Tuesday, June 4, 2019

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL DIIKTIRAF ATAS PRESTASI PERNIAGAAN, PEKERJA DAN INISIATIF KOMUNITI

Pengendali Takaful rangkul pelbagai anugerah di MTA Takaful StarNite Awards 2019

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Takaful Association atas kecemerlangan prestasi dan sumbangannya terhadap industri takaful pada majlis Takaful StarNite 2019 yang diadakan di Istana Budaya pada 4 Mei yang lalu.

PruBSN membawa pulang anugerah yang menjadi rebutan ramai iaitu anugerah Pengendali Takaful Terbaik (Perniagaan Agensi Takaful Keluarga), Anugerah Khas Tanggungjawab Sosial Korporat dan Race for Cover bagi PruBSN Warisan, serta beberapa pengiktirafan utama untuk para Perunding Takaful dalam enam kategori. Syarikat itu telah memenangi anugerah Pengendali Takaful Terbaik (Perniagaan Agensi Takaful Keluarga) selama lima tahun berturut-turut, juga anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat bagi empat tahun.

Ketua Pegawai Pemasaran PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail mengulas, “Kami amat berbesar hati dan teruja untuk menerima pengiktirafan berprestij ini. Ia bukti kepada pertumbuhan pesat PruBSN dan fokus terhadap inovasi, serta kebolehan warga kerja kami yang komited dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan-pelanggan setia kami.”

PruBSN kini aktif mempromosikan kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia dan membantu merapatkan jurang perlindungan menjangkaui pelbagai segmen pasaran. Sebagai langkah pencegahan kesihatan untuk para pelanggan, syarikat itu telah menjalin kerjasama dengan beberapa panel hospital untuk menawarkan vaksinasi influenza secara percuma. Beberapa tahun kebelakangan ini juga menyaksikan PruBSN bergabung tenaga dengan syarikat-syarikat teknologi kesihatan sebagai langkah menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang akan memastikan rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab ke atas kesihatan diri mereka pada bila-bila masa dan di mana jua. Melalui inisiatif PruBSN Microtakaful Jariyah, iaitu pelan takaful pertama seumpamanya di negara ini, syarikat itu menyediakan perlindungan asas takaful keluarga bertempoh 12 bulan secara percuma bagi keluarga-keluarga di bawah garis kemiskinan nasional. PruBSN turut memperkenalkan rider Ihsan bersama pelan terbaru kami PruBSN AnugerahPlus, sebagai menyokong usaha Microtakaful Jariyah di mana para pelanggan boleh membuat sumbangan serendah RM5 setiap bulan.

No comments:

Post a Comment