Tuesday, May 31, 2022

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

Gradiant dinamakan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan Synauta, syarikat Pembelajaran Mesin yang diperolehinya baru-baru ini, dianugerahkan dengan “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini”

BOSTON, 30 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, sebuah penyedia penyelesaian global dan pembangun bagi air berteknologi bersih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf dengan kecemerlangan sebagai sebuah “Syarikat Teknologi Air Terbaik Tahun Ini” dan dan perniagaan AI mereka yang diperolehi baru-baru ini Synauta, telah dianugerahkan sebagai “Syarikat Teknologi Cemerlang Terbaik Tahun Ini” pada Anugerah Air Global pada Kecerdasan Air Global (GWI)  di Madrid, Sepanyol.

Setiap tahun, anugerah berprestij ini mengiktiraf pencapaian paling penting di dalam industri air global. Pemenang dipilih oleh pemimpin perniagaan, pelabur dan pakar teknologi di dalam industri air global daripada sektor swasta dan awam. Gradiant telah diiktiraf di atas sumbangan besar mereka kepada bidang air dan teknologi digital, khususnya untuk:

GRADIANT, PENERAJU TEKNOLOGI DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH AIR KRITIKAL, MENERIMA ANUGERAH AIR GLOBAL YANG MENJADI REBUTAN

Friday, May 27, 2022

TRILLIANT AKAN MENGATURKAN KEDUDUKAN AMI DI DALAM PERKONGSIAN DENGAN SAMART TELCOMS BAGI PIHAK BERKUASA ELEKTRIK WILAYAH (PEA), THAILAND

AMI akan membolehkan PEA untuk meningkatkan kecekapan pengumpulan data masa nyata bagi pelanggan komersial dan industri (C&I)

THAILAND & SINGAPURA, 26 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, sebuah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian utiliti untuk pemeteran termaju dan sistem grid pintar, dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu perkongsian baharu dengan SAMART untuk mengaturkan kedudukan Infrastruktur Pemeteran Termaju (AMI) bagi Pihak Berkuasa Elektrik Wilayah Thailand (PEA). Penggunaan itu menunjukkan komitmen berterusan Trilliant terhadap utiliti di rantau Asia Pasifik pada tahap prestasi peneraju pasaran.

“Trilliant berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian yang berinovatif bagi pelanggan kami di seluruh dunia,” kata Andy White, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Trilliant. “Platform kami membolehkan bagi penggunaan teknologi wayarles hibrid yang boleh digunakan dengan berkesan bersama pelbagai aplikasi, yang membolehkan utiliti untuk menyediakan perkhidmatan peringkat atasan kepada pelanggan mereka. Jalinan kerjasama dengan SAMART membolehkan kami untuk menyampaikan platform perisian kami bagi menyokong penggunaan jenama berbilang meter.”

PEA Thailand telah memberikan kontrak itu kepada Konsortium STS yang terdiri daripada SAMART Telcoms PCL dan SAMART Communication Services.

“Pemilihan terbaik bagi produk berkualiti daripada Trilliant, sebuah penyedia teknologi bertaraf dunia, telah mengukuhkan penawaran penyelesaian kami kepada PEA. Kami menantikan perkongsian jangka panjang dan kerjasama masa depan kami di Thailand,” kata Encik Suchart Duangtawee, Naib Presiden Eksekutif bagi SAMART Telcoms PCL.

Trilliant telah pun menghubungkan lebih 3 juta meter pintar bagi pelanggan di India dan Malaysia, dengan rancangan untuk mengaturkan kedudukan bagi 7 juta meter tambahan dalam tempoh tiga tahun akan datang melalui perkongsian yang sedia ada. Dengan penambahan PEA, teknologi Trilliant akan tidak lama lagi digunakan di berjuta-juta rumah baharu, sekali gus membantu pihak berkuasa utiliti menyediakan akses elektrik yang boleh dipercayai kepada pelanggan mereka.

Penggunaan berterusan di dalam APAC adalah satu bukti kepada teknologi Trilliant yang dibina khas untuk utiliti dan komuniti. Baru-baru ini diiktiraf oleh Frost & Sullivan sebagai Syarikat Platform Komunikasi Utiliti Pintar Asia Pasifik Terbaik untuk 2021, Trilliant kekal berdedikasi kepada laluan inovasi teknologi mereka.

Trilliant terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tenaga untuk melengkapkan pemasangan meter pintar, sistem hujung kepala dan hab komunikasi dalam satu cara yang selamat dan tepat pada masanya. Penggunaan ini menyokong utiliti di dalam mengejar matlamat alam sekitar dan kelestarian mereka melalui penyelarasan berterusan bagi proses dan pengurusan perkhidmatan tenaga yang dipertingkatkan.

Maklumat mengenai Trilliant

Trilliant® memperkasakan industri tenaga dengan satu-satunya platform komunikasi yang dibina khas yang membolehkan pihak utiliti dan bandar raya untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai -- pada satu rangkaian yang berkuasa. Dengan penyelesaian yang paling terbukti di lapangan dan patuh di peringkat global di dalam pasaran, Trilliant memperkasakan anda dengan menghubungkan dunia benda®. www.trilliant.com

Maklumat mengenai SAMART Telcoms PCL

KUMPULAN SAMART TELCOMS menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan di dalam ICT dan inovasi digital, termasuk Penyelesaian Rangkaian, Teknologi Dipertingkatkan, dan Aplikasi Perniagaan yang mencakupi daripada perundingan, reka bentuk sistem, pemasangan dan pelaksanaan, operasi, dan penyelenggaraan sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan yang terkemuka dan lengkap untuk pelanggan di sektor kerajaan dan swasta. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15915

GPDRR: INDONESIA MENAWARKAN DAYA KETAHANAN YANG MAPAN UNTUK MENANGANI RISIKO BENCANA

Presiden Joko Widodo (tengah), timbalan setiausaha agung PBB Amina Mohammed (empat dari kiri), naib presiden Zambia W.K. Mutale Nalumango (empat dari kanan) bergambar bersama dengan ketua bagi Badan Nasional bagi Pengurusan Bencana Suharyanto (kiri), wakil khas bagi ketua setiausaha bagi Pengurangan Risiko Bencana Mami Mizutori (dua dari kiri), menteri penyelaras bagi Pembangunan Manusia dan Hal Ehwal Kebudayaan Muhadjir Effendy (tiga dari kiri), presiden bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Abdulla Shahida (tiga dari kanan), menteri hal ehwal luar negeri Retno Marsudi (dua dari kanan), gabenor Bali Wayan Koster (kanan), dan beberapa orang delegasi menjelang majlis perasmian Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) 2022 di Nusa Dua, Bali, Rabu (25 Mei, 2022). GPDRR itu diadakan di Bali, dengan membawa tema “Dari Risiko kepada Daya Ketahanan: Ke Arah Pembangunan Mapan untuk Semua dalam sebuah Dunia yang Berubah akibat COVID-19”. FOTO ANTARA/Akbar Nugroho Gumay/foc.


JAKARTA, Indonesia, 27 Mei, 2022/Agensi Berita Antara-AsiaNet/--

Pada acara Platform Global bagi Pengurangan Risiko Bencana (GPDRR) 2022, Kerajaan Indonesia telah menawarkan kepada dunia dengan konsep daya ketahanan yang mapan sebagai satu penyelesaian untuk menangani cabaran bagi risiko bencana sistemik.

Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengetengahkan konsep ini pada majlis perasmian  GPDRR 2022 di Nusa Dua, di sini, pada Rabu.

