Wednesday, June 19, 2019

SARAWAK MULTIMEDIA AUTHORITY (SMA) AKAN MENGANJURKAN PERTANDINGAN UNTUK BELIA SARAWAK BERSAMA-SAMA DENGAN YOUTH TRUST FOUNDATION BAGI MEMBERI PENDEDAHAN TENTANG KEUSAHAWANAN SOSIAL UNTUK MENCAPAI ASPIRASI NEGERI BERTERASKAN EKONOMI DIGITAL


SARAWAK, 19 Jun (Bernama) -- Sejak 2018, Kerajaan Negeri Sarawak telah pun menekankan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang memberi tumpuan kepada 47 pelan tindakan strategik. Ia bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sarawak, mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan golongan belia di negeri tersebut.
   
“SMA ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan amanah untuk mengawalselia inisiatif ekonomi digital Sarawak, terutamanya untuk memperkasakan golongan muda dan masyarakat tempatan melalui keusahawanan sosial”, menurut Dr Zaidi bin Razak, Pengurus Besar SMA.

Keupayaan Sarawak dalam mempelbagaikan ekonomi telah memacu keyakinan kerajaan negeri untuk mencapai kejayaan yang sama dengan usaha berterusan dalam ekonomi digital.

Menyedari bahawa keusahawanan sosial dapat memainkan peranan penting dalam kalangan belia bagi mencapai misi tersebut, SMA menganjurkan pertandingan keusahawanan sosial bersama-sama dengan  Youth Trust Foundation dan disokong oleh SMA-TEGAS Digital Innovation Hub. Ia merupakan satu usaha yang berterusan bagi mewujudkan kesedaran dan perkembangan perniagaan sosial di Sarawak.
   
Terdapat dua kategori pertandingan yang dikhaskan untuk para belia Sarawak iaitu ‘Youth Sarawak Social Project Challenge' untuk pelajar sekolah menengah swasta dan awam dan ‘Youth Sarawak Social Business Challenge’ bagi pelajar universiti atau belia yang berusia antara 18 - 35 tahun.

Pada tahun ini, pertandingan ini akan memfokuskan kepada idea-idea yang bakal mendorong para belia untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di Sarawak.

Bagi Nurfarini Daing, Ketua Pegawai Eksekutif  Youth Trust Foundation, beliau percaya memberi peluang kepada belia amatlah penting dalam menyalurkan dan menyerlahkan kebolehan mereka.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12260

No comments:

Post a Comment