Friday, June 7, 2019

PENDAYUNG DARI SELURUH DUNIA, TERMASUK MALAYSIA, AKAN MENGAMBIL TEMPAT DALAM PERLUMBAAN DI KARNIVAL BOT NAGA HONG KONG

HONG KONG, 7 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mendayung bot naga, satu tradisi untuk menghormati seorang penyair patriot Cina dari abad ke-4, kini merupakan satu acara sukan berpasukan profesional yang melibatkan peserta dari seluruh dunia. Salah satu regata terbesar di dunia dianjurkan setiap tahun di Hong Kong, di mana perlumbaan bot naga antarabangsa moden yang pertama telah berlangsung pada tahun 1976.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190528005256/en/

Perlumbaan Bot Naga Antarabangsa Hong Kong, yang kini memasuki edisi ke-44, akan berlangsung dari 14 hingga 16 Jun. Kira-kira 180 pasukan dan hampir 5,000 atlet dari 16 buah negara dan wilayah, termasuk pemenang pingat emas Sukan Asia, bakal bersaing di lokasi terkenal Victoria Harbour, Hong Kong.

Sejak tahun 2010, perlumbaan ini telah dianjurkan sebahagian daripada Karnival Bot Naga Hong Kong, satu acara yang diilhamkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk mempromosikan sukan kompetitif ini dan juga berkongsi pengalaman kebudayaan sukan ini  bersama para pelancong. Walaupun terdapat beberapa perlumbaan utama yang berlangsung, karnival ini pada masa yang sama mewujudkan satu suasana pesta musim panas dengan menyelitkan unsur-unsur hiburan dan makanan.

Tahun ini, Karnival Bot Naga Hong Kong akan kembali ke Central Harbourfront, daerah kewangan paling sibuk di bandar raya Hong Kong, beserta dengan sebuah pasar kraft dan bahagian makanan yang baharu. Pengunjung akan menikmati budaya pop tempatan di Pasar Rakyat “Discovering Hong Kong Crafts Stories” yang memperkenalkan barangan indie, termasuklah aksesori-aksesori yang membawa motif ikonik Hong Kong yang diperbuat daripada kaca, kulit, sulaman dan banyak lagi. Trak dan gerai makanan di “Street Food Gala” akan menyajikan makanan jalanan yang popular - dari burger sehingga ke wurst Jerman dan sup Cina yang menyihatkan. Sebahagian dari jamuan ini adalah masakan khusus dari restoran-restoran yang disyorkan Michelin.

Tarikan “Splash Fun Area” untuk permainan air, pantai buatan manusia dan konsert matahari terbenam yang sangat popular pada tahun lalu akan kembali di acara yang mesra keluarga ini.

Kesemua aktiviti yang akan berlangsung adalah percuma untuk orang ramai.
  
Sorotan Karnival Bot Naga Hong Kong:
  • Perlumbaan khas
    • “PRC 70th Anniversary CCB (Asia) Trophy” merayakan ulang tahun ke-70 penubuhan PRC
    • Acara jemputan-khas“5-hour ENERGY Hong Kong Trophy” untuk pasukan-pasukan tempatan di Hong Kong
    • “Elite Partners Fancy Dress Competition” yang memaparkan pendayung-pendayung memakai kostum yang kreatif
  • Pasar Rakyat “Discovering Hong Kong Crafts Stories” yang Pertama
    • 46 gerai yang memperkenalkan lebih 100 produk buatan tangan yang menggambarkan budaya tempatan Hong Kong yang tersendiri
    • Bengkel percuma untuk orang ramai
  • “Street Food Gala” Baharu
    • 16  gerai makanan yang menawarkan makanan tempatan dan serantau
    • 6 trak makanan yang menyajikan makanan jalanan tempatan, sebahagiannya adalah eksklusif untuk Karnival ini
  • Elemen keluarga, muzik dan amal
    • Pantai buatan manusia dan “Splash Fun Area”
    • Konsert matahari terbenam yang menampilkan persembahan secara langsung oleh penyanyi/penulis indie tempatan
    • Aktiviti “Mendayung untuk Beramal” di mana HK$2,000 akan disumbangkan kepada Persatuan Kesenian dengan Orang Kurang Upaya Hong Kong bagi setiap kilometer peserta boleh dayung pada mesin pendayung
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.DiscoverHongKong.com/DragonBoat

Untuk video yang menonjolkan acara, sila klik di sini:
https://hktb.filecamp.com/public/files/3mr6-qq47eobn

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190528005256/en/

Untuk pertanyaan media, hubungi:
Jennie Au Yeung
jennie.auyeung@hktb.com

Sumber : Lembaga Pelancongan Hong Kong

No comments:

Post a Comment