Konsep daya ketahanan yang mapan itu dianggap sebagai satu penyelesaian untuk menangani semua bentuk bencana, termasuk ketika menghadapi satu pandemik dan pada masa yang sama menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), kata Jokowi.

Beliau menekankan keperluan untuk menggunakan beberapa langkah bagi membina daya ketahanan yang mapan.

“Pertama, kita harus memperkukuhkan satu budaya kesiapsiagaan bencana yang dijangka, responsif, dan boleh suai serta institusi di dalam menangani bencana,” kata Presiden Jokowi.

Menurut presiden itu, pendidikan pengurangan bencana dan institusi kerajaan yang bersinergi dan responsif terhadap bencana harus menjadi satu keutamaan yang dikongsi bersama.

Jokowi menjelaskan bahawa langkah kedua yang difikirkan perlu ialah bagi setiap negara melabur di dalam bidang sains, inovasi, dan teknologi, termasuk dalam memastikan akses kepada kewangan dan pemindahan teknologi.

Tuesday, May 24, 2022

FWD TAKAFUL LANCARKAN PENGANTARAAN BERASASKAN NILAI UNTUK LAMAN MIKRO PENDIDIKAN TAKAFUL

Turut memberikan bantuan pendanaan modal sebanyak RM1 juta untuk Fund4Cause Persatuan Takaful Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) --- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan pelancaran beberapa inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk menyokong dan mengguna pakai rangka kerja VBIT.
 
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, FWD Takaful telah bekerjasama dengan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk menyumbang sejumlah RM1 juta kepada program MTA Fund4Cause. Program ini dilihat dapat membantu dalam mencapai Pelan Strategik 22-23 (ISLAH 23), pelan hala tuju VBIT dan Rangka Tindakan Sektor Kewangan 2026 (FSB 2026). Sumbangan FWD Takaful bermatlamat untuk membantu inisiatif-inisiatif Dana Pembangunan VBIT. 

Monday, May 23, 2022

MARY KAY INC. BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN DI EROPAH UNTUK MENYOKONG PROJEK PEMULIHAN TIRAM ASLI

 

Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. (Foto: Mary Kay Inc.)

DALLAS, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Terumbu tiram memberi manfaat kepada manusia sejagat dan alam sekitar melalui satu rangkaian perkhidmatan ekosistem. Satu tiram tunggal boleh menapis sehingga 240 liter air dalam sehari, sekali gus menghasilkan peningkatan di dalam kualiti dan kejernihan air serta menyokong sebuah komuniti ikan dan spesies marin invertebrat yang unik dan sangat pelbagai. Pada masa yang sama, terumbu tiram adalah habitat marin yang paling terancam di dunia, dengan anggaran 85 peratus rosak di seluruh dunia.
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220519005168/en/

Sebagai meraikan sambutan Hari Spesies Terancam Sedunia dan Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi, Mary Kay Inc., sebuah peneraju dunia di dalam kelestarian korporat, mengumumkan kerjasama mereka dengan The Nature Conservancy (TNC) dan rakan-rakan di Eropah untuk menyokong projek pemulihan tiram asli di United Kingdom dan benua Eropah.

TNC membantu untuk melancarkan Pakatan Pemulihan Tiram Asli (NORA), sebuah rangkaian Eropah yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, ahli saintis, NGO, penanam tiram dan perusahaan persendirian. Pasukan-pasukan itu bekerjasama di dalam memulihkan habitat tiram leper asli Eropah agar ia sekali lagi menyokong kepelbagaian biologi yang bergantung kepadanya dan membantu meningkatkan kualiti air. 

Thursday, May 19, 2022

WHR GROUP, INC. DINOBATKAN SEBAGAI TEMPAT KERJA TERBAIK UNTUK TAHUN KESEMBILAN BERTURUT-TURUT

MILWAUKEE, Wis., 18 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- untuk tahun kesembilan berturut-turut, WHR Group, Inc. (WHR) dinobatkan sebagai Tempat Kerja Terbaik oleh Milwaukee Journal Sentinel. Tempat Kerja Terbaik meninjau penglibatan dan kepuasan pekerja di syarikat di seluruh AS. Anugerah diberikan kepada syarikat di wilayah yang berbeza termasuk Timur Laut, Tenggara, Barat Tengah, Barat Daya, Pergunungan Rocky dan Pasifik. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, WHR telah dianugerahkan sebagai Tempat Kerja Terbaik di wilayah Milwaukee dan Wisconsin Tenggara.

Anugerah Tempat Kerja Terbaik adalah semata-mata berdasarkan kepada hasil maklum balas tinjauan pekerja yang ditadbir oleh Energage, LLC, sebuah firma penyelidikan terkemuka yang mengkhusus dalam kesihatan organisasi dan penambahbaikan tempat kerja.. Perkara yang menjadikan anugerah ini begitu istimewa dan sederhana ialah pekerja WHR memberikan maklum balas bagi tinjauan itu.

Pekerja dan Budaya WHR
WHR percaya akan kepentingan untuk memberi tumpuan kepada budaya di tempat kerja. Sebagai syarikat pengurusan penempatan semula, WHR membantu organisasi lain menarik dan mengekalkan bakat terbaik yang tidak dapat dilakukan tanpa mencari dan mengekalkan bakat terbaik secara dalaman.

Menurut Pengurus Sumber Manusia WHR, Kimberley Uitz, SHRM-CP, GPHR, “Tempat Kerja Terbaik merupakan pengiktirafan penting kepada mana-mana majikan, pekerja atau bakal pekerja. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkara ini telah menjadi lebih kritikal dan agak sukar diperoleh. WHR berbesar hati untuk memperoleh Tempat Kerja Terbaik pada tahun 2022 dan untuk tahun kesembilan berturut-turut kami. Kami berharap untuk terus meluaskan dan mengembangkan pangkalan pekerja kami yang hebat.”

WHR mahu pekerjanya seronok masuk ke pejabat, terlibat, berbangga dengan kerja yang mereka lakukan dan mengembangkan kerjaya mereka untuk berjaya. Anda tidak mampu memiliki budaya yang hebat tanpa orang yang hebat. Kumpulan WHR menerima maklum balas daripada pekerjanya dan bertindak mengikutnya. WHR sentiasa dengan semangat Advancing Lives Forward® dan WHR menjelmakan semangat ini untuk majikan pelanggannya dan pekerjanya. 

TOSHIBA MENGEMBANGKAN KERJASAMA DENGAN MIKROELEKTRONIKA MEMPERKENALKAN CLICKER 4 UNTUK LEMBAGA PEMBANGUNAN TMPM4K BAGI KAWALAN MOTOR

Toshiba: Sebuah "Clicker 4 untuk TMPM4K" yang disusun pada sebuah "Clicker 4 Inverter Shield," kedua-duanya daripada MIKROE. (Foto: Business Wire)

Penilaian menyeluruh bagi parameter fungsian utama dibolehkan, tetapi dengan pelaburan minimum yang diperlukan

KAWASAKI, Jepun, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") sedang mengukuhkan sokongan yang boleh ditawarkan mereka kepada projek reka bentuk kawalan motor melalui ekosistem rakan teknologi mereka. Hasil daripada pengembangan kerjasama itu dengan MikroElektronika (MIKROE), pelanggan kini boleh menggunakan sebuah platform penilaian baharu.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220518005506/en/

