap inovasi adalah pemangkin bagi pertumbuhan pesat untuk perdagangan yang berkaitan pada mana-mana peranti, dan satu daya penggerak di belakang impian bagi masa hadapan tanpa tunai bagi semua orang, di mana sahaja. Ketika dunia bergerak dari analog kepada digital, Visa menerapkan jenama, produk, orang, rangkaian dan skala kami untuk membentuk semula masa hadapan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.visa.com.sg.

Razer - Untuk Pemain. Oleh Pemain.™
 
1 KPMG Fintech: Membuka pintu kepada yang tidak mempunyai bank dan kurang mendapat perhatian di Asia Tenggara, diakses di: https://home.kpmg/xx/en/home/insights/2016/04/fintech-opening-the-door-to-the-unbanked-and-underbanked-in-southeast-asia.html 
2 Indeks Pembangunan Belia ASEAN Pertama di ASEAN 2017

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190623005044/en/

Hubungi

VISA
Grace Tan
Visa Worldwide Pte. Limited
Telefon: +65 6671 5468
E-mel: grtan@visa.com

Adrian Wong
Ruder Finn Asia
Telefon: +65 9157 8826
E-mel: WongA@ruderfinnasia.com

RAZER

Amerika 
Kevin Allen
Kevin.Allen@razer.com

EMEA 
Maren Epping
Maren.Epping@razer.com

China 
Evita Zhang
Evita.Zhang@razer.com

Asia Pasifik 
Ian Tan
Ian.tan@razer.com

Global 
Jan Horak
Jan.Horak@razer.com

Sumber : Razer

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment