Friday, June 21, 2019

​KAJIAN DARI PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGENAL PASTI ENAM TEKNOLOGI AI YANG MEMBERI IMPAK KEPADA PROFESIONAL PROJEK


PHILADELPHIA, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengeluarkan Laporan Terperinci Pulse of the Profession® 2019: Inovator AI: Memecahkan Kod berhubung Prestasi Projek. Laporan itu menyediakan satu pandangan terperinci tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI)  memberi impak kepada organisasi dan profesion pengurusan projek. Penemuan menunjukkan bahawa gangguan AI sedang berlaku dan pada satu skala yang besar: 81 peratus daripada responden melaporkan organisasi mereka sedang menerima impak oleh teknologi AI; 37 peratus berkata menggunakan teknologi AI adalah satu keutamaan yang tinggi bagi organisasi mereka; dan profesional projek berkata mereka menjangka perkadaran bagi projek yang mereka uruskan menggunakan AI akan melonjak dari 23 kepada 37 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190617005558/en/


Pandangan ini dari satu kaji selidik ke atas 551 pengamal pengurusan projek di seluruh dunia menunjukkan bahawa kehadiran teknologi AI akan terus berkembang, memerlukan perubahan di dalam bagaimana projek-projek diuruskan dan bagaimana organisasi melaksanakan strategi. Laporan itu mengenal pasti enam teknologi AI yang memberi kesan kepada organisasi di seluruh dunia. Tiga teknologi AI yang pada masa ini memberi kesan ke atas sejumlah besar organisasi adalah:

·    Sistem berasaskan pengetahuan: Memahami konteks bagi data yang diproses, membantu menyokong pembelajaran manusia dan membuat keputusan.

·    Pembelajaran mesin: Menganalisis data untuk membina model dengan mengesan corak, menghasilkan pembuatan keputusan yang lebih baik dengan campur tangan manusia yang minimum.

·    Pengurusan keputusan: Mewujudkan sebuah proses pintar atau set proses yang berasaskan kepada peraturan dan logik untuk mengautomasikan pembuatan keputusan.

Sepanjang tiga tahun akan datang, profesional projek menjangkakan impak daripada teknologi AI akan berkembang:

·    Sistem Pakar: Mengikuti dan meniru kecerdasan, kemahiran atau tingkah laku manusia dalam satu bidang, topik atau kemahiran tertentu.

·    Pembelajaran yang mendalam: Membina, melatih dan menguji rangkaian saraf yang meramalkan hasil dan/atau mengelaskan data yang tidak berstruktur berdasarkan kepada kebarangkalian.

·    Automasi proses robotik: Meniru dan mengautomasikan tugas manusia untuk menyokong proses korporat.

Dalam satu laporan Pulse of the Profession® baru-baru ini, PMI menggesa organisasi untuk meningkatkan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ), yang merupakan satu cara untuk menilai keupayaan sesebuah organisasi bagi mengurus dan mengintegrasikan teknologi berasaskan kepada keperluan organisasi itu atau projek yang sedang dikendalikan. Ketika organisasi semakin menggunakan teknologi AI, mempunyai sebuah PMTQ yang kukuh akan menjadi penting.

“Apa yang ditunjukkan oleh laporan ini ialah masanya adalah sekarang untuk mula memikirkan mengenai bagaimana organisasi boleh memanfaatkan teknologi AI untuk mencapai kejayaan projek,” kata Michael DePrisco, naib presiden bagi penyelesaian global di PMI. “Memandangkan profesional projek secara amnya bertanggungjawab untuk membantu melaksanakan perubahan, mereka akan memainkan satu peranan penting dalam mempengaruhi penerapan teknologi ini di dalam organisasi mereka. Berdasarkan kepada kajian PMI, kita tahu bahawa organisasi dengan Darjah Teknologi Pengurusan Projek (PMTQ) yang tinggi memahami bahawa menawan nilai AI akan mengambil lebih daripada sekadar melancarkan teknologi itu. Ia akan memerlukan satu set minda yang baharu, satu budaya pembelajaran dan sokongan daripada pihak atasan untuk mewujudkan sebuah infrastruktur organisasi yang membawa kepada kejayaan.” 

No comments:

Post a Comment