Papan pembangunan MIKROE Clicker 4 untuk M4K MCU Toshiba digabungkan dengan Clicker 4 Inverter Shield adalah satu penyelesaian yang mudah untuk digunakan dan kos efektif bagi menjalankan eksperimen dengan senario kawalan motor BLDC. Clicker 4 untuk TMPM4K itu mempunyai sebuah penyahpepijat di atas papan – sekali gus mengelakkan keperluan untuk sebuah penyahpepijat luaran. Ia termasuk empat soket mikroBUS™ untuk sambungan bagi pelbagai jenis papan MIKROE Click™ yang berbeza, yang membolehkan kefungsian selanjutnya untuk ditambah. Terdapat juga penyambung sambungan, port nyahpepijat JTAG/SWD, penunjuk LED dan butang tekan. Papan ini disertakan dengan Clicker 4 Inverter Shield, yang menampilkan enam MOSFET bagi pemanduan motor, sebuah bekalan kuasa pensuisan yang digunakan untuk mengawal voltan bekalan motor sehingga 48V, dengan satu sumber kuasa terkawal 5V, yang boleh digunakan untuk memberikan kuasa kepada papan pengawal luaran. Antaramukanya yang fleksibel membolehkan maklumat balas kedudukan diperolehi daripada penderia Hall dan pengekod tambahan. Perlindungan lebihan arus telah digabungkan untuk kebolehpercayaan yang terjamin.

SYILING METAQ DISENARAIKAN DI BURSA GLOBAL MEXC

PANGYO, Korea Selatan, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Metaplanet mengumumkan bahawa mata wang kripto mereka ‘Syiling METAQ’ telah disenaraikan di bursa mata wang kripto global, MEXC.


Syiling METAQ mencatatkan satu kehadiran sebanyak 128,000% pada acara pengundian penyenaraian Kickstarter yang diadakan oleh MEXC dan ia telah disenaraikan di MEXC sejak 10 Mei.

Bursa MEXC, yang ditubuhkan pada tahun 2018, adalah merupakan satu daripada 10 bursa global utama yang disenaraikan di CoinMarketCap, sebuah tapak pasaran mata wang kripto global, dan ia digunakan oleh lebih 6 juta pengguna di 200 buah negara. Di bursa itu, adalah dibolehkan untuk membayar bagi mata wang kripto melalui Visa dan Mastercard, dan ia telah berkembang pesat dengan menyokong pelbagai perkhidmatan seperti DeFi, staking, dan Kickstarter dengan menggunakan token mereka sendiri, token MX.

Syiling METAQ ialah sebuah mata wang kripto yang boleh digunakan di dalam Crypto Fishing, satu permainan NFT-P2E yang sedang dibangunkan dan diservis oleh projek METAQ. Dalam permainan itu, pengguna boleh menukar token AQUA yang diperoleh dengan Syiling METAQ.

Dengan penyenaraian Syiling METAQ di Bursa MEXC, kebolehcapaian pengguna kepada Crypto Fishing telah menjadi bertambah baik.

“Dengan penyenaraian di Bursa MEXC yang terkenal di seluruh dunia, kesedaran jenama bagi METAQ di kalangan pelabur luar negara dan pengguna domestik dan asing akan ditingkatkan, sambil mengikat pengguna aktif. Selain itu, ia akan merangsangkan pengembangan global bagi ekosistem METAQ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Metaplanet, JeongYeop Shin. “Pasukan projek METAQ akan terus menyediakan kepada pengguna permainan dengan perkhidmatan yang dinaik taraf untuk meningkatkan kemudahan pengguna.”

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220516006132/en/

Hubungi

Metaplanet
Layla Jeong
+82-10-9779-9270
metaplanet99@gmail.com

Sumber : Metaplanet

STARR INSURANCE COMPANIES BERKEMBANG DI THAILAND

NEW YORK, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies (Starr) mengumumkan satu perjanjian dengan FPG Insurance Holdings Limited (HK) (FPG) dan pemegang saham tempatan Thailand untuk membeli FPG Insurance Public Company Limited (FPG Thailand), sebuah syarikat insurans bukan hayat Thailand, bersama-sama dengan pihak tempatan Thailand.

Pelaburan Starr akan dipegang oleh syarikat insurans Bermuda mereka, Starr Insurance & Reinsurance Limited. Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua tahun 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa tertentu, termasuk sebarang kelulusan kawal selia yang diperlukan.

“Thailand ialah sebuah pasaran insurans yang penting dan pesat berkembang — satu daripada asas bagi ekonomi Asia Tenggara,” kata Maurice R. Greenberg, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Starr. “Asia adalah penting dari segi komersial dan juga budaya kepada Starr, kerana kami menjejaki akar umbi kami kepada sebuah syarikat milik Amerika yang diasaskan di Shanghai lebih 100 tahun lalu. Kami berharap dapat memenuhi keperluan syarikat dan pengguna tempatan di Thailand melalui keupayaan insurans baharu ini.”

David Zuellig, pengerusi serantau FPG, berkata, “Urus niaga ini mencerminkan kedudukan bagi francais kami dan merupakan hasil kerja keras, kegigihan dan keazaman pasukan FPG Thailand walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar. Pasukan itu teruja dan bersedia untuk bekerjasama dengan Starr dalam membawa syarikat itu ke peringkat seterusnya.”

Starr menjangka untuk mengukuhkan penawaran produk tempatan dengan insurans komersial yang disesuaikan dan produk Kemalangan & Kesihatan (A&H) dan merancang untuk memaksimumkan lagi pertumbuhan mereka dengan merekrut dan membangunkan bakat insurans tempatan Thailand. Sebelum ini, Starr menyokong pasaran insurans Thailand terutamanya melalui penyediaan produk insurans semula mereka, termasuk Risiko Teknikal, Kecederaan, Marin dan produk A&H.

Gerard Pennefather dari Huntington, penasihat strategik kepada FPG, berkata, “Ini adalah satu hasil yang hebat bagi Starr dan juga FPG. Kami percaya Starr ialah tempat yang paling sesuai untuk FPG Thailand untuk membina skala, dan mengembangkan keupayaan dan pengedaran, dan pada masa yang sama membawa inovasi ke pasaran.”

Menurut satu laporan terbaru oleh agensi penarafan AM Best, pada tahun 2021 pasaran insurans bukan hayat Thailand telah dianggarkan sebanyak THB 253 bilion (USD $8.3 bilion) dari segi premium langsung yang bertulis.

Ibu pejabat operasi itu dijangka kekal di Bangkok.

Maklumat mengenai Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) adalah sebuah nama pemasaran bagi syarikat insurans yang beroperasi dan syarikat bantuan perjalanan dan anak syarikat bagi Starr International Company, Inc. dan untuk perniagaan pelaburan bagi C.V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr adalah sebuah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka yang mempunyai kehadiran di enam buah benua; melalui syarikat-syarikat insurans mereka yang beroperasi, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kecederaan, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan khas termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan kecederaan berlebihan. Anak syarikat bagi syarikat insurans Starr berdomisil di Amerika Syarikat, Bermuda, China, Hong Kong, Singapura United Kingdom dan Malta masing-masing mempunyai penarafan A.M. Terbaik “A” (Cemerlang). Sindiket Starr Lloyd’s mempunyai penarafan Standard & Poor’s “A+” (Kukuh).

Maklumat mengenai Kumpulan FPG Insurance

Diwujudkan selama lebih setengah abad, Kumpulan FPG Insurance ialah sebuah kumpulan insurans bukan hayat yang berpangkalan di ASEAN.

Maklumat mengenai Huntington

Huntington dan syarikat-syarikat bersekutu mereka ialah sebuah kumpulan penasihat strategik/modal permulaan dan ekuiti persendirian yang tertumpu kepada insurans (semula), yang berpangkalan di Singapura dan Turki.

Layari kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15892

Wednesday, May 18, 2022

ZENAS BIOPHARMA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN UBAT BAHARU PENYIASATAN DI CHINA UNTUK ZB001 BAGI RAWATAN PENYAKIT MATA TIROID

WALTHAM, Mass. dan SHANGHAI, China, 17 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Zenas BioPharma, sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang komited untuk menjadi peneraju dalam pembangunan dan pengkomersilan terapi berasaskan imun untuk pesakit yang memerlukan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan penyerahan permohonan ubat baharu percubaan (IND) kepada Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China (NMPA) untuk memulakan kajian klinikal Fasa 1/2 bagi ZB001 untuk rawatan Penyakit Mata Tiroid (TED). Kajian ini direka untuk menilai keselamatan, kebolehan toleransi, farmakokinetik dan keberkesanan awal ZB001.

"Penyerahan ZB001 IND kepada NMPA menandakan perkembangan penting bagi Zenas," kata Hua Mu, MD, PhD, Ketua Pegawai Eksekutif di Zenas. “Pada masa ini tiada terapi yang diluluskan untuk pesakit TED di China. Pilihan rawatan adalah terhad dan selalunya melibatkan dos steroid yang tinggi yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang serius atau penglibatan pembedahan. ZB001 berpotensi mengubah paradigma rawatan bagi pesakit TED di China.”

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin global di dalam Peralatan Profesional tanpa kord, Peralatan DIY dan Peralatan Kuasa Luaran, Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Encik Ross Gilardi ke jawatan Naib Presiden Kanan bagi Kewangan - Perhubungan Pelabur, berkuat kuasa 5 Julai, 2022. Encik Gilardi akan berpangkalan di Amerika Syarikat dan memikul tanggungjawab untuk Perhubungan Pelabur TTI di peringkat global. Beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Encik Joseph Galli.

Encik Gilardi menyertai pasukan itu selepas satu kerjaya yang cemerlang selama 23 tahun sebagai seorang penganalisis penyelidikan ekuiti yang dihormati dan dinilai tinggi dengan Bank of America – Merrill Lynch. Kerjaya penyelidikan ekuiti beliau yang cemerlang termasuk 4 tahun di United Kingdom dan 20 tahun di Amerika Syarikat di mana beliau disenaraikan sebagai seorang daripada penganalisis penyelidikan global utama di dalam kedua-dua tinjauan di Amerika Syarikat dan Pelabur Institusi Eropah merentasi pelbagai kategori industri. Beliau membawa banyak pengalaman industri dengan perhubungan pelabur global yang kukuh untuk peranan baharu beliau. Encik Gilardi mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Kolej Boston dan MBA dari Columbia Business School.

Encik Galli, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Sejak 18 bulan yang lalu, Ross telah membangunkan satu pemahaman yang menyeluruh tentang potensi besar TTI. Pengalaman Ross di dalam pasaran modal, dan digabungkan dengan perhubungan beliau yang kukuh di dalam komuniti kewangan global, akan menjadi satu aset yang hebat ketika kami terus mengembangkan pangkalan pelabur kami yang bertaraf dunia.”

Maklumat mengenai TTI

Ditubuhkan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited pada tahun 1990, TTI adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Peralatan Kuasa, Peralatan Kuasa Luar, Produk Pembersihan dan Penjagaan Lantai dan Penyelesaian untuk pengguna, profesional, dan pengguna industri di rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan industri infrastruktur. Syarikat itu mempunyai asas yang dibina berdasarkan kepada empat pemacu strategik – Jenama yang Sangat Kuat, Produk Inovatif, Pekerja yang Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan satu visi jangka panjang yang berkembang untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global tanpa henti untuk mencapai inovasi produk telah membawa TTI kepada barisan hadapan bagi industri itu. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk MILWAUKEE, AEG dan produk peralatan kuasa, aksesori dan peralatan tangan dan produk luaran RYOBI, produk susun atur dan pengukuran EMPIRE, dan produk dan penyelesaian pembersihan dan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.

TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

CELMATIX MENGUMUMKAN PENCAPAIAN BAGI PERKEMBANGAN PENTING PRAKLINIKAL UTAMA DI DALAM PROGRAM UBAT PENCEGAHAN MENOPAUS PRAMATANG

Sebatian agonis AMHR2 utama menunjukkan aktiviti spesifik yang tinggi di dalam ujian biologi dan profil farmakokinetik yang dikehendaki di dalam kajian haiwan praklinikal

NEW YORK, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Celmatix Inc. sebuah syarikat bioteknologi yang memberi tumpuan kepada biologi ovari, hari ini mengumumkan pengenalpastian sebuah sebatian agonis baharu AMHR2 yang telah menunjukkan aktiviti biologi yang teguh di dalam pelbagai ujian praklinikal terapeutik yang berkaitan dan satu profil farmakokinetik yang konsisten dengan profil produk yang diingini untuk satu ubat suntikan. Program itu, yang merupakan satu produk tumpuan Celmatix selama satu dekad dalam mengenal pasti biopenanda baharu dan sasaran ubat untuk kesihatan wanita, mempunyai satu petunjuk klinikal pertama yang dirancang dalam pencegahan menopaus pramatang di kalangan wanita yang menjalani kemoterapi. Kehilangan fungsi ovari dan menopaus dipercepatkan kira-kira 1.5 tahun bagi setiap bulan seseorang wanita menerima rawatan kemoterapi.

“Dari segi demografi, menopaus adalah satu fenomena yang agak baharu dan merupakan hasil daripada penemuan perubatan yang membolehkan wanita untuk kini secara rutin hidup lebih lama daripada fungsi ovari mereka” kata Dr. Piraye Yurttas Beim, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Celmatix. “Satu abad yang lalu, purata jangka hayat wanita di seluruh dunia adalah di bawah 50 tahun, jadi kebanyakan wanita tidak hidup cukup lama untuk mengalami menopaus. Hari ini, ia adalah satu-satunya pemecut yang paling ketara bagi keadaan berkaitan usia seperti osteoporosis dan penyakit jantung di kalangan wanita. Risiko untuk menghidap pelbagai penyakit kronik ini pada usia 70 tahun meningkat sebanyak 300% bagi wanita yang mengalami kehilangan fungsi ovari dan menopaus pramatang. Di Celmatix kami komited untuk membantu wanita memaksimumkan kesihatan mereka dengan mengoptimum dan memanjangkan fungsi ovari. Pasukan kami telah bekerja selama lebih satu dekad untuk menemui pemacu molekul bagi kesihatan ovari dan keadaan yang berkaitan seperti ketidaksuburan, sindrom ovari polikistik (PCOS) dan endometriosis. Melalui usaha ini, adalah menjadi jelas kepada kami bahawa Hormon Anti-Müllerian (AMH), ligan semula jadi bagi AMHR2, adalah pengawal selia asas bagi fungsi ovari, sama seperti estrogen. Walau bagaimanapun, tidak seperti estrogen, AMH tidak boleh ditulenkan daripada sumber semula jadi seperti air kencing atau disintesis secara kimia, dan percubaan sebelum ini gagal untuk menghasilkan analog AMH rekombinan dengan aktiviti khusus yang tinggi atau kestabilan farmakokinetik yang diperlukan untuk aplikasi terapeutik.”

“Satu daripada perkara yang menarik perhatian saya sebagai seorang pembangun ubat kepada Celmatix adalah potensi bagi program agonis AMHR2 itu dalam menangani keperluan penting yang tidak dipenuhi di dalam kesihatan wanita” kata Dr. Stephen Palmer, Ketua Pegawai Saintifik di Celmatix. “Adalah jelas kepada saya bahawa program agonis AMHR2 Celmatix berada di landasan yang betul untuk menjadi satu penemuan abad ke-21, setara dengan pembangunan pil kawalan kelahiran dan ubat IVF pada abad lalu. Petunjuk utama kami ialah kegagalan ovari akibat kemoterapi (CIOF), tetapi kami percaya bahawa sebuah agonis AMHR2 mungkin juga mempunyai aplikasi dalam pelbagai petunjuk kesihatan wanita. Keputusan kami menunjukkan bahawa analog AMH utama kami mempunyai parameter farmakokinetik in vivo yang dikehendaki dan menyebabkan peristiwa isyarat selular yang diingini dalam ujian folikel ovari tradisional dan regresi bagi saluran Müllerian dalam sistem kultur batas urogenital ex vivo. Menunjukkan aktiviti khusus yang tinggi di dalam kedua-dua tisu sasaran kami (ovari itu) dan dalam ujian yang paling mantap untuk fungsi AMH memberikan kami keyakinan untuk memajukan program ini ke hadapan lebih dekat ke klinik.”

Pengumuman ini mengikuti rapat pencapaian Celmatix di dalam perkembangan ketiga di dalam pakatan berbilang sasaran, lima tahun mereka dengan Evotec pada Januari. Perkembangan itu telah dicetuskan oleh Evotec dan Bayer AG  dalam memajukan sebuah program ubat-ubatan, yang berpusat di sekitar satu sasaran ubat-ubatan baharu yang dikenal pasti oleh Celmatix, ke dalam pengenalan hit.

Maklumat mengenai Celmatix

Celmatix Inc. ialah sebuah bioteknologi kesihatan wanita peringkat praklinikal yang memberi tumpuan secara unik kepada biologi ovari. Dengan sebuah program agonis AMHR2 utama “dalam pelancaran dalam sebutir pil” yang menumpukan pada ketuaan ovari, dan kerjasama di dalam PCOS dan kontraseptif bukan hormon dengan peneraju industri, Celmatix sedang menangani bidang-bidang keperluan yang tidak dipenuhi dengan membangunkan campur tangan generasi hadapan dan kemajuan perintis di dalam kesihatan ovari. Platform kesihatan ovari multi-omik proprietari Celmatix, yang terbesar seumpamanya di dunia, adalah asas kepada perubahan baharu syarikat itu bagi terapi kelas pertama. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web syarikat itu di www.celmatix.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15887

Tuesday, May 17, 2022

HAPPYFRESH MENGUBAH KEUPAYAAN GUDANG SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER


Syarikat peruncitan dalam talian terkemuka di Asia Tenggara kini dikuasakan oleh WMS Blue Yonder


JAKARTA, Indonesia & SCOTTSDALE, Ariz., 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabiat membeli-belah barangan runcit oleh pengguna berubah akibat daripada pandemik COVID-19 dengan ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan mereka, HappyFresh, sebuah syarikat permulaan runcit dalam talian, mengubah operasi gudang mereka secara digital dengan sistem pengurusan gudang (WMS) Blue Yonder.

HappyFresh menyasarkan untuk menjadikan proses membeli-belah lebih mudah dengan penghantaran barangan runcit ambien dan segar di sekitar bandar raya dalam tempoh masa satu jam. Syarikat itu mengendalikan kumpulan penghantaran mereka sendiri dan kakitangan mereka memilih barangan runcit dari pusat-pusat pemenuhan mikro yang berdekatan dengan alamat penghantaran pelanggan mereka. HappyFresh mempunyai 544 orang pekerja merentasi Indonesia, Malaysia dan Thailand.

HappyFresh sedang mencari cara untuk mempercepatkan transformasi digital dan inovasi mereka; menyesuaikan diri secara proaktif dengan keutamaan pelanggan, termasuk masa penghantaran yang fleksibel, pengendalian pesanan tersuai dan tindak balas masa nyata; dan meningkatkan tumpuan kepada kelestarian sosial. Rakan pelaksanaan bagi projek itu ialah Super Globalindo Viktoria (SGV), sebuah pakar industri eRuncit yang membawa kekuatan industri, teknikal, operasi, inovatif dan penyepaduan kepada pelaksanaan dengan sumber berasaskan pasukan dan perkhidmatan kepakaran industri tempatan.

HappyFresh mula beroperasi di WMS Blue Yonder di pusat kemudahan runcit mereka yang pertama pada tahun 2021 dan sejak itu telah mula beroperasi di pusat-pusat mereka di Indonesia, Malaysia dan Thailand. HappyFresh akan melancarkan pusat-pusat kemudahan runcit tambahan pada tahun 2022, serta sebuah pusat pengedaran untuk menyokong pusat-pusat kemudahan runcit di Indonesia.

Dengan Blue Yonder, HappyFresh telah dapat:
  • Mengukur dan mengoptimumkan barisan pesanan pemilihan mereka secara berterusan sehingga ke saat akhir, mengurangkan masa keseluruhan pesanan dan proses pemenuhan bagi memastikan ia memenuhi serahan penghantaran dalam masa satu jam.
  • Meningkatkan produktiviti memilih pesanan bagi pengendali mereka dengan mengoptimumkan aliran kerja mereka untuk menghapuskan masa yang terbuang dan langkah-langkah yang tidak produktif untuk produk yang bergerak pantas.
  • Mengurangkan masa perjalanan di antara tugasan dengan membenarkan pengendali pemilihan mereka untuk memulakan tugasan mereka yang seterusnya di mana tugasan mereka yang sebelum ini berakhir, dan bukannya berjalan kembali ke tempat permulaan.
“Mewujudkan satu strategi pemenuhan pesanan yang lebih produktif dan cekap telah menjadi satu tumpuan yang semakin penting bagi kami, terutamanya dengan permintaan penghantaran ditetapkan dalam masa satu jam sahaja. Di samping itu, kekurangan tenaga buruh dan cabaran pengambilan pekerja pada masa ini telah meningkatkan keperluan untuk meningkatkan produktiviti memilih di barisan pesanan. WMS Blue Yonder membolehkan kami untuk menjalankan pelbagai kaedah pemilihan seperti Pemilihan Pesanan Tunggal dan Pemilihan Mengikut Zon, yang membantu kami untuk memaksimumkan kelajuan pemenuhan dan produktiviti untuk terus memenuhi keperluan pengguna kami yang berubah-ubah pada masa yang mencabar ini,” kata Mesut KeleÅŸ, naib presiden kanan Rantaian Bekalan, HappyFresh.

WMS Blue Yonder telah membolehkan HappyFresh untuk menguruskan operasi pengurusan gudang mereka dengan lebih berkesan. Ini termasuk penjadualan dan pelaporan tenaga pekerja yang lebih baik bagi memaksimumkan prestasi pekerja dan operasi kemudahan, serta keupayaan untuk merancang dan melaksanakan proses pengurusan gudang runcit, memberikan kakitangan gudang lebih kebolehlihatan ke dalam inventori.

“WMS kami telah meletakkan HappyFresh pada satu kelebihan daya saing yang penting untuk mengembangkan bahagian pasaran dengan berjaya memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah. Ini seterusnya memberikan mereka kuasa membeli yang lebih baik dengan pembekal mereka, kerana jumlah pesanan mereka yang lebih besar membawa kepada harga yang lebih baik. Selain itu, menambah baik proses pemilihan bagi pekerja mereka telah membantu mengekalkan dan menarik bakat yang mereka perlukan untuk berkembang,” kata Antonio Boccalandro, presiden APAC, Blue Yonder.

Sumber Tambahan:
Maklumat mengenai Blue Yonder

Blue Yonder adalah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan digital dan pemenuhan perdagangan saluran pelbagai arah. Platform pintar dari hujung ke hujung kami membolehkan peruncit, pengeluar dan penyedia logistik untuk meramal, memangsi dan memenuhi permintaan pelanggan dengan lancar. Dengan Blue Yonder, anda dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih automatik dan menguntungkan yang menyampaikan pertumbuhan yang lebih besar dan pengalaman pelanggan yang boleh dibayangkan semula. Blue Yonder - Penuhi Potensi™ anda blueyonder.com

“Blue Yonder” adalah sebuah tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi Kumpulan Blue Yonder, Inc. Sebarang nama perdagangan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk di dalam dokumen ini yang menggunakan nama “Blue Yonder” adalah satu tanda perdagangan dan/atau hak milik Kumpulan Blue Yonder, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain adalah merupakan tanda perdagangan, tanda perdagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan bagi syarikat-syarikat yang bersekutu dengan mereka.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220515005030/en/

Hubungi

Marina Renneke, APR, Pengurus Komunikasi Korporat
Tel: +1 480-308-3037, marina.renneke@blueyonder.com

Sumber : Kumpulan Blue Yonder, Inc.

Friday, May 13, 2022

SYNCHRONOSS MEMUKTAMADKAN PERJANJIAN DENGAN IQMETRIX UNTUK MENJUAL DIGITAL EXPERIENCE PLATFORM DAN ACTIVATION SOLUTIONS

 BRIDGEWATER, N.J., 13 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” atau “Syarikat”) (Nasdaq: SNCR), peneraju global dan inovator dalam awan, pemesejan serta produk dan platform digital, hari ini mengumumkan kejayaan menyelesaikan penjualan Digital Experience Platform (“DXP”) dan Activation Solutions (“Activation”) kepada iQmetrix, penyedia terkemuka bagi perisian pengurusan runcit telekom. Penjualan itu diumumkan secara rasmi pada 8 Mac 2022.


“Penjualan DXP and Activation adalah sebahagian daripada pelan strategik kami untuk mencipta model perniagaan lebih ramping yang memfokuskan kepada bidang pertumbuhan teras kami pada masa hadapan,” kata Jeff Miller, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Synchronoss. “Termeterai perjanjian ini adalah baik untuk bidang tumpuan produk jangka panjang Synchronoss. Ia memberikan kami fleksibiliti operasi untuk menambah baik struktur modal kami dan mempercepatkan pembangunan penawaran produk baharu dalam bidang utama kami seperti portfolio awan kami.”

“Sebagai penyedia perisian pengurusan runcit pintar yang dipercayai, iQmetrix ialah pemeroleh semula jadi pilihan untuk Digital Experience Platform and Activation Solutions,” kata Ryan Volberg, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif iQmetrix. “Kami sangat teruja kerana ini menyokong rancangan kami untuk menjadi pemboleh nombor satu peranti bersambung peribadi di seluruh dunia. Dalam industri yang begitu pesat berubah, ini adalah salah satu langkah besar seterusnya yang kami teruja untuk mengambilnya bagi membantu kami mencipta pengalaman hebat dalam ruang telekomunikasi.”

Tawaran DXP dan Activation membolehkan pengendali telekomunikasi dan peruncit di seluruh dunia mencipta, mengatur dan mengurus pengalaman digital merentasi semua saluran. Berikutan jualan tersebut, portfolio perniagaan digital Synchronoss termasuklah Financial Analytics and produk spatialSUITE serta Platform iNow.

Mengenai Synchronoss
Synchronoss Technologies (Nasdaq: SNCR) membina perisian yang membolehkan syarikat di seluruh dunia berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat membantu memperkemaskan rangkaian, memudahkan suai tugas dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan mempercepatkan masa ke pasaran. Beratus-ratus juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal segerak dengan orang ramai, perkhidmatan dan kandungan yang disukai mereka. Itulah sebabnya lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss yang berbakat di seluruh dunia berusaha setiap hari untuk menggambarkan semula dunia yang segerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com.

Hubungi Hubungan Media:
Domenick Cilea
Springboard
dcilea@springboardpr.com

Hubungi Hubungan Pelabur:
Matt Glover / Tom Colton
Gateway Group, Inc.
SNCR@gatewayir.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

Thursday, May 12, 2022

SYNCHRONOSS AKAN MENYEDIAKAN AUTOMASI DAN PENGURUSAN PROSES BORONG KEPADA BRIGHTSPEED

Hubungan untuk Menyokong Penggunaan Gentian Terancang Brightspeed Di Seluruh Jejak 20 Negeri


Ciri Perjanjian Berbilang Tahun interconnectNOW dan Analisis Kewangan
untuk Membantu Mengatur Permintaan Perkhidmatan dan Mengurus Perbelanjaan Rakan Kongsi Dagangan


BRIDGEWATER, N.J., 12 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies Inc. (“Synchronoss” atau “Syarikat”) (Nasdaq: SNCR), peneraju dan inovator global dalam awan, pemesejan dan produk serta platform digital, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian berbilang tahun dengan Brightspeed, sebuah penyedia perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi yang dijangka bakal beroperasi di 20 buah negeri. Brightspeed pada mulanya bakal terdiri daripada aset pembawa pertukaran tempatan sedia ada (ILEC) dan operasi berkaitan Lumen Technologies (NYSE: LUMN), yang merupakan subjek pemerolehan belum selesai oleh dana diuruskan oleh Apollo (NYSE: APO).

Brightspeed akan menggunakan dua modul utama daripada Platform networkX Synchronoss - interconnectNOW (iNOW) dan Analisis Kewangan (FA) - untuk penggunaan gentian terancangnya di seluruh wilayah berbilang negerinya yang merentasi kawasan luar bandar dan pinggir bandar di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Brightspeed mengumumkan rancangan untuk melabur lebih daripada $2 bilion untuk membina rangkaian yang akan memberikan Internet dan Wi-Fi yang lebih pantas dan lebih dipercayai kepada komuniti di seluruh Barat tengah, Tenggara dan bahagian tertentu di Pennsylvania dan New Jersey. Transformasi gentian optik terancang milik syarikat dijangka mencecah sehingga tiga juta kediaman dan perniagaan dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk di banyak tempat yang gentian dan teknologi canggih tidak pernah digunakan dalam sejarahnya.

“Memandangkan Brightspeed terus membina rangkaian optik gentiannya, iNOW dan Analisis Kewangan akan menjadi nadi dalam menguruskan operasi pembawa borong syarikat,” kata Chris Hill, Ketua Pegawai Komersial di Synchronoss. “Mengautomasikan dan mengatur pesanan di sepanjang kitaran hayat akan membolehkan Brightspeed memenuhi permintaan pelanggan dan merealisasikan hasil dengan lebih cepat.”

“Perkongsian kami dengan Synchronoss akan memberikan kami akses kepada platform terkini mereka untuk mencapai kecekapan yang luar biasa dalam menguruskan pesanan pembawa borong dan transaksi rakan kongsi perdagangan kami,” kata Chris Creager, Ketua Pegawai Pentadbiran Brightspeed. “Dari hujung ke hujung, iNOW akan membolehkan kami menjejaki pesanan dan membantu kami menyampaikan produk dan perkhidmatan sambungan bertaraf dunia kepada komuniti yang kami harapkan untuk memberikan berkhidmat.”

Platform iNOW menyingkirkan pengendalian manual bagi pesanan perkhidmatan dan mengurus kitaran hayat penuh antara pelanggan dan pembekal melalui automasi dan pengesahan berasaskan peraturan. Ia menyediakan antara muka dan pangkalan data tunggal untuk semua pesanan pembeli dan pembekal, menjadikannya mudah untuk menjejak pesanan daripada penerimaan kepada pemenuhan, menyelaraskan pengebilan dan menyediakan pelaporan masa nyata - memendekkan masa kepada hasil.

Platform Analisis Kewangan memperkemas pengurusan invois pembawa yang kompleks melalui aliran kerja automatik dan enjin peraturan intuitif untuk pengauditan, perakaunan, pengesahan dan pembayaran invois. FA memperkasakan penyedia perkhidmatan seperti Brightspeed dengan alatan dan proses yang diperlukan untuk memastikan perbelanjaan antara pembawa dianalisis dan disahkan dengan teliti sebelum pembayaran.

Penyedia perkhidmatan terkemuka dari seluruh dunia menggunakan Synchronoss dan platform iNOW untuk mengurus 39 juta pesanan dan transaksi setiap tahun dari 5,000 pengendali bersepadu.

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (Nasdaq: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat membantu menyelaras rangkaian, memudahkan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan kepada pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal segerak dengan manusia, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Itulah sebabnya lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss yang berbakat di seluruh dunia berusaha setiap hari untuk membayangkan semula dunia dalam segerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com.

Perihal Brightspeed

Beribu pejabat di Charlotte, N.C. dan dijangka mempunyai aset dan operasi berkaitan di 20 buah negeri, Brightspeed akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi melalui platform rangkaian yang berupaya memberikan perkhidmatan kepada lebih enam juta kediaman dan perniagaan. Syarikat tersebut menyasarkan untuk merapatkan jurang digital dengan menggunakan rangkaian gentian terkini dan pengalaman pelanggan yang menjadikan kekal berhubung mudah dan lancar. Ketahui lebih lanjut di www.brightspeed.com.

Synchronoss

Maklumat Hubungan Media:
Domenick Cilea
Springboard
dcilea@springboardpr.com

Maklumat Hubungan Pelabur:
Matt Glover / Tom Colton
Gateway Group, Inc.
SNCR@gatewayir.com

Brightspeed

Maklumat Hubungan Media:
Erik Carlson
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
(212) 355-4449
pr@brightspeed.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

MAWI DNA TECHNOLOGIES MELANCARKAN NEXTSWAB™ UNTUK KEPUTUSAN UJIAN COVID-19 YANG TEPAT DAN LEBIH DIPERCAYAI

HAYWARD, Calif., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mawi DNA Technologies (Mawi), sebuah syarikat peranti perubatan yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi berinovatif bagi pensampelan bio, telah melancarkan NextSWAB™, sebuah swab plastik 100% gred perubatan yang direka dan dikeluarkan di Amerika Syarikat. Mawi melancarkan produk baharu ini sebagai tindak balas kepada kekurangan swab COVID-19. Ia direka untuk pengumpulan berkecekapan tinggi tanpa kemungkinan berlaku pencemaran daripada gam atau gentian yang digunakan di dalam kelompok dan kapas kesat yang boleh menghalang ujian berasaskan PCR. NextSWAB™ pada masa ini dioptimumkan untuk pengumpulan sampel hidung dengan pengesahan yang berterusan bagi jenis sampel lain.

“Aplikator pensampelan steril NextSWAB™ itu adalah berukuran enam inci panjang dengan satu reka bentuk kepala yang unik yang berkedudukan di hujung distal,” kata Dr. Bassam El-Fahmawi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Mawi. “Kepala swab itu mempunyai dua saluran yang dipisahkan oleh sebuah septum yang mengekalkan bahan hidung yang dikumpulkan yang kemudian boleh dilepaskan ke media pengangkutan dengan satu goncangan lembut. Kepala yang fleksibel itu muat ke dalam celah dengan mudah dan berkesan. Ia membolehkan pengumpulan sampel hidung anterior dengan ketidakselesaan pengguna yang minimum yang mencukupi untuk satu hasil yang bermakna,” kata Dr. El-Fahmawi.

NextSWAB™ itu adalah serasi dengan kebanyakan tiub pengangkutan sampel untuk menjadikannya sesuai bagi pengumpulan sampel berbilang swab dalam satu tiub tunggal. Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang optimum, ia adalah paling berkesan apabila digunakan bersama dengan teknologi pengumpulan sampel iSWAB-Microbiome-EL Mawi yang membolehkan pengguna untuk melangkau langkah pengekstrakan RNA dalam ujian molekul COVID-19. Satu sampel hidung kedua boleh ditambah pada tiub yang sama yang menghasilkan sampel yang lebih pekat untuk meningkatkan kebolehpercayaan bagi keseluruhan ujian itu. NextSWAB™ datang sedia untuk digunakan dan tidak memerlukan sebarang penyediaan bagi pengumpulan spesimen.

“NextSWAB™ kami mengeluarkan sepenuhnya kandungan ke dalam media pengangkutan sampel yang sekali gus mengetepikan keperluan untuk swab itu diangkut bersama sampel berkenaan,” kata Dr. El-Fahmawi. “Satu sampel cecair pekat sepenuhnya kemudian boleh diproses dengan cepat dengan sistem pengendalian cecair robotik atau mana-mana aliran kerja makmal. Semasa ujian awal R&D, reka bentuk kepala yang unik dan menunggu kelulusan paten itu telah menunjukkan kecekapan pengumpulan yang lebih tinggi bagi sampel hidung (turbinat pertengahan dan lubang hidung anterior) berbanding dengan swab kelompok,” kata beliau.
 
Dengan permintaan untuk swab pengumpulan sampel COVID-19, rangkaian rantaian bekalan bagi NextSWAB™ adalah boleh dipercayai dan stabil hasil daripada pembinaan acuan plastik dan pembuatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai NextSWAB™, sila layari www.mawidna.com.

Maklumat mengenai Mawi DNA Technologies

Mawi DNA Technologies, yang diasaskan pada tahun 2013, telah membangun dan mengkomersialkan teknologi iSWAB, satu sistem berinovatif untuk pengumpulan pensampelan bio. Misi Mawi adalah untuk mempertahankan integriti sampel pada suhu bilik dari mana-mana sahaja di dunia, yang membolehkan kepelbagaian sampel sebenar merentasi mana-mana segmen geografi atau populasi. Di Mawi, Masa Depan Pensampelan bio Berada di Sini™. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mawidna.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15869

ONAPSIS MENGUMUMKAN PENAWARAN BAHARU UNTUK MEMULAKAN KESELAMATAN BAGI PELANGGAN SAP

 Syarikat menyampaikan penawaran pengurusan kerentanan baharu untuk membantu organisasi yang dikekang oleh sumber memerangi peningkatan serangan terhadap aplikasi SAP yang misi kritikal

BOSTON, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Onapsis, sebuah pemimpin di dalam keselamatan dan pematuhan siber bagi aplikasi kritikal perniagaan, hari ini mengumumkan pengeluaran Onapsis Assess Baseline. Di dalam sebuah dunia di mana aplikasi kritikal perniagaan diserang setiap hari, penawaran baharu ini mempercepatkan kebolehan organisasi untuk memulakan program pengurusan kerentanan SAP mereka dengan menjajarkan dengan lebih baik dengan SAP Security Baseline.

Pertumbuhan eksponen bagi perisian tebusan yang disasarkan dan
 peningkatan ancaman bagi perang siber yang disebabkan oleh konflik global bermakna bahawa organisasi harus menilai semula cara bagaimana mereka melindungi sistem mereka yang paling kritikal. Di tengah-tengah landskap ancaman yang semakin berkembang dan lebih agresif ini, syarikat-syarikat bergelut untuk kekal bersaing dengan menampal semakin banyak kerentanan yang dieksploitasi oleh pelaku ancaman untuk mendapatkan akses kepada aplikasi kritikal perniagaan mereka. Onapsis Assess Baseline memperkasakan syarikat dalam sebarang saiz untuk mempercepatkan masa-ke-nilai dengan memudahkan penggunaan dengan sebuah model jejak sifar berasaskan SaaS yang baharu dan memberi tumpuan kepada satu set kerentanan kritikal teras yang disasarkan sebagai langkah pertama di dalam perjalanan mereka untuk memastikan keselamatan siber, pematuhan, dan ketersediaan bagi aplikasi SAP mereka. Apabila organisasi sudah bersedia untuk menghadapi lebih banyak lagi, Onapsis Assess Baseline menawarkan pengembangan mudah kepada skop tambahan untuk pengurusan kerentanan serta keupayaan bagi pemantauan ancaman berterusan dan ujian keselamatan aplikasi.

Faedah Utama Organisasi dengan Onapsis Assess Baseline:

  • Mengurangkan Overhed Pelaksanaan dengan Penerapan yang Dipercepatkan: Sama ada dalam awan mereka sendiri, di premis, atau melalui platform SaaS Onapsis, Assess Baseline menawarkan penggunaan dan pelaksanaan yang pantas dengan pengimbasan jejak sifar.
  • Mempercepatkan Masa-untuk-Nilai bagi Pengurusan Kerentanan SAP: Pengguna Onapsis SaaS boleh mengimbas dengan Assess Baseline terhadap keperluan garis dasar keselamatan yang disyorkan SAP bagi sistem SAP untuk sesebuah organisasi dalam tempoh beberapa jam sahaja. Imbasan itu menyampaikan konteks yang berkuasa di sekitar kerentanan kritikal, arahan tentang cara untuk mengurangkan, dan keyakinan bahawa tompok telah digunakan, menjimatkan masa sumber yang berharga.
  • Teknologi yang Meningkat dan Berkembang Apabila Anda Bersedia: Letak atur di mana anda menginginkannya. Imbas merentasi keseluruhan landskap SAP. Mula secara kecil-kecilan dan sasarkan sistem yang paling kritikal dahulu, kemudian selaraskan sistem tersebut dengan satu garis dasar, dan kemudian kembangkan skop keselamatan merentasi organisasi mengikut kehendak anda.
“Menjamin keselamatan aplikasi kritikal perniagaan adalah sentiasa mencabar, tetapi terdapat satu peluang yang lebih besar bagi organisasi hari ini - lebih daripada sebelumnya - kerana pelaku ancaman canggih semakin menyasarkan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP),” kata Mariano Nunez, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Onapsis. “Kami telah berjaya membantu organisasi terbesar dan paling canggih di dunia menyepadukan aplikasi perniagaan mereka ke dalam program keselamatan siber dan pematuhan mereka. Sekarang, Assess Baseline memudahkan pelanggan yang memulakan program keselamatan aplikasi SAP mereka untuk dengan pantas dan berkesan melindungi aplikasi yang menjanakan perniagaan mereka.”

Platform Onapsis itu menjamin aplikasi SAP kritikal yang memastikan ekonomi global terus berfungsi. Platform itu dibina khusus untuk menyampaikan pengurusan kerentanan yang berkesan, pengesanan ancaman lanjutan, pemeriksaan kod tersuai dan pematuhan automatik yang membolehkan organisasi global untuk mempercepatkan perniagaan dan inisiatif transformasi digital mereka. Platform Onapsis itu berpengetahuan mendalam dengan risikan ancaman dan panduan keselamatan terkini daripada Makmal Penyelidikan Onapsis. Pasukan peneraju pasaran ini telah menemui lebih daripada 800 kerentanan sifar hari dan bertanggungjawab untuk pelbagai makluman CERT global yang kritikal.

“Landskap ancaman pada hari ini memerlukan satu pendekatan yang holistik untuk menjamin aplikasi SAP kritikal perniagaan seperti perisian ERP,” kata Steve Biskie, peneraju perkhidmatan risiko dan automasi ERP kebangsaan dengan RSM US LLP. “Sangat mengujakan untuk melihat Onapsis meneruskan inovasi bagi penyelesaian mereka untuk membantu syarikat dalam perjalanan kematangan keselamatan mereka. Lesen Baseline baharu boleh membantu membuka jalan bagi lebih banyak organisasi untuk mempunyai satu titik masuk ke dalam pengurusan kerentanan bagi aplikasi SAP yang boleh membantu memastikan data kritikal dan aplikasi mereka selamat dan patuh.”

Menghadiri persidangan SAP Sapphire? Lawat gerai Onapsis untuk mengetahui lebih lanjut: #PA219

Untuk menjadualkan masa bagi bercakap dengan seorang pakar Onapsis semasa di Sapphire, sila layari: https://onapsis.com/sapphire-22

Maklumat mengenai Onapsis

Onapsis melindungi aplikasi kritikal perniagaan yang menggerakkan ekonomi global, daripada teras sehingga kepada awan. Penawaran penyelesaian keselamatan dan pematuhan siber oleh syarikat itu, Platform Onapsis, secara unik menyampaikan pengurusan kerentanan, pengesanan dan tindak balas ancaman, jaminan perubahan dan pematuhan berterusan bagi aplikasi kritikal perniagaan daripada vendor terkemuka seperti SAP, Oracle, Salesforce dan platform SaaS yang lain.

Onapsis beribu pejabat di Boston, MA, dan mempunyai pejabat di Heidelberg, Jerman dan Buenos Aires, Argentina, dan amat bangga untuk memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 300 jenama terkemuka dunia, termasuk 20% daripada Fortune 100, 6 daripada 10 syarikat automotif teratas, 5 daripada 10 syarikat kimia utama, 4 daripada 10 syarikat teknologi teratas, dan 3 daripada 10 syarikat minyak dan gas yang utama.

Platform Onapsis itu dikuasakan oleh Makmal Penyelidikan Onapsis, pasukan yang bertanggungjawab bagi penemuan dan pengurangan lebih daripada 800 kerentanan sifar hari di dalam aplikasi kritikal perniagaan. Jangkauan bagi penyelidikan dan platform ancaman kami diperluaskan melalui firma perunding dan audit terkemuka seperti Accenture, Deloitte, IBM, PwC dan KPMG — menjadikan penyelesaian Onapsis sebagai standard di dalam membantu organisasi melindungi awan, hibrid dan maklumat dan pemprosesan kritikal perniagaan mereka di premis. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di Twitter atau LinkedIn, atau layari kami di https://onapsis.com/.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220510005214/en/

Hubungi

10Fold Communications bagi pihak Onapsis
Mariah Simank, 512-971-3702
Onapsis@10fold.com

Sumber : Onapsis

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15870